Вы находитесь на странице: 1из 5

Osama yang lain

Hishamuddin Rais
12:36AM Jun 1 2011

Ketika bangunan World Trade Center (WTC) di New York dilanggar kapal terbang, aku
dalam satu sel dengan Tian Chua di kem tahanan Kamunting. Kami dikawal daripada
mengetahui apa yang sedang berlaku di luar penjara.

Akhbar yang dimiliki oleh United Malays National Organisation hanya diberi setelah enam
bulan kami ditahan. Akhbar ini pun telah dipotong-potong untuk memastikan kami tidak
tahu apa yang sedang berlaku di luar penjara. Hasilnya aku ketinggalan dengan semua
bentuk berita.

Aku tidak tahu menahu apabila berlakunya serangan
terhadap WTC di New York pada Selasa itu. Hanya
esoknya, hari Rabu, Elizebeth Wong datang melawat Tian
Chua. Dan dia membawa berita ini.

Aku dengan serta-merta merasa agak was-was tentang
apa yang sebenarnya berlaku. Percambahan fikrah tidak
membenarkan aku menerima dan menelan bulat-bulat apa
sahaja fakta daripada pihak kuasa daulah tanpa ditapis.

Tidak jauh dari blok aku ialah blok Al-Maunah. Warga Al-Maunah ini telah sampai ke
Kamunting beberapa bulan lebih awal dari aku.

Bila aku menyelidik dan bertanya dengan anggota Al-Maunah ini sendiri, maka aku lihat
mereka telah diperangkap dengan satu modus operandi operasi hitam untuk menghalalkan
pengunaan ISA - penjara tanpa bicara.

Bila aku kaji kes Al-Maunah, maka aku merasakan ledakan WTC ini juga satu operasi hitam.
Tetapi pada ketika itu pembacaan dan maklumat yang mungkin dapat aku cungkil tidak
wujud. Dari Kamunting tidak mungkin aku dapat menganalisa dan mengkaji latar belakang
serangan pada 9/11 ini.

Satu minggu sesudah 9/11, aku dibawa ke Kuala Lumpur untuk perbicaraan kes tunjuk
perasaan Reformasi. Dari Kamunting kami di bawa ke rumah pasung Sentul, sebelum kami
dipindahkan lagi ke tempat sulit di pinggir kota Kuala Lumpur.

Di rumah pasung inilah kali pertamanya aku melihat klip dua buah kapal terbang yang
menuju ke arah WTC dan kemudian meletup. Aku mencuri lihat klip ini dari kaca TV di
rumah pasung Sentul.

Aku tidak ambil peduli siapa Osama bin Laden. Untuk aku, nama Bin Laden ini adalah nama
busuk dari satu keluarga yang jahat. Sebelum 9/11 berlaku, pada tahun 1993 dahulu, satu
ledakan di Kerpan, Kedah terjadi bila seorang yang bernama Bin Laden telah merampas
tanah sawah orang kampung untuk dijadikan kolam udang.

Rampas tanah orang kampung

Aku masih ingat lagi bentrokan berlaku awal 90-an di mana orang kampung bangun
melawan apabila tanah sawah mereka dirampas. Manusia yang bernama Bin Laden ini telah
berjaya merampas tanah sawah orang kampung dengan kerja sama United Malays National
Organisation.

Mara kehadapan dua tahun kemudian, apabila aku dibebaskan dari Kamunting aku terus
mencari sebanyak mungkin maklumat tentang WTC dan 9/11. Melalui internet aku mula
mendapat pemahaman jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di New York pada 9/11
itu.

Aku juga dapat melihat kembali detik-detik akhir sebelum ledakan itu berlaku. Aku juga
dapat melihat George Bush bermuka 'poyo' dalam bilik darjah ketika diberitahu oleh
pegawai sulitnya tentang serangan ini.

Semakin banyak bahan yang aku baca semakin meyakinkan aku bahawa 9/11 adalah kerja
orang dalam. Ini samalah seperti apa yang terjadi kepada kumpulan Al-Maunah. Pada
hemat aku penangkapan Al-Maunah melengkapkan agenda Mahathir Mohamad pada tahun
2000.

Ketika ini imej Mahathir dilihat sebagai bangkai oleh orang Melayu. Justeru satu sandiwara
rompakan bersenjata dipentaskan di Sauk untuk menimbulkan simpati orang Melayu
kepada Mahathir.

