Вы находитесь на странице: 1из 2

Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan

masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat
sepanjang hayat. Banyak Pandangan berkaitan dengan gaya hidup sihat, tetapi adalah tidak
wajar kita mengambil mudah tentang amalan gaya hidup sihat ini.
1. Menjaga Pemakanan Seharian
Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita
hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh
badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan
menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung
dan kencing manis.

2. Bersenam atau Beriadah

Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti
senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar
melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah
mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.

3. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran

Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran.
Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah
sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah
sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran
alam sekitar.

4. Membuat Pemeriksaan Kesihatan

Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan
kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap
kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus
berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.

5. Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan

Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang
boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah.
Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan
jantung. Manakala penagihan dadah boleh menyebabkan punca penyakit sosial dan
masyarakat, menjadi penghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara, maka
marilah kita meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan
dadah, dan berusaha mengawal dan mencegah berlakunya kegiatan buruk ini.

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang perlu kita lakukan untuk
membolehkan kita hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil
dimana ibu bapa serta anggota keluarga memainkan peranan mereka dalam mengamalkan
gaya hidup sihat. Oleh itu mencegah lebih baik dari mengubati.

Вам также может понравиться