Вы находитесь на странице: 1из 54

1

PENGGUNAAN BAHAN MAUJUD DAN GAMBAR RAJAH


DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
FAKTA ASAS DARAB 2 HINGGA 9
MURID PEMULIHAN


Nursyuhadah Binti Ahmad
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar


1.0 PENDAHULUAN

Tidak semua murid dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap
dan dirancangkan. Terdapat beberapa golongan murid yang tidak bernasib baik sehingga
menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang. Antara
golongan itu adalah murid pemulihan. Secara sedar ataupun tidak, pelbagai pihak telah
memainkan peranan masing-masing atas kesedaran untuk tidak meminggirkan murid
pemulihan. Jika dilihat dari mata kasar antara pihak yang paling dekat dengan murid tersebut
adalah guru.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2010) dalam subjek Matematik, fakta asas
darab merupakan salah satu operasi yang penting. Manakala aplikasinya adalah penting dalam
menyelesaikan masalah lain di dalam topik topik Matematik seperti nombor bulat, pecahan,
perpuluhan, wang, masa, ukuran panjang, timbangan berat, isipadu cecair, bentuk dan
ruang serta pengendalian data.
2




Penguasaan sifir dalam kalangan murid dilihat sebagai aspek yang perlu diberi
perhatian. Sekiranya situasi ini dipandang enteng, maka akan bertambah jumlah murid yang
tercicir kerana Matematik. Matematik tidak seharusnya menjadi perkara yang membebankan
bagi murid pemulihan. Kaedah konvensional yang selalu digunakan hari ini iaitu hafalan
biasanya digunakan oleh kebanyakan guru. Oleh kerana itu, ia menjadi satu perkara yang
kurang menarik, membosankan dan tidak merangsang keinginan murid pemulihan untuk
bersungguh-sungguh menguasai sifir.

Guru memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran murid di sekolah. Kaedah
pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk
belajar, malah dapat membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata
pelajaran tersebut, selaras dengan kenyataan Yong dan Biramiah (1996) iaitu Seorang guru
yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar.

Bagi Schuitz dan Cularusso (1989), penggunaan bahan konkrit atau penyelesaian
masalah boleh digunakan sebagai kaedah atau teknik dalam usaha memantapkan kemahiran
murid dalam operasi ini. Proses pendaraban pada amnya dapat dibahagikan kepada empat
konsep. Kesemuanya mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk mencari jumlah objek yang
terlibat. Penyampaian konsep ini hendaklah menggunakan prinsip darab mudah kepada yang
lebih sukar dan daripada bahan konkrit kepada yang abstrak. ( Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik Nombor Bulat, 1998 )

3


Sehubungan dengan itu, penyelidikan ini akan memilih penggunaan bahan maujud
dan gambar rajah sebagai kaedah bagi membantu murid pemulihan dalam meningkatkan
kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan. Hal ini kerana penggunaan bahan konkrit
dan semi konkrit dalam pembelajaran dapat meningkatkan tahap pemahaman murid akan
konsep asas darab iaitu penambahan secara berulang. Sebagai seorang guru pemulihan, kita
harus memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit
bagi membantu mereka memahami perkara yang lebih abstrak. Oleh itu, pengkaji berasa
kaedah ini boleh diaplikasikan kepada murid pemulihan di dalam pengajaran dan
pembelajaran.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lepas

Semasa menjalani praktikum fasa 1 dan 2, pengkaji mendapati murid pemulihan
mempunyai banyak masalah dalam menguasai kemahiran Matematik. Markah yang diperoleh
oleh murid amat rendah jika dijalankan peperiksaan terhadap mereka. Apabila murid
pemulihan sudah menguasai operasi tambah dan tolak mereka akan didedahkan pula dengan
operasi darab. Pengkaji mendapati 100 peratus murid pemulihan menghadapi masalah dalam
kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan.

