Вы находитесь на странице: 1из 24

1

TUGASAN 1
Artikel mengenai taksonomi bloom dan taksonomi solo.
Taksonomi Bloom

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan
organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ( kamis
Dewan Edisi Keempat, (2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu
model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia
berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti
pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan
iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana
menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan
berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai
pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Dan seterusnya
adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai
elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom
pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu
elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.


Domain Taksonomi Bloom

Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan.
Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen
elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran
aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji
kesemua aspek taksonomi dari terendah hingga lah yang tertinggi. Berikut adalah
hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S
Bloom.

2




Rajah 1 : hierarki Taksonomi Bloom



Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom


Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah.
Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta
atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras
pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan
istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan
tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu
dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang
perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti
siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah
murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah
dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang
telah diajar oleh guru di dalam kelas.
3


Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid
memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada
tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah
bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah
mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud
tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat
inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat
yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat
interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat
dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah
seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan
kelaskan.

Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan
murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan
masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi
mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering
digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan
susunkan.

Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk
memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan
pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar
mengenalpasti unsur unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang
pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid
juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah
analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga
adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu
organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis
tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut
4

menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan
khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara
komponen.

Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid
untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras
sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi
dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada
orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik
untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu
rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu
hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set
hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu
fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi
berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data
atau faktor yang diberi.

Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid
menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu
membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan,
sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu
seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras
penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan,
idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh
mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam
penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman
iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-
lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam
sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan
pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada
beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai
teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

5


Rumusan

Taksonomi dalam pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. Takonomi Bloom
menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan perilaku-
perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan
ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam elemen yang terdiri
dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen
tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian.
Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah
kepada aras pemikiran tinggi.

Taksonomi Solo
Konsep Taksonomi Solo



Peringkat Taksonomi Solo

Taksonomi Solo adalah singkatan
daripada perkataan "The Structure of
the Observed Learning Outcome".
Taksonomi ini merupakan kaedah
mengklasifikasikan jawapan
berdasarkan struktur hasil
pembelajaran.
Ia juga merupakan hierarki sebenar
iaitu peningkatan perubahan secara
kuantiti dan kualiti.
Bagi membimbing pembinaan item aras
rendah dan item aras tinggi.
Pengertian Taksonomi
Solo
6


















Unistructural
Multistructural
Relational
Extended Abstract
U
A
M
R
Surface
Deep
7

Lima Peringkat Kemahiran Taksonomi Solo



Prestructural
Jawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.
Unistructural
Jawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.
Multistructural
Jawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.
Relational
Jawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang
berkaitan.
Extended
Abstract
Jawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi
maklumat
tambahan.
8

Tugasan 2
Bincangkan bagaimana tahap tahap kesukaran dalam Taksonomi Bloom
dapat meningkatkan perkembangan kognitif pelajar.

Sebagai seorang guru, kita dapat tahu bahawa dalam sebuah kelas terdiri
daripada pelbagai keintelektualan pelajar. Guru juga berperanan sebagai fasilitator
dalam meningkatkan perkembangan kognitif pelajar. Sebagai seorang guru yang
berkualiti, guru perlu melaksanakan proses pendidikan secara berkesan bagi
melahirkan pelajar yang berilmu. Proses Pembelajaran dan pengajaran adalah
proses yang berterusan yang berlaku dalam sesebuah bilik darjah. Sepanjang
proses pengajaran tersebut, guru perlu mengesani tahap pencapaian pelajar
samada mengikuti atau membelakangi pembelajaran tersebut. Cara mudah nak
mengesannya ialah melalui penyoalan dalam kelas. Tahap penyoalan sama ada
aras rendah, sederhana atau tinggi boleh disesuaikan dengan aras kognitif Bloom.
Berdasarkan [ Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ] , Taksonomi ialah kajian
tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan
persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. Dalam bidang pendidikan,
taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang
pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-
bidang seperti pengetahuan ( kognitif ) , afektif dan psikomotor. Kognitif melibatkan
perkembangan pemikiran pelajar. Afektif pula melibatkan perkembangan sikap dan
nilai pelajar. Manakala psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal
pelajar.
Benjamin S.Bloom merupakan seorang ahli pendidik yang terkenal dalam
bidang pendidikan. Konsep Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau
pengetahuan. Ia bercorak hierarki ( tahap rendah ke tahap tinggi ). Ia juga
merupakan suatu kaedah untuk membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap
berfikir pelajar. Menurut Benjamin S.Bloom , aras kognitif boleh dibahagikan kepada
6 tahap iaitu Pengetahuan ,Kefahaman , Aplikasi , Analisis , Sintesis dan Penilaian.
Tahap kesukaran tersebut merupakan peringkat yang semakin tinggi ke arah untuk
membuat penilaian.
9

