Вы находитесь на странице: 1из 43

Akmal

1

Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan
kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
(Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252), kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya
di hadapan frasa nama.
Contoh kata sendi nama ialah.
di bagai laksana antara ke demi
sejak untuk dari tentang terhadap dengan
daripada seperti akan dalam kepada bagai
oleh sampai pada umpana hingga -
Kata sendi nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan
dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya. Kata sendi nama ialah perkataan
yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa
yang lain.

Akmal
2


Kata
Sendi
Nama
Penggunaan Contoh Ayat
Di Menunjukkan tempat
Tidak boleh digunakan
untuk menunjukkan masa
Ah Geok tinggal di Perak
Ke Menunjukkan tempat arah
dan masa
Dia hendak pergi ke Kedah pada bulan
hadapan.
Ekspo Kerjaya ini dibuka dari pukul 10.00
pagi hingg ke pukul 5.00 petang.
Dari Menunjukkan tempat dan
masa
David berasal dari Pulau Pinang
Ahmad menunggu kawannya daripukul tiga
petang tadi.
Hingga Maksud had masa Amin bekerja dari pagi hingga petang.
Dengan Maksud bersama-sama Ayah pergi ke pasar dengan adik
Daripada Tempat datangnya sesuatu
Asal kejadian sesuatu
benda
Perbandingan
Chandran menerima surat
itudaripada abangnya.
Baju batik ini diperbuat daripadabenang
sutera.
Bangunan Maybank lebih
tinggidaripada bangunan itu.
Pada Menunjukkan tempat bagi
perbuatan sesuatu kata
kerja.
Lukisan itu digantung pada dinding.
Hujan turun dengan lebat pada pagi
semalam.
Akmal
3

Keterangan waktu.
Kepada Menunjukkan arah, tempat
orang yang ditujui.
Surat jemputan itu
ditujukankepada pengerusi persatuan.
Bagi /
Untuk
Menunjukkan tujuan
sesuatu itu dilakukan
Hari Kantin diadakan bagi / untukmengisi
tabung kewangan sekolah.
Sejak /
Sementara
Menunjukkan waktu / masa Sejak pagi tadi, Munira asyik termenung
saja.
Terhadap Merujuk kepada unsur yang
melibatkan penyambut yang
tertentu.
Setiap pemuda mestilah menanam rasa
hormat terhadap orang yang lebih tua.
Antara Digunakan di depan kata
nama yang membawa
maksud
Antara makanan yang dihidangkan ialah
sate.
Dalam Sendi nama "di" atau "ke",
"dalam" berfungsi untuk
menunjukkan arah / tempat.
Seok Hwa berada di dalam bilik bacaan.
Daniel masuk ke dalam rumahnya.
Demi Menunjukkan maksud
tujuan
Kita mesti sanggup berkorban deminegara
yang kita cintai.
Tentang Maksud perkara atau hal
yang dilakukan
Encik Ahmad memberitahu
pelajarnya tentang latihan bola sepak yang
akan diadakan pada hari Selasa.
Oleh Maksud sebab Murid-murid yang ponteng sekolah itu
berjaya ditangkap oleh guru disiplin.
Akan Menunjukkan maksud
"kepada" atau "terhadap"
Amidi rindu akan keluarganya di Sabah.

Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.
Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata
atau frasa-frasa yang lain.
Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat
bertugas sebagai predikat ayat.
Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke,
dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak,
terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.
PENGGUNAAN KATA SENDI
Akmal
4

KATA SENDI PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH
di Digunakan untuk tempat.
Dieja terpisah daripada kata
nama atau frasa nama yang
mengikutinya.
1. Pertandingan itu
diadakan di Taiping.
2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah
itu.
ke Digunakan untuk tempat, masa
dan benda konkrit tidak bernyawa.
Dieja terpisah daripada kata
nama atau frasa nama yang
mengikutinya.
Tidak boleh digunakan di
hadapan kata nama atau frasa nama
yang merujuk manusia atau binatang.
1. Mereka akan ke Ipoh esok.
2. Din menunggu Siha dari pagi
hingga ke petang.
3. Pinggan itu
dihempaskannya ke lantai.
4. Cik Bedah ke surau.
dari Digunakan untuk tempat, arah
atau masa.
1. Bola itu ditendang dari penjuru
padang.
2. Kami menunggu dari pukul 8.00
pagi.
3. Ely datang dari Kelantan.
daripada Digunakan untuk orang,
perbandingan, asal kejadian, benda
abstrak, pertentangan, dan untuk
menunjukkan keanggotaan.
1. Surat itu saya
terima daripada Yatie.
2. Pensel ini lebih
panjang daripada pensel itu.
3. Ukiran itu
diperbuat daripada perak.
4. Kami memperoleh
manfaat daripada
5. Yang dikatakannya
berbeza daripada yang
diamalkan.
6. Kumpulan perompak senjata
api itu terdiri daripada enam belas
orang anggota.
Kepada/
akan/terhadap
Digunakan selepas kata adjektif yang
menyatakan perasaan atau sikap.
1. Devi suka akan rambutan.
2. Hanim amat
sayang akan/kepada ibunya.
3. Kita mesti
hormat akan/kepada/terhadap ibu
Akmal
5

bapa.

KATA SENDI PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH
bagi/untuk Digunakan untuk
menentukan sesuatu yang
dibezakan daripada yang
lain.
1. Derma untuk / bagi mangsa banjir
sedang dipungut.
2. Hadiah ini untukmu.
pada Digunakan
untuk masa, manusia,
binatang, benda
abstrak, dan benda konkrit
tertentu.
1. Peah tiba pada pukul lapan malam.
2. Tiket bas itu ada pada Hanim.
3. Pada pendapat saya, cerita itu benar.
demi Digunakan
dihadapan jkata nama
atau frasa nama yang
membawa maksud tujuan
1.Rakyat Malaysia mesti
bersatu demi kesejahteraan negara.
2. Demi kepentingan bersama, marilah
kita berdamai.
tentang Digunakan untuk
menyatakan
maknaberkenaan dengan
1. Menteri-menteri itu
berbincang tentang masalah negara.
seperti/
umpama/
laksanabagai
Digunakan untuk
membawa
maksudperbandingan atau
makna persamaan dengan
yang lain.
1.Pemuda itu berlagak seperti/
umpama/ laksana/bagai orang berada.
2. Suaranya
merdu seperti/umpama/ laksana/bagai bul
uh perindu.
dengan Digunakan untuk
menyatakan
maksudbersama-
sama atau serta, bandinga
n setara, keterangan cara,
dan penggunaan sesuatu
sebagai alat.
1. Izzat bermain dengan Hazwan.
2 Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.
3. Nani belajar dengan tekun.
4. Nora menulis dengan pensel.
sejak/semenja
k
Digunakan untuk
membawa
maksud penanda
1. Milah sentiasa gembira sejak/semenjak
Akmal
6

waktu atau masa. suaminya pulang dari perantauan.
oleh Digunakan
selepas kata kerja
pasif yang berawalan di-
dan ter-
1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah.
2. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh
kata-kata ketua mereka.
hingga/
sampai
Digunakan untuk
menyatakan had masa,
waktu atau tempat
tertentu.
1. Anggota-anggota polis
berkawal hingga/ sampai larut malam.
2. Midah
belajar hingga/sampai peringkat universiti.
dalam/
antara
Digunakan untuk
menyatakan
pengertian tempat yang
tidak mempunyai ruang
atau jarak.
1. Dalam hal ini, kita semua setuju.
2. Mereka berbincang antara adik- beradik










6 Disiplin Perkembangan Kanak-Kanak
1. Perkembangan Fizikal
Biasanya perkembangan fizikal kanak- kanak yang berumur lima atau enam tahun
ialah dari segi aspek ketinggian, bentuk badan dan berat badan. Perkembangan ini
berlaku agak perlahan jika dibandingkan dengan perkembangan semasa bayi.
Akmal
7

Perubahan yang paling ketara ialah dari segi bentuk dan proposi badan. Bisanya
kanak-kanak lelaki lebih besar jika dibandingkan dengan kanak-kanak perempuan.
Begitu juga dengan ketiggian kanak-kanak lelaki lebih tinggi daripada kanak-kanak
perempuan.
Pada umur lima tahun kanak-kanak lelaki mempunyai purata ketinggian sekitar 115
sentimeter dan berat sekitar 20 kilogram. Kanak-kanak perempuan pula mempunyai
ketinggian 100 sentimeter dan 15 kilogram.
Namun kadar perkembangan kanak-kanak berbeza kerana ia dipengaruhi oleh faktor
baka dan persekitaran. Berat badan kanak-kanak ialah 18.5 kilogram dan ketinggian
110 sentimeter. Kanak-kanak juga menujukkan kemahiran dan cecekapan motor halus
iaitu akan cuba berusaha mengenakan butang zip dan tali kasut.
2. Perkembangan Mental
Pada peringkat perkembangan mental, kanak-kanak memerlukan didikan yang baik
kerana proses intelektual ini mudah dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan
sosiobudaya. Kebiasaanya kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi-aksi yang
ditonjolkan dalam siaran televisyen terutama aksi itu yang diminati seperti rancangan
kartun.
Oleh itu ibubapa harus menerapkan nlai-nilai yang murni dan menjadi ikutan kepada
anak-anak. Menurut Edward deBono (1986) menyatakan bahawa kanak-kanak pada
tahap ini sedang mengumpul pengetahuan tentang persekitaran dan membina
maklumat berkaitan dengan konsep dan ciri-ciri objek di persekitaran mereka.
Mereka juga akan cuba mencari idea baru dan melihat keadaan persekitaran mereka
dengan cara yang lain. Kanak-kanak dapat menamakan sesuatu objek atau watak yang
dilihat seperti di dalam kaca televisyen. Ini menunjukkan bagaimana kanak-kanak
memfokouskan sesuatu pemerhatian apabila dia meminati sesuatu rancangan.
3. Perkembangan Bahasa
Proses perkembangan bahasa dikalangan kanak-kanak adalah berperingkat-peringkat.
Pada umur tiga tahun kanak-kanak akan mencari cara bagaimana untuk menjelaskan
dan memperbetulkan salah faham. Maksudnya sebutan dan tatabahasa harus
mempunyai kemajuan serta pertuturan dengan kanak-kanak lain akan berkembang
secara dramatik.
Fokus kepada kanak tiga tahun ini adalah untuk kejayaan dalam perhatian
berkomunikasi. Pada umur lima tahun biasanya kanak-kanak mendapat kawalan yang
baik dalam proses komunikasi dan elemen-elemen pertuturan adalah jelas dan mudah
difahami oleh pendengar. Bagi kanak-kanak Melayu, Bahasa Melayu menunjukkan
Akmal
8