Menurut Reys dan rakan rakan (2004), terdapat dua faktor yang menyukarkan murid
mengingati fakta asas pendaraban. Pertama, pemahaman murid terhadap angka pendaraban
belum lagi mantap dan kedua penyampaian fakta asas kepada murid tidak tercapai. Kedua-dua
faktor ini mengakibatkan murid menghadapi masalah dalam mengingat fakta asas pendaraban
serta tidak dapat mengingat kembali fakta yang diajar terlebih dahulu.
4



Apabila menjalani praktikum fasa tiga selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan
Taman Seri Pagi, Seremban, pengkaji dikehendaki untuk mengajar kelas pemulihan Tahun
6G dan 6H seramai 2 orang bagi mata pelajaran Matematik. Setelah menjalankan ujian
diagnostik dan beberapa proses pengajaran, pengkaji telah mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh murid pemulihan iaitu menguasai kemahiran fakta asas darab dua hingga
sembilan.

Ketika sesi temubual dijalankan bersama guru pemulihan, beliau menyatakan bahawa
murid pemulihan sangat lemah apabila diajukan soalan congak mengenai fakta asas darab
dua hingga sembilan. Terdapat murid yang sangat sukar untuk mengingat fakta asas darab dua
hingga sembilan walaupun telah diberikan beberapa kaedah alternatif lain seperti
menggunakan jari, menggunakan petak seratus dan juga pola nombor. Terdapat murid yang
dapat mengingat fakta asas darab 2 dan 5 dengan baik apabila menggunakan teknik hafalan
tetapi akan mudah lupa apabila dikehendaki menyebutnya semula secara turutan atau congak.

Semasa murid murid mempelajari topik topik awal seperti Nombor Bulat, Operasi
Tambah dan Operasi Tolak di dalam kelas, proses pembelajaran agak memberangsangkan.
Begitu juga dengan hasil keputusan ujian diagnostik agak memuaskan sesuai dengan tahap
murid. Namun demikian, setelah masuk ke tajuk Operasi Darab, prestasi murid merudum.
Murid gagal menguasai kemahiran asas fakta darab dua hingga sembilan yang diajar. Hasil
keputusan ujian dianostik serta lembaran kerja amat mendukacitakan kerana murid tidak
menjawab soalan bagi sifir mudah dengan betul. Murid membiarkan petak soalan yang diberi
tanpa sebarang jawapan.
5


Kaedah hafalan dan soal jawab yang dipraktikkan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran gagal untuk menarik minat murid menghafal sifir. Perkara ini berlaku adalah
disebabkan keadaan murid yang selalu jarang ke sekolah, mudah lupa serta tidak mampu
mengingat sesuatu perkara dengan banyak dalam sesuatu masa.Persekitaran pembelajaran
murid yang tidak kondusif di rumah serta kurangnya peranan ibu bapa dalam membantu
pelajaran murid menyukarkan lagi tugas guru dalam membantu murid murid menguasai
fakta asas darab dua hingga sembilan ini.

Jerome Bruner dalam Teorem Pembinaan (1963), mengatakan bahawa Cara yang
paling berkesan bagi kanak kanak mempelajari konsep , prinsip atau hukum matematik ialah
membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit.
(http://linusppdpendang.blogspot.com/2010/10/bagaimana-kanak-kanak-mempelajari.html)
Oleh itu, pengkaji cuba membantu murid pemulihan meningkatkan kemahiran fakta asas
darab dua hingga sembilan dengan menggunakan bahan maujud dan gambar rajah. Menurut
Kaedah Model ( Heddens, 2011) murid-murid diajar tentang konsep operasi darab
berdasarkan bilangan kumpulan dan bilangan unit dalam kumpulan. Maka kaedah ini dapat
membantu murid memahami konsep fakta asas darab. Kaedah Model ini mempunyai banyak
kelebihan. Hal ini kerana penggunaan bahan konkrit dalam pembelajaran dapat meningkatkan
tahap pemahaman murid.

Kesimpulannya, penggunaan bahan maujud dan gambar rajah ini dapat membantu
dalam meningkatkan kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan murid pemulihan di
dalam pengajaran dan pembelajaran.Murid dapat memahami fakta asas darab dua hingga
sembilan yang melibatkan penambahan secara berulangan.
6



1.2 REFLEKSI SOROTAN LITERATUR

1.2.1 : Definisi Matematik

Matematik boleh diertikan sebagai satu cara yang sistematik yang membolehkan
manusia mengetahui kuantiti dan nilai seperti saiz, laju, hala dan benda-benda di bumi atau di
cakerawala. Selain itu, matematik juga menjadi suatu ilmu pengetahuan yang mengajar
manusia berfikir secara logik mengikut bilangan dan jenisnya terhadap sesuatu masalah, sama
ada konkrit atau abstrak.(Mok Soon Sang, 1993)

Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara
mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik
secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran
(Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2010)

Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2008), matematik boleh
didefinisikan sebagai ilmu pengetahuan mengenai nombor, bentuk, susunan, hubungan dan
lain-lain dengan menggunakan simbol.

