Вы находитесь на странице: 1из 11

Yang berusaha, Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman

Molek, Yang dihormati Puan Rosni binti Ghani, Pen Kanan Kurikulum, Yang dihormati Encik Sahak
bin Mohd Don, Pen Kanan HEM, Puan Hajah Rokiah binti Md Isa, Pen Kanan Kokurikulum, rakan-
rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.


Assalammualaikum dan salam 1Malaysia.

Dengan limpah kurnia dan izinNya, dapatlah kita sama-sama berkumpul pada pagi Isnin ini.

Irama beralun gendang dipalu,
langkah diayun berpasang-pasangan,
55 tahun telah berlalu,
Malaysia megah menyambut kemerdekaan.
55 tahun, Janji ditepatibegitulah tema kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.


Hadirin sekalian,

Sedar tak sedar negara kita, Malaysia, kini sudah menjangkau usia 55 tahun. Banyak perubahan
maju yang boleh kita nampak terhadap negara ini dari semasa ke semasa.

Namun, kita harus akui kejayaan dan tranformasi yang kita kecapi hari ini bukanlah datang dalam
sekelip mata. Tetapi, hakikatnya ia berlaku atas usaha gigih pemimpin-pemimpin terdahulu yang
banyak berkorban jiwa dan raga.

Sempena hari kemerdekaan yang akan disambut pada tahun ini, saya berharap agar kita semua
dapat menghayati erti sebenar kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.

Hadirin sekalian,

Jika kita imbas semula sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, negara kita mungkin tidak boleh
merdeka kalau rakyatnya sendiri tak bersatu-padu. Dasar pecah dan perintah oleh penjajah telah
menyebabkan rakyat berpecah-belah. Melayu sama Melayu, Cina sama Cina dan India sama India.

Tapi atas perjuangan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambanthan kita
semua disatukan. Maka wujudlah bangsa 1Malaysia yang ada pada hari ini.

Justeru, bangsa 1Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia inilah yang mampu membentuk ke
mana hala tuju Malaysia. Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan
penting untuk mempertahankan kemakmuran, keharmonian, dan keselesaan, yang sedia ada
sekarang.

Murid-murid sekalian

Jika kita lihat, pelbagai perubahan dari segi pembangunan, teknologi telah kita lalui. Kita semestinya
bersyukur dengan kemerdekaan negara kita. Negara Malaysia aman, damai dan bebas daripada
sebarang ancaman dan jajahan seperti Palestin.

Bagi memberkati majlis perasmian ambang merdeka ke-55 pada hari ini, dijemput Ustaz
___________________________ untuk membacakan doa. Dipersilakan.

Alhamdulillah semoga kita, mendapat keberkatan, sepanjang hayat. Bagi meneruskan atur cara pada
pagi ini, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Bangsa Johor, dan Ke Puncak Jaya

Hadirin sekalian, untuk meneruskan majlis pada pagi ini, saya bagi pihak majlis mempersilakan
________________________________________________________

Mengetuai bacaan ikrar.


dunia belajar erti merdeka sejati
mempelajari dan menerima segala perbezaan
merdeka mentafsir hidup
tanpa paksaan kuasa
kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
dan bukan alat peperangan


Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan laporan guru bertugas pada minggu lepas.

Terima kasih.


Sebelum saya teruskan dengan acara perasmian, dengan ini saya menjemput Cik Rosliana binti Rosli
selaku penyelaras program sambutan kemerdekaan untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Terima kasih. Diharap murid-murid yang berminat untuk menyertai aktviti yang dirancangkan
dapat memberikan komitmen yang baik.

Bagi melengkapkan majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin ,
Guru Besar SK Taman Molek untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Sambutan
Ambang Merdeka Yang ke-55.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin atas ucapan perasmian itu
tadi.

Sebelum mengakiri majlis pada pagi ini, diminta semua hadirin berdiri supaya kita sama-sama dapat
menyanyikan lagu Janji Ditepati, Jalur Gemilang dan Tanggal 31, dan Negaraku.