Tahap Pengetahuan ialah aras yang menguji kebolehan calon untuk mengingat
kembali fakta asas , istilah , erti , hukum , definisi , tarikh , tempat dan nama yang
telah dipelajari. Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat
pengetahuan ialah namakan , berikan , nyatakan , senaraikan , siapa , apa , bila ,
mana dan sebagainya. Murid-murid yang boleh mengingat , menghafaz atau
menyatakan fakta-fakta Sains adalah dianggap telah mencapai peringkat
pengetahuan.
Tahap Kefahaman ialah aras untuk menguji kebolehan calon menterjemah ,
memahami , dan mengintepretasikan fakta asas , konsep , prinsip atau bahan yang
telah dipelajari. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan peringkat
kefahaman ini ialah terangkan , huraikan , ringkaskan , nyatakan , tukarkan , tuliskan
, jelaskan , mengapa dan sebagainya. Peringkat ini adalah lebih tinggi daripada
kebolehan mengingat dan menyebut fakta Sains. Ia memerlukan murid memahami
fakta Sains dengan tepat serta boleh memberikan makna kepada konsep Sains
dengan bahasa tersendiri.
Tahap Aplikasi ialah peringkat yang menguji kebolehan calon menggunakan
fakta asas , konsep , prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk
menyelesaikan masalah. Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana ,
selesaikan , carikan , kirakan , gunakan , huraikan dan sebagainya. Murid hanya
boleh mencapai peringkat aplikasi ini apabila mereka telah mempelajari dan dan
memahami fakta Sains dengan berkesan serta menguasai kemahiran dengan
menguasai kemahiran dengan cekap , kemudian menyelesaikan masalah itu secara
logikal tanpa menghafaz langkah-langkah penyelesaiannya. Dalam konteks ini ,
murid-murid sanggup melaksanakan aktiviti Sains seperti eksperimen dan proses
Sains secara sendiri , tanpa pertolongan orang lain.
Tahap Analisis ialah peringkat yang menguji kebolehan calon membuat
perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan , kesamaan dan
perhubungan. Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan , bezakan ,
menganalisis , mencerakinkan , mengasingkan , membahagikan dan sebagainya.
Boleh dikatakan bahawa peringkat analisis ini merupakan peringkat yang tinggi
10

sekali yang boleh dicapai oleh murid-murid sekolah rendah kerana mereka dapat
mentafsir dan menghuraikan data.
Tahap Sintesis pula aras yang menguji kebolehan calon menggabungkan ,
mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan
hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasa
digunakan ialah rumuskan , membuat keputusan , membuat kesimpulan , bentukkan
, ciptakan , rekakan , gubahkan , integrasikan , gabungkan dan sebagainya. Untuk
mencapai peringkat ini , murid-murid mesti memperoleh pengalaman yang luas dan
konsep-konsep Sains yang tepat serta mempunyai kebolehan untuk mengaitkan
konsep-konsep di antara satu sama lain.
Tahap Penilaian merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji
kebolehan calon membuktikan , mengesahkan , memberi pendapat atau hujah ,
mengkritik , memberi komen dan menilai sesuatu penyataan , ciptaan , karya ,
prinsip , teori dan sebagainya. Proses penilaian memerlukan kefahaman konsep
dengan tepat , kebolehan membuat analisis serta mengaitkan konsep. Murid-murid
dikatakan mempunyai kebolehan menilai apabila mereka sudah menunjukkan
kebolehan seperti mengesahkan jawapan , membuktikan fakta , menerangkan ciri-
ciri penyelesaian masalah dan merancangkan strategi untuk membuktikan hipotesis
yang dicadangkan.
Maka , kita dapat mengetahui bahawa tahap-tahap kesukaran Taksonomi
Bloom dapat meningkatkan perkembangan kognitif pelajar. Bagi murid-murid
sekolah rendah , peringkat pengetahuan , kefahaman dan aplikasi adalah aras-aras
yang diutamakan untuk mencapai objektif penguasaan kemahiran dalam
matapelajaran Sains. Peringkat analisis , sintesis dan penilaian hanya boleh dicapai
pada akhir Tahap II sahaja melalui bimbingan guru.







