Вы находитесь на странице: 1из 8

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Malaysia.



Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara
khususnya pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna
pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi
untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam
masyarakatnya pada masa depan.

Masyarakat Malaysia yang berbentuk majmuk telah membawa kepada wujudnya Rukun
Negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan
dan perkembangan masyarakat. Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama
dan bertujuan untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat
Malaysia.



Maka, berteraskan kepada Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
telah diwujudkan pada tahun 1988. Secara amnya, konsep pendidikan di Malaysia boleh
ditafsir daripada FPK.

Sebenarnya, FPK ini bertujuan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada
semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Jadi, definisi bagi FPK ialah:

"Pendidikan di Malaysia adalah saatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah
tradisional dan falsafah progresif. Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran
epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme,
realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme.

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan di atas. Maka,
matlamat FPK ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara
Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, ia juga bermatlamat melahirkan
rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut


Selain daripada yang disebutkan di atas, adalah juga diharapan bahawa melalui proses
pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu melahirkan rakyat yang:

Sebagai kesimpulan, berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha
mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi menwujudkan
insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Manakala matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan
memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di
Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem
pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan
terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas
yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada
peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti.
FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.
Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu,
berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang
warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk
pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung
merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat
dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia
yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat
pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara
harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara.
Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan
akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga,
masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu
dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu
terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk
memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih
penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta
masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan
masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya.
Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia
sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan
pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh
memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah
ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau
perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan
kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan
setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga,
meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan
diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan,
ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.






1
Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos
bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat
dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal
mencintai kebijaksanaan.E.D Miller mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha
untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah
noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara
yang penting mengenai pendidikan.

Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah
falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara
yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai.
Baginya juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-
mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.

Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional
dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah
dengan cara saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti
kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting
dalam kehidupan.
Seperti mana yang telah diketahui, matalamat sebenar FPK adah sangat jelas iaitu untuk
menghasilkan individu secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Matlamat ini sebenarnya adalah satu gabungan antara
rukunegara, dasar ekonomi baru, dan dasar pendidikan kebangsaan yang mana ianya
mempunya matlamat dan asas yang sama.

2
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap
pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada
pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan
idea, konsep dan matlamat pendidikan negara kita Malaysia.

Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti
oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan
keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.Untuk menggubal FPK yang boleh
memberi panduan dan bimbingan yang manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa
faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-
faktor( Mok Soon Sang:2000:89) yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah :-

1. Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara (Malaysia)
2. Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya.
3. Faktor politik yang menentukan idealogi negara, dan seterusnya mempengaruhi dasar
pendidikan.
4. Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa
pembangunan dan kemajuan negara.
5. Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan,
perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri.
6. Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan
pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang
dapat membawa persefahaman antarabangsa.

Pengaruh faktor-faktor(Mok Soon Sang:2001:217) tersebut dapat dikesan daripada
pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang diturunkan berikut:-

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

1. Faktor Agama.

Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia.Di samping itu, Agama Kristian, Agama
Buddha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang
negara.Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting
sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

2. Faktor Sosial.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran
negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati
antara satu sama lain.Sikap positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai
perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan
sosial yang stabil.

3. Faktor Politik
Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) digubah
berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi
seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha
membentuk idealogi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam
penentuan dasar pendidikan negara.Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum
menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

4. Faktor Ekonomi.
Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara
memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya.Cita-cita
memperkembangkankan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan
negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

5. Faktor Individu
Potensi Individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini
meliputi aspek-aspek intelek, rohani,emosi dan jasmani. Insan yang seimbang dan harmonis
sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta
bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Ini merupakan pernyataan utama
dalam kandungan FPK.

6. Faktor Sejagat

Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) pula tidak terpisah daripada pengaruh
perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan
daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah
Pendidikan Kebangsaan(FPK).Faktor sejagat yang berkaitan dengan pendangan dan visi
sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi
sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Misalnya, program
pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup
yang dirancangkan oleh UNESCO 1980-an.
-------------------------------------------------------------------------------




5
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu,
dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti,
perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa implikasi terhadap
sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah yang
merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan
kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan
pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua
subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang
mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang
sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik iaitu
perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau
profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu,
perubahan positif ini telah mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang
inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan.
Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di
negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat perubahan seperti
perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi
mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi,
sosial dan jasmani secara seimbang.
Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai
murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan
para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya
membaca di kalangan mereka.
Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur
strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak
positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita ini.


http://ariedrifke.blogspot.com/2010/04/konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan.html
Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM,
2007 http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php

Вам также может понравиться