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan
perubahan. Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru, dan
menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik.
( http://ms.wikipedia.org/wiki/Matematik)
7


1.2.2 Kepentingan Matematik

Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses
ketaakulan terhadap kejadian alam sekeliling dan cakerawala. Matematik mengandungi dua
unsur utama iaitu simbol dan prinsip, hukum, teorem serta peraturan matematik digunakan
untuk menjalankan operasinya (Mok Soon Sang, 1993).

Menurut Prof. Madya Dr. Ab Rahman Ahmad dan Prof.Madya Dr. Baharudin Aris
dalam penyelidikannya yang bertajuk Pembangunan Multimedia Pendidikan Bagi
Matematik Sekolah Rendah Menggunakan Teknik EIF (2004) , matematik adalah satu cara
yang membolehkan manusia mendapat kuantiti atau nilai berapa banyak, berapa besar, berapa
cepat, berapa panjang dan sebagainya. Di samping itu, ia adalah suatu badan ilmu yang amat
berguna kepada saintis fizik dan sosial, ahli falsafah, ahli logik dan artis.

Oleh itu matematik menjadi alat dalam kehidupan untuk menyelesaikan masalah
harian, membolehkan manusia mengkaji pola, mengkaji masalah sosial, mereka bentuk yang
menarik dan seimbang, serta menjadi alat yang berguna untuk membantu sains mencari
kebenaran yang berkaitan dengan fenomena fizikal di alam sekeliling.

Dienes dalam Noor Shah ( 2001), berpendapat bahawa matematik adalah pengajian
mengenai struktur, mengkategorikan struktur, mengatur hubungan-hubungan yang berada
dalam struktur serta menjeniskan hubungan-hubungan antara struktur.


8



Dienes dalam Noor Shah ( 2001) mengkelaskan tiga konsep matematik iaitu konsep
tulen matematik, konsep notasi dan konsep gunaan
a) Konsep tulen
Matematik merupakan pengkelasan nombor dan hubungan antara nombor dan
juga benar-benar tidak bergantung atau bebas dari cara mewakili nombor.

b) Konsep notasi
Tatatanda merupakan sifat-sifat bagi nombor yang mewakili perwakilan
tertentu.

c) Konsep gunaan
Merujuk kepada penggunaan konsep tulen dan konsep notasi matematik untuk
menyelesaikan masalah matematik dan bidang-bidang berkaitan di dalam dan
di luar matematik. Konsep gunaan harus diajar selepas konsep tulen dan notasi
diajar.


Menurut Ahmad Khairi (1998) pemahaman konsep awal yang kurang jelas juga boleh
mengakibatkan pelajar sering membuat tanggapan yang salah dalam memahami matematik.
Maka, bagi menjamin pelajar mampu menguasai konsep awal, mereka perlu memahami tiga
konsep matematik secara berturutan iaitu konsep tulen, konsep notasi dan konsep gunaan.


9


1.2.3 Proses Matematik

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2010 ), antara proses yang terlibat dalam
matematik ialah membuat perwakilan. Matematik sering digunakan untuk mewakili dunia di
mana kita hidup. Oleh yang sedemikian, mesti wujud keserupaan antara aspek-aspek dunia
yang diwakili dan aspek-aspek dunia yang mewakili. Hubungan abstrak antara dua dunia ini
boleh digambarkan seperti berikut:



Rajah 1.0 Perwakilan dalam Matematik

Perwakilan boleh dianggap sebagai fasilitator yang membolehkan perkaitan antara
dunia sebenar dan dunia matematik. Formula, jadual, graf, persamaan dan sebagainya, semua
merupakan objek matematik yang digunakan untuk mewakili pelbagai gagasan dan hubungan
dunia sebenar.