Akhir kata, tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga SK
Tmn Molek kerana dapat sama-sama meraikan majlis sambutan ambang kemerdekaan ini.


Degupkanlah Jantung Kita
Nyatakanlah Dalam Hati
Kita Berbangga Menjadi Rakyat Malaysia
Marilah Kita Bertepuk Tangan
Memberi Sokongan 55 Tahun Kemerdekaan


Terima kasih








Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan, SMTPJB.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum wrh...... dan selamat sejahtera.
Slmt dtg ke majlis Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan negara
yang ke-53, SMTPJB bagi tahun 2010.
Bagi memulakan acara kita pada hari ini, diminta semua guru dan
pelajar berdiri tegak bagi menyanyikan lagu Negaraku dengan
penuh semangat dan serentak.
Tetak buluh panjang 10,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tgn jari 10,
Doa diminta biar selamat.
Seterusnya dijemput saudara Mohd Sollehin untuk mengetuai
upacara pembacaan doa bagi memberkati majlis kita pada hari ini.
Majlis dgn segala hormatnya mempersilakan.
Amin2 ya Rabbal alamin.
Semua pelajar dan guru dipersilakan duduk.
Hadirin-hadirat yang dihormati, sepanjang bulan kemerdekaan ini,
pihak sekolah telah merencana variasi program khas untuk
menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan negara yang
ke-53. Untuk itu, majlis menjemput saudari Dalina bt. Zakaria bagi
memberikan makluman lanjut mengenai aktiviti bulan kemerdekaan.
Majlis dgn segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada saudari Dalina bt. Zakaria atas
makluman sebentar tadi. Seterusnya majlis menjemput saudari Fatin
Syahirah bt Mastor untuk menyampaikan ucapan sempena Hari
Pahlawan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Dengan makluman aktiviti kemerdekaan dan ucapan khas hari
pahlawan sebentar tadi, maka dengan rasmilah pelancaran bulan
kemerdekaan negara yang ke-53 peringkat smtpjb.
Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan ini,
dijemput saudari Norainn bt. Bahrain dari kelas 5pd3 dan Nor Fitri
Azwan dari kelas 5ka1 untuk medeklamasikan sajak yang bertajuk
Cerita Merdeka. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Bergetar atma apabila mendengarkan sajak yang dideklamasikan
oleh saudari norainn dan nor fitri sebentar tadi. Semoga semangat
yang dipancarkan melalui sajak itu tadi mengalir mesra disungai hati
kita semua.
Baiklah, hadirin-hadirat yang dimuliakan, kini marilah kita bersamasama
menyaksikan tayangan video khas yang bertajuk
kemerdekaan malaya 1957. Pelajar diingatkan agar memberikan
sepenuh perhatian semasa sesi tayangan sebentar nanti kerana kita
akan menjalankan segmen kuiz berdasarkan video yang ditonton
sejurus selepas tamat tayangan. Hadiah yang menarik menanti
anda. Mari kita saksikan.
Baiklah, seperti yang dijanjikan kita akan bersama pn. Herlina bt.
Mohd Harun untuk mengisi slot seterusnya iaitu kuiz sejarah. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan..
Begitulah tadi tayangan video kemerdekaan berserta kuiz sejarah.
Diharapkan pelajar dapat mengambil iktibar daripada tayangan dan
kuiz sebentar tadi seterusnya menjadikan sejarah itu sbg benteng
dalam kehidupan seharian.
Seterusnya, diminta semua para pelajar dan guru berdiri tegak
untuk menyanyikan 3 buah rangkaian lagu patriotik.
Rangkaian lagu patriotik yang akan kita nyanyikan ialah Keranamu
Malaysia, Cemerlang Gemilang Terbilang dan Tanggal 31 Ogos.
Semua hadirin diminta berdiri tegak dan menyanyikan lagu dengan
penuh semangat serentak..
Dengan berakhirnya nyanyian rangkaian 3 buah lagu patriotik
sebentar tadi, maka lengkaplah majlis Sambutan Bulan
kemerdekaan negara yang ke-53, smtpjb. Setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan kepada semua guru dan pelajar atas
kehadiran dan kerjasama anda. Sekian, terima kasih


















MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2012
21 SEPTEMBER 2012


- Mengumumkan ketibaan Pn Che Norizam Bt Abdullah diiringi oleh pihak pentadbir
masuk ke dewan.
Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu Si gadis merdu sekali;
Terima Kasih sekalung budi,
Sudi datang ke majlis ini.