perkembangan yang baik kerana mereka sentiasa berkomunikasi dengan keluarga
menggunakan Bahasa Melayu. Maksudnya segala arahan dan suruhan yang diberi oleh
ibubapa dapat difahami oleh mereka, begitu juga dengan pertuturan dengan adik
beradik dan kawan-kawan di mana mereka dapat menyesuaikan diri ketika bergaul.
4. Perkembangan Kecerdasan
Setiap kanak- kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza- baza. Bagi Howard
Gardner (Multiple Intelligence, 1993), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan
masalah yang merupakan kesan dalam budaya ataupun komuniti tertentu. Kanak-kanak
akan berfikir dan mengerti tentang sesuatu yang dilihat dan mencari objek-objek yang
tersembunyi dan membayangkan objek tersebut.
Weschler (1997) berpendapat kecerdasan ialah kebolehan seseorang individu
memahami alam sekitarnya, dirinya dan kemahiran yang dimilikinya untuk membantu
menghadapi cabaran. Terdapat pelbagai kecerdasan antaranya ialah kecerdasan
interpersonal, kecerdasan muzik dan kecerdasan bahasa dan linguistik.
Kanak-kanak menunjukkan bagaimana untuk mencantikkan lukisan iaitu dengan
mewarnai sesuatu objek yang dilukis dengan warna yang sesuai. Contohnya melukis
laut dan mewarnainya dengan warna biru, ini menunjukkan mereka memahami konsep
bahawa laut berwarna biru. Disamping itu juga aktiviti di luar rumah seperti bermain
bola, mereka menujukkan semangat berpasukan dan bermain dengan penuh
semangat.
5. Perkembangan Jantina
Kanak- kanak prasekolah biasanya berperanan mengikut jantina masing- masing.
(Kohlberg, 1976), menyatakan bahawa kanak- kanak perempuan akan mengikut apa
yang dilakukan oleh ibunya seperti cuba untuk membasuh baju, mengemas rumah dan
sebagainya.
Bagi kanak-kanak lelaki tahu akan dirinya seorang lelaki oleh itu dia tidak suka kepada
barang yang berbentuk permainan kanak-kanak perempuan seperti anak patung.
Biasanya mereka akan berkawan dengan kawan yang sebaya dengannya dan akan
bermaian dengan kawan lelaki sahaja.
6. Perkembangan Emosi.
Emosi ialah perasaan jiwa yang kuat, di mana setiap manusia mempunyai perasaan
yang sedih jika kehilangan atau dimarahi, gembira kerana diberi pujian dan
berperasaan takut apabila berada di tempat yang gelap. Oleh itu perkembangan emosi
bergantung kepada faktor kematangan dan pengalaman hidup seseorang.
Akmal
9

Sejak lahir lagi kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda emosi dalam diri mereka.
Mereka menunjukkan emosi yang baik iaitu gembira apabila diberi hadiah tetapi agak
malu semasa mendapatkan hadiah. Menurut Sternberg 1997, menyatakan bahawa
emosi adalah perasaan psikologikal yang selalunya diikuti oleh reaksi fisiologi terhadap
sesuatu ransangan.


2.0 TINGKAH LAKU
Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku
negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat
belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi
kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dab sikap bergantung.
2.1 Tingkah Laku Positif
Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan
tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan
adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin
tahu kanak-kanak akan membantu guru dlam meransang pemikiran kanakkanak
dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap
ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih
melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka
pada aktiviti seperti ini.
Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang
positif kerana akan memudahkan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru tidak perlu melakukan proses
pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru Cuma perlu fikirkan
aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang
proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif
berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif
merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka
bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas
jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus
pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan.

2.2 Tingkah Laku Negatif
Akmal
10

Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu
memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif bukan sahaja
kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang
seriang memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku distruktif merupakan
tingkah laku kanak-kanak iaitu permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang
sering menunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan yang bertujuan
menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk
dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan
tersebut. Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku
distruktif.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula,
kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat
bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif
merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat
dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang
lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering
mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai
nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung
pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak
yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-kanak yang mempunyai
tingkah laku pergantungan.
3.0 MODIFIKASI TINGLAH LAKU
Langkah-langkah yang teratur dan sistematik perlu diambil bagi menghasilkan
perubahan yang spesifik bagi tingkah laku yang tidak diingini. Antaranya adalah
dengan menentukan strategi, melaksanakan strategi yang dipilih, memastikan
matlamat tercapai, mengenal pasti matlamat yang dikehendaki, mengaplikasikan
teknik pembelajaran dan teknik psikologi yang sudah dikaji bagi mengubah
tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang dikehendaki.
Saayah Abu (2008) mengatakan tujuan modifikasi tingkah laku adalah
supaya guru memahami persekitaran murid-murid dan bertimbang rasa apabila
mengambil sebarang tndakan yang melibatkan tingkah laku mereka. Satu cara
mengendalikan disiplin bilik darjah daripada tingkah laku yang paling kecil
kepada yang paling sukar dikawal adalah tidak memberi perhatian apabila murid
ini selalu bergerak di dalam kelas. Seterusnya menunjukkan tingkah laku dan
berkelakuan menyendiri dan kurang mahu berinteraksi dengan orang lain di
sekelilingnya. Antara tingkah laku yang boleh dikenal pasti ialah ingkar, tidak
Akmal
11

mahu berkongsi dan bersifat egosentrik. Tingkah laku yang dikehendaki akan
diulangi kerana mengharapkan peneguhan positif berupa ganjaran menyusul
selepas perbuatan. Contohnya apabila murid rajin menyiapkan kerja rumah yang
diberikan, guru akan memberikan pujian. Keadaan tersebut akan mendorong
murid untuk terus menyiapkan lagi kerja rumah yang diberikan kerana
mengharapkan pujian seterusnya daripada guru. Situasi ini dikenali sebagai
tingkah laku yang dikehendaki.
Peneguhan negatif pula adalah tingkah laku diulangi kerana individu
hendak mengekalkan ataupun melepaskan diri daripada tindakan susulan yang
tidak menyeronokkan ataupun menyakitkan. Contohnya Ridhwan mengemaskan
semula mainannya kerana tidak mahu dimarahi oleh ibunya. Tingkah laku yang
dikehendaki adalah mengemaskan mainannya.

3.1 Faktor Persekitaran Yang Menyebabkan Salah Laku
Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran
rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.
Faktor-faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum
terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan
menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka
mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid
bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan
bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif.
(Saayah Abu:2008).
3.2 Penderaan Kanak-Kanak
Penderaan fizikal, mental dan emosi sering menjadi topik yang sering
dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau
penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di samping
penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk
ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini
menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan
fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat
oleh orang lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan
terdorong untuk bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak
suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan
dendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah
daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang
Akmal
12

dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain di
sekelilingnya.
Namun begitu, menurut Rosenberg, 1987 dalam Saayah Abu
(2008) kanak-kanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk
dirinya tanpa mengharap orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti
aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah menerima kesan akibat penderaan
emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua kanak-kanak dalam
satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan apabila
emosi mereka didera.



3.3 Persamaan Emosi Yang Diluahkan Dengan Penderaan
Menurut Leff et al., 1985 dalam Saayah Abu (2008), terdapat tiga kategori
tingkah laku ibu bapa yang disifatkan sebagai tingkah laku mendera emosi
kanak-kanak, penolakan, pengasiangan dan sikap tidak peduli didapati
mempunyai persamaan dengan tingkah laku penjaga ataupun ahli keluarga
pesakit skizofrenia. Tingkah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah laku
menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapat
menetukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluarga yang
menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap
mengkritik dikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi.
Sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama ahli keluarga yang
menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit ini sukar
pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah diberi dengan cukup.
4.0 MODEL-MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Ada banyak model pengurusan tingkah laku. Antaranya adalah model disiplin
tegas (assertive discipline model). Model ini diperkenalkan oleh Lee Canter
(1976), dimana perkara-perkara yang melanggar peraturan bilik darjah
dinyatakan, peraturan bilik darjah yang dibentuk oleh guru dan diamalkan di
dalam bilik darjah. Canter percaya, sistem disiplin tegas membolehkan guru
menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan. Apabila murid melanggar
peraturan, namanya akan dicatat sama ada pada papan hijau, papan klip ataupun
buku catatan. Murid yang namanya dicatat lebih daripada sekali akan dihantar
berjumpa guru besar ataupun ibu bapanya dipanggil berjumpa guru.
Akmal
13

Canter juga menegaskan, sistem disiplin bercirikan tanggapan murid
adalah bertujuan mengganggu guru dan mengelak daripada belajar ataupun
supaya guru tidak mengajar. Satu lagi masalah dengan disiplin tegas adalah guru
menganggap murid dapat melakukan sesuatu mengikut disiplin. Guru yang
berpengalaman menganggap murid dapat mengetahui yang sesetengah tingkah
laku boleh diterima di sekolah dan sebahagiaannya tidak. Guru yang percaya
murid mempunyai keinginan kuat hendak belajar menganggap tanggapan ini tidak
wajar. Mereka tahu belajar biasanya mengambil masa, perlu bimbingan dan
ulangan pengalaman. Sistem disiplin tegas menganggap apabila murid diberitahu
peraturan dan manghukum mereka yang melanggarnya akan mengelakkan
perlakuan yang tidak diingini.
Pendekatan ini mengawal tingkah laku murid pada waktu itu, tetapi murid
tidak tahu mengapa perlakuan itu tidak diterima atau pun adakah mereka belajar
menyesuaikan diri pada situasi yang lain. Sistem pengurusan tingkah laku yang
menguatkuasakan peraturan oleh golongan dewasa yang berautoriti tidak
membantu murid belajar bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, sistem ini
mengajar murid mematuhi peraturan yang diamalkan melalui kuasa yang tegas.
Ada masanya ornag dewasa perlu tegas dan menuntut serta-merta contohnya
mengelakkan kecederaan ataupun kecemasan seperti kebakaran.
Orang dewasa perlu mengawal disiplin sehingga murid memahami kenapa
mereka perlu mengawal tingkah laku dalam keadaan demikian. Walau
bagaimanapun, mengawal tingkah laku murid dengan kuasa dan menuntut
kepatuhan serta merta tidak semestinya sebagai cara mengurus tingkah laku.
Gartrell (1987) menegaskan, disiplin tegas akan merosakkan konsep kendiri
murid dan menjadikan guru pengurus teknikal. Bukan setakat itu sahaja, malah
ia menyebabkan murid tidak dapat memastikan tingkah laku yang sesuai dan tidak
membina rasa tanggungjawab dalam diri mereka.
Model disiplin tegas gagal memastikan sebab berlakunya tingkah laku
mengganggu. Sistem ini diaplikasikan tanpa mengambil kira kurikulum, susun
atur bilik darjah ataupun jadual waktu sedangkan semua sistem disiplin perlu
mengambil kira semua sedangkan semua sistem disiplin perlu mengambi kira
semua faktor dan individu yang terlibat dalam situasi pengajaran. Jones & Jones
(1990) melaporkan, sesetengah sekolah yang mengamalkan program disiplin
tegas tidak lagi mengamalkannya kerana:
A. ramai guru kecewa kerana murid bermasalah kurnag berkait dengan
prosedur itu
B. murid yang tidak memerlukan kaedah disiplin tegas merasa aib ataupun
bimbang
Akmal
14

