Вы находитесь на странице: 1из 2

Beh : Selamat pagi saudara.

Saya, Beh Chween Phing sidang redaksi majalah sekolah ingin


menemu ramah saudara tentang kejayaan cemerlang saudara dalam peperiksaan
PMR. Sebelum itu, saya ucapkan syabas.
Clement : Terima kasih dan selamat pagi. Sila teruskan temu ramah saudara. Saya akan cuba
menjawab semua pertanyaan saudara.
Beh : Apakah perasaan saudara apabila muncul sebagai murid terbaik dalam peperiksaan
PMR baru-baru ini?
Clement : Saya berasa amat gembira kerana segala pengorbanan saya selama ini
membuahkan hasil.
Beh : Apakah rahsia di sebalik kejayaan cemerlang saudara ini yang boleh saudara
berkongsi dengan kami?
Clement : Saya tidak mempunyai sebarang rahsia.Setiap hari, saya belajar mengikut jadual
waktu yang telah saya tetapkan sendiri. Saya juga sentiasa memberi tumpuan
semasa guru mengajar di dalam kelas. Jika ada masalah, saya akan bertanya
kepada guru. Selain daripada itu,ibu dan bapa serta keluarga saya sentiasa
memberi dorongan, semangat, perangsang dan tunjuk ajar kepada saya.
Beh : Menakjubkan! Bagaimana pula dengan penglibatan saudara dalam aktiviti
kokurikulum?
Clement : Saya merupakan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah dan Naib Setiausaha
Persatuan Sains. Saya juga merupakan bendahari dalam Persatuan Bola Keranjang.
Beh : Apakah cita-cita saudara pada masa hadapan?
Clement : Saya akan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan agar dapat menjejakkan
kaki ke menara gading. Harapan saya agar dapat menjadi seorang doktor pada
suatu hari nanti.
Beh : Adakah saudara mempunyai apa-apa pesanan yang ingin berkata kepada rakan-
rakan yang akan mengambil peperiksaan PMR pada tahun ini?
Clement : Nasihat saya kepada mereka agar belajar bersungguh-sungguh. Jangan cepat
berputus asa keranaTuhan akan menyebelahi mereka yang sentiasa berusaha gigih.
Selain itu, mereka harus yakin pada kebolehan diri sendir bah katadi mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.
Beh : Baiklah saudara, harapan saya semoga saudara terus berjaya dan terima kasih
kerana sudi ditemu ramah.
Clement : Sama-sama.

Вам также может понравиться