Вы находитесь на странице: 1из 8

Rancangan Pelajaran Harian

Bidang : Menggambar
Tajuk : Catan Burung merpati


Cemerlang (80% - 100%)
Mengikut rubrik yang disediakan berdasarkan bidang pendidikan seni visual, tahap
cemerlang bermula dari 80% sehingga 100%. Antara kriteria-kriteria yang yang akan
diuji dalam tahap cemerlang ini adalah dari aspek pemilihan bahan,pengwujudan
idea,proses dan teknik,gubahan dan juga kekemasan.
Murid yang menggunakan bahan dan alatan yang berpatutan dengan tema ataupun
tajuk aktiviti pada hari tersebut. Murid inisiatif untuk meneroka barang seni dan berani
cuba mengguna bahan baru.
Walaupun ilmu yang diajar oleh guru tersebut merupakan sesuatu yang baru bagi murid
tersebut, murid boleh menguasai kemahiran serta dapat mengaplikasikannya dalam
aktiviti yang akan datang pada masa yang akan datang. Seperti mana hasil murid
bernama Muhammad Imran bin Fauzi mendapat markah tertinggi dalam kelas 5 Nilam.
Menurut rubric permarkahan , saya dapat merumuskan bahawa penggunaan bahan
iaitu warna air dan putik kapas sanagt bertepatan dengan tajuk aktiviti pada hari
tersebut. Saya difahamkan bahawa bagi kelas 5 Nilam, aktiviti mewarna mengunakan
teknik titik-titik yang menggunakan cat air dan putik kapas merupakan satu teknik yang
baru. Walaupun begitu, Imran berjaya menguasai dan berkemahiran dengan
menggunakan putik kapas tersebut. Melihat dari segi pengwujudan idea sama ada
individu tersebut dapat menghasilkan karya dengan menggunakan idea sendiri ataupun
sebaliknya. Dalam hasil karya Imran, saya dapat melihat dengan jelas dimana Imran
sudah pandai dan kreatif mengolah sumber idea yang dari biasa sehingga ia menjadi
menarik dan kreatif. Selain daripada itu, Imran juga telah menghasilkan idea baru yang
menarik dan kreatif daripada pelbagai rujukan.
Imran berjaya mengaplikasikan teknik titik dalam pelbagai turutan dan ia amat
bersesuaian dan kelihatan menarik pada badan burung merpati tersebut.

Sederhana ( 40% - 79%)
Bagi menilai murid mengikut tahap sederhana dimana permarkahan bermula daripada
40% sehingga 79%. Ini merangkumi kedua-dua tahap baik dan memuaskan. Contoh
karya Hafni Nur Aliah yang mendapat markah 78%. Ini disebabkan, walaupun markah
Hafni tinggi, terdapat beberapa kelemahan dalam karyanya yang dapat saya mengenal
pasti apa yang kurang dan apa yang lebih. Contohnya, dari aspek pemilihan bahan,
Hafni telah memilih bahan dan alatan yang betul, tetapi bahan tidak digunakan secara
optimum. Manakala pengolahan idea Hafni adalah baik dan juga pada masa yang
sama memuaskan. Ia tidak mempunyai satu tarikan istimewa walaupun ideanya soleh
dan asli. Pengaplikasian teknik titik-titik pada karya Hafni kemas dan dia berjaya
mengaplikasikan teknik yang disarankan oleh guru. Hasil daripadsa teknik titik-titik yang
kemas adalah satu hasil karya yang menarik dan juga kreatif.
Gubahan yang dikatakan dalam tajuk ini adalah susunan titik-titk pada gambar burung
merpati. Susunan ini boleh menimbulkan satu pergerakan dan juga jalinan pada badan
burung.Hafni berjaya menimbulkan warna yang menarik dengan gabungan warna serta
komposisi yang menarik dan kemas. Dan pada masa yang sama, Hafni mengikut
contoh rujukan yang disediakan oleh guru. Dari segi aspek kekemasan pula,
kekemasan karya Hafni baik dan memuaskan. Dimana warna dan juga titik-titik pada
badan burung merpati Hafni tidak keluar daripada garisan luar bentuk burung tersebut.
Walaupun terdapat beberapa kesan warna, karya hafni tetap kelihatan kemas dan
teratur.





Lemah (35% - 0 %)
Bagi tahap lemah bagi bidang ini, saya perlu betul-betul teliti dalam pemilihankarya
murid yang berada dalam lingkungan tahap lemah. Salah satu daripada murid bernama
Muhammad Harith Irfan bin Muhammad Radzi mendapat markah paling rendah dalam
kelasnya. Berdasarkan rubrik yang disediakan, hasil kerja Harith boleh dikatakan tidak
memenuhi separuh daripada keseluruhan syarat permarkahan. Pemilihan alat dan
bahan Harith tidak memenuhi syarat dimana Harith tidak membawa barang yang
mencukupi untuk aktiviti pada hari tersebut. Barang yang tidak mencukupi amat
membebankan diri sendiri dan juga diri kawan. Ini kerana meminyam atau mengkongsi
barang ketiak melakukan aktiviti akan menimbulkan salah faham antara rkan sekelas.
Walaupun Harith berjaya menyiapakan karyanya, dia tidak mengunakan idea sendiri
atau mencuba untuk hasilkan karya carnya sendiri. Harith meniru contoh mewarna
daripada fujukan guru tetapi teknik yang digunakan oleh Harith tidak kemas dan tidak
menepati tajuk aktiviti pada hari itu. Teknik yang sepatutnya adlaha teknik titik-titik dan
teknik yang Harith aplikasikan dalam gambar burung merpatinya adalah gosokan dan
kesan titik-titik tidak kelihatan. Warna yang diguna oleh Harith lebih kepada warna yang
sama seperti contoh guru dan juga kekemasan bagi karya Harith tidak terlalu teruk atau
memuaskan. Tetapi dia boleh mempertingkatkan lagi karyanya jika dia mengambil lebih
inisiatif.










