Вы находитесь на странице: 1из 21

KBK 3073:MURI D-MURI D BERKEPERLUAN KHAS 2013

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI


KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
TAJUK ESEI ILMIAH
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013
KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
ZANARIAH BINTI PARAMAN D20112055774
PUSAT PEMBELAJARAN: EL-BP 01
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. KWAY ENG HOCK
TARIKH SERAH: 6 MEI 2013
PEMARKAHAN
TUGASAN 1: KANAK-KANAK ADHD
2
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKASURAT
1.0 PENGENALAN 3-4
2.0 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 5-6
3.0 CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJ ARAN 7-8
4.0 KONSEP DAN DEFINISI KANAK-KANAK ADHD 8-14
5.0 INTERVENSI AWAL 14-16
6.0 PENDEKATAN PdP YANG BERKESAN 16-18
7.0 KESIMPULAN 18
8.0 RUJ UKAN 19
3
1.0 PENGENALAN
Kanak-kanak berkeperluan khas
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang
memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak
normal. Kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri
mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-
ciri fizikal. Kirk. Et al (1993) definisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-
kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dala ciri-ciri mental ,
keupayaaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam
tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai
kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau
perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan
yang maksima.
Menurut J amila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,
keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri
fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan
dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan
mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak
terabai seperti kanak-kanak normal.
McDonnell et al (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan
akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deriaserta
kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang mempunyai gangguan yang
pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku.
Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di
bawah:
Individuals who differ from societal or community standards of normalcy.
These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or
behavioral characteristics. Many of these children may require educational
programs customized to their unique needs.
Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan kanak-kanak itu
4
dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek
pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka.
Mereka dikatakan menghadapi masalahdalam aspek pembelajaran jika mereka:
1. mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanak
sebaya dengannya,
2. mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan
pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya.
3. Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori (2) di atas.
Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-
kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah
penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat
Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).
Kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang dianggap berhadapan
dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluanbiasa dan
untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya (Mahmood Nazar,
2000).
Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-
kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak
biasa.
5
2.0 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Terdapat 4 kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu bermasalah pendengaran,
bermasalah penglihatan, bermasalah pembelajaran dan pelajar berbakat atau pintar
cerdas.
a) Bermasalah pendengaran
Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannya tidak
jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Murid yang mengalami masalah ini
perkembangan pertuturan dan bahasanya akan terganggu dan lambat. Kanak-kanak
tidak langsung dapat mendengar pula akan juga tidak dapat bercakap (bisu).
Mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran
yang jelas (Bee H. 1995)
Menurut International Encylopedia Volume 5 (1975) , cacat pendengaran
bermaknakehilanagn atau kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau
kedua-duanya kekurangan atau kehilangan daya pendengara
b) Bermasalah penglihatan
Kanak-kanak bermasalah penglihatan dikategorikan kepada dua iaitu buta yang
langsung tidak dapat melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan. Kanak-kanak
ini belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, menghidu dan merasa. Mereka
menggunakan tulisan Braille untuk membaca dan tongkat untuk bergerak ke sesuatu
tempat. Dapat disimpulkan bahawa:
6
Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan
kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan
Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu
diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat
mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka(Barrage 1992)
c) Bermasalah pembelajaran
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang tekah dikenal pasti
dan disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang
mengganggu proses pembelajaran. Kanak-kanak ini mengalami masalah seperti
berikut:
lambat untuk menguasai kemahiran berkomunikasi
lambat berkembang persepsi pendengaran dan penglihatan
menghadapi kesukaran untuk membaca, mengeja, menulis dan mengira.
