Вы находитесь на странице: 1из 11

ARTIKEL: FISIOTERAPI / TERAPI CARAKERJA

1.0 PENGENALAN TERAPI.


Perkataan Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud
satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo"
yang bermaksud "i wait upon" .
Aktiviti terapi merupakan salah satu elemen penting dalam Pendidikan Khas. Menurut kamus
perubatan Mosley, 2001 terapi merupakan satu rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah
menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan yang bertujuan menyebabkab
kefungsian badan baik secara normal. Dalam konteks pendidikan khas terapi merupakan satu kaedah
bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif , emosi,
sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Aktiviti terapi ini dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu
peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.
Kebanyakan murid pendidikan khas mempunyai pelbagai masalah yang boleh melibatkan gangguan
kepada emosi dan tingkah laku. Justeru itu terapi adalah merupakan elemen penting bagi membantu
mereka melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor
mereka untuk mencapai potensi yang maksimum.






2.0 DEFINISI FISIOTERAPI
Terapi fizikal merupakan satu penjagaan kesihatan yang memberi rawatan kepada individu untuk
menjaga dan memulihkan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia.
Termasuklah rawatan atas sebab-sebab faktor penuaan ,kecederaan, penyakit atau persekitaran.
Individu yang terlibat dalam bidang ini dipanggil ahli fisioterapi / jurupulih anggota. Terapi fizikal
merupakan salah satu terapi yang penting untuk murid-murid pendidikan khas. Fisioterapi dalam
pendidikan khas ialah membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar meliputi
otot-otot besar dan motor halus untuk pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari,
menendang, mengangkat, melempar bola dan sebagainya. Terapi fizikal ini boleh juga didefinasikan
sebagai satu rawatan atas ketidakupayaan kepada sesorang individu dengan egen-egen fizikal dan
kaedah seperti mengurut, manipulasi alatan, latihan teraputik, ransangan penyejukan dan
pemanasan, terapi hidro, dan ransangan menggunakan elektrik dan cahaya.

3.0 SEJARAH TERAPI
Terapi fizikal telah dipelopori oleh Hippocrates dan Hector pada tahun 460 s.m .Pada tahun 1894
empat orang jururawat bekerja sebagai sukarelawan di Pusat Pertubuhan Terapi.Sejak dari itu
pusat terapi ditubuhkan secara formal di Universiti Otago di New Zealand dan Amerika Syarikat pada
tahun 1913, Portland (1914). Ianya merupakan satu kaedah urutan dan hippo terapi . Penyelidikan
terapi fizikal pertama telah dicetak di Amerika Syarikat pada Mac 1921 dalam The PT Review. Marry
McMillan menubuhkan terapi fizikal-Physical Therapy Association ( kini dikenali,American Physical
Therapy Association (APTA). Georgia Warm Springs Foundation perkenalkan terapi fizikal untuk
pesakit polio. APTA juga yang memainkan peranan penting untuk memajukan terapi fizikal secara
manual pada tahun 1974.
Zaman 1980an berlaku perubahan dalam sejarah terapi fizikal Freddy Kaltenborn telah
memperkenalkan komputer ransangan elektrik dan ultrasound. Profesion ahli terapi semakin
diktiraf bila semakin ramai belia-belia mula menceburi bidang tersebut. Pada tahun 1991 ahli terapi
Freddy Kaltenborne dari Norway telah membantu mewujudkan Akademi Terapi Fizikal di Paris.
Organisasi ini bertujuan sebagai pusat terapi secara manual dan manipulasi alatan.
Menurut Auxter, Pyfer dan Hueting, (1998) masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan
rawatan perubatan sahaja. Pakar perubatan telah telah memperkenalkan program terapi fisio yang
dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan.

