Вы находитесь на странице: 1из 5

Ketibaan Pengarah

& Nyanyian lagu




Mengumumkan ketibaan yang BERBAHAGIA DATUK
MARY THERESA KINAJIL, PENGARAH INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN SABAH
Dato Mary Theresa
Kinajil,

Kata alu-aluan

Yang berbahagia DATUK MARY THERESA KINAJIL,
PENGARAH IPG Kampus Kent, yang berusaha PUAN
AIDAH ABDUL GAHNI, KETUA JABATAN JABATAN
BAHASA IPG Kampus kent, yang dihormati SAUDARI LIM
WEI CHUEN, PENGERUSI PERTANDINGAN MENULIS
CHUN LIAN TAHUN 2014, para pensyarah, seterusnya
para guru pelatih yang dihormati dan dikasihi sekalian.

Salam Selamat petang, salam perpaduan, salam satu Malaysia
dan salam 1 kent buat warga pendidik sekalian. Selamat
datang ke PERTANDINGAN MENULIS CHUN LIAN
SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2014
anjuran PISMP BAHASA CINA AMBILAN JANUARI 2012.
Dato Mary Theresa Kinajil,
Puan Aidah Abd Ghani



Ucapan pengerusi
(Lim Wei Chuen)

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudari Lim Wei
Chuen, pengerusi pertandingan menulis chun lian
SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2014 bagi
memberikan sepatah dua kata, majlis menjemput dan
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada SAUDARI Lim Wei
Chuen atas ucapannya sebentar tadi.


Tayangan video

Sekarang, marilah kita bersama-sama menyaksikan
tayangan video yang telah disediakan oleh PISMP
BAHASA CINA AMBILAN JANUARI 2012 berkenaan
kenangan manis menulis chun lian pada tahun 2013.

2013
Ucapan Ketua
Jabatan

Seterusnya, majlis menjemput YANG BERUSAHA PN
AIDAH ABDUL GHANI, KETUA JABATAN JABATAN
BAHASA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
untuk memberikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan puan.
(jin)Puan Aidah
Abd Ghani

Terima kasih diucapkan kepada YANG BERUSAHA
PUAN AIDAH ABDUL GAHNI, KETUA JABATAN
JABATAN BAHASA INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KENT atas kesudian menyampaikan ucapan
sebentar tadi.


Ucapan Pengarah

Kita teruskan lagi majlis pada pagi ini dengan menjemput
dan mempersilakan YANG BERBAHAGIA DATUK MARY
THERESA KINAJIL,PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN
GURU KAMPUS KENT untuk memberikan ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan puan.
Dato Mary Theresa Kinajil,


Terima kasih diucapkan kepada YANG BERBAHAGIA
DATUK MARY THERESA KINAJIL,PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.



Perasmian

Sekarang, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Yang berbahagia DATUK MARY THERESA KINAJIL,
PENGARAH IPG Kampus Kent untuk menyempurnakan
majlis perasmian ke PERTANDINGAN MENULIS
CHUN LIAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU
CINA 2014 dengan menulis perkataan yang
membawa maksud kuda.



Penyampaian
cenderamata

Dijemput YANG BERBAHAGIA DATUK MARY THERESA
KINAJIL,PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KENT untuk tunggu sebentar di atas pentas.
Sekarang, majlis menjemput saudari Lim Wei Chuen,
pengerusi pertandingan menulis chun lian sempena
tahun baru cina 2014 untuk menyampaikan cenderamata
kepada YANG BERBAHAGIA DATUK MARY THERESA
KINAJIL,PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KENT. Dipersilakan.



Mengambil gambar

Seterusnya, kita akan menjalankan sesi begambar.
Dijemput YANG BERBAHAGIA DATUK MARY THERESA
KINAJIL,PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KENT, PARA PENSYARAH DAN JUGA PARA
GURU PELATIH untuk bergerak ke bahagian tengah
dewan demi melancarkan sesi bergambar ini.
/


Pelatih yang duduk di belakang sila maju ke depan.

Pelatih yang duduk di tepi sila maju ke tengah dewan.


Peraturan
pertandingan

Sekarang, tibalah saat saat yang dinantikan oleh para
peserta. Sebelum bermulanya pertandingan menulis chun
lian, saya ingin memperingatkan para peserta tentang
beberapa perkara :



- Pertandingan menulis chun lian tahun 2014 dibahagikan
kepada dua kategori, iaitu kategori bukan bumiputra dan
kategori bumiputra.
- A
B

- Majlis akan membekalkan semua peralatan yang
diperlukan kepada peserta kategori bumiputra manakala
peserta kategori bukan bumiputra perlu menyediakan
semua peralatan oleh sendiri.
-


- Majlis akan membekalkan 2 helai kertas merah kepada
setiap peserta dan peserta perlu menyempurnakan chun
lian dalam masa 1 jam.
- 2
1

- Sekiranya tidak cukup kertas merah, peserta boleh
mengangkat tangan dan mendapatkan kertas merah baru
dari pihak penganjur.
-

- Semua karya chun lian peserta akan disimpan.
-

- Keputusan pertandingan menulis chun lian akan
diumumkan semasa perhimpunan.
-

- Selepas selesai menulis chun lian, sila mencuci semua
peralatan di tempat yang bersesuaian.
-


Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Kata-kata penutup

Hadirin sekalian, pertandingan kita telah pun sampai ke
penghujungnya.
Kami dari pihak penganjur merakamkan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak terutama
siswa pendidik yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Kami juga memohon kemaafan andai tersalah kata tersilap
bicara sepanjang mengacarakan program ini.




Sampai berjumpa lagi dan selamat tahun baru cina.
Sekian terima kasih.


Sesi bersalaman

Mengumumkan Puan Mary Theresa Kinajil, PENGARAH
IPG KAMPUS KENT meninggalkan majlis.

Вам также может понравиться