Kanak-kanak ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada
masyarakat terhadap masalah yan mereka hadapi supaya dapat menjalani kehidupan
seharian bersama orang lain.
d) Pintar cerdas
Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, kanak-
kanak pintar cerdas ialah kanak-kanak yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan
boleh menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat daripada pelajar normal.
Kanak-kanak ini dianggap mempunyai kebolehan luar biasa.
7
3.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Menurut Clements (1966: Modul KBK 3073, halaman 38-39), terdapat sepuluh ciri kanak-
kanak bermasalah pembelajaran yang telah dikenalpasti iaitu:
a) Hiperaktif
b) Perceptual impairment
c) Emosi yang tidak stabil
d) Disorder of attention
e) Impulsivity
f) Disorder of memory and thinking
g) Masalah pembelajaran yang spesifik dalam membaca, menulis, mengeja dan
mengira.
h) Disorder of speech and language.
i) Equivocal neurological signs and electro encephalograhic irregulation.
Seidenbeg (1997) telah menyenaraikan sembilan ciri-ciri kanak-kanak learning
difficulty. Mereka adalah terdiri daripada :
a) Hiperaktif
Kanak-kanak hiperaktif adalah aktiviti motor mereka tidak sesuai dan
melampau seperti memgetuk jaru atau kaki, melompat di atas kerusi ataupun
meloncat-loncat dari satu tempat ke satu tempat.
b) Attention dificit
..Distracted by irrelevant stimuli or preservation or attention become fixed
upon a single task or behaviour that is repeated over and over..(Sujathamalini
2007:9).
c) Motor deficits
Kanak-kanak yangmengalami motor deficits adalah kerana masalah koordinasi
secara umum akan menyebabkab pergerakan yang kaku dan kelam kabut.
d) Perceptual-motor deficit
Kanak-kanak ini mengalami kesukara dalam mencantumkan rangsangan
penglihatan atau pendengaran dengan tindak balas motor.
e) Language deficit
Kanak-kanak yang lambat dalam pertuturan dan sukar untuk memahami serta
sukar untuk merumuskan bahasa percakapan.
8
f) Impulsivity
Kekurangan dalam tingkah laku yang reflaktif.
g) Cognitif deficits
Kanak-kanak yang lemah dalam memori dan konsep formasi.
h) Orientation deficits
Perkembangan spatial yang lemah dalam konsep Temporal
i) Specific learning difficulties
Menghadapi masalah dalam membaca, menulis dan mengira
Berdasarkan kepada kedua-dua pendapat di atas, kesimpulannya kanak-kanak hiperaktif
dan masalah kurang tumpuan adalah tergolong di dalam kumpulan kanak-kanak
berkeperluan khas masalah pembelajaran.
4.0 KONSEP DAN DEFINISI KANAK-KANAK ADHD
Hiperaktif adalah istilah yang digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai
tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu. Kebiasaannya kanak-kanak
hiperaktif mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat.
Istilah ini merangkumi dua masalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak iaitu
terlampau aktif dan kekurangan tumpuan. Pada awal kurun ke-20, kanak-kanak
kategori ini dikenali sebagai hyperkinetic dan dikatakan mengalami kecacatan otak
minima. Selepas itu mereka dikenali sebagai hyperactive. Pada tahun 1980,
Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder (DSM-III ) yang dikeluarkan
oleh Persatuan Psikologi Amerika (APA ) telah memperkenalkan istilah Attention
Deficit Disorder (ADD) untuk menerangkan kumpulan kanak-kanak ini. Beberapa
tahun kemudian istilah ini didefinisikan semula supaya meliputi kedua-dua jenis
kecelaruan ini dan dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD).
Definisi ADHD yang diberikan oleh Persatuan Psikologi Amerika dikategorikan
kepada tiga iaitu:
a) ADHD-Kurang Tumpuan
Bagi sesetengah kanak-kanak dengan ADHD tidak memberi tumpuan
merupakan petunjuk yang utama. Mereka mungkin meninggalkan bahagian
penting tugasan yang diberikan, kerap mengelamun dalam kelas, tidak teratur
dan kerap kali terlupa.
9
b) ADHD- Hiperaktif-impulsif
Bagi ADHD jenis ini, petunjuk utama adalah gabungan antara hiperaktif iaitu
jumlah pergerakan yang sangat tinggi dan impulsif iaitu melakukan sesuatu
tanpa berfikir. Murid jenis ini kerap mengetuk-ngetuk meja dan mengoyang-
goyang kerusi, selalu berlaru, sentiasa aktif dan banyak bercakap.
c) ADHD-Gabungan
Sesetengah kanak-kanak dengan ADHD ini mempunyai petunjuk-petunjuk pada
kedua-dua ciri di atas yang merupakan sebahagian daripada kecelaruan daripada
kecelaruan yang dihadapi iaitu tidak ada tumpuan dan hiperaktif-impulsif.
4.1 CIRI-CIRI KANAK-KANAK DENGAN ADHD
Kanak-kanak ADHD dikategorikan kepada beberapa ciri seperti berikut:
a) Ciri Intelektual
Ciri-cirinya adalah seperti berikut:
Mudah terganggu
Kanak-kanak ini mudah terganggu daripada orang lain atau dengan
dirinya sendiri. Fikirannya sentiasa terganggu oleh perkara lain semasa
melakukan sesuatu perkara yang penting.
Tidak boleh tumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara
Tumpuan tidak dapat diberikan sepenuhnya. Kanak-kanak ini akan
memikirkan perkara lain dalam tempoh pembelajaran. Apabila
memegang sesuatu benda atau barang, kemungkinan benda atau barang
tersebut akan terjatuh kerana tiada fokus sepenuhnya.
Tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan
Kanak-kanak ini tidak dapat menyiapkannya sendirian. Kerja yang diberi
akan separuh siap kerana mereka cepat berasa bosan.
Menghasilkan kerja yang tidak berkualiti
10
Oleh kerana cepat berasa bosan maka kerja tidak dapat disiapkan dengan
sempurna dan berkualiti.
Suka membuat sesuatu aktiviti tetapi sedikit sahaja yang siap
Kanak-kanak ini suka membuat sesuatu aktiviti tetapi aktiviti itu
berkesan hanya untuk seketika.
Perkembangan bahasa yang lambat