4.0 KEPERLUAN TERAPI FIZIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS.
Murid-murid pendidkan khas memerlukan terapi sebagai satu persediaan untuk menghadapi
pembelajaran dari aspek mental, fizikal, emosi dan sosiolisasi. Mereka perlu mendapat ransangan
untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran yang akan diajar. Terapi fizikal ini
mampu meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Selain daripada
itu ianya juga mampu meransang pengaliran darah dan oksigen ke seluruh anggota badan. Terapi
fizikal merupakan satu motivasi kepada mereka dalam membina konsep kendiri yang lebih positif.
Ransangan-ransangan ini akan mampu membina keperluan murid-murid pendidikan khas kearah
keseimbangan yang menyeluruh bagi menyediakan mereka kepada kehidupan yang bermakna.
Situasi ini juga memberikan peluang kepada ibu bapa berbincang dan mengemukakan pendapat
bersama ahli terapi. Ibu bapa dapat mempelajari teknik-teknik yang betul dan cara-cara alternatif
untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka.




5.0 AKTIVITI AKTIVTI DALAM TERAPI FIZIKAL.
A) Aktiviti yang berpusatkan psikomotor halus ialah:
i. Meramas
ii. Merenyuk
iii. Menguli
iv. Mengoyak
v. Menggentel
vi. Menggunting
vii. Memotong
viii. Mencabut
ix. Menggaru
x. Memicit

B) Aktiviti yang berpusatkan psikomotor kasar ialah:
i. melambung
ii. membaling
iii. menyambut
iv. menolak
v. menarik
vi. melompat
vii. menendang
viii. memukul
ix. berlari
x. berjalan.

C) Aktiviti latihan imbangan ialah:
i. berdiri di atas kerusi / bongkah kecil
ii. berjalan di atas tali yang diletakkan atas lantai.
iii. Membawa buku di atas kepala
iv. Membawa bola ping pong dengan menggunakan sudu.
v. Berdiri dengan sebelah kaki.

D) Latihan koordinasi:
i. melambung dan menyambut bola pelbagai saiz.
ii. Memasukkan jarum ke dalam lubang manik.
iii. Memasukkan benang ke dalam lubang jarum.



6.0 CARA PERLAKSANAAN FISIOTERAPI.
i. Pemerhatian dan penilaian awal terhadap masalah yang dihadapi oleh murid.
ii. Penilaian dijalankan menggunakan instrument yang sesuai dan hasil penilaian
dianalisa untuk melihat daerah kelemahan tertentu pesakit.
iii. Merancang proses rawatan sesuai dengan tahap keupayaan pesakit.
iv. Penilaian dijalankan secara berterusan sepanjang tempoh rawatan supaya dapat
mengesan keperluan lain pesakit.
v. Penilaian susulan dijalankan bagi melihat keberkesanan terapi atau perlu ditukar
kepada aktiviti yang lebih sesuai.