Model-model
konkrit
Dunia
Matematik
Ramalan
Dunia
Sebenar
melambangkan
mengira menyemak
memudahkan
10


Perwakilan boleh didefinisikan sebagai Sebarang tatarajah huruf,imej atau objek
konkrit yang boleh melambangkan atau mewakilkan sesuatu yang lain. Sistem perwakilan
secara semula jadi terbahagi kepada dalaman dan luaran. Sistem perwakilan dalaman adalah
yang wujud di dalam fikiran seseorang individu manakala sistem perwakilan luaran adalah
yang mudah dikongsi dengan dan dilihat oleh orang lain.

Perwakilan dalaman terdiri daripada gagasan yang membantu dalam menggambarkan
proses manusia mempelajari dan menyelesaikan masalah dalam matematik, dan perwakilan
luaran terdiri daripada perkara seperti rajah, bahasa rasmi, dan notasi lambang. Guna pelbagai
perwakilan untuk menunjukkan satu konsep yang sama membantu bukan sahaja
mengembangkan pemahaman konsep yang lebih baik tetapi juga mengukuhkan kebolehan
seseorang menyelesaikan masalah.

Perwakilan adalah perlu bagi pemahaman konsep dan hubungan matematik murid.
Perwakilan membenarkan murid mengkomunikasikan pendekatan, perdebatan dan
pemahaman matematik kepada diri mereka sendiri dan kepada orang lain. Perwakilan
membenarkan murid untuk mengenal hubungan antara konsep yang berkaitan dan
mengaplikasikan matematik kepada masalah yang realistik.

Perwakilan adalah satu komponen yang penting dalam perkembangan pemahaman
secara matematik dan pemikiran kuantitatif. Tanpa perwakilan, matematik secara
keseluruhannya adalah abstrak, sebahagian besarnya adalah falsafah, dan barangkali tidak
dapat didekati oleh sebahagian besar daripada populasi.
11

Dengan perwakilan, gagasan matematik boleh dibentuk model, hubungan penting
boleh dihuraikan, dan pemahaman dirangsang melalui satu pembinaan dan urutan teliti bagi
pengalaman dan pemerhatian yang sesuai

1.2.4 Model Pengajaran Glaser

Menurut Prof. Madya Dr. Ab Rahman Ahmad dan Prof.Madya Dr. Baharudin Aris
dalam penyelidikannya yang bertajuk Pembangunan Multimedia Pendidikan Bagi
Matematik Sekolah Rendah Menggunakan Teknik EIF (2004) Robert Glaser telah
mengemukakan model pengajaran dengan membahagikan proses pengajaran kepada empat
komponen seperti dalam Rajah 2.0:


Rajah 2.0 : Model Pengajaran Glaser

a) Penentuan Objektif Pengajaran
Objektif pengajaran adalah penerangan kehendak hasil pencapaian yang dapat
dikuasai oleh pelajar selepas proses pengajaran berlaku. Hasil pencapaian
objektif pengajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku, perolehan dan
penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Maklum
Balas
Objektif
Pengajaran
Pengetahuan
Sedia Ada
Kaedah
Mengajar
Penilaian
12

b) Pengetahuan Sedia Ada
Pengetahuan sedia ada merujuk kepada kebolehan intelek, aras motivasi,
penentu-penentu sosial serta budaya pelajar. Pengetahuan sedia ada digunakan
untuk menentukan objektif pengajaran yang sesuai serta merancang dan
melaksanakan rancangan mengajar.

c) Kaedah Mengajar
Kaedah mengajar merujuk kepada satu siri aktiviti atau tindakan
pengajaran yang sistematik dan berlandaskan teori pengajaran dan
pembelajaran dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran yang
spesifik.

d) Penilaian
Penilaian merujuk kepada pentafsiran hasil pencapaian terhadap segala proses
pengajaran yang telah dilakukan. Pentaksiran meliputi penilaian objektif
pengajaran, pengetahuan sedia ada serta kaedah mengajar.

Melalui Model Pengajaran Glaser ini, objektif pelajaran harus dicapai selepas
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan bahan maujud dan
gambar rajah bagi meningkatkan kemahiran fakta asas darab murid pemulihan dua hingga
sembilan.

Kaedah penyampaian isi pelajaran melalui penggunaan bahan maujud dan gambar
rajah perlu diuruskan dengan sistematik berlandaskan strategi pengajaran iaitu pemusatan
guru, murid dan bahan, serta berlandaskan teori pembelajaran.
13


Pertimbangan pengetahuan sedia ada pada pelajar digunakan dalam
merangkaperlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, menyediaka kemahiran
tahap peringkat soalan supaya murid dapat menjawab soalan berdasarkan kemampuan
mereka.


