Вы находитесь на странице: 1из 1

Kilat: RCCB Trip dan Peralatan Elektrik Rosak

Kilat adalah fenomena alam semulajadi yang biasa berlaku di negara kita. Malah Malaysia tergolong
antara 3 negara yang mempunyai aktiviti kilat tertinggi di dunia. Boleh dikatakan sentiasa sahaja
berlaku kemalangan jiwa akibat panahan kilat di Malaysia. Pembaca yang berminat tentang
kemalangan yang disebabkan kilat boleh merujuk di blog ini: http://kilatmalaysia.blogspot.com.

Artikel lalu telah menerangkan tentang kejadian kilat dan alat perangkat kilat. Artikel kali ini pula akan
menerangkan bagaimana kilat boleh merosakkan peralatan elektrik rumah anda. Pasti ramai yang
menyedari apabila kilat memancar di kawasan rumah anda, RCCB di papan agihan elektrik di rumah
anda pasti akan terpelantik (trip). Mengapakah RCCB boleh trip?

RCCB trip apabila kilat memancar, itu menunjukkan RCCB anda berfungsi. Apabila kilat memancar,
ia akan memancarkan gelombang elektromagnet. Gelombang elektromagnet ini sama seperti
gelombang radio, sinar x-ray atau gelombang microwave, ia tidak dapat dilihat tetapi boleh memberi
kesan tertentu pada persekitaran. Gelombang elektromagnet yang dijana oleh kilat akan menyebabkan
voltan bekalan elektrik naik mendadak (overvoltage) dalam masa yang singkat. Contohnya bekalan
elektrik ke rumah anda adalah 240V, tetapi apabila kilat memancar, voltan elektrik di rumah anda akan
naik mendadak secara tiba-tiba sehingga melebihi 1000V dalam sela masa beberapa mili saat (1 mili
saat = 0.001 saat). Walaupun kejadian ini berlaku dalam masa yang sangat singkat, tetapi ia sudah
cukup untuk merosakkan peralatan elektrik rumah anda.

Nasib baik sistem bekalan elektrik rumah kita dilengkapi dengan RCCB. Ia bukan sahaja melindungi
anda dari renjatan elektrik, malah melindungi peralatan elektrik dari overvoltage. Apabila berlaku
overvoltage disebabkan kilat, arus elektrik dalam rumah anda menjadi tidak stabil. Ketidakstabilan ini
akan dikesan oleh RCCB dan seterusnya trip untuk memutuskan bekalan elektrik (Cara kerja RCCB
boleh dibaca di artikel ini). Apabila bekalan elektrik diputuskan, kejadian overvoltage tidak 'sempat'
berlaku dan peralatan elektrik di rumah anda akan selamat.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah kes, ada juga peralatan elektrik yang rosak walaupun RCCB telah
trip apabila kilat memancar. Kejadian ini boleh berlaku kerana RCCB lambat bertindak untuk
memutuskan bekalan elektrik apabila berlaku overvoltage. Sekiranya perkara ini berlaku, ini
menunjukkan RCCB tidak berfungsi dengan baik. Tidak perlulah tuding jari menyalahkan TNB bila
perkara ini berlaku pada anda. Cepat-cepatlah cari wireman untuk gantikan RCCB anda dengan yang
baru dan berkualiti. Panduan untuk anda apabila membeli RCCB: semakin mahal harga RCCB, makin
berkualiti dan boleh dipercayai RCCB tersebut.

Вам также может понравиться