You are on page 1of 1

BAHAGIAN B

(25 MARKAH)
Soalan ini wajib dijawab



6. Angin monsun yang melanda pantai timur Malaysia dan bencana alam yang berlaku secara berterusan
menyebabkan para nelayan tidak dapat turun ke laut kesannya stok bekalan ikan Negara terjejas
menyebabkan pengguna yang paniK telah membeli ikan secara berlebihan. Segelintir pemborong pula
menyorok bekalan ikan dengan tujuan meningkatkan keuntungan. Tindakan tersebut memburukkan lagi
keadaan pasaran ikan dalam Negara.
Sehubungan itu, persatuan pengguna menjalankan kempen menasihati pengguna menggantikan
pengambilan ikan laut dengan ikan air tawar tetapi kempen tersebut tidak Berjaya. Oleh itu, pihak
persatuan mendesak kerajaan meningkatkan import ikan daripada Thailand untuk mengawal kenaikan
harga ikan secara berterusan dan melampau.
Bagi tempoh jangka masa panjang, kerajaan memodenkan industri perikanan dengan meningkatkan
kapasiti melalui penyediaan peralatan dan kemudahan penangkapan ikan kepada nelayan. Kerajaan
turut membina 1000 bot yang dilengkapi dengan peralatan moden dan diperbuat daripada bahan
komposit untuk penangkapan ikan di laut dalam.
Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:

a) Berdasarkan ilmu ekonomi yang dipelajari, adakah anda bersetuju dengan tindakan pengguna
tersebut? Beri tiga alas an. (6 markah)

b) Jelaskan kesan tindakan segelintir pemborong terhadap:
i) Pengguna (4 markah)
ii) Pasaran ikan tempatan (4 markah)

c) Mengapakah kempen persatuan penggguna tidak berjaya? (5 markah)

d) Wajarkah tindakan persatuan pengguna mendesak kerajaan mengawal kenaikan harga ikan?
Berikan tiga alas an. (6 markah)


KERTAS SOALAN TAMAT