1.2.5 Teori Kognitif

Menurut Prof. Madya Dr. Ab Rahman Ahmad dan Prof.Madya Dr. Baharudin Aris
dalam penyelidikannya yang bertajuk Pembangunan Multimedia Pendidikan Bagi Matematik
Sekolah Rendah Menggunakan Teknik EIF (2004) Teori pembelajaran kognitif merupakan
salah satu teori pembelajaran yang menekankan kepada pemerolehan maklumat, struktur
mental, pemprosesan maklumat dan kepercayaan.

Ahli psikologi kognitif yang terkenal adalah Kohler, Piaget, Bruner, Gagne dan
Ausubel. Hanya teori pembelajaran Piaget sahaja yang akan dinyatakan.

a) Teori Pembelajaran Piaget
Tahap pembelajaran seseorang perlu bersesuaian dengan perkembangan
tingkah laku dan kecerdasan. Menurut teori ini terdapat empat perkembangan
mengikut perubahan kronologi umur.



14

Peringkat Deria Motor (0-2 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai konsep kewujudan
objek dan perkembangan intelek adalah cepat dan tetapi mempunyai
keupayaan mental terhad kepada objek yang dilihat sahaja.


Peringkat Praoperasi (2-7 tahun)
Penggunaan simbol untuk mewakili berbagai aspek persekitaran (konsep).
Pada tahap ini kanak-kanak mempunyai keupayaan berbahasa tetapi pertuturan
egosentrik.

Peringkat Operasi Konkrit
Peringkat ini memerlukan peristiwa dan objek yang konkrit sebelum
penyelesaian sesuatu masalah. Pada tahap ini masalah berbentuk abstrak dan
hipotesis tidak dapat diselesaikan.

Peringkat Operasi Formal
Peringkat ini merupakan peringkat perkembangan kognitif di mana
mereka mampu membuat penaakulan dan fikiran secara abstrak.






15

Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun
mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak,
daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru,
daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal individu.
(http://kumpulan4groupd.blogspot.com/2010/03/40-perhubungan-teori-jean-piaget-
1896_23.html )


1.2.6 Strategi Pemusatan Bahan

Menurut Prof. Madya Dr. Ab Rahman Ahmad dan Prof.Madya Dr. Baharudin Aris
dalam penyelidikannya yang bertajuk Pembangunan Multimedia Pendidikan Bagi Matematik
Sekolah Rendah Menggunakan Teknik EIF (2004) Bahan pelajaran yang digunakan untuk
pengajaran dan pembelajaran diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran
dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti
carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan
projektor. Bahan pembelajaran adalah seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas,
alat-alat ujikaji dan komputer.

Di bawah strategi pemusatan bahan pembelajaran, bahan pelajaran memainkan
peranan untuk memudahkan guru menyampaikan pelajaran dengan lebih menarik dan
berkesan. Manakala murid-murid boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta
boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau berkumpulan tanpa
kehadiran guru. Ciri-ciri strategi pemusatan bahan pelajaran adalah seperti berikut:

16

a) Bahan pelajaran memainkan peranan penting di mana guru dan murid
perlu bergantung sepenuhnya kepada bahan ini untuk mencapai objektif
pelajaran.

b) Komunikasi antara guru dengan bahan pengajaran, atau murid dengan
bahan pembelajaran.

c) Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan
dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif
pelajaran.

d) Strategi ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.
Penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu murid memahami
konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Murid dapat membina kemahiran
melalui penggunaan bahan pembelajaran.

e) Strategi pemusatan bahan pelajaran mementingkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Dengan
adanya bahan-bahan pelajaran, ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan
dengan situasi konkrit.





17

1.2.7 Konsep Darab

Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2008),darab merupakan kira-
kira, cara atau kaedah menghitung untuk menggandakan sesuatu angka seperti 2 4 = 8.

