Вы находитесь на странице: 1из 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

JADUAL PENENTUAN TUGASAN PROJEK


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU
(KNOWLEDGE-BASED COURSEWORK)
Nama Institut IPG Kampus Tuanku Bainun
Nama Guru Pelatih
Program PPG Kohort 1 (Ambilan Februari 2011)
Subjek Pendidikan Moral
Tajuk Subjek Kurikulum dan Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Moral
Kod Subjek ELM3102
Tarikh Mula 10 Februari 2014
Tarikh Hantar 17 Mac 2014
Nama Pensyarah

Sinopsis Kursus Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang
kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral
di samping mendapat ilmu berkaitan sumber-sumber yang digunakan
dalam PdP. Pelajar juga mendapat pengetahuan berkaitan tentang
rancangan pengajaran harian dan menulis sebuah RPH yang
lengkap berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
serta boleh menyampaikan PdP.

Arahan Tugasan

A. TUGASAN INDIVIDU 1 - (30%)

Pelbagai kaedah dan sumber boleh digunakan dalam menyampaikan
PdP. Untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Moral kita perlu
mengetahui tentang kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk
mengajar. Disamping itu juga kita perlu memilih sumber-sumber yang
baik dan berkesan untuk mentransformasikan lagi PdP.
Nyatakan dan jelaskan kaedah-kaedah serta sumber sesuai yang
boleh digunakan dalam penyampaian PdP Pendidikan Moral.
Sediakan butiran-butiran berkaitan kaedah dan sumber dalam bentuk
pengurusan grafik.


B. TUGASAN INDIVIDU 2 - (60%)

Anda dikehendaki merancang sebuah Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) untuk matapelajaran Pendidikan Moral bagi Tahun 1 - 4 KSSR
dan melaksanakan PdP di sekolah anda. Rakamkan sesi PdP anda
dalam CD dan disertakan bersama RPH dalam rakaman CD tersebut.


C. REFLEKSI - (10%)

Anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan anda di
atas. Penulisan ini hendaklah menunjukkan kefahaman anda terhadap
penulisan refleksi yang berkaitan dengan tajuk. (Domain kognitif,
psikomotor dan afektif)


Panduan Format

1. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
- Semua tugasan mesti ditaip dengan menggunakan MS Word.
- Bentuk font Arial.
- Saiz font 12
- Langkau 1.5 spacing.
- Panjang tugasan antara 3000 hingga 3500 perkataan atau
tidak lebih 15 muka surat. (tidak termasuk grafik dan rujukan)
2. Paparan bahan rujukan mengikut format APA.
3. Muka surat kulit tugasan perlu mengandungi maklumat berikut :
Nama Institut
Logo IPG KPM
Nama Subjek
Tajuk Subjek
Kod Subjek
Ringkasan Tajuk Tugasan
Nama Pelajar (sama ada individu atau kumpulan)
Angka Giliran setiap pelajar
Nombor Kad Pengenalan setiap pelajar
Nama Pensyarah
Tarikh Hantar Tugasan


Syarat / Peraturan

1. Buat rujukan melalui layaran internet serta bacaan buku, jurnal,
majalah, surat khabar dan lain-lain untuk memantapkan tugasan
yang dihasilkan dan nyatakan dengan jelas sumbernya di dalam
lampiran rujukan.
2. Penilaian Kerja Kursus ini akan mengambil kira semua aspek
termasuk kekemasan, mutu isi kandungan dan tertib penyusunan
bahan serta 10% diperuntukkan untuk sahsiah dan Rekod
Kolaborasi yang disediakan.
3. Palagiat tidak dibenarkan sama sekali dan tindakan tegas
(termasuk hukuman digagalkan) akan diambil tehadap pelajar
yang didapati berpalagiat.
4. Tugasan mesti dihantar tepat pada tarikh yang ditetapkan iaitu
pada 17 Mac 2014.


Disediakan oleh : Disemak oleh :

_______________________ ___________________________
(RAVENDRAN A/L CHELLIAH) (PN HJH AMANISAH BINTI SHUIB)
Penyelaras Kursus ELM3102 SME Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGK Tuanku Bainun
IPGK Tuanku Bainun

Disahkan oleh :

____________________
(US ZAMBRI BIN AHMAD)
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPGK Tuanku Bainun

Вам также может понравиться