Вы находитесь на странице: 1из 1

Cuti sekolah merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar.

Selepas
berbulan-bulan mereka penat belajar atau menelaah buku dan nota-nota di sekolah, maka
cuti sekolah sememangnya merupakan berita yang alu-alukan oleh setiap pelajar. Walau
bagaimanapun, setiap pelajar dinasihati agar mereka menghabiskan cuti sekolah dengan
bermanfaat.
Sebenarnya, cara terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah adalah dengan
meluangkan masa bersama-sama keluarga. Sepanjang tempoh 10 bulan menuntut ilmu di
sekolah, sebagai pelajar kita jarang mempunyai masa yang panjang untuk bergaul dengan
ahli keluarga. Oleh itu, cuti sekolah yang panjang ini merupakan peluang yang terbaik
untuk kita mengeratkan hubungan dan silaturahim dengan keluarga. Misalnya, kita boleh
mengambil kesempatan ini untuk melancong ke tempat-tempat yang bersejarah bersama
dengan anggota keluarga kita seperti melancong ke Melaka dan tempat-tempat
pelancongan yang indah dan menarik di negara kita. Rancangan ini bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan antara anggota keluarga tetapi juga dapat menambahkan ilmu dan
pengalaman kita tentang landskap sejarah tanah air kita, Malaysia.

Selain itu, kita boleh membantu ibu kita membuat kerja rumah seperti
mengemaskan rumah, menyapu atau mengelap lantai dan sebagainya. Dengan ini, kita
dapat merasai betapa penatnya ibu mencurahkan tenaga untuk memastikan rumah
sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. Seterusnya, kita boleh mengambil
kesempatan bersempena cuti panjang ini untuk balik ke kampung menziarahi datuk dan
nenek kita. Dapatlah kita luangkan masa kita berbual-bual dengan mereka sambil
menjaga hal-ehwal kebajikan mereka.
Selain meluangkan waktu bersama-sama dengan keluarga, kita juga boleh
membuat latihan ulangkaji pada tempoh cuti yang panjang ini sebagai langkah persediaan
secara terancang untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun sekaligus berjuang untuk
memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Di samping itu, kita juga boleh menyertai kempen, ceramah atau seminar yang
dianjurkan oleh Jawatankuasa Kampung atau taman sebagai pengisian aktiviti pada cuti
panjang ini. Sebenarnya, usaha murni ini dapat mengelakkan diri kita daripada melepak
di kafe siber atau membazirkan masa dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah malah
membahayakan masa depan kita. Dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang menarik ini,
kita dapat berkawan dengan kawan-kawan yang baharu dan seterusnya dapat menimba
lebih banyak ilmu dan pengalaman.

Oleh itu, sebagai murid, marilah kita habiskan masa cuti sekolah kita dengan
aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, menarik dan menyeronokkan. Sesungguhnya masa itu
emas

Вам также может понравиться