Dengan sandiwara bersenjata Sauk ini juga, Mahathir seakan mendapat persetujuan orang
ramai untuk menangkap pemimpin gerakan Reformasi.

Justeru, apabila sepuluh aktivis Reformasi dan kepimpinan PKR ditangkap, kami dituduh
sedang merancang menggunakan senjata untuk menggulingkan Mahathir.

Kami dituduh sedang menyusun gerakan ini secara sulit dan rahsia. Justeru, kerana ini
maka aku berpendapat amat jelas bahawa Al-Maunah hanyalah pembuka jalan untuk
tangkapan beramai-ramai.

Sayangnya, operasi Sauk ini telah dijadikan bahan lawak oleh orang ramai. Orang ramai
telah diberitahu bahawa tiga buah Pajero telah berjaya membawa lari 4 tan senjata dalam
masa 15 minit.

Apabila berita ini muncul satu negara ketawa besar. Lawak Pajero ini menjadikan rancangan
ini terbarai.

Gurindam Al-Maunah

Untuk menolak gurindam dan seloka Al-Maunah ini, babak rompakan ini telah dipentaskan
semula untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa memang ia boleh berlaku dalam
masa 15 minit dan 4 tan senjata boleh dimuatkan dalam tiga buah kereta Pajero.

Nasib tidak menyebelahi Mahafiraun - nama julukan kepada Mahathir ketika itu. Tidak ada
sesiapa ambil peduli tentang lakonan semula rompakan
senjata ini. Imej Mahathir terus merundum hingga ke hari ini.
Ini samalah dengan apa yang terjadi kepada George Bush
sesudah 9/11.

Kajian demi kajian telah dibuat tentang apa sebenarnya
berlaku sebelum dan sesudah pada 9/11. Maklumat baru
muncul, maklumat tersorok dicungkil, gambar baru muncul, kenyataan yang cuba
ditenggelamkan dibuka kembali, akhirnya lebih dari 50 peratus warga Amerika tidak
percaya dengan maklumat yang diberikan oleh Rumah Putih, tentera atau Biro Siasatan
Persekutuan (FBI).

Dalam masa yang sama semakin ramai sosok-sosok berwibawa dan berjawatan tinggi
dalam kerajaan telah mula mempersoalkan kerja orang dalam ini'. Mereka yang
mempertikaikan naratif rasmi ini bukan kecil anak'.

Morgan Reynolds, bekas penasihat ekonomi dibawah Bush Sr; Paul Roberts, ketua
Pengurusan Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) dari Jabatan Pertahanan; Michel
Meacher bekas Menteri Alam Sekitar United Kingdom ( 1997-2003) antara sosok yang
bangun dan bersuara kerana kesangsian mereka terhadap 9/11.

Manakala Andreas Von Buelow, bekas menteri pertahanan Jerman secara terang-terang
telah mengeluarkan kenyataan dan menulis buku tentang konspirasi Agensi Perisikan Pusat
(CIA) yang mewujudkan 9/11.

Kemudian pada tahun 2005 aku dapat menonton dari YouTube filem dokumentri
bernama Loose Change. Dokumentri ini dengan jayakan membuktikan bahawa ledakan WTC
adalah kerja orang dalam.

Malah aku sendiri terperanjat kerana ada beberapa fakta baru yang tidak aku sedari telah
ditimbulkan dalam Loose Change.

Mungkin hingga ke hari ini aku rasa masih ramai warga dunia tidak menyedari bahawa
dalam kejadian 9/11 itu, bukan dua (not two) tetapi tiga bangunan telah runtuh. Bangunan
ketiga ini dipanggil Building7.

Yang menjadi lawak besar (macam lawak Pajero Al-Maunah), Building7 ini tidak ada kena
mengena dan tidak diusik pun oleh kapal terbang yang dikatakan telah dibajak oleh Al-
Qaeda. Building7 ini terbakar dengan sendiri dan akhirnya runtuh.

Perkakas sementara

Sehari sesudah 9/11, George Bush dengan tangkas menuduh ledakan WTC adalah kerja Al-
Qaeda yang dipimpin oleh Osama Bin Ladin. Justeru, semenjak 9/11 berlaku, nama Osama
telah menjadi nama yang digunakan untuk mengolah persetujuan warga dunia agar
menyokong kuasa imperialis Amerika dalam tindakannya menyerang Iraq, Iran, Afghanistan
dan Pakistan.