C. guru yang sering melaungkan, Duduk!, Diam!, Keluar! semasa di
bilik darjah gagal memenuhi keperluan asas akademik murid.
D. Guru lebih banyak menggunakan disiplin tegas bagi mengelakkan tingkah
laku mengganggu daripada menilai kaedah pengajarannya.

4.1 Model Glasser
Model ini menyediakan banyak pilihan yang baik bagi murid dan
menguruskan gangguan yang berlaku secara tenang dan logik. Glasser
percaya pilihan yang baik menghasilkan tingkah laku yang baik dan
pilihan yang tidak baik menyebabkan tingkah laku sebaliknya. Tingkah
laku individu menggambarkan keinginannya memenuhi keperluannya.
Sekiranya sekolah mempunyai disiplin yang baik, ia menjadi tempat
dimana murid ataupun guru yang kecewa dalam memenuhi keperluan
masing-masing adalah kurang.
Antara keperluan yang dikenalpasti adalah keperluan dimiliki,
kebebasan dan keperluan berjenaka ataupun bergembira. Sekolah yang
muridnya tidak mempunyai perasaan memiliki (sense of belonging)
ataupun tiada peluang membuat pilihan adalah sekolah yang sering
mengalami masalah disiplin. Glasser juga mencadangkan guru
menstruktur pengalaman pembelajaran murid supaya mereka memunyai
motivasi yang tinggi bagi bekerja dalam kumpulan dan murid yang pandai
membantu murid yang lemah. Ini memberi peluang kepada murid yang
pandai memenuhi keperluan memimpin dan yang lemah menyumbang
kepada kumpulannya.
Dalam model Glasser, mesyuarat kelas antara murid akan
membincangkan peraturan dan tingkah laku di dalam bilik darjah. Walau
bagaimanapun, model ini sering digunakan bagi murid menengah dan
berfokus pada menyelesaikan maslaah, pilihan yang disediakan gruu dan
cara guru membantu murid bermasalah dengan cara yang sesuai.
4.2 Model Ginott
Hasil kajian beliau adalah disiplin tingkah laku adalah berdasarkan
pengelolaan iklim. Ini bermaksud, bilik darjah yang kondusif pelru
diwujudkan bagi membina suasana disiplin yang baik. Interaksi melalui
komunikasi berkesan antara guru dengan murid juga penyumbang dalam
perkara ini. Selain itu, beliau percaya disiplin adalah proses berterusan
yang perlu dicapai sepanjang masa. Prinsip model ini adalah sebagai
mesej membaiki kepada murid dalam menangani maslaah. Ginott
menggunaakan istilah komunikasi kongruen (setimpal) bagi menerangkan
tindak balas yang harmoni dengan perasaan murid berkenaan sesuatu
situasi atau pun diri mereka. Beliau juga menggalakkan kerjasama dan
Akmal
15

bukan memaksa. Guru yang menggunakan cadangan Ginott tidak melabel
murid dan berkomunikasi berdasarkan kerelaan mereka bagi membantu
murid menyelesaikan masalah.

5.0 CARA MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
Seperti di perkenalkan oleh Lee Center (1976) iaitu model disiplin tegar. Model
ini adalah sistem peraturan tingkah laku di adalam kelas yang di buat oleh guru.
Apabila kanak-kanak melanggar peraturan, namanya akan dipaparkan pada
papan kenyataan dan guru memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga
mencadangkan supaya nama itu direkod dan dihantar kepada pengetua. Selain
itu, model ini membantu guru mengajar dengan lebih berkesan tanpa sebarang
gangguan. Kebanyakkan dilaksanakan di sekolah rendah memandangkan sesuai
untuk mengurus tingkah laku kanak-kanak supaya memahami pentadbiran
sekolah. Walaubagaimanapun, ia kurang berjaya melatih kanak-kanak supaya
bertanggungjawab. Selain itu, kelemahannya adalah tidak menghiraukan
kurikulum,struktur dan susun atur di dalam bilik darjah.



5.1 Konsep Menghukum
Objektif bagi menghukum adalah mewujudkan tingkah laku positif yang
membina. Menghukum berkaitan denda yang di lakukan bagi mencegah
tingkah laku yang tidak diingini dengan mengaitkannya dengan
rangsangan yang menyakitkan. Contoh-contoh hukuman yang biasa
dijalankan adalah menukar tempat duduk, hilang keistimewaan, pertemuan
perseorangan dengan murid, pertemuan dengan ibu bapa,kawalan yang
mudah, teguran, pembetulan, penggantian, pemencilan murid dan boleh
juga dirujuk kepada guru besar.
5.2 Tingkah Laku Merosakan
Kerap berlaku kepada pelajar berumur 10 hingga 14 tahun. Jenis tingkah
laku merosakkan adalah seperti permusuhan yang nyata, vendalisme,
mengugut guru, meyertai kumpulan liar serta mencalarkan kereta dan
motor guru.

5.3 Permusuhan Yang Nyata
Keadaan yang terdapat pada tingkah laku fizikal ataupun lisan yang
bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya anda sedang beratur hendak
membeli makanan, tiba-tiba barisan anda di potong oleh pelajar lain.
Mengikut ahli psikologi, tiga pandangan utama berkenaan permusuhan
nyata adalah setiap individu mempunyai desakan agresif bagi
Akmal
16

menimbulkan permusuhan yang nyata. Permusuhan ini wujud daripada
pengalaman lampau yang mengecewakan.
Tingkah laku agresif ataupun permusuhan yang nyata adalah
tingkah laku yang dipelajari. Cara membantu mengurangkan permusuhan
yang nyata adalah :-
Menerapkan nilai-nilai murni
Kenal pasti pelajar yang agresif
Mengadakan program pendidikan moral
Menubuhkan bimbingan rakan sebaya
Merujuk pelajar bermasalah kepada guru kaunseling
Menggalakkan perbincangan sihat antara pelajar
Mengadakan pembentangan teknik menyelesaikan masalah

5.4 Tingkah Laku Bergantung
Ia adalah tingkah laku seseorang yang bergantung pada orang lain sama
ada guru atau rakan bagi melakukan sesuatu. Individu seperti ini tidak
mampu untuk membuat keputusan sendiri. Pendirianya kurang tegas dan
tiada tujuan. Faktor-faktor yang menimbulkan keadaan kurang bergantung
berlebihan adalah ibu bapa yang mengamalkan perlindungan yang
melampau seperti terlalu manjakan anak dan kurang yakin kebolehan
mereka mendidik anak-anak. Selain itu faktor lain adalah konsep kendiri
pelajar yang lemah. Kesannya menjadikan kanak-kanak kurang yakin.
Selain itu, pelbagai masalah akan timbul di sebakan mereka sukar
membuat keputusan sendiri dan tidak mampu untuk menyelesaikan
masalah. Ada juga yang terlalu peka pada orang lain seperti pokok semalu.
Akhirnya kehidupan yang dilalui tidak ceria, tertekan dan jiwa tidak
tenteram.
Seterusnya pendekatan pengejaran yang lebih berpusat kepada
guru. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sukar dijalani oleh para
pelajar dan kurang sesuai menyebabkan murid banyak bergantung kepada
guru. Situasi ini menyebabkan tekanan kepada murid. Sebaik-baiknya
guru mengadakan aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar memberi
pandangan atau berhujah. Aktiviti yang dijalankan perlu sejajar dengan
kebolehan pelajar. Beri layanan yang sepatutnya kepada murid-murid
yang lemah seperti mengadakan klinik peningkatan kendiri. Dedahkan
teknik membuat keputusan yang bijak. Wujudkan suasana pembelajaran
mesra dan aman yang dapat mententeramkan kanak-kanak yang aktif.
Secara tidak langsung ia akan menjernihkan suasana tegang dan dapat
memperbaiki banyak perkara.

