Вы находитесь на странице: 1из 12

1

1.0 PENGENALAN
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini
digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran
praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan
keusahawanan.
Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan
keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan
perkembangan teknologi dan keusahawnan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha
yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap
perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi
melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka
bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata
pelajaran ini.
Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran
dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan.
Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid
mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti
mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk serta menghasilkan
projek dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kayu, logam, bahan kitar semula,
dan pengenalan komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya
menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah dan perabot.
Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanam dan menjaga tumbuhan
hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan
Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan semasa menjalankan
aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid mengamalkan sikap
pengguna yang bijak.
Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi
naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin

2

yang ada di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba,
mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang
sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga berpeluang menjalankan
aktiviti jual beli.
Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat
dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan
budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara
bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR juga
dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di
samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata
pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan
penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan.
Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


2.0 Perancangan dan pengurusan bengkel.
Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang
meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas, penyusunan ruang untuk
peralatan utama, penyusunan perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan
keselamatan dan penggunaan warna di dalam bengkel. Pengurusan bengkel juga
melibatkan pengurusan alatan dan bahan yang meliputi pengurusan, pemilihan dan
kawalan alatan (perancangan pembelian alat, pemilihan alatan dan kelengkapan,
spesifikasi alatan; kaedah penyusunan dan penyimpanan alat; dan kawalan alatan).
Pengurusan bengkel memerlukan guru-guru yang berpengetahuan dan berpengalaman
dalam hal pengurusan bengkel supaya kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan
dengan lancar dan sempurna.

3

Pengurusan bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan
kelancaran perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Keadaan ini akan menyebabkan beban guru kemahiran Kemahiran Hidup Bersepadu
bertambah. Di samping itu juga, pengurusan bengkel merupakan satu bidang yang
perlu ditekankan kerana aktiviti-aktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja dan
kepuasan kepada perlaksanaan program dan pengguna.
Bengkel kemahiran hidup terbahagi kepada tiga bengkel utama iaitu bengkel
kemahiran manipulatif, bengkel pertanian dan bengkel ekonomi rumah tangga. Di
antara ketiga-tiga bengkel ini, bengkel kemahiran manipulatif yang paling banyak
komponen dan paling sukar penyenggaraannya kerana ia mempunyai pelbagai alatan,
bahan dan mesin. Di samping itu, bengkel kemahiran manipulatif turut dipecahkan
kepada empat jenis bengkel iaitu bengkel kerja kayu dan logam, bengkel kerja paip
asas, bengkel elektrik dan elektronik serta bengkel enjin (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2003).
Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam perancangan dan
pengurusan bengkel ini. Antara aspek-aspek tersebut ialah ruang, susun atur,
keselamatan, tugas pelajar, organisasi stor dan penyenggaraan bengkel.
Ruang ialah saiz bengkel yang bergantung kepada jenis kerja yang akan
dilakukan di dalamnya. Keluasan bengkel yang sesuai ialah 20 meter x 25 meter.
Antara ciri-ciri keluasan bengkel yang sesuai ialah ia boleh menampung bilangan
pelajar seramai 20 orang atau lebih serta membolehkan seseorang murid bergerak
bebas semasa berada di dalam bengkel. Lantai bengkel juga mestilah diperbuat
daripada bahan tahan lasak, mudah dibersihkan dan tidak menampung habuk serta
tidak licin. Selain itu juga bengkel tersebut perlulah mempunyai tingkap yang besar
untuk membenarkan cahaya masuk sebanyak mungkin serta pengudaraan yang bebas
serta mempunyai pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa kecemasan.
Meja kerja yang digunakan juga hendaklah tahan lasak berukuran di antara 1.2M x
1.5M dan tinggi 0.9M. Dalam bengkel ini juga hendaklah mempunyai bekalan asas
seperti bekalan elektrik bagi pencahayaan dan soket kuasa serta bekalan air siap