Oleh kerana kanak-kanak ini tidak fokus maka mereka mengalami
masalah bahasa yang lambat dan pertuturan mereka turut terjejas,
b) Ciri-ciri tingkahlaku
Ciri-cirinya adalah:
suka memberontak
bertindak sebelum berfikir
memerlukan kepuasan dengan segera
tidak boleh menunggu giliran
suka mengganggu kawan
suka mencuri
sentiasa bermasalah
selalu merosakkan hata benda orang
selalu bergaduh dengan kawan
kadangkala berani mencederakan diri sendiri dan orang lain
suka membuat bising
degil dan sukar dikawal
lemah merancang
perlukan perhatian yanglebih
11
tidak suka dengar nasihat
tidak tahu mempertahankan diri
selalu tukar aktiviti
tidak suka dibelai
suka menjerit
c) Ciri-ciri perkembangan motor
Ciri-cirinya adalah:
Risau/resah/gelisah
Kanak-kanak ini sentiasa risau, mereka gelisah dan resah apabila
tidak dapat melakukan sesuatu perkara yang mereka suka dan
minat.
Suka mengelamun/berkhayal
Apabila bersendirian, mereka banyak berkhayal dan mengelamun
tentang perkara-perkara yang disukainya dan apabila tersedar
mereka akan mengaplikasikannya.
Tidak tahu erti bahaya
Mereka biasanya tidak pernah membayangkan tentang bahaya
atau kecederaan yang akan mereka alami dan selalu melakukan
sesuatu perkara di luar kawalan.
Agresif (suka berlari-lari)
Kanak-kanak suka berlari untuk mencapai kepuasan di hati.
Mereka merasakan berlari itu sesuatu yang menyeronokkan
walupun boleh mengundang bahaya.
Pengawasan rapi
Oleh kerana tingkah laku mereka di luar kawalan maka mereka
perlu pengawasan rapi oleh guru-guru, ibi bapa atau seseorang
yang dikenali atau rapat dengannya.
Tidak pandai menyesuaikan diri dalam permainan
Mereka tidak dapat menyesuaikan diri untuk bersama-sama rakan
lain di dalam aktiviti atau permainan, ini kerana mereka
Masalah tidur yang lasak, berjalan-jalan dan kurang tidur
Semasa tidur, kanak-kanak ini tidur dalam keadaan menentu dan
sering resah di dalam tidur. Mereka juga boleh mengalami
berjalan di dalam tidur untuk mencari tempat tidur yang selesa.
12
Bertindak cepat tetapi kurang berkesan
Kanak-kanak ini akan segera melakukan tugasan yang diberi
guru tetapi dalam masa yang sama tugasan yang dihasilkan
kurang berkesan kerana tidak dilakukan dengan teliti dan tiada
peraturan.
Lemah koordinasi
Kanak-kanak ini lemah koordinasinya di mana mereka tidak
dapat menyeimbangkan dirinya atau pemikiran serta perlakuan
yang lebih sempurna.
d) Ciri-ciri perkembangan sosial
Kanak-kanak ADHD ini biasanya cepat berasa bosan dan pada masa
yang sama tidak berdaya hendak menumpukan perhatian pada tugasan
yang perlu disiapkan. Mereka mungkin kurang faham atau tidak empati
pada perasaan orang lain. Ini dapat dilihat daripada tindakan yang
mengikut gerak hati dan mereka gagal memahami akibat daripada
tindakan tersebut iatu mendapat hukuman. Kanak-kanak ini juga seorang
uang pelupa dan tumpuan mereka mudah terganggu.

4.2 PUNCA TERJADINYA ADHD
Marilyn Friend membahagikan punca terjadinya ADHD kepada dua iaitu:
a)Faktor Fisiologikal
Di antara punca-punca fisiologikal terjadinya ADHD ialah:
Faktor Keturunan
Individu dengan ADHD kemungkinan besar mempunyai corak ADHD
dalam keluarganya. Malah, kanak-kanak yang ibu bapanya mengalami
ADHD berkemungkinan tiga kali ganda mempunyai ADHD.