Akmal
17


5.5 Pengunduran Diri
Pengunduran diri da pelbagai situasi dan ada di antaranya adalah helah
bela diri. Ia bermaksud penarikan diri daripada situasi yang kurang
selamat. Contohnya Jazimin merupakan murid yang pemalu, dia dikatakan
mengamalkan pengunduran diri apabila diminta bercerita di hadapan kelas
kerana bimbang dia tidak pandai berinteraksi di khalayak ramai. Kesan
buruk akibat pengunduran diri adalah pembentukan konsep diri yang
rendah. Pelajar sukar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru dan
tidak yakin berinteraksi dengan murid yang lain. Ini mengakibatkan
perkembangan sosial, emosi dan intelek terjejas. Apabila dewasa, pelajar
kurang berkeupaya menghadapi cabaran-cabaran baru. Penguduran diri
menjadikan seseorang kurang popular. Lama-kelamaan dia akan merasa
terancam dan kurang selamat di dalam kelas. Individu yang mengamalkan
pengunduran diri kurang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi
dan kurang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Akhirnya dia
sentiasa mengalami kebimbangan dan ketakutan.
Peranan guru dalam mengurangkan masalah pengunduran diri
adalah guru perlu memberi tumpuan dan dengar cadangan cadangan
murid. Perlu bersikap tegas dan adil dalam menjalankan peraturan dan
konsisten. Kenal pasti pelajar yang malu dan menarik diri. Usah kedekut
memberi pujian kepada pelajar yang melakukan kebaikan. Jangan
menengking dan berleter sehingga mewujudkan ketegangan. Sediakan
aktiviti-aktiviti yang menarik serta digemari oleh pelajar. Pastikan aras
pencapaian yang ditetapkan tidak terlalu tinggi. Galakkan penyertaan
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan memberi
ganjaran dan pujian bagi mendorong penyertaan pelajar. Beri peluang
kepada mereka meluahkan kehendak ataupun masalah.
Selain itu, guru perlu membantu pelajar yang mengalami kesulitan
semasa menguruskan tugasan (mentoring). Perbanyakkan jenis aktiviti
supaya pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan dapat menikmati
kejayaan . Elakkan menghukum pelajar sekiranya beliau kurang berjaya
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya perlu, adakan
perancangan dengan ibu bapa yang sentiasa mendenda, mendera,
memukul dan keterlaluan dalam memarahi anaknya.
6.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulannya pendidikan prasekolah penting kerana ia meliputi aspek
fizikal, mental, bahasa, sosial, moral, pekerti, emosi dan agama walaupun
kepentingan ini sukar ditentukan secara objektif. Implikasi yang besar akan
berlaku sekiranya pendidikan awal kanak-kanak ini diabaikan oleh ibu bapa.
Akmal
18

Keluarga sedemikian dianggap sebagai pendera emosi pesakit skizofrenia dan
tidak kurang bezanya dengan pendera emosi pada kanak-kanak. Ini
menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam mengawal sikap
dan layanan pada mereka yang sakit dan lemah supaya mereka cepat sembuh. .



















TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME
2.0 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME
2.1 Pengenalan
Mengikut pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya
adalah mulia dan baik. Setiap individu akan berkembang secara semulajadi
sekiranya persekitaran mereka adalah sesuai. Oleh itu, guru harus mengikut
keperluan pelajar, membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang
mereka suka dan dianggap bermakna. Prinsip tersebut dapat dikuatkan lagi
dengan setiap individu bertindak atas persekitaran masing-masing dan bebas
untuk membuat pilihan dan keputusan dalam usaha membentuk dunia peribadi
dan pembelajaran.
Kajian ahli psikologi humanis menyatakan bahawa pembelajaran manusia
bergantung kepada emosi dan perasaan masing-masing. Selain itu, pendekatan
humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan
menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran
setiap individu adalah berbeza. Secara keseluruhannya, pendekatan humanis
memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan pelajar.
Akmal
19

Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap
pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan
memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. .Pembelajaran
adalah melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk
menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang
berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu. Secara
semula jadi setiap individu ingin belajar dan menimba ilmu. Maka, murid-murid
hendaklah mempunyai kawalan kendiri ke atas apa yang hendak mereka
pelajari. Keberkesanan pembelajaran akan dicapai apabila pelajar mengambil
inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuh dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.



Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia.
proses belajar dianggap berhasil jika murid memahami lingkungannya dan
dirinya sendiri. Dalam proses belajar setap murid harus berusaha agar lambat
laun mereka mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Lima
objektif asas pendidikan daripada pandangan humanistik (Gagne dan Berliner,
1991) ialah :
i. Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain.
ii. Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan
perkara yang dipelajari.
iii. Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah.
iv. Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan.
v. Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi.

2.2 Prinsip-Prinsip Pendekatan Humanisme
Gagne dan Berliner (1991) merangkumkan prinsip-prinsip pendekatan
humanistik seperti berikut:
i. Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari dan perkara yang
ingin diketahui oleh mereka.
ii. Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak
pengetahuan.
iii. Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang lebih
bermakna, namun pelajar perli mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan.
iv. Perasaan adalah sama penting dengan fakta.
v. Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti
selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman.

Akmal
20





Menurut Choong Lean Keow, Carl Rogers menyatakan bahawa beliau percaya
bahawa setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar. Dengan
kata lain setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk
mencapai kesempurnaan dirinya.Mereka masing-masing mempunyai keinginan
yang akan mendorong mereka ke arah mencapai kesempurnaan dan
kecemerlangan diri. Oleh itu, pengalaman yang dialami dan ilmu pengetahuan
yang diperolehi daripada persekitaran mereka akan membolehkan individu
masing-masing membentuk konsep kendiri, sama ada positif ataupun negatif
adalah bergantung kepada ciri unsur pengaruh persekitaran tersebut.

Rogers juga menyatakan bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan hanya
akan berlaku sekiranya kandungan matapelajaran adalah sesuai dan dapat
menarik minat peribadi murid untuk mempelajarinya. Oleh itu, pembelajaran
yang menarik minat mereka akan lebih mudah diterima apabila ancaman luaran
berada pada tahap minimum. Maka pembelajaran yang berlaku adalah atas
usaha murid itu sendiri adalah lebih kekal dan bermakna. Selain itu, beliau telah
mengkategorikan pembelajaran kepada dua jenis iaitu:

a) Pembelajaran kognitif yang tidak berguna ilmu pengetahuan yang diperolehi
oleh individu tidak digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian

b) Pembelajaran eksperiential ilmu pengetahuan yang diperolehi dan
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Menurut Mok Soon Sang pula, Abraham Harold Maslow telah mengemukakan
Hirarki Keperluan Maslow. Beliau berpendapat bahawa seseorang individu akan
memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan
sekunder. Mengikut Maslow, kehendak manusia terbahagi lima mengikut
keutamaan iaitu keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih
sayang, penghormatan kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri.

Maslow berpendapat motivasi dalaman akan mendorong manusia berusaha
mengejar pencapaian cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan tanpa
kawalan atau ransangan luar. Apabila individu telah mendapat kepuasan dalam
sesuatu hirarki, keprluan hirarki yang lebih tinggi akan berlaku secara
semulajadi. Namun begitu, jika hirarki yang lebih rendah masih belum mendapat
Akmal
21

kepuasan, keperluan dalam hirarki yang lebih tinggi tidak dapt dikemdangkan
dengan sewajarnya. Terdapat ramai individu sehingga akhir hayat mereka pun
tidak dapat berkembang sehingga hirarki tertinggi.

2.3 Pembelajaran Menurut Teori Humanisme
Pendidikan humanisme sangat mementingkan adanya rasa kebebasan dan
tanggung jawab. Teori ini mempunyai tujuan pendidikan iaitu memanusiakan
manusia agar manusia mampu mengaktualisasi diri sebaik-baiknya. Aliran
humanistik tidak mempunyai teori belajar khusus, tetapi hanya bersifat ekletik,
yang bermaksud menggunakan teori yang sesuai (kognitif) asalkan tujuan
pembelajaran tercapai. Peranan pendidik dalam pendekatan humanisme adalah
sebagai fasilitator ataupun pembimbing, yang berperanan:
a) Menciptakan iklim belajar.
b) Memenui kebutuhan belajar peserta didik.
c) Membantu mengungkapkan emosi peserta didik.
d) Membantu belajar peserta didik.

Bentuk pembelajaran melalui pendekatan humanisme adalah bahawa murid
dituntut untuk selalu memotivasi diri. Untuk mencapai ke arah itu kegiatan belajar
hendaknya mendorong murid-murid untuk belajar cara-cara belajar dan menilai
belajarnya sendiri. Program pembelajaran yang diterapkan dalam pendekatan
humanisme umumnya menggunakan kegiatan terbuka di mana murid-murid
harus mendapatkan informasi, membuat keputusan, menyelesaikan masalah
dan menghasilkan kejayaan sendiri. Dalam pendidikan humanisme, murid-murid
tidak memiliki tempat duduk yang tetap seperti pendidikan konvensional. Murid-
murid dapat belajar secara kendiri atau belajar secara berkumpulan.
2.4 Tokoh-Tokoh Pendekatan Humanisme
Terdapat beberapa tokoh terkenal yang mempelolpori teori humanisme ini.Antara
tokoh-tokon humanistik termasuklah Carl Rogers, Abraham Maslow, John Holt,
Malcolm Knowles dan lain-lain. Tetapi di antara tokoh-tokoh tersebut, dua orang
tokoh utama bagi pendekatan humanisme iaitu Carl Rogers dan Abraham
Maslow. Di sini akan dibincangkan dengan lebih lanjut berkaitan dua tokoh
utama ini.

2.4.1 Carl Rogers
Nama sebenarnya ialah Carl Ransom Rogers, telah dilahirkan pada 8 Januari
1902 di Oak Park, Illinois. Carl Rogers dilahirkan dalam sebuah keluarga yang
kuat disiplin, berpegang kuat pada agama dan bermoral tinggi. Carl Rogers
adalah satu satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai
manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai
Akmal
22

objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga
mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia
sebagai entiti entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka didorong
oleh pencapaian kesempurnaan kendiri.
Carl R. Rogers adalah seorang ahli psikologi humanistik yang gagasan-
gagasannya berpengaruh terhadap pemikiran dan amalan psikologi di semua
bidang, Rogers mengutarakan pendapat tentang prinsip-prinsip belajar yang
humanistik, yang meliputi hasrat untuk belajar, pembelajaran yang bermakna,
belajar tanpa ancaman, belajar atas inisiatif sendiri, dan belajar untuk perubahan
(Rumini,dkk. 1993).
Menurut Rogers, manusia mempunyai naluri untuk belajar.Hal ini terbukti dengan
tingginya rasa ingin tahu anak apabila diberi kesempatan untuk mengeksplorasi
persekitarannya. Dorongan ingin tahu untuk belajar ini merupakan persepsi
dasar pendidikan humanistik.