Menurut Reys dan rakan-rakan (2004), terdapat dua faktor yang menyukarkan murid
mengingati fakta asas pendaraban.Pertama, pemahaman murid terhadap angka pendaraban
belum lagi mantap dan kedua penyampaian fakta asas kepada murid tidak tercapai. Kedua-dua
faktor ini mengakibatkan murid menghadapi masalah dalam mengingat fakta asas pendaraban
serta tidak dapat mengingat kembali fakta yang diajar terlebih dahulu.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Chai Mei Ling (2009) yang bertajuk Oh, itunya
darab! mengatakan bahawa pelbagai pendekatan boleh diperkenalkan untuk memudahkan
murid menguasai kemahiran mendarab. Sekiranya kaedah pengajaran dan pembelajaran itu
sesuai dengan seseorang, murid akan dapat menguasai kemahiran mendarab dengan lebih
baik.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Janting Anak Ringkai (2005) yang bertajuk
Mempelbagaikan Pendekatan Untuk Membantu Murid-Murid Tahun 5 Menguasai Sifir
Darab 1 Hingga 10 mengatakan bahawa pendekatan alternatif selain teknik menghafal sifir
darab boleh diaplikasikan seperti menggunakan jejari tangan, grid 1-100 dan pola nombor
hasil darab kepada murid.Kajian beliau bertujuan meningkatkan penguasaan sifir darab satu
hingga sepuluh murid-murid Tahun 5 SK Sg. Mengap. Subjek kajian adalah semua murid
Tahun Lima. Hasil kajian diharap dapat membantu murid-murid memahami kemahiran
matematik yang melibatkan operasi darab dan bahagi.
18


1.2.8 Bahan Maujud

Reys (2004), mengatakan bahawa tiga langkah perlu diikuti semasa mengajar
kemahiran asas matematik untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu kemahiran
yang diajar.Pertama adalah bahan konkrit. Iaitu menggunakan pelbagai bahan konkrit seperti
blok, kacang dan sebagainya untuk mewakili nombor. Seterusnya adalah bahan semi konkrit.
Dalam semi konkrit, nombor di wakilkan oleh gambar. Langkah terakhir adalah abstrak. Iaitu
mewakili nombor secara simbolik.

Menurut Kaedah Model ( Heddens, 2011) murid-murid diajar tentang konsep operasi
darab berdasarkan bilangan kumpulan dan bilangan unit dalam kumpulan. Maka kaedah ini
dapat membantu murid memahami konsep fakta asas darab.Kaedah Model ini mempunyai
banyak kelebihan. Hal ini kerana penggunaan bahan konkrit dalam pembelajaran dapat
meningkatkan tahap pemahaman murid.Sebagaiseorang guru matematik sekolah rendah, kita
harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit.

Menurut Mok Soon Sang ( 1993), Model Hidup merujuk kepada model yang sebenar
digunakan untuk melaksanakan tunjukcara. Contoh: Tunjukcara permainan alat muzik. Bagi
kajian tindakan saya ini, penggunaan bahan maujud digunakan bagi meningkatkan kemahiran
murid dalam kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan murid pemulihan.




19

1.2.9 Gambar Rajah

Dalam kajian yang dilakukan oleh Kishalani Devi a/p Sanmugum (2011) yang
bertajuk Meningkatkan Kemahiran Murid-Murid dalam Pendaraban Dua Digit Dengan Dua
Digit Melalui Kaedah Gambar Rajah mengatakan bahawa pengguanaan kaedah gambar rajah
dalam mengajar topik pendaraban dua digit dengan dua digit dapat meningkat kemahiran
murid-murid dalam mendarab.Mengikut pandangan penyelidik kaedah gambar rajah adalah
efektif dan sangat berkesan bagi memupuk minat murid ketika belajar topik pendaraban.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Shahadatul Shahirah Binti Shaharuddin ( 2010)
yang bertajuk Meningkatkan Pencapaian Murid-Murid Dalam Operasi Darab dengan
Menggunakan Kaedah Easy 100 Charts mengatakan bahawa kaedah ini dapat
meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran menjawab sifir berbanding menghafal
sifir.Kaedah ini juga sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran disleksia.

Menurut Mok Soon Sang ( 1993 ), Model simbolik merujuk kepada tunjukcara yang
dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara bertulis, bergambar atau arahan guru. Contoh:
Tunjuk cara ujikaji sains berdasarkan langkah-langkah yang ditunjukkan dalam gambarajah.