13
Perbezaan Fungsi Otak
Ahli sains mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia
dan serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu ADHD
berbanding dengan individu lain. Khusus bagi kanak-kanak dan orang
dewasa dengan ADHD, terdapat kurang aktiviti elektrikal dan kurang upaya
tindak balas terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut.
Faktor Biokimia
Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter yang
memancarkan maklumat daripada salah satu daripada tiga bahagian di atas
kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan diserap semula dengan
sempurna dalam otak individu ADHD.
b) Faktor Persekitaran
Persekitaran
Faktor persekitaran dilihat kepada punca tahap masalah yang teruk ADHD
yang dialami kanak-kanak. Misalnya kanak-kanak ADHD yang dididik dalam
keluarga yang teratur dan mempunyai peraturan biasanya menunjukkan ciri-
ciri ADHD yang ringan.
Kecederaan Otak
Kecederaan otak mungkin terjadi semasa tempoh pranatal akibat daripada
penggunaan dadah, merokok atau pengambilan alkohol oleh ibu. Semasa
proses kelahiran, kecederaan otak berlaku akibat kekurangan oksigen. Selain
itu, demam panas yang teruk atau kemalangan yangmenyebabkan kecederaan
di kepala adalah punca kecederaan otak.
14
5.0 INTERVENSI AWAL BERDASARKAN MODEL SOSIAL DAN MODEL
PERUBATAN
Model Sosial melibatkan beberapa pihak iaitu:
Ibu bapa
Sekolah
Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
BahagianPendidikan Khas
J abatan Kebajikan
Masyarakat
Model perubatan pula melibatkan pakar perubatan seperti pediatrik, neurologi,
terapi pertuturan, terapi fizikal, audiologi dan oftomologi.
Proses mengenal pasti kanak-kanak dengan ADHD memerlukan kolaborasi di
antara doktor, ahli psikologi, pendidik dan juga ibu bapa. Prosedur mengenal
pasti ini penting bagi membolehkan kanak-kanak ADHD mendapat perkhidmatan
dan pendidikan yang bersesuaian dengan mereka.
1) Rujukan awal
Sesetengah ibu bapa sudah pun mengetahui keadaan anak mereka dan telah
berjumpa doktor atau ahli psikologi untuk mendapat rawatan anak mereka.
Namun, apabila kanak-kanak ini mula memasuki alam persekolahan , guru tetap
akan mencadangkan supaya mereka dirujuk semula kepada doktor atau ahli
psikologi untuk penilaian semula terhadap tanda-tanda ADHD.
15
2) Penilaian
Penilaian untuk mengenal pasti kanak-kanak dengan ADHD tidak hanya
bergantung kepada satu jenis ujian sahaja. Oleh itu, penilaian untuk kanak-kanak
ADHD memerlukan maklumat-maklumat daripada ahli perubatan, ibu bapa, ahli
keluarga dan guru-guru.
a) Penilaian perubatan
Dalam menentukan ADHD , doktor akan mengasingkan masalah-masalah
lain yang mungkin mempunyai benda-benda yang sama dengan ADHD.
Kebiasaannya kanak-kanak ini akan menjalani ujian penglihatan,pendengaran
dan pemeriksaan fizikal yang teliti. Selain itu, doktor akan mendapatkan
maklumat tentang sejarah perkembangan dan juga keadaan ibu semasa
mengandung kanak-kanak tersebut. Doktor juga akan mendapatkan maklumat
daripada kanak-kanak ADHD terutamanya tentang persepsinya terhadap
masalah yang dihadapinya. Maklumat tambahn diperolehi daripada ibu bapa
dan guru-guru.
b) Ujian Pencapaian Berterusan
Ujian pencapaian berterusan direka sebegitu rupa supaya kanak-kanak dapat
mengekalkan tumpuan untuk menjawab item-item ujian tersebut. Di antara
ujian pencapaian berterusan adalah Intergrated Visual and Auditory
Continuous Test (IVA) dan Test of Variables of Attention Continuous
Perfomance Test ( TOVA ).
c) Penilaian ibu bapa
Setiap kali anak mereka diuji untuk ADHD , ibu bapa akan memberikan
maklumat-maklumat berharga kepada doktor atau guru. Selain soal selidik
dan temu bual, ibu bapa juga diminta menjawab senarai semak Conners
Parent Rating Scale-Revised dan Child Behaviour Checklist for ages 4-18,
Parent Form.
16
d) Penilaian guru dan sekolah
Guru adalah individu yang paling penting kepada kanak-kanak selepas ibu
bapa dan ahli keluarga. Pada peringkat sekolah rendah, kanak-kank selalunya
akan bersama guru kelasnya dalam kebanyakan masa di sekolah dan peluang
ini digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang bagaimana kanak-kanak
