Вы находитесь на странице: 1из 5

k... thanks... about the bus ticket.. is it any time have.. or need 2 see first..

about what
time de??
http://busuk.org/ping/view/159750
http://busuk.org/ping/view/159750
a. Sejarah dan Latar Belakang
Sistem Beraja ialah sistem pemerintahan yang tertua di dunia, ia dipercayai wujud sejak
3000 tahun dahulu. Orang Melayu secara khususnya telah berabad lamanya diperintah
berdasarkan pemerintahan beraja di Tanah Melayu. Menurut sistem beraja ini, raja
mempunyai kuasa mutlak dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri
dengan dibantu oleh para pembesar negeri khususnya semasa era jajahan British.

Menurut Datuk Shamsul Amri Baharuddin (2007, hal 109), Raja-Raja Melayu masih
diiktiraf sebagai pemerintah yang berdaulat dan berkuasa penuh di negeri masing-
masing semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Namun, raja-raja mesti menerima
nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali adat istiadat Melayu dan agama
Islam. Keadaaan ini berlanjutan sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Selepas
pendudukan Jepun, British memperkenalkan Malayan Union di mana kuasa raja-raja
dihapuskan. Tetapi ia telah mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu
seterusnya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan semula di bawah Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Kesultanan Melayu itu adalah satu manifestasi iaitu satu lambang keagungan tamadun
bangsa (Raja Nazrin Shah, 2011). Kedatangan orang Eropah telah mengubah sistem
politik tradisional orang Melayu berpegang kepada sistem beraja mutlak kepada sistem
raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat,
Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang pemerintahannya tertakluk pada
peruntukan perlembagaan Negara. Hal ini diterangkan lebih jelas lagi oleh Dato
Salehuddin Saidin (2009, hal 2), bahawa Raja Berperlembagaan yang diamalkan di
Malaysia menggunakan konsep trias politica atau politik tiga serangkai yang mana raja
adalah ketua Negara di samping kewujudan cabang legislatif, eksekutif dan kehakiman
selagi mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.

Menurut Profesor Anthony Milner (2011), Institusi Raja Melayu di Malaysia adalah Raja
Berpelembagaan yang proaktif dan bersifat keterlibatan berbeza dengan konsep Raja
Berpelembagaan British yang mempunyai kuasa terbatas. Sesungguhnya sejarah
mencatatkan Istana Raja Melayu itu dahulu berperanan sebagai pusat berkembangnya
tamadun bangsa.

b. Rasional Pemerintahan Beraja
Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu.
MenurutRaja Nazrin Shah (2011), Raja Melayu itu adalah institusi penting warisan
bangsa Melayu. Menurut baginda lagi, Raja Berperlembagaan adalah satu
kelangsungan pemerintahan beraja di mana sesetengah pihak yang kurang mendalami
salasilah dan falsafah disebalik institusi ini telah menganggapnya sebagai ketinggalan
zaman. Walaupun Institusi Beraja Malaysia kini hanya mempunyai kuasa yang terhad
tetapi tidak bermakna mereka tidak lagi penting dan releven. Antara kerasionalan
kewujudan unsur tradisi pemerintahan beraja dalam perlembagaan Malaysia ialah:
i) Menjadi Simbol Perpaduan dan Keharmonian Negara
Ketaatan kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah
perpaduan. Hal ini telah dikupas oleh Profesor Harry Groves (1964), mendapati bahawa
pemerintahan beraja memberikan satu simbol perpaduan yang ketara dalam sesebuah
negara yang terpapar kepelbagaiannya. Kerasionalan ini disokong lagi oleh kata-kata
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (2010)bahawa sistem pemerintahan raja
berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh negara telah
mewujudkan keamanan dan kestabilan politik sejak merdeka.

