Вы находитесь на странице: 1из 13

Kata-Kata Hikmah Pembakar

Semangat.
1. Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung
kepadanya" ~ Hamba Allah
2. "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup
sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah
3. "Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi
jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
4. "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk
menyambut kesempatan yang menjelma."
5. "Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti
menghadapinya." ~ Albert Camus
6. "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya
datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
7. "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna
jika tidak melakukan perkara yang betul."
8. "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan yang terbaik."
9. "Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam
tindakannya, maka tenanglah batinnya."
10. "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak
tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa
menyimpang." ~ Cecil B. DeMille
11. "Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya
tidak singgah ke pelabuhan."
12. "Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib
menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun
13. "Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada
usaha yang besar."
14. "Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan
perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan
memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan.
kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
15. "Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa,
yg penting, usaha & tawakkal."
16. "Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal
terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan
apa yang akan dicapai."
17. "Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran
seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia
mahu dengan secara ringkas."
18. "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau
emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling
berkesan."
19. "Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu
kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang
menganiaya orang bawahannya."
20. "Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal
komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh
mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah
daripadanya."
21. "Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan
rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."
22. "Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan
tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka
yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh
dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."
23. "Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana
kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran
serta tingkah lakunya."
24. "Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya."
25. "Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat
dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~
Wahab B. Munabin
26. "Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.
Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk
kemerdekaan." ~ Andre Colin
27. "Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai
sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa
merdeka." ~ Soekarno
28. "Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan
budi pekerti" ~ Hukama
29. "Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar,
dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih
rendah darinya" ~ Confucius
30. "Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi
tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham
Lincoln
31. "Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah
lumpuh." ~ Albert Einstein
32. "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika
kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." ~ La Roche
33. "Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah."
34. "Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum
pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."
35. "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala
boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita
fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan."
36. "Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya." ~ Marcus
Aurelius
37. "Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk
ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan
dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya." ~ Stahl
P.J
38. "Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna
jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."
39. "Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa
pengerahan tenaga sedikit pun."
40. "Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu
sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo
melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun
Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu
baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia
akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang
penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan
kerjanya dengan baik sekali."
41. "Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi,
tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan
yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan
menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya."
42. "Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu
kerja dan bukannya usia." ~ Richard Brinsley Sheridan
43. "Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak
membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi." ~
Confucius
44. "Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan
memulainya sesudah tua seperti menulis di air."
45. "Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu
akan berkembang jika ianya digunakan."
46. "Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun
jua empuknya pasir itu." ~ Pepatah Arab
47. "Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze
48. "Awal mula pohon ialah benih.."
49. "Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."
50. "Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat."
51. "Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang
berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang
akan terjadi pada hari esok."
52. "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia
akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak
akan mempedulikanmu."
53. "Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia
yang mengiurkan."
54. "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai
dirinya sendiri."
55. "Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia
membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas
dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia
mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya
dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan
daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."
56. "Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja
semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu
dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar."
57. "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
58. "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,
sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
59. "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika
berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah
Abdul Malik bin Marwan
60. "Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita
usahakan."
61. "Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh,
bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di
sini."
62. "Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan
mencapai yang tertinggi."
63. "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
64. "Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang
sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah
hilang dan pergi."
65. "Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan
menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan
yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda." ~ Ray
Kroc (Pengasas McDonalds)
66. "Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila
kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah." ~ T.S
Matthews
67. "Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam
mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka
yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga
kejayaan yang dikecapi."
68. "Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui
kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada
kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan
kesilapannya."
69. "Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk
melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."
70. "Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah
dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam
kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan
rasa sakit hati."
71. "Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat
orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan
keberanian pada orang yang ketakutan."
72. "Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki
sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa
kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita
mendapatkannya."
73. "Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah."
74. "Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan
hati ialah keberanian."
75. "Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan
daripada usaha yang besar."
76. "Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia
yang selalu mengecewakan agama."
77. "Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan
tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya."
78. "Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di
mukanya." ~ Khong Hu Cu
79. "Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya,
tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan
kembali kerugian yang dideritainya."
80. "Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi
dengan cemerlang."
81. "Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti
ilmunya ialah ucapannya."
82. "Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-
perkara besar."
83. "Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada
dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam
keadaan putus asa."
84. "Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg
belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai
muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan
selamat dari tersesat di lautan hidup ini."
85. "Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir
tentangnya."
86. "Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang
merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika
berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~ Khalifah
Abdul Malik Marwan
87. "Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir,
tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya." ~
Voltaire
88. "Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita
tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua
itu ke depan, pandanglah masa depan kita."
89. "Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri,
supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi.
Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih
mana yang benar dan mana yang salah."
90. "Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga
tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana
tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran
kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda
jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."
91. "Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1
buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam,
mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan
banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah
bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-
banyaknya."
92. "Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu
dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya."
~ Voltaire
93. "Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja,
asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."
94. "Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur
dengan banyak hutang." ~ Anonim
95. "Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak
berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu
kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah
Arab
96. "Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih
baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak
memahami sesuatu."
97. "Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa
menemukan jalan keluar."
98. "Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan
sesebuah benteng yang tidak dibela." ~ Napoleon Bonaparte
99. "Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana
engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi
kesempurnaan budi dan adab."
100. "Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu
telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup
sentiasa menjadi mainan orang."
101. "Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-
ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."
102. "Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti
yang diimaginasi."
103. "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk
membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan
waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan
waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal
kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda
itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu
beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan
jiwa."
104. "Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang." ~ Samuel Johnson
105. "Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh."
106. "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan
perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi
rintangan dalam hidup."
107. "Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani
mati hanya sekali."
108. "Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu
dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang
kamu inginkan." ~ Abdullah Mansur M.H
109. "Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih
untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan
tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian."
110. "Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini
kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap
yang bodoh itu boleh menjadi pandai."
111. "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan."
112. "Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang
kewibawaannya."
113. "Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.."
114. "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang
hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar
dilihat."
115. "Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk
memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya."
116. "Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang
paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling
waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah
yang paling indah tentunya KHUSYUK."
117. "Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah
musnah, maka matilah orang itu." ~ Whittier
118. "Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam
sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali."
119. "Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik
walaupun hanya sekadar senyuman."
120. "Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-
lahan."
121. "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam
kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup
ada kekuasaan ilmu."
122. "Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan
berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran." ~ Flower
A. Newhouse
123. "Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa."
124. "Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi
kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang
dan keserasian berkumpulan."
125. "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan
dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia
dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."
126. "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang
baik untuk bertindak."
127. "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda
yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber
ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber
kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu
adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu
untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang
menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah
membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu
adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu
adalah kunci menuju syurga."
128. "Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata
selaras dengan tindakannya."
129. "Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting
mengetahui nilainya."
130. "Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.."
131. "Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling
mampu menguasai rahsianya."
132. "Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan
akal, bertambah banyak lagi berharga."
133. "Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk
merancang." ~ William J. Siegel
134. "Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada
orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri
sukar untuk berjaya."
135. "Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-
hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik
dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya."
136. "Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.."
137. "Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri
anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda."
138. "Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat
kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan
kecemasan."
139. "Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan
mempengaruhi diri anda sendiri."
140. "Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi
anda kepada nasib."
141. "Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang
celaka ialah jahil."
142. "Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang
dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia."
143. "Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan
kesabaran." ~ Horatius
144. "Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling
takut pada perubahan." ~ Mognon Me Lauhlin
145. "Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.."
146. "Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika
anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan." ~
Peribahasa Arab
147. "Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong."
148. "Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka." ~ Charles
Cahier
149. "Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya."
150. "Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus
menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke
arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal
mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri." ~ Said
Mustafa
151. "Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.."
152. "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik
dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil
kecemerlangan."
153. "Menyimpang seinci, rugi seribu batu." ~ Peribahasa Cina
154. "Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak
perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu
perkara."
155. "Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."
156. "Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang
yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak
mahu mengerjakan apa yang disuruh."
157. "Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan
angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah,
sebaliknya menaikkannya." ~ John Petitsenn
158. "Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya
dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan.
Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan
itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat." ~ Joseph
Conrad
159. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu
bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna
daripada kesenangan yang terus-menerus."
160. "Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah
apa yang belum kamu selesaikan."
161. "Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai
peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak
cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang
menyebabkan kemundurannya."
162. "Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan
tangan di dalam poket."
163. "Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri."
164. "Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang
membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai."
165. "Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran,
masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa
hadapan jangan terlalu diangan-angankan."
166. "Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir
selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir
adalah seribu kebodohan."
167. "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal
yang suka berfikir."
168. "Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu
buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat."
169. "Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan
sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang
anda buat secara sedar atau tidak sedar." ~ Barbara Hall
170. "Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu,
ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka
yang menentang." ~ Whitney W Young
171. "Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi
harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang
berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad
172. "Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu
sedikit." ~ Allen Tate
173. "Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan
semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-
citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu
serendah-rendah rumput di bumi."
174. "Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak
menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan
kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna
dan mengikuti arus perubahan kedewasaan."
175. "Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
musuhnya sendiri."
176. "Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA."
177. "Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan."
178. "Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
terhadap kesilapan mereka."
179. "Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai
peluang untuk menjadi pandai."
180. "Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung
kepadanya."
181. "Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak
menjadi pembaca terlebih dahulu."
182. "Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."
183. "Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda
dan lupakan masa silam."
184. "Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang
bersabar."
185. "Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana."
186. "Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain."
187. "Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari."
188. "Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda
masih mempunyai masa depan."
189. "Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
mengenal kemanisan......... "
Semoga kata-kata hikmah ini bermanfaat untuk kita semua

Вам также может понравиться