berfungsi dalam persekitaran sekolah. Salah satu instrumen yang digunakan
adalah senarai semak dan juga diminta menjawab penilaian skala tingkah
laku seperti Conners Teacher Rating Scale-Revised.
e) Mengenal pasti ADHD atau Pintar Cerdas
Perkara ini menjadi sebahagian proses mengenal pasti kanak-kanak dengan
ADHD. Ramai kanak-kanak pintar cerdas yang didiagnos sebagai mengalami
ADHD disebabkan banyak tingkah laku yang berkaitan dengan pintar cerdas
juga ditunjukkan oleh kanak-kanak ADHD. Di antaranya adalah seperti
lemah dalam mengekalkan tumpuan, impulsif, resah dan sukar mengikuti
peraturan. Kesemua ciri ditunjukkan oleh kedua-dua kategori dalam cara
yang berbeza.
6.0 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG
BERKESAN
Konsep pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu
diajarkan untuk mencapai objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh
digunakan dalam kelas murid-murid berkeperluan khas ini. Di antara pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan adalah:
6.1Pendekatan Induktif
Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat.
Murid membuat kesimpulan.
Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab dan
menyediakan contoh-contoh yang sesuai.
Guru membina soalan-soalan untuk membimbing murid membuat
kesimpulan.
17
Bahan bantu belajar harus disediakan untuk memudahkan murid
membuat kesimpulan.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan deria
seperti penglihatan, pendengaran dan sentuhan.
6.2Pendekatan Elektif
Merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan
sebagai satu strategi untuk melaksana sesuatu pengajaran di dalam
kelas.
Contohnya : guru menggunakan pendekatan strategi pemusatan
bahan untuk kumpulan yang menjalankan aktiviti pengayaan dan
strategi pemusatan guru untuk kumpulan yang menjalankan
pemulihan.
6.3Pendekatan Tematif
Berkait rapat dengan aktiviti PdP secara kumpulan.
Sesuai digunakan sebagai proses perbincangan tema dalam aktiviti
kumpulan.
Cara pelaksanaan:
Tema dipecahkan kepada sub-topik dan dibincangkan dalam
kumpulan mengikut tahap kebolehan murid.
Contoh: Tema : kebersihan
Sub-topik:
Kebersihan diri
Kebersihan tempat tinggal
Kebersihan kelas
Tema yang sama diberikan dan dibincangkan oleh murid-murid
pelbagai kebolehan.
Contoh: Tema: binatang peliharaan
Kumpulan A: jawab soalan tentang binatang
Kumpulan B: lukis gambar binatang
18
Kumpulan C; gunting dan tampal
6.4Pendekatan Pembelajaran Masteri
Memastikan murid dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan cekap dan
lengkap.
Menguasai kemahiranmelalui latih tubi.
Merangkumi 4 langkah:
a) Menerangkan objektif secara eksplisit
b) Teknik PdP yang berkesan termasuk penggunaan bahan bantu belajar.
c) Penilaian
d) Aktiviti susulan
6.5Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif
PdP secara kumpulan di bawah bimbingan guru.
Guru sebagai pembimbing dalam sesuatu kumpulan pelbagai kebolehan
dalam menyelesaikan sesuatu tugasan atau projek.
Latih tubi dilaksanakan.
7.0 KESIMPULAN
Kanak-kanak dengan ADHD adalah kanak-kanak yang boleh dididik dan
mempunyai potensi untuk berkembang seperti kanak-kanak lain. Malah ada kanak-
kanak ADHD yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran dan
kerjaya mereka. Perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kualiti
pendidikan yang didapatinya di rumah dan di sekolah. Kecelaruan tingkah laku
kanak-kanak ini perlu diurus melalui proses pendidikan yang tersusun dan
sistematik. Pengetahuan ibu bapa dab guru tentang ADHD sangat penting dalam
merancang program pendidikan dan kerjaya kanak-kanak dengan ADHD.
19
8.0 RUJUKAN
(2002), Kurikulum Latihan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, Kuala
Lumpur: J abatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran, Kuala Lumpur:
Universiti Terbuka Malaysia.
(2011), Modul Kanak-kanak Berpendidikan Khas, Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2011. Pedagogi: Asas
Pedagogi Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.

20


21

Вам также может понравиться