11

PEPERIKSAN PKSR 1 TAHUN 2014
SAINS TAHUN 5
1jam 15 minit
NAMA :___________________ TAHUN :______________
Arahan :
1. Kertas ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan Bahagian B.
2. Bahagian A mengandungi 30 soalan. Jawab semua soalan.
Bahagian A
Aras pengetahuan
1. Yang manakah antara berikut bukan
mikroorganisma?
Which one of the following is not a
microorganism?
A. Bakteria
Bacteria
B. Berudu
Tadpole
C. Fungi
Fungi
D. Protozoa
Protozoa
Aras pengetahuan
2. Mikroorganisma dapat dilihat melalui
Microorganisms can be seen through
A. cermin
mirror
B. teleskop
telescope
C. mikroskop
microscope
D. periskop
periscope
Aras kefahaman
3. Manakah antara pernyataan berikut
tentang mikroorganisma yang tidak
betul?
Which of the following statements about
microorganism is not correct?
A. Virus adalah mikroorganisma yang
paling kecil
Virus is the smallest microorganism
B. Mikroorganisma boleh membiak dan
bernafas
Microorganism can grow and breathe
C. Fungi boleh digunakan dalam
pembuatan roti
Fungi can be used to help in making bread
D. Semua bakteria adalah berbahaya
dan boleh menyebabkan penyakit
yang membawa maut
All bacteria are harmful and can cause
deadly diseases


Aras kefahaman
4. Apakah sebenarnya yang menyebabkan
doh roti menjadi kembang?
What actually makes the bread dough rise?
A. Pembiakan mikroorganisma yang
sangat cepat
The microorganisms reproduce very quickly
B. Pembebasan karbon dioksida apabila
mikroorganisma bernafas
The carbon dioxide produced when the
microorganisms breathe
C. Pergerakan mikroorganisma di dalam
doh
When the microorganisms move about within
the dough
D. Pertumbuhan microorganism di
dalam doh
When the microorganisms grow within the
dough

12


Aras kefahaman
5.Semua yang berikut dihasilkan dengan
bantuan fungi kecuali .....
All the following products are made with the help
of fungi except .....
A. tapai
tapai
B. roti
bread
C. tempe
tempe
D. dadih
yogurt
Aras kefahaman
6. Mikroorganisma adalah penyebab
kepada
Microorganisms are the cause of

I pereputan gigi
tooth decay
II makanan menjadi busuk
food turning bad
III penyakit
illnesses
IV keracunan makanan
food poisoning

A. I, II dan III
I, II and III
B. I, II dan IV
I, II and IV
C. II, III dan IV
II, III and IV
D. I, II, III dan IV
I, II, III and IV
Aras aplikasi
7. Antara penyakit berikut, yang manakah
tidak disebabkan oleh mikroorganisma?
Which of the illnesses below not result from the
harmful effects of bacteria?
A. Cirit-birit
Diarrhoea
B. Campak
Measles
C. Pening kepala
Headache
D. Malaria
Malaria












Aras aplikasi
8. Manakah antara penyakit berikut yang
disebabkan oleh virus?
Which of the following diseases are caused by
virus?


