Вы находитесь на странице: 1из 3

Sahadan (tengah) menunjukkan barangan rampasan selepas menahan pelajar bersama rakan-rakannya yang

terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan pecah kedai telefon bimbit.

Muar - Seorang pelajar berusia 14 tahun bersama tiga rakannya ditahan
polis kerana memecah masuk sebuah kedai menjual telefon bimbit
dekat sini, pada 30 Jun lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah,
Superintendan Shahadan Jaafar berkata, pelajar terbabit ditahan Sabtu
lalu di sebuah rumah di sekitar bandar ini sebelum menahan tiga lagi
suspek.

Menurutnya, tiga rakan suspek yang lain, masing-masing berusia
lingkungan 20-an bekerja sebagai buruh dan pembantu kedai terlebih
dahulu akan mengagih barang curi selepas memecah masuk kedai
terlibat.


Pelajar jual hasil curi di sekolah
WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Julai 2012

Pelajar itu kemudiannya akan menjual pelbagai jenis telefon bimbit
serta aksesori yang dicuri kepada rakan-rakan di sekolah dengan
harga murah. Berdasarkan rekod, tiga lagi rakannya dipercayai terbabit
dalam beberapa lagi kes pecah rumah sekitar daerah ini yang
menyebabkan kerugian kira-kira RM10,000. Semua yang ditahan
disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan
pecah rumah, katanya pada sidang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Muar, di sini, semalam.

Selain itu, dalam perkembangan sama, Sahadan berkata, pihaknya turut
menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam tiga kes pecah
rumah sepanjang minggu lalu. Katanya, suspek berusia lingkungan 20-
an itu ditahan di bandar ini, kelmarin selepas dipercayai terbabit
melakukan dua pecah rumah pada 9 Julai lalu selain satu kes pada 10
Julai.

Identiti lelaki terbabit diketahui menerusi semakan cap jari yang ditemui
di rumah mangsa, katanya. Katanya, suspek ditahan reman untuk
siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana terbabit
dalam pecah rumah.
Bil Masalah Jenis
Kesalahan
Jenis Hukuman
1 Memecah masuk sebuah
kedai menjual telefon
bimbit
Kesalahan
Berat(No.11)
Rotan di punggung dengan dilapik
pakaian dengan menggunakan rotan
ringan ( maksima 3 kali sebatan)
2 Mengagih barang curi Kesalahan
Berat(No.11)
Rotan di punggung dengan dilapik
pakaian dengan menggunakan rotan
ringan ( maksima 3 kali sebatan)
3 Menjual pelbagai jenis
telefon bimbit serta
aksesori yang dicuri
kepada rakan-rakan di
sekolah
Kesalahan
Berat(No.34)
Rotan di punggung dengan dilapik
pakaian dengan menggunakan rotan
ringan ( maksima 3 kali sebatan)
4 Kes pecah rumah Kesalahan
Berat(No.11)
Rotan di punggung dengan dilapik
pakaian dengan menggunakan rotan
ringan ( maksima 3 kali sebatan)

Вам также может понравиться