Вы находитесь на странице: 1из 2

Fonem segmental atau bunyi penggalan merujuk kepada proses mengeluarkan unitlinguistik

daripada ujaran atau teks yang berurutan.


Fonem ini dapat dianalisiskewujudannya.Fonem segmental dapat dibahagikan kepada vokal dan
konsonan. Perbezaan antara vokal dan konsonan hanya terletak pada ada atau ketiadaan
halangan ketika bunyi-bunyi itu difonasikan. Sekiranya bunyi itu mendapat halangan ketika
difonasikan, makafonem itu disebut sebagai konsonan misalnya / b, d, g, h, k, l,/ dan sebagainya.
Jikabunyi itu keluar secara leluasa ketika difonasikan, maka bunyi tersebut digelar
vokalmisalnya, / a, i, u, /. Sebagai contoh, apabila disegmenkan atau dipenggal, makaperkataan
/ #makan# / terbahagi kepada fonem-fonem berikut, iaitu /m/, /a/, /k/, /a/, /n/.

FONEM SEGMENTAL
fonem ialah fonem yang terhasil daripada analisis pertuturan kontinum(berterusan) kepada
segmen (penggalan) yang bererti. Contohnya, dalam pasangan perkataan /pala/palang dan
/gala/galang , /p/ dan /g/ dianggap dua fonem yang berbeza.Terdapat tiga kaedah yang lazim
digunakan untuk mendeskripsi fonem iaitu 1. analisis deskriptif 2. analisis fitur distingtif 3.
analisis prosodi (Abdullah, 1980). Kaedah analisis deskriptif dianggap cara tradisi dan masih
popular hingga kini.Kaedah ini bertumpu pada analisis fonem penggalan yang dianggap cukup
mudah difahami dan masih banyak faedahnya.

Penggolongan bunyi bahasa melayu:terdapat 3 golongan bunyi ,iaitu,vokal ,konsonan,dan
difton.
Vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Bunyi itu hanya
dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.
Kosonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat alat sebutan sehingga jalan
aliran udara dari paru-paru terganggu ,dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar
melalui ronga mulut atau rongga hidung.
Konsonan Pinjaman

Terdapat lapan konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu. Konsonan ini berasal
daripada bahasa Arab, bahasa Inggeris atau bahasa selain bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun, penggunaan konsonan pinjaman ini telah sebati dengan
penutur bahasa Melayu sehingga konsonan ini telah diiktiraf sebagai huruf
konsonan Melayu juga. Berikut merupakan konsonan pinjaman dalam bahasa
Melayu dan contoh penggunaannya dalam perkataan.






Huruf Fonem Contoh Penggunaan
f /f/ filem
v /v/ variasi
th // mithal (misal)
dh // dharab (darab)
z /z/ zaman
sy // mesyuarat
kh /x/ khat
gh / ghaib



Terdapat tiga perkara yang perlu diingat apabila mengaitkan ejaan bagi
sesuatu perkataan itu dengan Pola Keselarasan Huruf Vokal. Tiga perkara
tersebut ialah:

1. perkataan tersebut mestilah kata asli atau kata jati bahasa Melayu,

2. hanya dua suku kata sahaja yang terlibat dengan sistem ini. Andainya sesuatu
perkataan itu mempunyai lebih daripada dua suku kata, hanya dua suku kata
terakhir yang diberikan perhatian,

3. suku kata terakhir mestilah suku kata tertutup, iaitu suku kata yang diakhir
dengan huruf konsonan.


http://ipgkbm-jpkm.blogspot.com/2011/07/pola-keselarasan-huruf-vokal.html

Вам также может понравиться