Di antara ciri-ciri Teori Pembelajaran Carl Rogers ialah:

Pengalaman individu adalah fenomena-logikal yg dialami oleh individu sendiri.
Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai
kesempurnaan kendiri.
Setiap individu membentuk konsep kendiri yg unik melalui sistem nilai dan
kepercayaan yg berbeza dgn org lain.
Tingkah laku yg ditunjukkan adalah selaras dengan konsep kendiri dan
keupayaannya.
Kefahaman tingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi,

Prinsip-prinsip pendekatan Teori Pembelajaran Carl Rogers antara lainnya ialah
mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar dan prinsip pembelajaran
berasaskan kebebasan (freedon to learn). Di dalam kelas berasaskan teori
pembelajaran Carl Rogers, murid-murid diberi kesempatan dan kebebasan untuk
memenuhi perasaan ingin tahunya, untuk memenuhi minatnya dan untuk
mencari apa yang penting dan bererti tentang dunia di sekitarnya. Antara prinsip-
prinsp pembelajarannya yang lain ialah :
i. Pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu
ii. Pembelajaran hanya boleh berlaku jika bahan pelajaran adalah bermakna
serta seiras dengan objektif pelajaran pelajar
iii. Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dicapai dibawah situasi pendidikan
yang kurang berancam
Akmal
23

iv. Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan apabila pelajar
mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti
pembelajaran
v. Membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya, demi
mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya.
vi. Aktiviti P&P hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata untuk memupuk
kemahiran hidup pelajar.

2.4.2 Abraham Maslow
Abraham Maslow dilahirkan di Rusia dan kemudiannya menetap di Amerika
Syarikat. Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dengan Hirarki
Keperluan yang diperkenalkan pada tahun 1947 hingga 1954, dan telah
diterbitkan dalam Motivation and Personality pada tahun 1954. Beliau juga
digelar sebagai Bapa Psikologi Humanistik. Abraham H. Maslow merupakan
tokoh yang menonjol dalam psikologi humanistik. Teorinya iaitu Teori Keperluan
Maslow dapat diterima pakai dan sebahagian dari teorinya yang penting
dijadikan asas persepsi bahawa dalam diri manusia terdapat dorongan positif
yang berkembang dan terdapat kekuatan-kekuatan yang melawan atau
menghalangi pertumbuhan (Rumini, dkk. 1993).
Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan
keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian
daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan
rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan
menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau
menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian
daripada individu.
Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah
laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu
akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap
sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil
kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.

Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu.
Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi
lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat
sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan
yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh
dilihat dalam bentuk hieraki. Menurut beliau keperluan di tahap yang paling
bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang
individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua
Akmal
24

tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap
kesempurnaan.

Maslow memecahkan tahap keperluan manusia kepada 5 tahap iaitu keperlian
fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, dan kesempuurnaan
kendiri. Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia
perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak
pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi
tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.

Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup,
kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang undang serta membebaskan diri
daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat
diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.

Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan
dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu
kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini
sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.

Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu
berkuasa, sekurang kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama,
kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya
manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. Akhir
sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan
kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu
sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.


2.5 Implikasi Teori Humanistik Ke Atas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Imlplikasi Teori Pembelajaran Humanistik ialah dapat membentuk suasana bilik
darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat
untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Selain daripada itu, guru dapat
memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi
dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Akmal
25

Guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan
tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang
memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri,
memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan
estetik yang bermutu tinggi. Nilai motivasi diri murid juga perlu dipupuk melalui
bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu
arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang
tertinggi.

Sebagai pembimbing ataupun fasilitator, guru hendaklah membantu pelajar
mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif
dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif. Mengimbangkan komponen
intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah
menjadi role model dan menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan
dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar. Guru
hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keprluan kasih sayang. Guru
hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar



2.6 Implikasi Teori Humanisme Ke Atas Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Murid Berkeperluan Khas
Bagi murid bermasalah pengihatan, berikan gambaran yang jelas tentang bilik
darjah dan sekolah. Guru hendaklah membawa kanak-kanak tersebut berjalan di
persekitaran sekolah dan terangkan kepadanya apa yang dilihat. Semasa
memandu arah, benarkan pelajar tersebut memegang anda. Gunakan tulisan
yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis dan menggalakkan juga supaya
kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama. Kanak-kanak yang
menghadapi masalah penglihatan banyak belajar melalui deria sentuh, dengar
dan hidu. Malah ada di antara mereka menjilat objek / benda yang baru baginya.
Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi guru
perlulah mengawasinya.
Untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran, bahan-bahan, teknik, kaedah,
teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut
keprluan individu. Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu
digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada
Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I). Kerjasama dan interaksi yang baik
dengan murid-murid serta guru-guru kelas boleh meningkatkan usaha dan kerja-
kerja pemulihan.Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran
Akmal
26

biasanya memerlukan aktiviti berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang dengan
teliti mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murud menguasai
konsep atau kemahiran langkah demi langkah
Manakala bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, guru perlulah mengajar
mereka cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan
melepaskan perasaan. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu
bahasa isyarat. Kanak-kanak ini biasanya mudah meradang. Mereka sukar
menumpukan perhatian pada sesuatu perkara dengan agak lama. Maka, guru
pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Antaranya guru boleh menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis
dan bercakap. Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya mereka mudah
membaca pertuturan bibir
1.0 PENGENALAN

Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion
keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu guru
hanya masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru
dibebani dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar
dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba
serbi termasuklah pengurusan bilik darjah yang effektif.
Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani
untuk Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan
persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca
utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana masalah
jenayah yang berlaku di luar sana mampu di bendung dari peringkat awal lagi melalui
pendidikan di sekolah.
Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi Tingkah
laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model
Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai
panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan.

2.0 KONSEP DISIPLIN
Perkataan disiplin beraal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud mengajar.
Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan kelakuan
supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. (Kamus Dewan edisi
keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow pula menyatakan bahawa disiplin
adalah pencegahan dan pemulihan atau secara keterangannnya adalah latihan yang
dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pada tingkah laku. Beliau juga
menyatakan bahawa disiplin juga merupakan hukuman yang bertujuan membetulkan
atau melatih seseorang murid. Dalam konteks bilik darjah disiplin merupakan satu set
peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan
tingkah laku yang diingini. Disiplin merupakan salah satu aspek semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. (Charles 2008) berpendapat disiplin bilik darjah adalah
Akmal
27

sebahagian daripada pengajaran yang juga meliputi arahan, komunikasi, struktur dan
pengurusan bilik darjah juga termasuk hubungan dengan ibu bapa murid. Menurut ahli-
ahli pendidik, terdapat lima model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan
rujukan kepada guru-guru sekolah bagi membentuk bilk darjah yang kondusif.. Model-
model tersebut ialah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner, Model Disiplin Asertif
Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin, Model
Terapi Realiti Glasser

2.1 Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner
Secara ringkasnya model Modifikasi Tingkah Laku dipelopori oleh Skinner. Model ini
menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen -elemen luaran untuk
meningkatkan tingkah laku. (Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel,Pengurusan Bilik
Darjah, 2008 ). Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan seperti hadiah, pujian dan
sokongan di atas apa yang dilakukan.Peneguhan ini diberikan untuk meningkatkan
tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif pula berlaku apabila
rangsangan yang lebih keras diberi. Rangsangan yang dikeluarkan adalah untuk
meningkatkan tingkah laku pelajar. Contohnya, cikgu sering kali meleteri pelajar supaya
menyiapkan kerja rumah, akhirnya pelajar menyiapkan kerja yang diberi. Dendaan
adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya
tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang
membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
Contohnya, Pelajar membuat bising dalam kelas dan guru membuat amaran kepada
pelajar. Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas. Pembentukan tingkah laku boleh
dilakukan dengan memberikan peneguhan yang berkala setiap kali selepas sesuatu
tingkah laku yang diingini ditunjukkan.

2.2 Model Disiplin Asertif Canter
Lee and Marlene Canter menubuhkan Canter Associates dan buku Assertive Discipline:
A Take-Charge Approach for Todays Educator (1976). Model ini berasaskan
peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat
daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Menekankan penetapan dan kuat kuasa
peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Model ini juga melibatkan
ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping
pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). Canter
menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu, penguatkuasaan
peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar. Hak tersebut
adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru perlu menyediakan
persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai.
Manakalah hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid perlu
memilih dalam bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif harus jelas
dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada
masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid.
Di samping itu juga, guru yang asertif perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-
Akmal
28

murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan
dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar
dengan selesa. Dalam model Asertif ini, Canter ada memperkenalkan Langkah-langkah
Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah. Langkah-langkah tersebut ialah:
Selain itu juga, guru mempunyai beberapa cara untuk mengenakan tindakan
pembetulan kepada murid-murid:
bertindak tenang
konsisten
Berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini.
Beri peluang murid luahkan perasaan.
Teguran langsung kepada murid peringkat rendah
Tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa.

2.3 Model Akibat Logikal Dreikurs
Fokus utama model akibat logikal Dreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik darjah
yang bersifat demokratik di mana murrd-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin
kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Selain itu juga,
model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku dan murid perlu
dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu murid sendiri
perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
Terdapat beberapa motif utama salah laku. Motif tersebut ialah:
1. Mendapatkan perhatian : Murid sering kali cuba mendapatkan perhatian guru dengan
cara yang salah.
2. Membalas dendam : Murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat sebagai
bersikap tidak adil dan bersikap autokratik.
3. Mencabar kuasa (konflik) : Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan guru
jangan bertindak secara emosi. Bertenang, panggil murid secara individu dan cuba
kenal pasti punca kelakuan mereka.
4. Menunjukkan kekurangan : Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui motif
sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai seorang yang lemah
dan tidak upaya.
Untuk murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah
menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif iaitu
kenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid
tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke
atas matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya.

2.4 Model Pengurusan Kelompok Kounin.
Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah
iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan
karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan Konsep
Riak - apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama.
Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan
manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai
Akmal
29

(seiring). Terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin.
Perkara-perkara tersebut ialah:
1) Bertindih (overlapping) : Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau
lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama.
2) Merangkumi semua (withitness): Ia merujuk kepada kebolehan guru membetulkan
tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak boleh dikawal.
3) Momentum (momentum) : Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan
pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran.
4) Kelancaran (smoothness) : Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.
5) Fokus kumpulan (group focus) : Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain
daripada respons seorang murid sedang diberikan.
6) Menggalakkan akauntibiliti :Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid
bahawa penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir.
Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah seperti
berikut:
Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah
laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali
sebagai kesan riak (ripple effect).
Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam
setiap masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah yang
dicipta oleh Kounin.
Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti dan mengekalkan
momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan
dengan berkesan.
Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin
setiap individu mempunyai akauntibiliti dalam pembelajaran, dan memastikan
pembelajaran optimal berlaku.
Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau
kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.