5.0 KEPENTINGAN TERAPI FIZIKAL.
Terapi fizikal sememangnya sangat efektif kepada murid-murid pendidikan khas kerana ianya
mampu meningkatkan kemampuan otot-otot iaitu motor kasar dan motor halus termasuk koordinasi
antara keduanya. Aktiviti-aktivti yang melibatkan otot-otot ini memerlukan masa yang lama dan
perlu dilakukan berulang kali sehingga kemampuan otot menjadi matang dan murid boleh
melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain. Contohnya murid dapat berjalan , berlari dan
melompat dengan kaedah yang betul. Selain daripada itu juga pemulihan bagi motor halus adalah
sangat penting. Termasuk juga aktiviti aktiviti yang melibatkan motor halus seperti memotong,
menggunting, mencubit , meramas dan sebagainya. Latihan imbangan merupakan antara aktiviti
yang dijalankan bagi membentuk keseimbangan badan seperti berjalan sebelah kaki, meniti diatas
bangku dan sebagainya. Koordinasi kedua motor ini akan mampu meningkatkan kemampuan otak
kiri dan kanan berfungsi dengan baik. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyambut bola
dengan pelbagai saiz , mencantum puzzle dan sebagainya. Kesimpulannya kematangan kedua dua
motor halus dan kasar akan dapat meningkatkan tahap kefungsian mereka dalam kehidupan
seharian.
Aktiviti terapi ini juga dikatakan mampu meningkatkan daya pengamatan murid-murid pendidikan
khas. Mereka memerlukan ketajaman pendengaran , penglihatan dan pemikiran supaya dapat
berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung murid-murid pendidikan khas ini dapat membuat
perbandingan dan mencari persamaan dalam sesuatu aspek. Contohnya boleh memilih objek yang
besar atau kecil, mampu mencari perbezaan dan membuat tafsiran. Pengamatan memerlukan
rangsangan pelbagai deria supaya murid-murid pendidikan khas dapat membentuk konsep dengan
betul. Oleh yang demkian aktiviti-aktiviti dalam terapi fizikal memberi impak yang besar dalam
menghasilkan gerak balas terhadap pengamatan dan daya kosentrasi murid-murid pendidikan khas.
Terapi fizikal mampu membina keupayaan diri dan keyakinan yang tinggi. Murid-murid akan
merasakan sendiri perubahan-perubahan yang mereka alami. Kesabaran dan keinginan yang kuat
untuk menjalani rawatan mampu mengubah persepsi diri dan rakan terhadap keupayaan dan
kebolehan sendiri. Ini memberikan kesedaran dalam diri bahawa mereka juga mampu bersaing
dengan rakan sebaya yang lain. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan menjadi pendorong atau motivasi
kepada sesuatu yang lebih baik. Keazaman yang tinggi menjalani proses terapi membantu mereka
membentuk kehidupan berdikari yang lebih baik.
Mereka juga dapat bersosiolisasi dan berkomunikasi dengan baik bersama rakan sebaya. Keyakinan
diri dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alatan dan rakan semasa menjalankan
aktiviti terapi. Komunikasi yang baik mampu menggalakan mereka meluahkan perasaan dan
bertukar-tukar pendapat . Mereka mampu bercerita mengenai aktiviti yang mereka jalani dan
berkongsi keseronokan tersebut. Secara tidak langsung mereka dapat belajar dalam kumpulan dan
mengamalkan nilai-nilai baik dalam kehidupan. Contohnya berkongsi alatan, bersifat sabar dan
bekerjasama. Penerapan nilai-nilai baik ini akan menjadi panduan dalam kehidupan mereka.
Rantaian nilai-nilai murni diharapkan dapat membentuk insan yang seimbang dan kepatuhan kepada
peraturan serta mampu menjadi insan yang patuh kepada perintah Allah. Secara tidak langsung
ianya akan meransang kepada pertuturan murid-murid pendidikan khas.
Aktiviti terapi juga mampu mengubah tingkah laku murid murid pendidikan khas. Contohnya sikap
pendiam , tidak berminat untuk belajar, suka bersendirian, tidak fokus suka mengganggu dan
sebagainya. Terutama sekali bagi murid Hyperaktif dan ADHD. Kemampuan memberikan ganjaran
dan pujian semasa aktiviti yang dijalankan boleh meransang mereka mengubah tingkah laku.
Bandura dan Walters mendapati bahawa kehidupan sehari-hari banyak tingkah laku yang dipelajari
melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah laku ini hendak dipelajari malalui
Teori Pelaziman Operan atau Pelaziman Klasik maka sudah tentu kita akan mengambil masa yang
cukup banyak bagi menguasai semua tingkah laku yang ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin
tidak akan mempunyai himpunan tingkah laku sebanyak yang kita ada pada hari ini. (Amir Awang,
1989). Oleh yang demikian melalui aktiviti-aktiviti terapi murid akan terikat dengan jadual dan
peraturan yang perlu dipatuhi. Pelaziman ini akan memberikan kesan kepada mereka sekiranya
aktivti- aktiviti yang dilakukan mampu memberikan ransangan kepada mereka mengamalkan tingkah
laku yang baik.
Aktiviti terapi fizikal ini juga turut membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan mereka.
Terutama sekali yang melibatkan otot-otot motor kasar. Contohnya dapat berjalan dan melompat
dengan betul bila keseimbangan badan dapat dibentuk dengan baik. Kelembutan dan kelenturan
otot-otot semasa melakukan aktiviti berkuda akan membantu menguatkan tubuh badan dan
bahagian sendi-sendi. Ramai dalam kalangan murid pendidikan khas ini tidak mempunyai
kesempurnaan dalam perkembangan fizikal. Oleh yang demikian latihan yang berterusan akan
mampu membentuk tubuh badan yang sihat dan tegap.
Selain dairpada apa yang dibincangkan diatas, aktiviti terapi juga akan dapat membantu murid
meluahkan dan melahirkan perasaan. Pakar- pakar psikologi berpendapat melalui aktiviti motor
kasar dan motor halus yang dijalankan dalam kumpulan atau individu akan membantu mereka
melepaskan segala kesusahan dan perasaan yang terpendam dalam hati mereka. Contoh seperti
memukul boxing, menyepak bola dan sebagainya. Aktiviti ini dapat meredakan perasaan mereka
terutama sekali bagi murid hyperaktif dan ADHD. Selepas aktiviti ini dijalankan kebanyakan murid
akan lebih bertenang dan dapat memerikan tumpuan kepada aktiviti seterusnya.