ii) Simbol Penting bagi Survival Orang-Orang Melayu
Pemerintahan beraja telah lama wujud dalam sistem sosial di setiap negeri Melayu,
maka tidak adil jika sistem ini dihapuskan. Hal ini dapat difahami dalam Perkara 153
yang mana ia meletakkan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk melindungi
dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak. Berdasarkan Perkara 153, Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat perdana
menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam
perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau kemudahan
lain yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. (Dato
Salehuddin Saidin, 2009. hal 6)

iii) Menjadi Pengimbang Kuasa dan Pihak Pendamai
Pemerintahan beraja ini juga sangat penting di mana raja memainkan peranan untuk
tidak menyebelahi mana-mana-mana bahagian tertentu, tetapi menjamin kecekapan
serta kestabilan antara kehakiman, perundangan dan eksekutif di negara ini. Malah,
keseimbangan kuasa berlaku apabila raja berperanan bagi memastikan tidak wujud
campur tangan di antara tiga badan itu. Raja Nazrin Shah (2011) telah bertitah bahawa
peranan Institusi Raja sebagai payung Negara wajib memberi naungan secara
saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum atau agama seperti yang tersurat
dalam salah satu dari Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu.

iv) Menggambarkan Ciri-Ciri Asal Negara Malaysia
Menurut Dr. Mohd Ridhuan Tee (2010), Raja Melayu adalah kesinambungan sejarah
dan warisan negara. Tambahan lagi, kewujudan institusi Raja menjadi sebahagian
daripada identiti negara dan ia dilindungi oleh perlembagaan. Selain itu,Abdul Aziz Bari
(1999, hal 43) telah menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara perlulah mempunyai
satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isu
kepada upacara rasmi Negara. Tambahnya lagi, kewujudan sistem beraja dengan
sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.

v) Menjadi Naungan dan Simbol Taat Setia
Sistem beraja di Malaysia menjadi naungan dan simbol taat setia rakyat jelata. Tanpa
raja, maka rakyat dan pemimpin menjadi sama. Hal ini diperkukuhkan lagi dari artikel
yang ditulis oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee (2010), Raja Melayu itu adalah lambang
kedaulatan negara, simbol kekuatan warga dan payung mahkota negara tempat rakyat
tumpang berteduh. Katanya lagi, Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara
bangsa serta melindungi kepentingan bangsa Melayu.
Secara keseluruhannya, sistem raja berpelembagaan harus dikekalkan kerana ia
menyumbang lebih banyak kebaikan daripada keburukan kearah membentuk Negara
bangsa dan satu bentuk pengiktirafan oleh penggubal perlembagaan yang memahami
sejarah, warisan dan tradisi masyarakat dan kedaulatan politik Melayu.


RUJUKAN
1. Shamsul Amri Baharuddin, 2007. Modul Hubungan Etnik. Kementerian
Pengajian Tinggi. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Shah Alam.
2. Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. 2011. Peranan
Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Negara. Majlis Wacana
Ilmu UiTM Shah Alam
3. Dato Salehuddin Saidin. 2009. Wacana: Kedaulatan Raja Dari Perspektif
Perlembagaan Persekutuan. Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam
4. Shahfizal Musa. 2011. (Profesor Dr. Anthony Milner). Syarahan Umum
Mengenai Raja Berperlembagaan anjuran UKM, dari
http://www.ukm.edu.my/~news/index.php/ms/berita-kampus/782-ukm-public-
lecture-on-constitutional-monarchy.html
5. Professor Harry Groves. 1964. The Constitutional of Malaysia.
Singapura: Malaysia Publications
6. Mohd Fairuz Yusof. 2010. (Datuk Seri Najib Tun Razak). Menjamin
Kestabilan Politik. Arkib Utusan Malaysia, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1123&pub=utusan_mala
ysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive
7. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah. 2010. Sejarah Bagaimana Yang
Kita Mahu?, dari http://ridhuantee.blogspot.com/2010/10/sejarah-bagaimana-
yang-kita-mahu.html
8. Abdul Aziz Bari, Institusi Ketua Negara, Ketua Negeri dan Majlis Raja-
Rajadalam Perkembangan Undang-Undang Persekutuan Malaysia, Ahmad
Ibrahim et.al (1999), KualaLumpur : Dewan Bahasa Pustaka

Вам также может понравиться