I Selesema
Flu
II Campak
Measles
III Malaria
Malaria
IV Cacar air
Chicken pox

A. I dan II
I and II
B. II dan IV
II and IV
C. I, II dan IV
I, II and IV
D. I, II, III dan IV
I, II, III and IV
Aras analisis
9. Mengapakah jururawat dikehendaki
memakai sarung tangan apabila
merawat luka pesakit?
Why are nurses required to wear gloves when
treating wounds?
A. Mereka tidak menggunakan jarum
sebaliknya menggunakan tangan
The can use their hands instead of using
pincers
B. Mereka tidak perlu membasuh tangan
dengan kerap
They do not need to wash their hands so
often
C. Mereka selamat daripada penyakir
berjangkit
They are safe from contagious diseases
D. Kuku mereka tidak mencederakan
pesakit
Their fingernails do not hurt their patients

13



Aras analisis
10. Yang manakah antara berikut bukan
cara yang berkesan untuk menghalang
penyebaran mikroorganisma?
Which one of the following is not an effective
way to prevent the spread of microorganisms?
A. Minum air yang dimasak sahaja
Drinking only boiling water
B. Basuh tangan sebelum
memegang makanan
Washing hands before handling foods
C. Menutup tingkap pada setiap
masa
Keeping the window closed all the time
D. Pesakit yang mengalami penyakit
berjangkit dikuarantin
Keeping patients with contagious diseases
under quarantine
Aras analisis
11. Kemandirian spesies penting supaya
The survival of the species is important so that
A. haiwan tidak akan mati
animals will never die
B. spesies haiwan tidak akan
menjadi pupus
the animal species will not become extinct
C. haiwan dapat membiak dengan
kadar yang cepat
animals can reproduce at a faster rate
D. haiwan akan bertambah lebih
banyak berbanding tumbuhan
there will be more animals than plants
Aras aplikasi
12. Semua haiwan di bawah memastikan
kemandirian spesiesnya dengan cara
yang sama kecuali
All the animals below ensure the survival of
their species in the same way except
A. ayam
chicken
B. ular
snake
C. burung
bird
D. penyu
turtle













Aras pengetahuan
13. Bagaimanakah ibu ayam melindungi
anaknya?
How does a hen protect her young?
A. Mengepakkan sayapnya
By flapping her wings
B. Mencarikan makanan untuk
anaknya
By getting food for them
C. Menyimpan anak-anaknya di
dalam lubang
By keeping them in burrow
D. Menyerang musuhnya apabila
diancam bahaya
By attacking the enemy when threatened

Aras aplikasi
14. Semua haiwan di bawah hidup secara
berkumpulan sebagai cara untuk
kemandirian spesies kecuali
All the animals below stay in herds as a method
of survival except
A. kuda belang
zebras
B. gajah
elephants
C. helang
eagle
D. monyet
monkey
Aras aplikasi
15. Manakah antara yang berikut bukan
cara pencaran benih tumbuhan?
Which of the following is not a means of seeds
dispersal by plants?
A. Haiwan
Animals
B. Air
Water
C. Angin
Wind
D. Hujan
Rain
14













Aras kefahaman
16. Bagaimanakah biji benih bagi
tumbuhan di atas dipencarkan?
How are the seeds of the plants above
dispersed?
A. Air
Water
B. Angin
Wind
C. Haiwan
Animals
D. Mekanisma letupan
Explosive mechanism
Aras aplikasi
17. Antara biji benih yang berikut, yang
manakah dipencarkan oleh haiwan?
Which of the following seeds is dispersed by
animals?
A. Rambutan
Rambutan
B. Meranti
Shorea
C. Kelapa
Coconut
D. Kekacang
Beans
Aras analisis
18. Biji benih atau buah yang ringan dan
mempunyai ruang udara dipencarkan
melalui .....
Seeds or fruits which are light and with air
spaces are dispersed by .....
A. air
water
B. haiwan
animals
C. angin
wind
D. mekanisma letupan
explosive mechanism