6.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM TERAPI FIZIKAL.
6.1 Aktivti Motor Kasar.
AKTIVITI
ALATAN YANG DIGUNAKAN
MENOLAK
kerusi, meja, kotak,
MEMUKUL
bola, boxing, badminton,
MELAMBUNG
bola ,pundi kacang, belon dll
MENYAMBUT
bola, pundi kacang, belon dll
BERJALAN
tali,
BERLARI
tali skipping,
MELOMPAT
gelung rotan, tali skipping
BERKUDA
BERENANG

6.2 Aktivti Motor halus.

AKTIVITI
ALATAN YANG DIGUNAKAN
MEMOTONG
gunting,pisau,pembaris
MENGGUNTING
gunting
MENGGULI
doh, tepung,
MENCUBIT
plastesin, doh, diri sendiri
MERAMAS
kelapa, span, kertas, bola lembut.garam
MENGENTEL
tepung, kertas, tanah liat
MENGOYAK
kertas dan kain
MENJENTIK
karom, tutup botol, guli



6.3 Latihan Imbangan.

AKTIVITI
ALATAN YANG DIGUNAKAN
BERDIRI DENGAN SEBELAH KAKI.
MENJUNJUNG BUKU / OBJEK DI ATAS KEPALA
Buku atau pundi kacang
MENITI DI ATAS BANGKU
Kayu titi, bangku panjang
BERJALAN DI ATAS TALI DENGAN MENDEPA DUA TANGAN.
Tali.,

6.4 Aktiviti Koordinasi
AKTIVITI
ALATAN YANG DIGUNAKAN
MELAMBUNG DAN MENYAMBUT BOLA PELBAGAI SAIZ.
Bola.
MEMASUKKAN JARUM DALAM LUBANG MANIK.
Jarum dan manik
MELENGKAPKAN PUZZLE
puzzle
ANYAMAN
Kertas warna, riben,
MENGGUNTING DAN MENAMPAL
Gunting dang am
BERJALAN DI ATAS GARISAN YANG LURUS DAN BENGKANG BENGKOK
Tali,
JAHITAN
Kain, benang, jarum