4

dengan pili dan singki bagi pencucian serta mempunyai sebuah stor atau bilik bagi
menyimpan bahan-bahan, alatan dan projek.
Susun atur bengkel perlu kemas dan lengkap supaya kerja-kerja dapat
dilakukan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan
kerosakkan harta benda. Susun atur bengkel yang baik adalah seperti rak-rak dan
panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan, rak-rak simpanan bahan binaan
projek boleh menempatkan dengan baik, rak-rak bahan bantu mengajar yang kemaskini
dan pelbagai. Ini akan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.
UTAMAKAN KESELAMATAN sebagai teras amalan bagi memastikan kerja-kerja
di bengkel dapat dilakukan dengan lancar dan selamat. Aspek keselamatan yang
dititikberatkan ialah dengan menyediakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi
melindungi badan, mempunyai alat pemadam api yang berfungsi, menyediakan peti
pertolongan cemas dan tempat rawatan, serta memaparkan nombor telefon panggilan
kecemasan seperti Bomba, Ambulan, Polis dan lain-lain








Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum
murid boleh menggunakannya. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting
bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak. Selain itu, perancangan penggunaan alatan
dan bahan hendaklah teliti sebelum memulakan sesuatu projek. Alatan hendaklah

5

dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai menggunakannya.
Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati
piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru. Murid juga hendaklah berhati-hati sewaktu
menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH. Rajah dibawah menunjukkan susunan
peralatan pertukangan pada kedudukan asalnya di dalam bengkel.













Tugas pelajar adalah para pelajar akan dilantik untuk memegang beberapa jawatan
penting di dalam bengkel. Antara jawatan yang dipegang oleh pelajar ialah ketua
formen, ketua kebersihan, ketua alatan, ketua projek dan ketua keselamatan.
Tugas Ketua formen adalah bertindak sebagai Ketua Kelas dan bertanggungjawab
terus kepada guru Kemahiran Hidup serta memastikan semua penolong-penolong di
bawahnya menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan dan melaporkan kepada
guru berkenaan kejadian seperti kemalangan, alat-alat yang rosak atau hilang. Ketua
Kebersihan pula bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya empat atau
lima orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan membuang sampah
dari tong sampah, memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau bendalir serta
melaporkan kepada Ketua Formen berkenaan kerja-kerja pemberihan yang dibuat.

6

Tugas Ketua Alatan adalah bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya
mengagihkan alatan kepada pelajar-pelajar, memungut semula alatan dan
meletakkannya pad arak panel alatan serta melaporkan kepada Ketua Formen jika
terdapat alatan yang rosak, patah ataupun hilang. Ketua Projek pula
bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya bagi mengedarkan bahan projek
kepada pelajar-pelajar semasa kelas dimulakan, memungut semula projek terutama
yang masih belum siap dan dimasukkan semula ke dalam rak projek/ almari/ tempat
penyimpanan projek belum siap serta melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat
projek yang rosak, pecah ataupun yang hilang.
Manakala tugas Ketua Keselamatan ialah bertanggungjawab untuk bersama-
sama pembantunya bagi memastikan bengkel dalam keadaan selamat, memastikan
semua tingkap ditutup, pintu dikunci, suis lampu dan kipas ditutup, plag kuasa
dimatikan dan ditanggalkan dari soket, melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat
tingkap yang pecah, kunci pintu yang rosak atau terdapat suis, kabel elektrik yang putus
atau tanggal dari peralatan atau mesin elektrik serta memastikan pili air ditutup ketat.
Ketua Panitia adalah berperanan membentuk Organisasi panitia mereka. Begitu
juga dengan Panitia Kemahiran Hidup. Di peringkat Jawatankuasa Induk, biasanya
akan disediakan oleh Guru Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum. Organisasi
Panitia adalah sangat penting kerana jawatankuasa yang membentuk organisasi ini
akan menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka berdasarkan jawatan yang
dipegang oleh mereka. Contoh Organisasi Panitia Kemahiran Hidup adalah seperti
berikut:







7














2.0 PENYENGGARAAN BENGKEL

Penyelenggaraan bengkel boleh didefinasikan sebagai menjalankan kerja-kerja
merancang dan mengurus aktiviti penyenggaraan manakala penyenggaraan boleh
ditakrifkan sebagai melakukan aktiviti menjaga atau menservis sesuatu perkakasan,
alatan, mesin mudah alih, perabot atau bangunan supaya sentiasa berada dalam
keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna. Proses penyenggaraan bengkel boleh
dikelaskan kepada dua bahagian utama iaitu jenis-jenis senggaraan dan langkah-
langkah kawalan senggaraan. Antaranya ialah senggaraan kawalan di mana yang
paling berkesan kerana senggaraan ini dilakukan sebelum peralatan, mesin dan
bangunan menjadi rosak. Ia dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa
GURU BESAR
GURU PENOLONG
KANAN ( AKADEMIK
KETUA PANITIA
GURU
KEMAHIRAN
HIDUP
GURU
KEMAHIRAN
HIDUP
GURU
KEMAHIRAN
HIDUP

8

mengikut jadual senggaraan yang telah ditetapkan. Senggaraan ini lebih mahal untuk
dilakukan kerana kerja senggaraan yang berterusan tetapi untuk jangka masa panjang,
cara ini menguntungkan kerana kerosakan yang besar dapat dielakkan.
Senggaraan kawalan meliputi reka bentuk dan pemasangan yang sesuai untuk
peralatan yang digunakan, pemeriksaan logi dan alatan mengikut jadual untuk
mengelakkan kerosakkan daripada berlaku, membuat servis, baik pulih dan penjagaan
alatan supaya sentiasa sempurna serta pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta
pembersihan dan perlindungan seperti mengecat peralatan dan bangunan.
Senggaraan pembetulan ini hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan itu rosak.
Kerja-kerja senggaraan ini tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan yang berlaku.
Biasanya senggaraan ini dilakukan ke atas peralatan yang kecil dan yang tidak
digunakan terlalu kerap. Walaupun kos senggaraan jangka pendek adalah rendah,
namun untuk jangka masa panjang ia mungkin menjadi terlalu tinggi. Manakala
senggaraan ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut jangkaan
kerosakan. Biasanya peralatan seperti alat penganalisis gegaran dan amplitude, tolok
audio, alat optik, tolok tekanan dan suhu serta tolok rintangan digunakan untuk
meramal kemungkinan berlakunya kerosakan.








3.0 PELAN LANTAI

9

Reka bentuk bengkel di semua sekolah adalah hampir sama. Ruang yang agak terhad
membuatkan bengkel kelihatan agak sesak apabila ke semua murid yang seramai
40 orang memasuki bengkel. Oleh itu setiap bengkel Kemahiran Hidup perlulah mempunyai pelan
lantai bagi memastikan keselesaan setiap murid apabila berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup.
Sistem pencahayaan dan pengudaraan di bengkel juga perlulah lebih selesa. .Setiap kali bengkel
digunakan, lampu hendaklah sentiasa dipasang untuk pencahayaan yang lebih terang. Contoh pelan
lantai bengkel Kemahiran Hidup adalah seperti berikut :-