- Dari Dewan Bestari SK Bangsar , kita akan saksikan persembahan pembukaan Majlis
Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah iaitu tarian
1Malaysia.
- Persembahan tarian 1 Malaysia itu tadi dibawah bimbingan Pn Norlaili, Cik Nurul
Hayati dan Cik Nur Hafizah.

- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
- Yang Berusaha Pn Che Norizam Bt Abdullah Guru Besar SK Bangsar, Encik Mohd Ali
Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum, , Pn Nor Shafina Bt Yasak GPK HEM, , Encik
Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum, Pn Tanma a/p Rajasegaran Guru Penyelia
Petang, guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Hati-hati membuka peti,
Peti pusaka zaman berzaman;
55 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk
sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari
Malaysia dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini
sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu
berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini
diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan
sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan
beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.
Bacaan doa:
Anugerah dikecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.
-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan al-fadzil Ustaz Ikwan Najib Bin
Badar untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
-Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati.
Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila;
Kain ditenun bersama Reja,
Ucapan penyelaras program dipersila,
-Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Nor Shafina Binti
Yasak selaku Guru Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
-Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.
-Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha Puan Che Norizam
Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat .
Dipersilakan.
- Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan yang dititipkan dan
sudi merasmikan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia sebentar tadi.
Persembahan murid :
Bendera berkibar di rumah Pak Agos,
Di halaman rumah pasang pelita;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.
-Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan murid prasekolah nyanyian dan
gerakan lagu Alhamdulillah dan Tanggal 31 Ogos
-Begitu menarik persembahan murid prasekolah itu tadi di bawah bimbingan Cik Amie
dan Siti Nurfazlina Guru Prasekolah.
Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.
-Majlis diteruskan lagi dengan persembahan pakaian tradisional oleh murid-murid
prasekolah dan Tahun 4.- Begitulah tadi persembahan pakaian tradisional yang
melambangkan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Persembahan tadi dibawah
bimbingan Pn Nafisah, Pn Zalina dan Cik Amie.
Penyampaian hadiah murid Tahap 1
Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai;
Lima puluh lima tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

Hadirin sekalian,
-Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan
Kemerdekaan dan Hari Malaysia bagi Tahap 1. Kini tibalah masanya untuk majlis
penyampaian hadiah.
-Oleh itu majlis mempersilakan Pn Tanma a/p Rajasegaran selaku Penyelia Petang
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Pn Tanma a/p
Rajasegaran penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Persembahan Murid
-Majlis diteruskan dengan persembahan pentomin dan koir patriotik
- Persembahan pentomin dari kelas 5 Dinamik yang bertajuk Leftenan Adnan Wira
Bangsa.
- Pentomin ini di bawah bimbingan Pn Nafisah.
- Seterusnya persembahan koir patriotik dari kelas 4 Dinamik yang bertajuk Joget
Malaysia.
- Begitulah persembahan koir patriotik Tahun 4 Dinamik . Kumpulan koir ini di bawah
bimbingan Cik Norhafizah Azman
Penyampaian hadiah Tahap 2
Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut merdeka;
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.
-Untuk pengetahuan hadirin sekalian, murid-murid Tahap 2 telah menyertai pelbagai
aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Kini masa yang dinanti-
nantikan majlis penyampaian hadiah.
- Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Che Norizam Binti
Abdullah Guru Besar SK Bangsar untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
- Majlis mengucapkan terima kasih Pn Che Norizam Binti Abdullah di atas
penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Penutup acara:
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon
mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis
Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan 1 Malaysia peringkat sekolah ini dapat
dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas
kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
-Semua murid dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan tiga buah lagu
iaitu
1.1 Malaysia
2.Tanggal 31
3. Negaraku
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.