Aras aplikasi
19. Manakah antara tumbuhan di atas
dipencarkan melalui mekanisma
letupan?
Which of the plants above is dispersed by
explosive mechanism?
A. P, Q dan R
P, Q and R
B. P, Q dan S
P, Q and S
C. Q, R dan S
Q, R and S
D. P, Q, R dan S
P, Q, R and S
Aras aplikasi
20. Mangga dan rambutan dipencarkan
melalui haiwan. Ciri-cirinya adalah .....
Mangoes and rambutans are dispersed by
animals. Their characteristics are .....
I berjus dan sedap
juicy and fleshy
II berwarna terang
brightly coloured
III rasa manis
sweet taste
IV mudah dikupas kulitnya
easy to peel

A. I, II dan III
I, II and III
B. I, III dan IV
I, III and IV
C. II, III dan IV
II, III and IV
D. I, II, III dan IV
I, II, III and IV

P - Buah berangan
Chestnut
Q - Semarak api
Flame of the forest
R - Sena
Angsana
S - Getah
Rubber

Getah
Rubber
Keembung
Balsam
Kacang bendi
Ladys finger
Kacang panjang
Long beans
15





Aras pengetahuan
21. Antara haiwan berikut, yang
manakah omnivor?
Which of the following animals is an omnivore?
A

Rusa / Deer
C


Beluncas /
Caterpillar

B

Itik / Duck
D


Katak / Frog



Rajah 1 / Figure 1
Aras analisis
22. Rajah 1 menunjukkan satu rantai
makanan. Semua yang berikut mungkin
P kecuali .....
Figure 1 shows a food chain. P can be all of the
following except .....
A. arnab
rabbit
B. angsa
goose
C. ayam
chicken
D. burung kecil
small bird

23.









Rajah 2 / Figure 2







Aras aplikasi
Berdasarkan rajah 2, rantai makanan
manakah yang benar?
Based on the figure 2, which food chain is
correct?


A. Q S R P
B. Q S P R
C. R P S Q
D. S Q P R

Aras aplikasi
24.











Jadual 1 / Table 1
Berdasarkan Jadual 1, manakah antara
rantai makanan yang betul?
Based on Table 1, which of the following food
chains is correct?
A. W X Y Z
B. Y W X Z
C. X Y Z W
D. Y X W Z
Aras aplikasi
25. Antara rantai makanan berikut, yang
manakah tidak betul?
Which of the food chains is not correct?
A. Alga Ikan kecil Ikan besar
Algae Small fish Big fish
B. Beluncas Ayam Ular
Caterpillar Chicken Snake
C. Pokok padi Tikus Burung
hantu
Paddy Rat Owl
D. Tumbuhan hijau Arnab
Helang
Green plants Rabbit Eagle
Tumbuhan hijau Beluncas P Ular
Green plants Caterpillar P Snake



P

Q

R

S

Organi
sma
Organis
m
Penerangan
Description
W Makan tumbuhan dan haiwan
X Makan tumbuhan sahaja
Y
Boleh membuat makanan
sendiri
Z
Makan haiwan sahaja


16

Tumbuhan J dimakan oleh haiwan
K dan haiwan L
Plant J is eaten by animal K and animal L
Haiwan L dimakan oleh haiwan S
Animal L is eaten by animal S
Haiwan K dimakan oleh haiwan L
Animal K is eaten by animal L




Aras analisis



Rajah 3 / Figure 3
26. Rajah 3 menunjukkan satu rantai
makanan di hutan. Apakah yang akan
berlaku sekiranya bilangan ular
bertambah?
Figure 3 shows a food chain in a forest. What
will happen if the number of snakes increases?
X - bilangan kancil berkurangan
the number of mouse deer decreases
Y - bilangan helang bertambah
the number of eagles increases
Z - tumbuhan hijau bertambah
green plants increase

A. X sahaja
X only
B. X dan Y sahaja
X and Y only
C. Y dan Z sahaja
Y and Z sahaja
D. X, Y dan Z
X, Y and Z

Aras aplikasi
27. Rajah 4 menunjukkan satu siratan
makanan.
Figure 4 shows a food web.

Q

T

P R U V

S
Rajah 4 / Figure 4

Berapakah bilangan karnivor yang
terdapat dalam siratan makanan itu?
How many carnivores are in the food web?
A. 1 C. 3
B. 2 D. 4









Aras analisis

28. Maklumat berikut menunjukkan
hubungan di antara hidupan.
The following information shows a relationship
between living things.










