Вы находитесь на странице: 1из 2

LAPORAN AJK BUKU PROGRAM

Pada 16 Mac 2013, kami pelajar PISMP 5E telah mengadakan Karnival


Permainan Tradisional. Penganjuran karnival ini sebahagian daripada tugasan bagi
pelajar semester 5 yang mengambil minor Pendidikan Jasmani di dalam Subjek
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan, PJM 3112. Kami perlu
mengelola dan mengurus satu karnival permainan tradisional dan setiap pelajar
mempunyai jawatankuasa dan tugas masing-masing. Saya Nur Atikah Binti Yahya
bersama Nurul Syazwanie Binti Suhaimi telah dilantik sebgai AJK Jemputan tetapi saya
mengambil tugas AJK Buku Program kerana kami mendapati tiada pelajar dari kelas
kami dilantik sebagai AJK Buku Program.
Tugas AJK Buku Program ialah menyediakan buku program untuk sesuatu
program yang ingin dijalankan. Dalam buku tersebut dimuatkan dengan beberapa
perkara, antaranya ialah, nama program, pihak penganjur, senarai AJK, atur cara
program, nama jemputan dan sebagainya. Perkara-perkara ini perlu dimuatkan sebgai
rujukan dan pendokumentasian program ini.
Sebelum karnival berlangsung, saya telah membuat reka letak bentuk buku
program ini. Saya telah membuat draf sebelum dimuatkan dengan beberapa perkara
utama yang perlu dimasukkan dalam buku program tersebut. Saya mengumpul
maklumat seperti atur cara program, peserta yang terlibat, dan beberapa perkara lagi.
Setelah mendapat semua maklumat yang dikehendaki, saya mula memasukkan semua
maklumat tersebut.
Semasa karnival berlangsung, saya telah mencetak beberapa buku program ini
untuk diberikan kepada pensyarah kami, Cik Tan Yan Im. Pada masa itu, kesalahan
buku program itu dapat dikesan. Terdapat beberapa kesalahan dari segi atur cara
program. Nama permainan kami tertukar. Mungkin kerana terkeliru dengan permainan
yang dianjurkan oleh kelas lain, nama permainan yang dianjurkan sudah tersalah. Kami
cuba membetulkan keadaan dengan mengikut nama permainan di dalam buku program
tersebut kerana ada persamaan. Namun apa yang telah terjadi tidak dapat dikesalkan.
Kami cuba menerima dengan hati yang terbuka dan belajar dari kesilapan.
Karnival kami berjalan dengan lancar walaupun terdapat kesilapan dalam buku
program. Kesilapan tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan program
yang telah dirancang. Walau sesempurna mana diri kita, kesilapan tetap boleh berlaku.
Kami perlu belajar dari kesilapan dan berharap tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Вам также может понравиться