2.5 Model Terapi Realiti Glasser
Diperkenalkan oleh William Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti. Beliau
dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Pada tahun 1944, ketika
berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang
kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Pada tahun 1956, Glasser telah
menjadi ketua psikiatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang
dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan
melanggar peraturan atau undang-undang. Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan
bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada
teknik dan konsep terapi realiti.
Terapi realiti berlandaskan 3 prinsip berikut:
Setiap individu bertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing.
Setiap individu berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan sekiranya
diberikan bimbingan dan sokongan.
Akmal
30

Setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat membentuk
persekitaran mengikut kehendak masing-masing.
Pelan pengurusan bilik darjah Glasser ialah guru hendaklah melapangkan masa untuk
mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut. Seterusnya guru
perlu mempertimbangkan cara penyelesaian. Guru juga perlu berusaha mencegah salah
laku melalui dua cara iaitu berikan latihan dalam kelas yang menarik dan bina hubungan
yang positif dengan murid. Selain itu, guru harus mempertingkatkan cara penyoalan.
Guru juga perlu mengadakan perbincangan dengan murid-murid. Murid dikehendaki
membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan guru. Jika
tidak berkesan,murid diasingkan dengan menggunakan time-out dalam bilik darjah.
Murid dihantar ke satu lokasi yang selesa tetapi tidak mengancam orang yang menyelia
mereka. Bagi murid yang di luar kawalan, guru hendaklah menghubungi ibu bapa untuk
berpindah sekolah. Jika masih serius, rujuk murid kepada pihak berkuasa.

Elemen Disiplin Yang Berkesan Glassser:
Membantu murid membuat pilihan yang wajar
Mengajar murid memikul tanggungjawab secara peribadi
Menangani tingkah laku masa kini, bukan masa lampau
Memerlukan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah laku
mereka
Membantu murid merancang ke arah perubahan tingkah laku
Percaya bahawa murid boleh berubah ke arah positif


3.0 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLIN
Peranan seorang guru kian bertambah dan menjadi semakin kompleks dengan
berkembangnya dunia pendidikan era ini. Masalah-masalah disiplin sering berlaku di
dalam bilik darjah menyebabkan pengajaran dan pembelajaran terganggu. Bagi
melicinkan proses P&P dan mengelakkan pembaziran waktu, guru yang proaktif
seharusnya menangani masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah dengan
segera dan pantas.
Masalah disiplin seperti meniru kerja, menipu, kurang memberikan respons ketika sesi
soal jawab, meninggalkan bilik darjah dengan kerap dan tidak hormat kepada guru,
sememangnya dapat di atasi dengan mudah jika guru menggunakan beberapa langkah
yang telah di sarankan oleh para cerdik pandai sebagai panduan melalui model-model
pengurusan bilik darjah yang telah mereka perkenalkan. Sebagai seorang guru,
terpulanglah kepada kita untuk memilih model mana yang lebih baik atau mengadunkan
model-model tersebut supaya menjadi satu acuan yang baik dalam mengawal masalah
disiplin murid di dalam kelas.
Terdapat beberapa langkah yang saya cadangkan bagi membantu guru-guru dalam
menangani masalah disiplin antaranya ialah membina hubungan positif antara guru dan
murid, menetapkan set peraturan dan rutin bilik darjah, terangkan plan pengurursan
disiplin kepada murid, memberi teguran dan kaunseling,

Akmal
31

3.1 Membina hubungan positif antara guru dan murid.
Building meaningful and genuine relationships with and among your students is an
essential aspect creating a learning environment that support their learning and
promotes their positive classroom behaviour (McAdams & Lambie 2003; Schaps,2003).
Berdasarkan petikan ini, saya berpendapat bahawa langkah pertama yang patut di ambil
bagi menangani masalah disiplin ialah guru perlu membina hubungan positif dengan
murid bermula daripada hari pertama penggal persekolahan sepertimana turut
disarankan oleh Glasser. Hal ini kerana hubungan yang positif ini dapat mengurangkan
emosi-emosi negatif sebaliknya menggalakkan emosi-emosi positif. Pendekatan ini
membuatkan murid merasa dihargai oleh guru sekaligus memotivasikan murid dalam
menghasilkan tugas-tugas pembelajaran dengan baik. Perkara yang lebih penting ialah,
hubungan positif ini melahirkan rasa hormat murid kepada guru. Menurut Good dan
Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan
murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah. Guru akan dipandang
tinggi oleh murid-murid dan membawa kepada persekitaran pembelajaran yang
kondusif. Oleh yang demikian mudahlah guru untuk mengawal tingkah laku murid di
dalam kelas. Masalah disiplin seperti yang telah dinyatakan pasti tidak akan berlaku lagi.
Hal ini kerana murid-murid akan memberi kerjasama kepada guru. Hubungan yang baik
antara guru-murid akan memberi peluang kepada murid untuk menjalinkan kerjasama
yang erat dengan guru. Seterusnya membolehkan guru mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan murid-muridnya serta memberikan peneguhan yang sesuai. Selain itu guru
dapat membentuk peribadi yang mulia terhadap pelajar sekaligus mengurangkan
masalah disiplin.
Bagi membina hubungan positif antara guru dan murid, guru mestilah ingat nama murid
dan panggil murid dengan nama masing-masing. Guru dinasihatkan supaya tidak
memanggil murid-murid dengan nama-nama ganti diri yang am, panggil dengan
menunding jari dan panggilan-panggilan yang tidak disukai oleh murid kerana ia boleh
mengakibatkan murid berasa benci kepada guru. Sebagai contoh ialah Kamu yang
pakai cermin mata tu........ atau Poh Bedah, banyak sangat ye kamu
bercakap...... atau Awak yang mata sepet tu....... Sebaliknya berlaku pabila guru
mentgingati nama murid dan memanggil mereka dengan panggilan yang betul. Mereka
akan merasakan guru sedar akan kewujudan mereka didalam kelas disamping
menunjukkan usaha guru untuk mengenali mereka. Sekaligus hubungan positif dapat
dibentuk dengan cepat. Hal ini akan menolong guru untuk mengawal tingkah laku murid
didalam kelasnya.
Disamping itu, strategi lain yang boleh diambil bagi meningkat hubungan positif antara
guru-murid sekaligus membantu guru untuk menangani masalah disiplin di dalam bilik
darjah ialah guru menunjukkan keprihatinan, kasih sayang dan sikap mengambil berat
tehadap keperluan murid-muridnya. Kebiasaannya murid-murid melakukan masalah
disiplin kerana keadaan persekitaran yang menyebabkan muri-murid gagal memenuhi
keprluan-keperluan asas mereka disekolah antaranya ialah rasa dipunyai dan disayangi.
Menurut Glasser kebanyakan perencanaan pengurusan bilik darjah berlaku dengan
salah sebagaimana yang beliau katakan, We are far too concerned with discipline, with
how to make student follow rules, and not enough with concerned with providing the
Akmal
32

satisfiying education that would make our ever concerned with discipline
unnecessaray. Oleh itu hubungan baik antara guru-murid adalah amat penting bagi
memenuhi keperluan-keperluan asas murid dan membantu dalam mengurangkan
masalah dalam bilik darjah.
Dalam mengekalkan hubungan yang baik antara guru dan murid, guru perlu mengelak
daripada mengamalkan tujuh tabiat yang telah dinyatakan oleh Glasser iaitu mengkritik,
suka mencari kesalahan murid, kuat merungut, menggugut, kuat berleter, suka
mendenda dan kerap memberikan ganjaran.




3.2 Menetapkan set peraturan bilik darjah.
Langkah kedua ialah, sejak awal sesi persekolahan lagi, guru perlu berbincang dengan
murid-murid untuk menetapkan satu set peraturan yang utama yang menjadi asas
kepada bilik darjah. Peraturan ialah penyataan yang memaklumkan tingkah laku yang
boleh diterima di dalam bilik darjah. Selain itu, peraturan juga merupakan satu bentuk
peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Dari semasa ke semasa, guru
boleh membuat tambahan peraturan, tetapi asasnya adalah pada peraturan asas
tersebut. Peraturan bilik darjah ini adalah penting untuk dibentuk dan dikuatkuasakan
kerana ia dapat memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan lancar tanpa gangguan
tingkah laku yang tidak diingini. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah
laku. Oleh itu guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu
murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran
yang kondusif, keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah
yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang
yang jelas di dalam bilik darjah.
Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-sama
menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah
mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah, akan
dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan
rakan yang duduk di bersebelahannya. Pada suatu hari, salah satu murid cemerlang
dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks Bahasa Melayu ke
sekolah. Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan
tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah.
Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut
sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Dengan cara ini, Sally
akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada
masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan menyedari
kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes
Sally, murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya elak daripada
mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Sally.
Walhal begitu, guru perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara semasa
membentuk peraturan di dalam bilik darjah, antaranya ialah ayat peraturan mestilah
Akmal
33

ringkas dan jelas. Hal ini kerana murid akan mengalami kesukaran dalam memahami
dan mengingati peraturan yang panjang dan berbelit. Seterusnya, set peraturan yang
dibentuk seelok-eloknya bermakna dan hendaklah dipersetujui oleh semua warga kelas
dan bukanlah di buat secara autokratik oleh guru semata-mata. Amalan demokrasi ini
akan memberikan peluang kepada murid untuk merasakan bahawa mereka sebahagian
daripada warga bilik darjah dan bukan hanya pemerhati. Disamping memberi peluang
kepada guru untuk mengambil kesempatan untuk berbincang bersama murid tentang
kepentingan peraturan bilik darjah. Selain itu, guru juga perlu mengambil perhatian
terhadap bilangan peraturan. Peraturan metilah dihadkan bilangannya kerana peraturan
yang terlalu banyak boleh mengelirukan murid. Peraturan yang dibentuk hendaklah
diselarikan dengan peraturan sekolah. Contoh peraturan ialah :
Peraturan Kelas 2 Amanah
a) Menghormati guru dan rakan-rakan yang lain
b) Sentiasa memberi kerjasama dan respons semasa proses P&P.
c) Tidak boleh meniru kerja rumah rakan lain.
d) Menepati masa.
e) Menjaga kebersihan bilik darjah
f) Mematuhi peraturan sekolah.