Antara pernyataan berikut, yang
manakah benar berdasarkan maklumat
di atas?
Which of the following statements is true based
on the above information?
A. Jika J mati, L berkurang
If J dies, L decrases
B. Jika J diracun, K bertambah
If J is poisoned, K increases
C. Jika K berkurang, S bertambah
If K decreases, S increases
D. Jika S diburu secara berleluasa, L
berkurang
If S hunted rampantly, L decreas
Aras analisis
29. Rajah 5 menunjukkan siratan makanan
bagi suatu kebun.
Figure 5 shows a food web for a farm
















Tumbuhan hijau Kancil Ular Helang
Green plants Mouse deer Snake Eagle
Sayur
Vegetables
Beluncas
Caterpillars
Burung pipit
Sparrows
Ular
Snakes
Ayam
Chickens
Rajah 5 / Figure 5
17








Apakah yang akan mengurangkan
populasi beluncas?
What would decrease the population of
caterpillars?
I Menanam lebih banyak sayur
Plant more vegetables
II Membiak lebih banyak ayam
Breed more chickens
III Membunuh burung pipit
Kill the sparrow
IV Membunuh ular
Kill the snakes

A. I dan III
I and III
B. I dan IV
I and IV
C. II dan III
II dan III
D. II dan IV
II and IV





Aras aplikasi
30. Maklumat berikut menunjukkan tabiat
pemakanan bagi tiga haiwan yang
berlainan.
The following information shows the eating
habits of three different animals.

Rantai makanan manakah yang betul?
Which food chain is correct?
A. Z W X Y
B. W Y X Z
C. X Y Z W
D. X W Y
Haiwan W makan tumbuhan X
Animal W eats plant X
Haiwan Y makan haiwan W
Animal Y eats animal W
Haiwan Z makan haiwan Y
Animal Z eats animal Y

18



BAHAGIAN B
Arahan : Jawab Semua Soalan.

1. Ahmad Albab menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji kesan yis ke atas
adunan tepung. Kuantiti yis yang berbeza dimasukkan ke dalam empat adunan
tepung, Q, R, S dan T. Rajah 1 menunjukkan ketinggian adunan selepas 30
minit.
Ahmad Albab carries out an investigation to see the effect of yeast on dough. Different quantities
of yeast is mixed into four doughs, Q, R, S and T. Figure 1 shows the height of the dough after 30
minutes.

Rajah 1
Figure 1
Kemahiran memerhati
a) Apakah tujuan penyiasatan ini?
What is the purpose (aim) of the investigation?

__________________________________________________________

__________________________________________________________
(1 markah / mark)
Kemahiran mengawal pemboleh ubah
b) Nyatakan satu maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini.
State one information gathered in this investigation.

__________________________________________________________
(1 markah / mark)

4 cm
6 cm
8 cm
10 cm
Q R S
T
2 g yis
2 g yeast
4 g yis
4 g yeast
6 g yis
6 g yeast
8 g yis
8 g yeast
19


Kemahiran mengawal pembolehubah
c)Nyatakan
State
(i) apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi) dalam penyiasatan ini,
what is changed (manipulated variable) in this investigation,

_______________________________________________________
(1 markah / mark)

(ii) apa yang diukur (pembolehubah bergerak balas) dalam penyiasatan ini,
what is measured (responding variable) in this investigation,

_______________________________________________________
(1 markah / mark)
Kemahiran meramal
d) Ramalkan ketinggian adunan itu jika 12 g yis digunakan.
Predict the height of the dough when 12 g of yeast is used.

__________________________________________________________
(1 markah / mark)




2. Rajah 2 di bawah menunjukkan bilangan telur yang dihasilkan oleh empat jenis
haiwan.
Figure 2 below shows the number of eggs produced by four types of animals.

Haiwan
Animals
Bilangan telur
yang dihasilkan
The number of
eggs produced
P Q R S
20

Rajah 2
Figure 2
Kemahiran memerhati
a) Nyatakan satu pemerhatian tentang bilangan telur yang dihasilkan.
State one observation on the number of eggs produced.