20

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini adalah membantu murid murid pemulihan menguasai kemahiran
fakta asas darab dua hingga sembilan dengan menggunakan bahan maujud dan gambar rajah.
Secara keseluruhan, murid pemulihan tidak mampu menguasai kemahiran operasi darab dua
hingga sembilan secara mudah seperti hafalan dan petak seratus kerana tahap kognitif mereka
tidak sama dengan aras kognitif murid cerdas yang lain. Menurut Noraini Idris (2001),
pembelajaran matematik bukan semata-sema pengiraan, penghafalan formula atau
teori,bahkan ia melibatkan penyelidikan, pengujian dan penyelesaian masalah. Pelajar
membina konsep dan kemahiran matematik melalui pengalaman semasa pembelajaran
matematik.

Oleh itu pengkaji ingin memberikan perhatian yang khusus kepada aspek penguasaan
murid pemulihan akan kemahiran fakta asas darab dengan menggunakan bahan maujud serta
gambar rajah. Menurut Kaedah Model ( Heddens, 2011) murid-murid diajar tentang konsep
operasi darab berdasarkan bilangan kumpulan dan bilangan unit dalam kumpulan. Maka
kaedah ini dapat membantu murid memahami konsep fakta asas darab dengan lebih
mendalam.

Fokus kajian ini juga berdasarkan beberapa kriteria. Kriteria yang pertama adalah
keboleh tadbiran. Kajian ini akan dilaksanakan semasa program internship selama 4 minggu
di SK Taman Seri Pagi. Pengkaji akan meminta kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah
untuk menjalankan kajian ini di sekolah. Pengkaji juga telah mendapat kebenaran dari guru
pemulihan untuk menggunakan bilik pemulihan bagi menjalankan kajian ini.
21

Hal ini kerana persekitaran yang kondusif adalah faktor yang penting untuk
menyampaikan ilmu dengan lebih efektif. Menurut Noraini Idris (2001), persekitaran yang
kondusif akan mendorong proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Suasana
menggalakkan dapat membantu murid dalam proses pemahaman konsep dan kemahiran
matematik yang bermakna.

Kriteria kedua adalah kepentingan kajian. Pengkaji menjalankan kajian ini kerana
kemahiran fakta asas darab memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian murid.
Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam subjek Matematik, fakta
asas darab merupakan salah satu operasi yang penting.

Manakala aplikasinya adalah penting dalam menyelesaikan masalah lain di dalam
topik topik Matematik seperti nombor bulat, pecahan, perpuluhan, wang, masa, ukuran
panjang, timbangan berat, isipadu cecair, bentuk dan ruang serta pengendalian data.Jika murid
tidak memahami kemahiran fakta asas darab, murid sudah pasti gagal dalam menyelesaikan
masalah harian yang melibatkan kemahiran pendaraban. Pengkaji menggunakan bahan
maujud dan gambar rajah supaya murid dapat menterjemahkan konsep asas kemahiran darab
melalui penambahan berulang dan seterusnya mengatasi masalah murid dalam
Matematik.Penggunaan bahan maujud dan gambar rajah ini akan memudahkan kefahaman
murid terhadap topik pendaraban serta menarik minat murid untuk mempelajari konsep fakta
asas darab dua hingga sembilan.




22


Kriteria yang seterusnya ialah kebolehgunaaan. Kaedah ini boleh diperkenalkan
kepada semua murid kerana Operasi Darab terkandung dalam sukatan pelajaran Matematik
Tahun 2 hingga tahun 6 khususnya murid pemulihan. Guru boleh memperkenalkan fakta asas
darab 2 9 melalui penggunaan bahan maujud dan gambar rajah terlebih dahulu sebelum
beralih kepada pemikiran yang lebih abstrak seperti ayat matematik darab. Mengikut Teori
Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut perkembangan
kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh,
daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus
mengikut perkembangan fizikal individu. (http://kumpulan4groupd.blogspot.com/2010/03/40-
perhubungan-teori-jean-piaget-1896_23.html ) Kajian ini juga dapat memotivasikan murid
murid untuk memahami kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan dengan mendalam
serta dapat melibatkan diri mereka dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lebih aktif.