3.3 Terangkan pelan pengurusan disiplin kepada murid.
Langkah seterusnya merupakan langkah yang penting bagi memastikan peraturan yang
telah ditetapkan bersama murid-murid semasa langkah kedua terlaksana dengan
berjaya. Guru perlu mengajar dan membimbing murid-murid tentang pelan pengurusan
disiplin yang dibentuk sebagaimana yang telah di sarankan dalam Model Asertif Canter.
Langkah pertama yang boleh digunakan untuk menerangkan pelan-pelan pengurusan
disiplin kepada murid ialah dengan menerangkan kenapa peraturan-peraturan tersebut
diperlukan. Sebagai contoh guru menerangkan kepada murid bahawa meniru kerja
rumah rakanyang lain sebenarnya membawa kerugian kepada diri murid itu sendiri.
Mereka tidak dapat menguasai sub topik yang di ajar oleh guru. Terlalu kerap
meninggalkan bilik darjah pula akan mengakibatkan mereka ketinggalan maklumat-
maklumat dan isi pelajaran yang penting. Seterusnya guru memberi penerangan
bagaimana peraturan tersebut akan dilaksanakan. Contohnya guru menghadkan murid
ke tandas sekali sahaja untuk suatu mata pelajaran kecuali hal-hal kecemasan. Guru
perlu meastikan samada murid faham atau tidak peraturan yag telah di terangkan. Hal
ini kerana, jika murid tidak memahami peraturan yang telah ditetapkan, mereka mungkin
akan mengulangi kesalahan disiplin yang sama. Tingkah laku yang diingini pasti tidak
dapat di bentuk. Kemudian, guru memaklumkan tentang ganjaran yang diterima jika
mereka mematuhi peraturan bilik darjah. Pada peringkat ini guru boleh memberi
pengiktirafan bagi yang mematuhi peraturan dan mengenakan tindakan pembetulan
bagi kepada sesiapa yang melanggar peraturan sepertimana yang disarankan oleh
Canter. Canter mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru untuk
mengenakan tindakan pembetulan kepada muri-murid antaranya ialah kenakan tindakan
pembetulan keatas salah laku yang ditunjukkan dengan tenang. Sebagai
contoh, Firdaus awak telah meniru kerja rumah Janah, kamu telah memilih untuk
Akmal
34

membuat 10 soalan yang lain yang akan saya berikan. Seterusnya tindakan tersebut
haruslah konsisten iaitu tindakan yang sama dikenakan pada kesalahan yang sama
yang ditunjukkan oleh mana-mana murid. Guru juga memberi peluang kepada murid
untuk meluahkan perasaan. Murid-murid mungkin melakukan kesalahan akibat tertekan
atau faktor luar seperti masalah di rumah, mangsa penderaan dan
sebagainya. Penguhan boleh diberikan bagi mereka yang telah membuat perubahan
tingkah laku. Seterusnya, langkah keenam untuk penerangan pelan pengurusan
bilik darjah ialah guru perlu memastikan lagi sekali kefahaman murid terhadap pelan
tersebut. Untuk menerangkan kepada murid, guru boleh membuat kaedah main peranan
untuk menerangkan peraturan, ganjaran dan tindakan pembetulan. Pelan Pengurusan
Bilik Dajah ini adalah bertujuan untuk memastikan murid memahami mengapa peraturan
ditetapkan dan untuk memastikan murid faham bagaimana untuk melaksanakan
peraturan tersebut dan apakah tindakan yang dikenakan jika melanggarnya. Hal ini
kerana, kadangkala masalah disiplin berlaku bukan kerana murid tersebut nakal atau
bermasalah sebaliknya mereka tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan disiplin dan
tingkah laku yang diingini oleh guru. Oleh sebab itu Pelan ini penting untuk diterangkan
kepada murid-murid kerana ia akan membatu mengurangkan masalah disiplin dalam
bilik darjah. Secara ringkasnya langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik
Darjah boleh dirumuskan seperti dibawah:
Rajah 1 langkah-langkah Penerangan Pelan Bilik Darjah.

3.4 Memberi teguran dan Kaunseling
Selain tu, guru juga boleh membuat teguran secara langsung kepada murid untuk
peringkat rendah dan teguran secara individu untuk murid yang lebih dewasa. Menurut
Kounin, tindakan atau teguran guru terhadap seseorang murid yang melakukan
kesalahan akan turut memberi kesan kepada murid-murid lain di dalam bilik darjah.
Menurutnya lagi teguran mestilah jelas dan guru perlu menyatakan dengan spesifik
tingkah laku yang hendak dibetulkan. Elakkan daripada memberi teguran secara umum.
Contohnya, 'Ali beri tumpuan. Nyatakan dengan lebih spesifik, Ali berhenti bercakap
dengan Atan, dan beri respon kepada perkara yang kita bincangkan tadi. Guru juga
perlu membimbing murid-murid agar saling ingat mengingati antara satu sama lain
tentang peraturan yang telah ditetapkan. Apabila murid faham dan mengamalkan
peraturan yang telah ditetapkan, masalah disiplin seperti meniru kerja rumah dan
menipu dapat dikurangkan. Jika murid-murid masih terus melakukan kesalahan disiplin
seperti yang telah ditetapkan bersama, guru yang proaktif perlu menyelidik bagi
mengenal pasti punca yang menyebabkan murid tersebut tidak berubah kepada tingkah
laku yang diingini. Hal ini bertepatan dengan model Dreikurs yang menekankan supaya
guru mengenal pasti punca masalah tingkah laku. Apabila guru telah berjaya mengenal
pasti punca murid-murid melakukan masalah disiplin, guru boleh mengambil langkah
seterusnya dengan berjumpa murid yang bermasalah tersebut secara bersendirian dan
berbincang tentang masalah-masalah yang dihadapinya. Teknik kaunseling ini telah
dikemukakan oleh Glasser dalam Model Terapi Realiti. Semasa proses kaunseling ini,
guru perlu membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Glasser mencadangkan
guru untuk bertanya murid beberapa soalan seperti Apakah yang telah kamu lakukan
Akmal
35

yang telah melanggar disiplin yang telah ditetapkan sekolah? , Apakah yang patut
kamu lakukan sebenarnya? , dan Adakah perlakuan kamu boleh membantu kamu atau
kelas kamu? Hal ini kerana, William Glasser berpendapat setiap tingkah laku yang
ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat. Glasser (1969) stresses that
student must make value judgement about what they are doing. Until they realize that
what they are doing is wrong, they must suffer the consequence of their behavior.Guru
perlu meyakinkan murid untuk membuat pilihan tingkah laku yang tepat kerana setiap
individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka sendiri. Oleh itu, semasa
proses kaunseling itu guru perlu murid perlu membantu murid untuk menilai apa yang
telah mereka lakukan sehingga mereka faham bahawa perbuatan itu adalah salah.

3.5 Pisahkan tempat duduk murid yang bermasalah
Strategi lain yang boleh diambil oleh guru dalam menangani masalah-masalah disiplin
seperti menipu, menganggu rakan, kurang memberi respon semasa pengajaran dan
pembelajaran, suka meniru kerja rumah dan tidak menghormati rakan ialah guru
menentukan dinamika kumpulan di dalam bilik darjahnya. Dinamika kumpulan ialah
kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik darjah yang terdiri daripada
beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan kencenderungan yang sama. Mereka
saling bergantung dan mempunyai nilai dan kecenderungan yang sama. Mereka saling
bergantung dan mempunyai kuasa atau daya untuk menggerakkan ahli-ahli kumpulan
tersebut. Kuasa ini boleh mendorong ahli-ahli kumpulan untuk berkelakuan mengikut
nilai atau kepercayaan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli kumpulan. Sekiranya nilai
tersebut berbentuk positif, sudah pasti nilai itu akan memajukan ahli-ahli kumpulan untuk
membuat kebaikan tetapi sekiranya nilai yang terdapat dalam kumpulan adalah negatif,
maka ahli-ahli kumpulan akan terdorong akan melakukan perkara-perkara yang
bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan. Nah disini kita dapat simpulkan
bahawa kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah berpunca
daripada pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya yang tidak dikawal boleh
mendatangkan kesan kepada pengurusan disiplin bilik darjah. Oleh sebab itulah, guru
perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan yang positif yangmana dapat
mengurangkan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Bagi membantu guru membentuk
dinamika positif di dalam bilik darjah, guru boleh melakukan kajian sosiometri seperti
bertanyakan soalan-soalan berikut:
a) Siapakah rakan baik awak di dalam kelas?
b) Siapakah rakan yang awak pilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas?
c) Siapakah rakan kelas yang awak tidak sukai?
Daripada jawapan mereka, guru boleh mengenal pasti pola persahabtan di dalam bilik
darjah contohnya:
Bintang : murid popular yang banyak menerima pencalonan sebagai rakan baik
dan rakan untuk menjalankan aktiviti.
Dyad: pola persahabatan iaitu dua orang murid saling bersahabat. Sebagai
contoh Shikin memilih Janah sebagai sahabat dan Janah memilih Shikin sebagai
sahabat yang baik dan disukai.
Akmal
36

Klik : Pola persahabatan iaiatu dua atau lebih murid memilih antara satu sama
lain untuk menjadi sahabat-sahabat yang disukai.
Pencilan: murid-murid yang tidak memilih sesiapa sebagai sahabat dan orang
lain juga tidak memilih dia sebagai sahabat.
Singkiran: Murid yang menamakan murid lain sebagai sahabat tetapi murid lain
mengatakan bahawa dia tidak disukai.
Pola persahabatan yang dikenal pasti dapat menolong guru untuk menentukan
kumpulan-kumpulan dinamika di dalam bilik darjah. Pola tersebut juga menolong guru
untuk melihat murid-murid yang tidak disukai dan terpencil. Maklumat ini akan
membantu guru dalam menentukan susunan kedudukan murid di dalam bilik darjah atau
semasa aktiviti kumplan dijalankan. Apabila guru dapat menyusun dinamika positif
akhirnya masalah disiplin yang boleh menganggu proses pembelajaran dan
pembelajaran akan dapat diatasi. Mengikut pengalaman saya dalam mengajar tahun 2
di Sekolah Kebangsaan Tanjng Gahai, Kuala Lipis semasa menjalankan program
pengalaman berasaskan sekolah, terdapat seorang murid yang selalu menganggu
rakannya. Beliau sering mengejek dan memperlekehkan rakannya itu. Akhirnya semua
rakan-rakan di dalam kumpulan tersebut turut mengejek dan memperlekehkan murid
tadi. Keadaan ini telah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran saya. Akhirnya
saya bertanya mengapa kamu menganggu dia?. Segala persoalan terjawab apabila
mereka memberitahu mereka tidak menyukai pelajar tersebut. Oleh itu, sebagai seorang
guru, kita harus bijak dalam menangani kes ini. Murid tersebut telah dipindahkan ke
kumpulan lain yang boleh menerima dan menyukainya. Maka proses P&P dapat di
jalankan dengan lancar tanpa gangguan disiplin. Oleh hal yang demikian, dalam
mengurangkan masalah disiplin, guru perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan.

