Вы находитесь на странице: 1из 3

Kepentingan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah

1) Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanak kanak menggunakan
imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai disokong oleh Howard Gardner yang
menyatakan bahawa setiap individu dikurniakan dengan potensi yang berbeza dalam fitrahnya.
Setiap potensi yang ada boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Menurut Howard Gardner,
kecerdasan tersebut ialah:

a) Kecerdasan linguistik merangkumi kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan
kata,tulisan kreatif,puisi,perbahasan,berjenaka dan bercerita.
b) Kecerdasan logikal-matematikal merangkumi kecerdasan mengira dengan nombor serta
menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis
untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.
c) Kecardasan visual-spatial merujuk kepada kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk
corak, mewarna, mencipta gambaran mental serta mengamati dunia visual.
d) Kecerdasan muzik merangkumi kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian alam
sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik.
e) Kecerdasan tubuh kinestetik ialah kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan tubuh badan,
kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka-cipta gaya menari.
f) Kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat
bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.
g) Kecerdasan intrapersonal ialah ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap
agama,refleksi pemikiran kendiri, dan mendisiplinkan diri serta kesedaran terhadap perasaan
diri.

Dengan adanya Seni Dalam Pendidikan, murid murid dapat membentuk imaginasi yang
berkesan dalam menghasilkan pengetahuan baru. Berdasarkan rangsangan yang diberikan
murid murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis sebagaimana yang dinyatakan dalam
kecerdasan logikal matematikal.

2) Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan kanak kanak dapat melibatkan diri dalam
pembelajaran secara aktif dan menyeronokan Teori Konstruktivisme ada menyatakan bahawa
pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dalam sesuatu
pembelajaran dan bukan menerimanya secara pasif. Mereka berusaha untuk mencapai
kefahaman terhadap maklumat baru dengan menggunakan cara membandingkan maklumat
baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya dapat meyelesaikan sebarang perselisihan yang
timbul.Organ deria memainkan peranan yang penting dalam memperolehi pengalaman dan ilmu
pengetahuan yang terdapat di sekeliling. Organ organ deria akan bertindakbalas dengan
rangsangan rangsangan yang sesuai daripada persekitaran, kemudian di proses dalam otak
untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna seterusnya diamalkan dalam
suatu situasi yang sesuai.
Jadi, berdasarkan teori ini guru memainkan peranan penting bagi membolehkan pelajar
membina pengalaman baru dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan
seterusnya pelajar boleh bertindak secara aktif. Misalnya, bagi matapelajaran Bahasa Inggeris
guru boleh meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut dengan
memperdengarkan kepada pelajar beberapa buah lagu Inggeris. Pelajar diminta bersama sama
menyanyikan lagu tersebut.Setelah selesai, pelajar dikehendaki mencatat dan menyebut
beberapa perkataan yang baru didengar. Jadi di sini, ia dapat menambahkan perbendaharaan
kata pelajar tersebut sekaligus mereka mendapat pengetahuan baru.
Menurut teori ini lagi, pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindakbalas
terhadap sesuatu rangsangan yang ada. Dengan adanya Seni Visual, Muzik dan Pergerakan ia
boleh dijadikan sebagai rangsangan kepada pelajar. Proses pembelajaran akan diteruskan jika
terdapat motivasi yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan tersebut.

3) Membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan melalui
integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan Di sokong oleh Hermann yang menyatakan
bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Dengan adanya Seni
DalamPendidikan, ia dapat mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini kerana,
dalam Seni Dalam Pendidikan terdapatnya integrasi antara seni visual ,muzik dan pergerakan.
Otak kiri dan otak kanan masing masing mempunyai peranan yang tertentu. Menurut Roger
Sperry (1981), otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis,
urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan. Manakala otak kanan mempunyai
kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola,
ruang, lukisan, gambar, di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.

Kalau sebelum ini sistem pendidikan dilihat banyak memberi penekanan perkembangan otak
kiri iaitu membaca, menulis, mengira, menganalisis dan menaakul tetapi adanya Seni Dalam
Pendidikan, ia dapat membantu mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan
melalui integrasi seni visual, muzik dan pergerakan. Ini kerana, aktiviti aktiviti tersebut dapat
memberi peluang kepada otak kanan untuk berfikir secara kreatif tentang apa yang dilihat dan
disaksikan.

4) Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan memudahkan proses menghubungkaitkan semua
benda alam. Dengan demikian, aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan membantu
mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran Kebolehan mengaplikasikan
kemahiran yang diperolehi dalam Seni Dalam Pendidikan boleh memudahkan proses
menghubugkaitkan semua benda alam. Penggunaan seni visual sebagai Alat Bantu Mengajar
dalam p&p boleh membantu mengaktifkan pembelajaran dan memudahkan pemindahan
pembelajaran. Ini kerana, kanak kanak memang suka kepada sesuatu yang bergambar,
berwarna ( seni visual ), berbunyi dan berirama (muzik) serta aktiviti yang melibatkan
pergerakan. Hal ini di sokong oleh tokoh dalam Teori Konstruktivisme yang menyatakan bahawa
kanak kanak melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan bukannya secara pasif.

Вам также может понравиться