Вы находитесь на странице: 1из 1

Cawi dan Harimau

Burung Cawi mempunyai siulan yang sangat merdu. Semua binatang sangat
terhibur dengan siulannya yang merdu. Sang kancil telah mencadangkan
supaya burung cawi dilantik menjadi puteri rimba. Akhirnya burung Cawi
menjadi puteri rimba. Namun begitu, helang berasa amat dengki kerana
cawi telah dilantik menjadi puteri rimba.
Semua binatang sangat sayang akan puteri rimba. Suatu hari rusa datang
kepada puteri rimba dan memberitahu bahawa kawasan rimba mereka
telah terbakar. Mereka sudah tidak ada tempat tinggal. Lalu puteri cawi
meminta mereka untuk tinggal di rimba cawi dan rakan-rakannya.
Helang semakin tidak berpuas hati. Dia telah berpakat dengan harimau
untuk membunuh cawi agar mereka dapat menguasai semula rimba itu.
Harimau bersetuju dengan cadangan helang. Harimau mengatakan
bahawa dia satu-satunya raja rimba di hutan itu.
Harimau memerangkap puteri cawi di sebatang pokok kemudian membakar
pokok tersebut. Tetapi sang kancil telah Berjaya menyelamatkan cawi. Cawi
telah bertukar warna menjadi hitam. Tetapi cawi masih dijadi sebagai puteri
rimba kerana siulannya yang sentiasa merdu dan hatinya yang baik.

Вам также может понравиться