Contoh pelan lantai bengkel Kemahiran Hidup




4.0 KESIMPULAN

10

Adalah menjadi matlamat dan kehendak Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) untuk membentuk dan melahirkan murid yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif dan
berilmu pengetahuan. Oleh itu, selain penerapan nilai-nilai murni dalam setiap
matapelajaran, aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan kemahiran murid adalah satu
perkara yang tidak boleh dinafikan kepentingannya. Tujuan utama mata pelajaran
Kemahiran Hidup dibentuk adalah untuk membekalkan murid dengan kemahiran-
kemahiran asas praktik, membina sikap berdikari dan keyakinan dalam melaksanakan
urusan harian serta pembentukan inisiatif dan peluang yang ada padanya dengan
bijaksana.
Sebagai seorang guru Kemahiran Hidup, hendaklah sentiasa menambahkan
pengetahuan dan kemahiran pengajarannya misalnya, aspek pengurusan bengkel,
kemahiran menggunakan alat tangan dan mesin adalah amat penting. Hal ini adalah
kerana mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu cabang pendidikan teknik dan
kejuruteraan, yang mementingkan kerja-kerja amali yang merangkumi bidang
kemahiran teknologi pada peringkat asas. Tujuan utama matapelajaran Kemahiran
Hidup dibentuk adalah untuk membekalkan murid dengan kemahiran-kemahiran asas
praktik, membina sikap berdikari dan keyakinan dalam melaksanakan urusan harian
serta pembentukan inisiatif dan peluang yang ada padanya dengan bijaksana.
Setiap murid juga perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran dalam mengendalikan peralatan sebelum memasuki bengkel. Hal ini kerana
kemahiran merupakan suatu yang penting kerana tanpa kemahiran murid mungkin
akan melakukan kesilapan ketika membuat kerja amali di dalam bengkel. Ini akan
mendedahkan murid kepada risiko dan seterusnya kepada kemalangan. Murid juga
perlulah mendengar arahan yang telah diberikan oleh guru bagi mengelakkan
kemalangan berlaku di dalam bengkel. Selain itu juga murid-murid hendaklah mematuhi
peraturan yang telah disediakan ketika berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup.
Sebelum kerja atau benda yang hendak dilaksanakan, seseorang itu hendaklah
terlebih dahulu faham dan mempunyai pengetahuan tentang apa yang hendak
dilakukan supaya hasil kerja yang diperoleh lebih bermakna dan bermutu. Lebih-lebih
lagi sesuatu kerja melibatkan penggunaan peralatan tangan atau mesin yang mana

11

sekiranya tidak dapat mengawal atau menggunakannya dengan betul akan
mendatangkan kesulitan serta keburukan kepada pekerja itu sendiri atau benda yang
hendak dihasilkan.

























5.0 REFLEKSI


12

Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya telah
berjaya menyiapkan tugasan kumpulan bagi subjek RBT 3117 iaitu Pendidikan Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah yang telah diberikan ini. Tugasan ini banyak menguji saya dari pelbagai sudut dan
aspek pemikiran dan kemahiran, terutamanya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Sesungguhnya, melalui tugasan ini saya dapat pelajari banyak perkara seperti pembahagian masa
dalam membuat tugasan ini dan seiring dengan tugasan yang lain.
Selain itu, saya jugadapat pelajari erti kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu
tanggungjawab yang telah diamanahkan. Melalui tugasan ini juga, saya juga dapat meningkatkan
kemahiran mencari maklumat serta penggunaan ICT dalam perlaksanaan tugasan. Sebelum
memulakan tugasan ini, saya berasa agak berat untuk melakukannya kerana agak kurang faham
dan mengalami masalah ketika ingin mencari bahan dan mengolah bahan yang telah diperolehi.
Walau bagaimana pun, dengan kerjasama dan tunjuk ajar pensyarah serta rakan-rakan
seperjuangan yang lain, saya dapat memahami konsep yang diperlukan dalam tajuk tugasan
kemahiran hidup ini ini dengan baik dan lebih bersemangat dan gembira dalam melaksanakan
tugasan kerja kursus ini.
Semoga segala usaha yang telah saya laksanakan mendapat berkat dan hidayah
daripadaNya. Daripada tugasan ini saya dapat mempelajari banyak perkara mengenai strategi,
kaedah dan teknik pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Selain itu juga, saya juga dapat
memantapkan lagi pengajaran dengan adanya slide power point sebagai bahan bantu mengajar bagi
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya bahan bantu mengajar ia
dapat mempengaruhi minat murid bagi meneruskan tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Вам также может понравиться