Di era Perang Dingin dahulu, sebelum runtuhnya Tembok Berlin, yang dijadikan hantu untuk
menakut-nakutkan rakyat dunia ialah Rusia dan Komunis.

Selesai Perang Dingin ini, Osama dan Al-Qaeda telah dijadikan hantu baru untuk
menakutkan warga dunia dan menghalalkan perang dengan strategi yang dipanggil "perang
menentang keganasan".

Dengan jelas aku melihat, seperti Al-Maunah, George Bush juga telah menggunakan Osama
untuk menyerang Iraq dan Afghanistan. Di Iraq, military industrial complex - kuasa industri
senjata Amerika - ingin menawan telaga minyak. Di Afghanistan pula, yang ingin ditawan
ialah punca-punca gas.

Apabila berita Osama ditembak mati di Abbotabad, Pakistan terbit, aku juga tidak ambil
peduli. Ini bukan kerana aku masih lagi dalam tahanan di Kamunting. Aku tidak ambil
peduli kerana dari apa yang aku kaji dan aku baca, amat jelas bahawa Osama ini adalah
pekakas yang telah digunakan oleh CIA.

Macam selipar jepun, macam skru, macam beg palstik. Semua ini boleh kita gunakan untuk
satu ketika.

Skru mungkin berkarat. Selipar Jepun mungkin terputus talinya. Beg plastik mungkin
terkoyak. Semuanya boleh dibuang bila tidak boleh digunakan lagi. Bagitulah juga dengan
sosok yang bernama Osama Bin Ladin. Jangan silap faham, bukan aku tidak menghormati
orang yang telah meninggal dunia.

Sesiapa yang rajin membaca dan mengkaji sejarah 9/11 dan Osama, akan mengakui
bahawa Osama ini hanya perkakas CIA. Puluhan buku telah ditulis. Ratusan dokumentari
telah dibuat.

Semuanya menunjukkan bahawa Osama ini adalah apa yang dipanggil aset' dalam
pengistilahan CIA. Aset ialah manusia yang bekerjasama dengan CIA dan memiliki
hubungan dengan badan perisik Amerika ini.

Dari segi fakta sejarah, hubungan antara Osama dengan CIA ini terjalin pada awal tahun
80-an dahulu di Afghanistan. Ketika ini tentera Soviet Union/Rusia telah menduduki
Afghanistan. Amerika yang memusuhi Russa secara bijak dan terancang telah melaungkan
trompet "jihad melawan komunis".

'Aset' terbaik CIA

Berbondong-bondong anak muda Islam datang untuk menyahut laungan CIA ini. Ketika ini
sesiapa sahaja yang bangun melawan Rusia di Afghanistan akan dipanggil mujahidin.

Tetapi CIA memiliki satu masalah - tidak mungkin seorang Mat Saleh dari Boston atau New
York yang minum arak dan bertogel siang malam dapat memimpin gerakan jihad' ini.

Imej islamik amat- amat diperlukan. Maka di sinilah munculnya peranan Osama Bin Laden -
seorang Arab, warak beragama, berjanggut mengikut sunah nabi dan dikatakan kaya dan
memiliki dana melimpah ruah. Sudah tepat, Osama adalah aset' terbaik untuk CIA.

Duit mula meluncur masuk membantu mujahidin yang sedang berjihad melawan komunis.
Duit dan senjata dari CIA ini dikatakan datang dari sedekah dan zakat warga Arab yang
kaya-raya.

Bayangkan betapa gembiranya para mujahidin apabila mendengar bahawa muslim dan
muslimat bersedekah membantu mereka.

Tetapi ada orang yang lebih bergembira. Kuasa imperial Amerika amat-amat gembira
kerana ada orang lain yang mati melawan musuh Amerika. Inilah peranan Osama Bin
Laden.

Aku tidak menafikan dan memperlekehkan niat suci Osama dan niat baik anak-anak muda
yang datang berjihad' di Afghanistan pada ketika itu. Sama seperti apa yang berlaku
kepada tim silat Al-Maunah. Mereka kurang sedar ada agenda tersorok yang lebih besar.
Mereka hanya menjadi pekakas.

Di belakang niat suci dan niat baik para mujahidin ini adalah agenda kuasa imperial dan
kuasa industri tentera Amerika untuk mendirikan satu kerajaan dunia di bawah telunjuk
Amerika Syarikat

Вам также может понравиться