You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKAN KUALA PENYU,

PETI SURAT 207, 89747 KUALA PENYU,


SABAH.
No. Tel : 087-885851
No. Fax : 087-885816
No. Rujukan : SMKPKP/02/03/12/(28)
Tarikh : 24 Jun 2010
Ketua Polis Balai
Balai Polis Kuala Penyu
89747 Kuala Penyu,
Sabah.
Tuan,
MEMOHON JURULATIH KAWAD KAKI
Sukacita dimaklumkan bahawa Kor Kadet Polis SMK Pekan Kuala Penyu akan mengadakan
Perkhemahan Tahunan 2010 bermula pada 25 Jun - 27 Jun 2010.
02. Untuk pengisian aktiviti perkhemahan tersebut, kami akan adakan latihan kawad kaki
sebagaimana berikut :
Tarikh
Tempat:
Masa

:
26 Jun 2010
Gelanggang Bola Tampar
:
4.00 petang - 5.30 petang

03. Oleh itu kami memerlukan seorang jurulatih kawad, untuk memberikan tunjuk ajar kepada
mereka pada masa tersebut. Tujuannya adalah untuk memantapkan lagi pergerakan kawad kaki
anggota Kor Kadet Polis sekolah kami.
04. Besarlah harapan kami agar permohonan kami mendapat perhatian, pertimbangan yang
sewajarnya dan kelulusan daripada pihak tuan. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan
amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
WEDDIA KIMPUI
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK. Pekan Kuala Penyu.
Fail.