7.0 MASALAH DALAM PERLAKSANAAN TERAPI FIZIKAL.
Masalah masalah yang dihadapi dalam melaksanakan aktivti terapi fizikal terdiri daripada pihak
guru, murid dan ibubapa. Majoriti guru-guru pendidikan khas menghadapi dilema dalam
menjalankan aktiviti terapi kerana kurang kepakaran. Persepsi pihak sekolah dan ibu bapa dengan
melihat secara negatif menguasai kebimbingan dan ketakutan yang anak mereka akan cedera
kerana menjalankan aktiviti terapi. Bagi satu pihak lain kegiatan aktiviti ini dianggap seperti bermain-
main dan guru dianggap tidak menjalankan proses pengajaran dengan betul. Selain daripada itu guru
juga tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan sesi terapi. Aktiviti ini memerlukan masa
yang panjang mengikut tahap keupayaan murid. Murid tidak boleh dipaksa menghabiskan aktiviti
pada waktu yang ditetapkan atau dipaksa melakukan aktivti yang tidak boleh mereka lakukan.
Kebanyakan ibu bapa tidak memberikan kerjasama yang secukupnya dan tidak komited dalam
usaha-usaha memulihkan anak mereka. Guru sukar memberikan tumpuan kepada murid dan aktiviti
terapi kerana murid selalu tidak hadir ke sekolah. Keberkesanan aktiviti terapi tidak dapat dilihat dan
dinilai dengan baik kerana murid itu sendiri kadang-kadang tidak memberikan kerjasama kepada
guru. Masalah yang paling kritikal bagi guru ialah tiada tempat yang sesuai dan kekurangan
keperluan alatan. Kebanyakan pihak pentadbir kurang memberikan kerjasama dalam memenuhi
keperluan murid pendidikan khas.
Masalah juga dapat dilihat pada diri murid itu sendiri terutama yang mengalami gangguan emosi dan
tingkah laku. Adakalanya murid terlalu sukar dikawal dan terlalu aktif apabila melibatkan beberapa
peralatan. Latihan yang berterusan mendatangkan rasa jemu dan bosan dalam diri murid-murid
penddikan khas. Mereka tidak nampak atau tahu tujuan mereka menjalankan aktiviti terapi. Oleh
yang demikian sikap tidak memberikan kerjasama dan perhatian kepada guru merupakan antara
kekangan yang sukar guru atasi. Dalam masa yang sama ada juga murid yang mengalami masalah
kesihatan dan dibimbangkan aktivti yang dijalankan memberi kesan yang tidak baik kepada mereka.
Oleh itu guru perlu merujuk kepada laporan perubatan mereka terlebih dahulu dan mengenalpasti
masalah yang akan timbul jika menjalankan aktiviti terapi. Kerencatan mental yang dialami oleh
murid menyebabkan murid sukar memahami arahan dan maksud guru atau ahli terapi sampaikan.
Masalah perkembangan bahasa yang mereka alami lebih menyukarkan kerana kebanyakan mereka
tidak boleh memberikan tindak balas yang betul.
Sikap ibu bapa juga dilihat memberikan sedikit sebanyak kekangan kepada program terapi ini.
Majoritinya tidak mempunyai pengetahuan dan tidak mendapat pendedahan keperluan terapi bagi
anak-anak mereka. Kebanyakkan mereka tidak berminat dan tidak mahu mengikuti perkembangan
anak mereka . Persepsi melingkari kehidupan mereka bahawa anak-anak berkeperluan khas ini tidak
akan berubah sampai bila-bila. Ketidaksanggupan ibu bapa meluangkan masa bersama semasa sesi
terapi juga mempengaruhi sikap anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa tidak menjalankan sesi
terapi di rumah hanya mengharapkan semata-mata di hospital sahaja dan bergantung kepada guru
sahaja. Ibu bapa tidak membarikan kerjasama dan tidak berusaha sebaik mungkin untuk mengubah
kehidupan anak mereka. Keengganan mempelajari teknik-teknik terapi dengan betul menyebabkan
anak-anak mereka terus terbiar. Pengetahuan yang rendah dalam kalangan ibu bapa sendiri
menyebabkan ahli-ahli terapi sukar untuk berinteraksi dengan baik. Ini ditambah lagi dengan
masalah kewangan dan pendapat yang rendah menjadi halangan kepada mereka meneruskan
aktiviti terapi mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Antara yang menjadi halangan dalam menjayakan aktiviti terapi ialah keperluan kawasan yang sesuai
dan kondusif. Masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera kerana kebanyakan disekolah semua
kelas digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian guru perlu mencari
alternatif lain bagaimana hendak menjalankan sesi terapi yang sesuai dengan keperluan sedia ada.
Tambahan pula kesukaran mendapatkan alatan yang sesuai terutama sekali yang berkaitan dengan
terapi snoezolen. Ada sebahagian alatan yang diperlu diimport dari luar negara dan ianya juga
memerlukan perbelanjaan yang sangat besar.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Merujuk kepada permasalahan yang dihadapi ada beberapa cadangan yang dikemukan agar segala
kekurangan yang ada dapat diperbaiki dari masa ke semasa. Antaranya ialah mengadakan lawatan
ke pusat-pusat terapi supaya guru dan ibu bapa mendapat pengetahuan dan kemahiran mengenai
terapi. Melalui sesi ini ibu bapa dan guru dapat berkolaborasi bersama ahli-ahli terapi. Mereka dapat
berbincang dan mengemukakan permasalahan yang tentunya boleh diselesaikan secara terus.
Pengetahuan dan kemahiran inilah akan memberi impak kepada pihak sekolah apabila ibu bapa
menyumbang tenaga dan kewangan atas sebarang usaha yang boleh memulihkan dan merawat anak
mereka. Kerjasama kedua-dua pihak sangat penting untuk mencari dana dan kewangan bagi
menampung segala kos perbelanjaan terapi di sekolah. Meskipun kesukaran mendapat bilik yang
sesuai dan kondusif . Dengan dana yang ada kesemua pihak mampu merancang dan menjalankan
aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dan kreatif.
Komitmen guru memerlukan sokongan dan pengorbanan dari ibu bapa dalam kesepakatan dan
bekerjasama membina satu komuniti yang boleh memberi kesedaran kepada masyarakat
menyediakan ruang-ruang yang membolehkan aktiviti ini dijalankan berpersatuan. Sekurang-
kurangnya dapat menyakinkan ibu bapa dan percaya bahawa terapi merupakan satu aktiviti penting
dalam hidup mereka. Secara tidak langsung ibu bapa tidak akan berputus asa. Mereka sentiasa
positif menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan yakin dan melalui aktiviti yang dikelola
oleh guru dan pihak sekolah anak mereka akan ada penambaikan. Guru pula perlu menceburi bidang
ini dengan lebih mendalam kerana pengetahuan dalam terapi sangat penting. Seminar atau kursus
boleh dijalankan bagi meningkatkan lagi profesionalisma guru .
Ibu dan guru perlu memikirkan satu kaedah bagi mengekalkan minat murid untuk datang ke sekolah
dan berminat menjalankan sesi terapi di sekolah atau di pusat-pusat terapi. Aktiviti yang dirancang
perlu lebih menarik dan meransang mereka untuk menjalani aktiviti terapi secara sukarela.
Semua pihak perlu berkerjasama dengan baik dan menyusun jadual-jadual yang sesuai dengan
keperluan semua orang dan memastikan jadual tersebut dapat dipatuhi dengan sebaiknya. Terapi
sangat memerlukan disiplin yang tinggi kerana akiviti ini bukan sahaja perlu dijalankan sekali dua
sahaja bahkan secara berterusan.

