Вы находитесь на странице: 1из 1

SEMASA PRAKTIKUM

MINGGU 1
Setelah seminggu menjalani latihan praktikum, saya mempunyai
pengenalan asas terhadap sekolah,guru-guru dan murid saya. Dalam minggu ini
saya hanya berkenalan dengan beberapa orang guru pembimbing dan juga
ketua kelas murid saya.Misi yang utama adalah mengingat nama-nama murid.Ini
merupakan satu cabaran yang besar bagi saya kerana saya menghadapi
masalah dalam mengingati nama-nama murid.
Selain itu,saya juga telah memberi bantuan dalam aktiviti kokurikulum
iaitu mengajar kawad.Pada saat inilah baharu saya sedar betapa pentingnya
menguasai kemahiran kawad kaki.Saya akan menjalankan latihan agar boleh
ingat kembali teknik dan cara kawad kaki yang betul.
Saya juga telah membantu dalam mengganti kelas.Ini merupakan satu
peluang untuk mempelajari cara mengawal kelas.Sememangnya seorang guru
harus tegas dalam mengawal kelas.
Ini merupakan minggu pertama dan permulaan bagi praktikum fasa
2.Saya berharap dapat menyumbang tenaga kepada sekolah dan juga
membantu murid dalam pembelajaran mereka.

Вам также может понравиться