You are on page 1of 1

Artikel membincangkan tentang teori pembangunan sosial menurut perspektif Islam.

Di
dalam aspek pembangunan masyarakat amat penting dalam sesebuah negara bagi
menstabilkan negara dari sudut ekonomi,sosial,atau politik. Di Malaysia,pembangunan
masyarakat nyata tidak mengikut prinsip Islam yang mendorong kepada pelbagai
permasalahan masyarakat. Malah,pembangunan Masyarakat bukan diukur dari segi material
dan harus dicapai dari sudut rohani manusia.
Mengikut maksud dan ciri masyarakat Islam menyatakan bahawa masyarakat itu boleh
dikenal melalui agama,iman dan akidah mereka. Maka, aspek ini akan menjadi tunjang
kepada kekuatan masyarakat dalam menjalani kehidupan. Di samping itu, aspek akhlak juga
diutamakan dalam pembangunan masyarakat yang lebih baik. Pengamalan ajaran Islam yang
sebenar dalam pembangunan masyarakat dari segi rohani tanpa meminggirkan hak-hak atau
pembangunan material.
Ia dapat dibahagikan kepada dua matlamat dalam pembangunan masyarakat menurut Islam
iaitu matlamat umum dan matlamat khusus. Matlamat utama menyatakan bahawa menjadikan
manusia sentiasa beriman kepada Allah .!." dan melaksanakan segala suruhan serta
menjauhi larangannya. Manakala,matlamat khusus pula ialah melahirkan manusia berakhlak
mulia dan membina masyarakat yang mampu bersaing dengan cabaran-cabaran sains serta
mampu seiring dengan tamadun barat. Pelbagai pandangan mengenai teori pembangunan
masyarakat daripada tokoh-tokoh sarjana Islam seperti Ibnu #haldun, Al-$arabi dan ayyid
%utb.
#esimpulannya, pembangunan sosial bertujuan membina kekuatan masyarakat dari segala
aspek bagi mengharungi cabaran dengan menjadikan Islam sebagai prinsip utama dalam
kehidupan dari segala aspek. Malah, pembangunan masyarakat dari sudut Islam bukan hanya
dikelaskan dari segi material semata-mata tapi seiring dengan aspek kerohanian. Masyarakat
yang berbilang kaum di Malaysia bukan penghalang kepada pembangunan masyarakat
menurut Islam walhal mengikut perspektif &arat. Melalui perspektif &arat, ia hanya sesuai
dengan pendekatan Islam dari segi luaran sahaja dan tidak meliputi keseluruhan ajaran Islam.
'usteru, pembangunan masyarakat perlu berlandaskan perspektif Islam bagi menjamin
keutuhan sesuatu masyarakat.