9.0 PENUTUP
Messbauer, Pagliano&Verheul, (2009) berpendapat terapi bertujuan meningkat potensi seseorang
untuk memberikan tumpuan kepada kehendaknya sendiri dan melibatkan diri pada ransangan
motivasi, dengan itu dapat meningkatkan komunikasi dan fungsi. Perkembangan anak-anak
berkeperluan khas sangat bergantung kepada usaha yang dijalankan oleh pihak guru, ibu bapa, ahli
terapi dan diri mereka sendiri. Ransangan dan motivasi bukan sahaja kepada murid tetapi perlu juga
kepada guru dan ibu bapa. Ahli terapi memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan
keupayaan perkembangan kognitif, emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu kesedaran awam
mengenai terapi adalah perlu dan pada skala yang lebih luas supaya perkembangan dan pemulihan
individu dapat ditingkatkan. Dengan menjalani terapi semua pihak secara tidak langsung patuh
kepada peraturan dan dan disiplin-disiplin yang telah ditentukan bagi tujuan mencapai matlamat.
Sebagai kesimpulannya terapi dalam pendidikan khas merupakan aktiviti yang saling berkait dalam
pembentukan insan yang bersepadu dan seimbang dari aspek jasmani, rohani ,emosi, intelek dan
sosial. Proses menjalani kehidupan yang bermakna menjadi pemangkin kepada mereka sebagai satu
titik tolak kearah kecemerlangan insan kelainan upaya. Semua pihak perlu memberi mereka ruang
dan masa yang secukupnya supaya mereka dapat membuktikan bahawa mereka juga boleh menjadi
insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Вам также может понравиться