Вы находитесь на странице: 1из 6

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM

KM 21 JALAN PUTERA, 06150 AYER HITAM, KEDAH.



KERTAS KERJA :
KERTAS KERJA PROJEK MELUKIS MURAL PETA I-THINK ANJURAN GURU
PELATIH INTERNSHIP BERSAMA PANITIA KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH
KEBANGSAAN AYER HITAM

TARIKH :
20 HINGGA 24 JULAI 2014

TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM

KERTAS KERJA
PROJEK INTERNSHIP GURU PELATIH
PISMP SEMESTER 8 / 2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PERLIS, KANGAR




1.0 TAJUK:
MELUKIS MURAL PETA I-THINK

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH:
Guru Pelatih PISMP Semester 8 (Pengajian Sosial)
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
01000 Kangar Perlis.

3.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah
kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang
kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah
sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum
atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik
darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat
dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh
itu, guru-guru pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran
sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan
guru.


4.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda
utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang
perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada
guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan
agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan
persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya
perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati
penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan
suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih
mesra. Secara tidak langsung tetamu yang melalui kawasan sekolah akan membaca
kata-kata hikmah serta mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang dibina
juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah.

5.0 OBJEKTIF

i) Untuk menjadikan laluan ke koperasi sekolah sebagai satu tempat tumpuan yang
menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.
ii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak
sekolah.
iii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap
sekolah.
iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani
internship di sekolah ini.
v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan
keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal
berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.


6.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN


Tempoh : 1 minggu (20/7/2014- 24/7/2014)
Tempat : Papan kenyataan bersebelahan koperasi sekolah.


7.0 SASARAN

Pelawat, guru dan murid Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam.


8.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : En. Saari Bin Abdullah
Pengerusi : Ustazah Norashikin Bt Saad (PK1)
Naib pengerusi : En. Nor Basharuddin Bin Abdul (PK HEM)
Mentor : En. Shaheeran Bin Shaari
Ketua Projek : Mohd Hafiz Bin Aduka
Pen. Ketua Projek : Mohd Faris Bin Ismail
Setiausaha : Mohd Hafiz Bin Aduka
Bendahari : Mohd Faris Bin Ismail


9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil. Perkara Harga/Kos
1 Pita pelekat RM 5.00
2 Kertas pembalut hadiah RM 5.00
3 Plastik laminate RM 10.00
Jumlah Rm 20.00





10.0 SUMBER KEWANGAN

Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Kedah.



11.0 PERANCANGAN PROJEK
Bil. Aktiviti Bahan Tindakan
1
Perbincangan mengenai idea
mural bertemakan Peta I-Think
Gambar peta
I-THINK
- Semua guru pelatih
2 Pembinaan kertas kerja Kertas kerja - Setiausaha
2
Perbincangan dan pemilihan
bersama pihak pentadbiran untuk
khidmat nasihat bagi mendapat
kelulusan daripada Guru Besar.
Kertas Cadangan
- AJK
- Pengerusi Projek
- Guru Besar
3
Pemilihan Peta I-THINK yang
bersesuaian pada papan
kenyataan bersebelahan koperasi
sekolah.
Tema I-THINK
dalam PdP
- Semua guru pelatih
4 Projek dimulakan
Bahan dan alatan
melukis mural
- Semua guru pelatih
5 Refleksi dan dokumentasi
Kertas
Dokumentasi
- Semua guru pelatih



12.0 PENUTUP


Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang
akan dikendalikan oleh guru pelatih dari IPGM Kampus Perlis. Kami berharap projek
melukis mural Peta I-Think dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti
ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada guru-guru pelatih
mengenai pengurusan keceriaan di luar bilik darjah serta mengeratkan hubungan
antara guru-guru pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam. Semoga
projek yang bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran Sekolah
Kebangsaan Ayer Hitam.
Disediakan oleh :
................................
(Mohd Hafiz Bin Aduka)
Setiausaha Projek 1,
Guru pelatih Institut Pendidikan Guru
Kampus Perlis, Kangar.


Disemak oleh :
..........................
(En. Shaheeran Bin Saari )
Mentor
Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam


Diluluskan oleh :
...............................................
(En. Saari Bin Abdullah)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam

Вам также может понравиться