__________________________________________________________

__________________________________________________________
(1 markah / mark)
Kemahiran meramal
b) Bagaimanakah haiwan Q dan S memastikan kemandirian spesies mereka?
How do animals Q and S ensure the survival of their species?

__________________________________________________________

__________________________________________________________
(1 markah / mark)
Kemahiran meramal
c) Ramalkan haiwan P.
Predict animal P.

P: ________________________________________________________
(1 markah / mark)
Kemahiran mengelas
d) Huraikan cara haiwan berikut menjaga anaknya.
Explain how the following animals take care of their young.

(i) Tilapia betina :
___________________________________________

___________________________________________
(1 markah / mark)

(ii) Kangaru :
___________________________________________

___________________________________________
(1 markah / mark)

21

3. Jadual 1 di bawah menunjukkan bilangan pelajar Sekolah Kebangsaan Seri
Mahkota yang menghidap penyakit X daripada hari pertama sehingga hari ke-5.
Table 1 below shows the number of pupils of Sekolah Kebangsaan Seri Mahkota having disease
X from day 1 until day 5.

Hari
Day
Bilangan pelajar yang menghidap penyakit X
Number of pupils having disease X
1
2
3
4
5
6
10
14
18
22
Jadual 1
Table 1
Kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa
a) Apakah corak bilangan pelajar yang menghidap penyakit X daripada hari
pertama sehingga hari ke-5?
What is the pattern of the number of pupils having disease X from day 1 until day 5?

__________________________________________________________
(1 markah / mark)
Kemahiran membuat inferens
b) Nyatakan inferens daripada pemerhatian untuk soalan (a).
Give your inference from your observation in question (a).

__________________________________________________________

__________________________________________________________
(1 markah / mark)
Kemahiran mengawal pemboleh ubah
c) Nyatakan
State
(i) apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi) dalam penyiasatan ini,
what is changed (manipulated variable) in this investigation,

_______________________________________________________
(1 markah / mark)

(ii) apa yang diukur (pembolehubah bergerak balas) dalam penyiasatan ini,
what is measured (responding variable) in this investigation,

_______________________________________________________
(1 markah / mark)

22


Kemahiran meramal

d) Ramalkan bilangan pelajar yang menghidap penyakit X pada hari ke-6.
Predict the number of pupils who have disease X on day 6.

__________________________________________________________
(1 markah / mark)



4. Jeremy telah membuat satu kajian untuk mengetahui hubungan antara sumber
makanan dengan bilangan haiwan pengguna. Kajian tersebut melibatkan
beluncas dan burung pipit di kawasan sekolah. Kajian itu dibuat selama empat
minggu.
Jeremy carried out a study to find out the relationship between sources of food and the number of
consumers. The study involved caterpillars and sparrow in the school garden. The study took four
weeks.



Pemerhatian dicatatkan dalam jadual berikut:
The observation are recorded in the following table:
Minggu
Week
1 2 3 4
Bilangan beluncas
Number of caterpillars
30 24 19 15
Bilangan burung pipit
Number of sparrow
6 9 13 18
Kemahiran memerhati
a) Nyatakan tujuan kajian itu.
State the aim of the investigation.

__________________________________________________________
(1 markah / mark)

23


Kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa
b) Apakah corak perubahan untuk
What is trend for

(i) Beluncas :
___________________________________________
(1 markah / mark)

(ii) Burung pipit :
___________________________________________
(1 markah / mark)
Kemahiran membuat hipotesis
c) Apakah kesimpulan yang boleh anda buat berdasarkan pemerhatian itu?
What conclusion can be make based on the observation?

__________________________________________________________

__________________________________________________________
(1 markah / mark)
Kemahiran meramal
d) Ramalkan bilangan beluncas pada minggu ke-5.
Predict the number of caterpillars on the 5
th
week.

__________________________________________________________
(1 markah / mark)














~ KERTAS SOALAN TAMAT ~
~ QUESTIONS END ~



24

Вам также может понравиться