Вы находитесь на странице: 1из 4

DATO' DR.

UNGKU UMAR BIN UNGKU AHMAD


( SAINTIS YANG BERJIWA PENDIDIK )

NAMA TOKOH : Ungku Umar bin Ungku Ahmad, DatoDr.
TARIKH/TEMPAT LAHIR : 18 Januari 1931, di Johor, Bahru, Johor.
PENDIDIKAN :
(Awal) Sekolah Melayu Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak. Kemudian ke Sekolah
Inggeris Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak.
(Terakhir). Universiti Malaya, Singapura, dan lulus ijazah MBBS, 1957. Royal College of
Physician London serta Royal College of Surgeons England. Beliau lulus peringkat Diploma
dalam bidang Patalogi, 1962. Lulus Ph.D dalam bidang Clinial Chemistry di institusi yang
sama, 1965

KERJ AYA: (1). Pegawai Perubatan dan Penyelidikan di Pusat Penyeldikan
Perubatan kuala Lumpur.
(2). Pendaftar di Jabatan Pathology, Royal Free Hospital, School of
Medicine, London, 1962.
(3). Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur, 1965.






PENCAPAIAN:
(1). Anak Melayu pertama yang dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan
Pertama Kuala Lumpur
(2) Ketika keadaan kesihatan rakyat, terutama di luar bandar masih belum terbela
beliau mengunjungi kampung-kampung untuk memberikan ceramah dan
bimbingan kepada penduduk tentang kesihatan, terutama sakit malaria.

(3). Banyak kali mewakili Malaysia dalam persidangan Perubatan antarabangsa dan
memberi sumbangan dalam bentuk ceramah dan pidato umum di Australia,
Indonesia, Amerika Syarikat, Filipina, China dan Singapura. Ceramah dan
pidatonya berkisar tentang pentingnya hasil penyelidikan perubatan
disebarluaskan untuk menjaga kesihatan rakyat. Kebanyakan persidangan ini
dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Lembaga
Penyelarasan Kerjasama Serantau Dalam Perubatan Tropika (SEAMES).

INOVASI:
(1) Bersama dengan DBP beliau membentuk istilah Perubatan dalam bahasa
Melayu.
(2). Mengambil inisiatif memberi ceramah melalui radio tentang kesihatan sehingga
beliau digelar Doktor Radio.

PENULISAN/PENERBITAN:
(1). Telah menGhasilkan lebih daripada 40 kertas kerja dan prosiding tentang perubatan dan
ditanggapi dengan baik oleh pengamal-pengamal perubatan di Asia Tenggara
khusunya, dan dunia amnya.
(2). Tesis Ph.D nya bertajuk Electrolytes in Isolated Human Leucocytes. Menjadi bahan
rujukan utama buat mahasiswa jurusan perubatan.
(3). Penyumbang rencana secara berkala untuk majalah Mastika dan Dewan Masyarakat


ANUGERAH/GELARAN:
(1). Anugerah bintang kebesaran Darjah Setia Mahkota (DSM) oleh Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong, yang membawa gelaran Dato, Jun 1967.
(2). Anugerah bintang kebesaran Darjah Kerabat Yang Dihormat oleh Sultan Johor, Oktober
1967.
(3). Gelaran Profesor oleh Universitas Nasional, Jakarta, Indonesia, 1968.
(4). Namanya diabadikan untuk institusi Politeknik Ungku Umar, Ipoh, Perak setelah beliau
meninggal dunia pada 15 Februari 1969.

Вам также может понравиться