Rancangan Pelajara Harian
Bidang : Kraf Tradisional
Tajuk : Cucuk Sanggul

Cemerlang (80% - 100%)
Kraf tradisional yang saya memperkenalakan kepada anak murid saya ialah cucuk
sanggul. Rubrik yang telah saya sediakan bagi bidang kraft tradisional ini berbeza
sedikit dari aspek gubahan,kekemasan,dan bahanya. Syazril Izly Bin Azmi merupakan
murid yang mendapat markah yang paling tertinggi dalam semua kelas yang saya
mengajar untuk bidang kraf tradisional iaitu sebanyak 90%. Jika dilihatkan dari segi
pemilihan bahan dan alat yang sangat bertepatan dengan karya dan juga syazril
berjaya dalam menguasai menggunakan pelbagai jenis alatan dan bahan untuk
menghasilkan satu hasil kraf iaitu cucuk sanggul yang sungguh menarik. Dia
menggunakan manik dari pelbagai jenis dan juga riben sebagai perhiasan. Walaupun
bahan yang dia guna adalah sedikit, tetapi Syazril berjaya dalam menghasilkan cucuk
sanggul yang paling cantik.
Imaginasi Syazril sungguh tinggi kerana dapat membuat pemahaman visual dengan
jelas dan mengaplikasikan pelbagai teknik yang diajar dan disertakan dengan teknik
dirinya sendiri. Teknik yang diguna sangat menepati tema tugasan iaitu guntingan dan
tampalan. Dimana setiap langkah pelaksanaan Syazril digubah dan disusun dengan
rapid an mantap. Komposisi bentuk bunga yang mengikut bentuk dan saiz serta
perhiasan yang dikenakan keatas cucuk sanggul amat berkenan dengan warna latar
bunga cucuk sanggul tersebut. Keseluruhannya, hasil karya Syazril merupakan satu
hasil yang sanagt mengagumkan walaupun dia seorang lelaki.kekemasan pada
perhisan cucuk sanggul sangat rapi,menarik dan kreatif.




Sederhana ( 40% - 79%)
Menilai hasil murid dalam tahap sederhana ini sama seperti menilai tahap sederhanaan
dalam bidang menggambar. Tetapi dalam bidang kraf tradisional ini, saya perlu berhati-
hati memberi markah kerana sesetengah hasil ada kekemasan tetapi teknik salah,
teknik betuk tetapi olahan idea kurang. Karya yang akan sayan jadikan contoh untuk
tahap kesederhanaan bagi bidang kraf tradisional ini adalah Amir Ilham Bin Azman ma
dimana dia mendapat markah sebanyak 74%. Amir merupakan antara yang tertinggi
dalam golonggan tahap sederhana. Pengunaan bahan Amir yang baik dan sangat
menarik berjaya menghasilkan karya yang cantik. Bahan yang Amir guna menimbulkan
cahaya kepada karya Amir walaupun perhiasan tidak mencukupi. Idea Amir memang
menarik walaupun perhiasan kurang. Dia menggunakan kedua-dua idea. Idea diri
sendiri dan juga idea daripada contoh rujukan yang disediakan oleh guru.
Amir mengikut proses dan teknik yang ditunjukkan oleh guru dan dia berjaya
mengaplikasikan teknik lain yang dia belajar dalam pelakasanaan aktiviti ini. Teknik
yang Amir aplikasi ini bukan sahaja menarik dan kreatif malah ia amat sesuai dengan
tema dan tajuk pada masa aktiviti tersebut. Cara Amir menuyun manik dan perhiasan
sungguhj kemas tetapi susunan perhiasan Amir menjadi sedikit kelam kabut dan
disertakan dengan kekemasan yang baik dan masih lagi teratur dan rapi.

Lemah (35% - 0 %)
Murid yang sering kali dinilai dalam tahap lemah, selalu mempunyai masalah yang lebih
kurang sama. Sama ada barang tidak bawa,tidak ada keinginan untuk membuat aktiviti
atau paling normal malas. Hasil kerja yang akan saya jadikan contoh adalah daripada
Nur Aiman Rais Bin Razami. Dimana pengunaan bahan dan alatan Aiman tidak
menggunakan bahan yang disediakan oleh guru sepenuhnya. Dia gagal menghasilkan
idea baru dan pada masa yang sama gagal mengikut contoh yang disediakan oleh
guru. 4 bentuk bunga diberi dan Aiman hanya menguna satu bentuk. Sebarang
perhiasan yang disediakan, tidak digunakan. Teknik guntuing dan tampal bentuk bunga
yang tidak lengkap menyukarkan lagi bagi saya untuk memberi markah untuk Aiman.
Teknik yang digunakan tidak menepati tema tugasan. Dimana bunga cucuk sanggul
dijadiakn seperti bunga 3D. jika dilihat pada perhiasan bunga dan lidi cucuk sanggul
Aiman, tidak banyak, hanya kertas warna dan satu batu perhiasan diletakan pada
batang lidi Aiman. Walaupun kekemasan Aiman baik tetapai ia banyak mempunyai
ruang yang kosong dimana ia boleh di penuhkan dengan manik perhiasan.

Вам также может понравиться