3.6 Kepelbagaian dalam pengajaran
Strategi seterusnya yang boleh digunakan bagi membantu guru dalam menangani
masalah disiplin dan mengawal tingkah laku yan tidak diingini di dalam bilik darah ialah
guru menggunakan kepelbagaian dalam pengajaran. Murid-murid akan berasa seronok
untuk belajar dan tidak bosan. Hal ini kerana menurut Glasser, masalah tingkah laku di
dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan. Pengajaran yang
membosankan, tiada kepelbagaian akan medorong kepada berlakunya salah laku
murid. Oleh yang demikian, guru harus merancang sebelum beliau masuk ke bilik
darjah. Manurut Kounin, perancangan pengajaran mestilah mengambil kira setiap murid
di dalam kelas iaitu minat, kebolehan, prestasi, keupayaan, perkembangan dan
pengetahuan sedia ada murid-murid. Setiap aktiviti perlu menyeronokkan murid dan
mencabar. Perancangan yang rapi ini akan melancarkan dan melicinkan proses P&P
dan memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti P&P. Apabila guru masuk ke kelas
tanpa perancangan yang rapi, mungkin ada murid yang tercicir kerana tidak dapat
mengikuti pengajaran. Tanpa perancangan yang rapi juga memberi kemungkinan
bahawa masa murid tidak didisi dengan aktiviti dan guru tidak tahu untuk berbuat apa
dengan murid-murid. Keadaan ini boleh menjadi tidak terkawal dan seterusnya
membawa kepada timbulnya masalah disiplin. Menurut Kounin, guru yang memopunyai
momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri
Akmal
37

dalam aktiviti p&P. Momentum bagi Kounin merujuk kepada keadaan iaitu guru
memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran
dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu
dengan berkesan.
Oleh itu dalam membanteras berlakunya salah laku di dalam bilik darjah, guru
perlu manggunakan kaedah atau teknik mengajar yang baru, efektif dan yang dapat
merangsang minat murid. Aktiviti yang pelbagai bukan sahaja dapat merangsang minat
murid tetapi mewujudkan situasi di mana murid-murid tertunggu-tunggu untuk melihat
aktiviti berikutnya. Sebagai contoh untuk memulakan pengajaran, boleh mengguna
pelbagai kaedah sebagi set induksi bagi menarik minat murid seperti menggunakan
tayangan gambar, video dan lakonan dan discrepant event ( selalu digunakan dalam
subjek sains). Kaedah dan aktiviti yang sama setiap hari tidak memotivasikan atau
meransang keinginan murid untuk terus belajar. Selain itu, perkara yang dipelajari harus
bermakna kepada murid agar mereka dapat memahami kepentingan topiktersebut
dalam kehidupan mereka. Aktiviti yang membosankan dan tidak bermakna akan
menimbulkan keresahan dalam kalangan murid dan seterusnya menimbulkan tingkah
laku yang tidak diingini. Oleh sebab itulah, sekali lagi saya tekankan disini, agar guru
menggunakan teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Guru
boleh merujuk teori-teori pembelajaran seperti pembelajaran behavioris, sosial dan
sosial kognitif, pembelajaran penemuan Bruner, konstruktivisme,dan humanisme dalam
membentuk teknik dan kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dan pelbagai.

3.7 Menggunakan modifikasi tingkah laku
Langkah seterusnya yang boleh diambil dalam menangani masalah disiplin dan tingkah
laku oleh guru ialah melalui modifikasi tingkah laku. Masalah tingkah laku secara
ringkasnya dapat didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya
dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam bilik darjah. Perlakuan ini jika
dilakukan secara konsisten dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan
memberi kesan yang buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan
seterusnyamenghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar bilik darjah.
Oleh itu, saya mencadangkan guru untuk menggunakan modofikasi tingkah laku seperti
yang disarankan oleh B.F Skinner. Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang
sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang
negatif kepada positif. Langkah yang bersisitematik ialah mengenal pasti tingkah laku
negatif yang perlu diubah, menetapkan matlamat, menentukan strategi bertindak,
merancang prosedur atau plan tindakan, melaksanakan strategi mengikut plan
bertindak, menilai keberkesanan dan mengubah plan jika perlu dan memastikan
pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku negatif
atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkahlaku positif,
menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim bilik
darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk melicinkan perjalanan aktiviti pengajaran dan
Akmal
38

pembelajaran. Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik
untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman dan prinsip
peneguhan. Pendekatan ini menjurus kepada elemen-elemen luaran untuk
mempengaruhi tingkah laku murid. Elemen-elemen luaran ini berbentuk peneguhan-
peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini.
Terdapat dua jenis peneguhan yang ditekankan oleh Skinner iaitu peneguhan positif
dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah kebarangkalian berulangnya tingkah
laku operan yang diingini (atau tidak diingini) ditambah. Peneguhan positif digunakan
sebagai ganjaran untuk mendorong muridmurid memberi tumpuan semasa belajar
seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Manakala peneguhan
negatif ialah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan
memindahkan atau menghapuskan stimuli yang mengganggu. Sebagai contoh, semua
murid darjah Enam Melur membuat dan menyiapkan tugasan sendiri tetapi terdapat
seorang murid yang bernama Ali meniru kerja rakan yang lain. Ali turut membuat bising
dan menganggu rakan-rakan lain. Oleh yang demikian guru boleh memberi peneguhan
ppositif kepada murid-murid yang membuat tugasan sendiri seperti pujian dan boleh
juga memberi hadiah kepada murid yang menghantar tugasan paling awal. Dalam masa
yang sama, Ali yang merupakan seorang murid yang membuat bising, mengganggu
rakan dan meniru kerja rumah ini di arahkan keluar dari kelas supaya aktiviti
pembelajaran murid lain berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Murid-murid lain yang
melihat keadaan itu pasti takut untuk melakukan kesalahan yang sama seperti Ali.
Mereka pasti berusaha menyiapkan kerja rumah dengan usaha sendiri. Melalui
peneguhan positif dan negatif ini, guru dapat mengawal tingkah laku yang tidak diingini
dan membentuk satu iklim bilik darjah yang kondusif bebas dari gangguan masalah
disiplin.
Selain peneguhan modifikasi tingkah laku boleh dijalankan dengan memberi dendaan
kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang tidak diingini seperti meniru
kerja rumah, tidak menghormati guru dan dan sebagainya. Dendaan merupakan
tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkahlaku negatif.
Ianya menggunakan hukuman yang memang diketahui oleh murid yang melanggar
peraturan dan memastikan hukuman itu relevan dan berpatutan. Guru juga boleh
memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengan menukarkan tempat duduk atau
berjumpa selepas waktu belajar. Menurut Skinner denda hanya boleh memberi kesan
dalam tempoh yang singkat sahaja.Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya
semula. Sekiranya murid didenda kerana kelemahan dirinya dalam akademik mungkin
akan menyebabkan hilang minat murid terhadap bidang tersebut. Oleh itu, saya
berpendapat, guru tidak boleh mengunaan teknik dendaan yang kerap di dalam bilik
darjah. Sebaliknya ia dikenakan apabila keadaan sudah tidak terkawal lagi seperti
mendenda murid tersebut berdiri di luar kelas kerana sering datang lambat ke kelas
walaupun telah diingatkan beberapa kali atau murid tersebut lewat melebihi setengah
jam. Teknik seterusnya dalam modifikasi tingkah laku ialah reverse psyclogy yang
merupakan Teknik psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif.
Ianya memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi murid yang berkenaan, serta
mengenali sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya.Tujuannya ialah untuk
Akmal
39

menginsafkan murid sekaligus membuang tingkah laku negatif dan membentuk tingkah
laku yang baik. Oleh yang demikian, modifikasi tingakah laku merupakan satu cadangan
yang amat berkesan dalam menukarkan tingkah laku negatif kepada positif sekaligus
mengurangkan masalah disiplin. Namun begitu bagi mengubah tingkah laku yang tidak
diingini peneguhan positif hendaklah dibuat dari semasa ke semasa.








































Akmal
40





Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan
oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )
PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata
baru yang padu atau sebati maknanya.
2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai
maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila
diperlukan.
5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi
maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur
lebur, dan sunyi sepi.
6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk
menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur
bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada
yang bersempang.
8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang
dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera,
daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang,
campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
11. Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti yang
berikut:
(a) kata nama majmuk;
Akmal
41

(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata
nama.
Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun
telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus
lima puluh.
14. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik
jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
15. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
16. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih,
mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting
tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan
bertungkus lumus.
17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan
sedari.
18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi,
demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Tugasnya
20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
(a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)
(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan
tanya)
apabila (kata nama)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama)
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama)
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan)
Maknanya
Akmal
42

21. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang
berikut:
(a) kata majmuk wajar;
(b) kata majmuk kiasan
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat
diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya.
Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah
yang bernama anggur.
23. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang
ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.
Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan
buah ataupun hati.
Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal
gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak
kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air
24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
Akmal
43

dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk

AYAT MAJMUK

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat-ayat tunggal
disambungkan oleh perkataan kata hubung dan, atau, tetapi, kecuali, sambil dan lain-
lain.

Contoh-contoh ayat majmuk:

1) Kakak suka menyanyi. (ayat tunggal)

Adik suka menari. (ayat tunggal)

* Dua ayat tunggal digabungkan menjadi ayat majmuk.

Kakak suka menyanyi tetapi adik suka menari. (ayat majmuk)
(kata hubung)


2) Ayah cuci kereta. (ayat tunggal)

Ayah menyanyi. (ayat tunggal)

* Dua ayat tunggal digabungkan menjadi ayat majmuk.


Ayah cuci kereta sambil menyanyi. (ayat majmuk)
(kata hubung)

Вам также может понравиться