TEKS UCAPAN PENUH :


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Y. Bhg. Encik Yusop bin Hj. Osman
Penolong Pegawai Daerah Kecil Menumbok
Merangkap Pengerusi Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Kecil,
Menumbok tahun 2004.
Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Ketua-ketua Masyarakat dan
seluruh warga Menumbok yang dikasihi.
Terlebih dahulu sama-samalah kita memanjatkan syukur kehadrat Allah
kerana dengan limpah kurniaannya jua, maka kita sama-sama dapat
berhimpun di majlis Sambutan Hari Kemerdekaan yang penuh bermakna dan
bersejarah pada pagi ini.
Pertama sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa
Penganjur kerana memberi penghormatan kepada saya untuk memberi
ucapan dan seterusnya merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat
Daerah Kecil Menumbok pada hari ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan
kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan Majlis Sambutan Hari
Kemerdekaan Peringkat Daerah Kecil Menumbok pada hari ini.
Datuk-datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan,
Kita sedia maklum bahawa Perayaan Bulan Kemerdekaan bagi Sambutan
Hari Kebangsaan Ke-47 tahun ini telah bermula sejak 17 Ogos lalu. Dalam
satu kenyataan akhbar pada 2 September, 2004, Menteri Penerangan Datuk
Paduka Abdul Kadir Hj Sheikh Fadzir menyeru kepada semua
rakyat Malaysia supaya meneruskan sambutan ini sehingga tengah malam 16
September ini.
Ini menunjukkan kerajaan amat serius dalam usaha memartabatkan dan
menanam semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia. Saya
difahamkam di sepanjang tempoh sambutan bulan kemerdekaan pada tahun
ini pihak penganjur khususnya di daerah Kecil Menumbok telah
melaksanakan pelbagai program sebagai aktiviti mengisi sambutan bulan
kemerdekaan di daerah ini.
Alhamdullilah, pada hari ini pihak penganjur telah memilih 16 September
sebagai hari kemuncak penutupan aktiviti bulan kemerdekaan dengan
mengadakan sambutan perarakan dan tabik hormat pada siang hari dan
mengadakan malam GEMA MERDEKA PADA MALAM INI.
Saya bersyukur kerana penglibatan masyarakat Menumbok pada hari ini
adalah tergolong dari semua kumpulan sasar, dan yang amat membanggakan
saya adalah penglibatan anak-anak sekolah yang mana semangat merdeka
ini perlu dipupuk daripada usia yang masih muda, sesuai dengan hasrat
kerajaan untuk melahirkan generasi yang penuh bertanggungjawab, jujur,
cekap dan berintegriti.
Kita juga perlu bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin yang
terdahulu kerana perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan dapat
dinikmati oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Perjuangan pemimpin kita
yang terdahulu telah melalui liku-liku kesengsaraan dan keperitan untuk
mencapai kemerdekaan, namun penderitaan mereka itu telah bertukar
menjadi kebahagiaan kepada anak cucu dan generasi masa kini.
Apa yang perlu bagi kita hanyalah untuk terus menanamkan semangat
kemerdekaan ini dengan memasang Jalur Gemilang di mana-mana tidak kira
di kenderaan kita, rumah kita atau premis-premis perniagaan bagi
membuktikan semangat partiotik dan cintakan negara.
Saya berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka-mereka yang
telah terkorban dalam perjuangan kemerdekaan dan saya juga berdoa agar
bagi kita yang masih meneruskan perjuangan ini hidup aman, damai dan
sejahtera.
Sekali lagi saya ucapkan syabas kepada seluruh warga Menumbok kerana
dapat bersama-sama dalam perayaan hari Kemerdekaan ini.
Sama-samalah kita laungkan MERDEKA sebanyak 7 kali
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
MERDEKA ! MERDEKA! MERDEKA!
Dengan lafaz Bismillah Hirahman Nirahim saya melancarkan perasmian
sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Kecil Menumbok dengan
rasminya.
Wabillahi Taufik Walhidayah..Wasallam.

Вам также может понравиться