Kriteria yang difokuskan dalam kajian ini ialah kawalan. Pengkaji akan memberikan
perhatian kepada aspek fizikal, kognitif dan afektif murid supaya kajian ini akan berjalan
lancar. Bagi aspek fizikal, pengkaji akan memastikan keadaan persekitaran kelas pemulihan
yang kondusif bagi menjalankan kajian ini. Selain itu, keadaan kesihatan murid juga
memainkan peranan yang penting kerana apabila keadaan murid cergas, barulah mereka
berminat menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam pada itu, dari aspek kognitif dan
afektif pula pengkaji akan memastikan keadaan kognitif murid yang bersedia untuk menerima
pengajaran guru serta dapat melaksanakan aktiviti pengajaran guru secara efektif.


23

Kriteria yang seterusnya ialah kerelevenan kajian kepada sekolah. Kajian ini amat
penting untuk dikuasai oleh murid pemulihan kerana kemahiran fakta asas darab dua hingga
sembilan sangat berguna dalam meningkatkan tahap pencapaian murid dalam
Matematik.Menerusi kajian ini, murid akan dapat memahami kemahiran fakta asas darab dua
hingga sembilan dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Murid pemulihan
juga tidak akan berasa tertekan untuk mempelajari mata pelajaran Matematik yang melibatkan
operasi darab kerana mereka sudah memahami konsep asas darab yang melibatkan
penambahan berulang.


2.1 Tinjauan dan Analisis Masalah

Sebelum kajian dijalankan, pengkaji telah membuat tinjauan awal untuk mengenal
pasti masalah murid dalam mata pelajaran Matematik. Tinjauan awal ini juga dilakukan untuk
mendapatkan data dan melihat sejauh manakah tahap pencapaian murid pemulihan dalam
mata pelajaran Matematik. Jadual dibawah menunjukkan senarai tinjauan awal yang telah
dilaksanakan.

Jadual 2.1.1 Tinjauan Awal Kajian
Langkah Tarikh
/ Masa
Kumpulan
Sasaran
Cara
Penilaian
Tinjauan
1 21/1/13 Guru
Pemulihan
Temu bual i. Mengenal pasti murid
yang bermasalah dalam
pembelajaran

24

ii. Mengetahui tahap, minat,
dan pencapaian murid
dalam pembelajaran
2 23/1/13 2 orang murid
pemulihan
Ujian
diagnostik
i. Mendapatkan data
ii. mengenal pasti tahap
kefahaman murid
sebelum menggunakan
kaedah baru
3 25/1/13 2 orang murid
pemulihan
Pemerhatian
buku latihan
murid
i. Melihat hasil kerja murid
serta mengenal pasti
kelemahan dalam operasi
darab
4 30/1/13 2 orang murid
pemulihan
Soal selidik i. mendapatkan pandangan
murid terhadap konsep
pendaraban
5 01/2/13 Guru
matapelajaran
Matematik
Temu bual i. Mengetahui tahap, sikap
dan pencapaian murid di
aliran perdana

Melalui tinjauan awal yang telah dilaksanakan, pengkaji mendapati murid pemulihan
masalah dalam menyelesaikan soalan ayat matematik yang melibatkan fakta asas darab dua
hingga sembilan. Murid hanya membiarkan soalan yang diberikan kosong tanpa jawapan.
Selain itu, apabila diberi soalan operasi darab yang melibatkan gambar rajah, murid tidak
menterjemahkannya dalam ayat matematik mudah.

25

Dalam pada itu, murid juga mengalami kesukaran untuk meningat fakta asas darab
dua hingga sembilan walaupun telah menggunakan kaedah hafalan. Pengkaji cuba
menggunakan kaedah alternatif lain seperti petak seratus, nyanyian dan juga jari namun murid
hanya dapat menguasainya hanya sementara sahaja. Lebih-lebih lagi dengan sikap murid yang
selalu tidak hadir sekolah,menyukarkan lagi pengkaji untuk membantu murid mengatasi
masalah dalam kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan.

Oleh yang demikian, pengkaji bercadang untuk mengatasi masalah ini dengan
menggunakan bahan maujud dan gambar rajah agar murid dapat meningkatkan fahaman
mereka terhadap fakta asas darab dua hingga sembilan. Reys (2004), mengatakan bahawa tiga
langkah perlu diikuti semasa mengajar kemahiran asas matematik untuk meningkatkan
kefahaman murid terhadap sesuatu kemahiran yang diajar.Pertama adalah bahan konkrit. Iaitu
menggunakan pelbagai bahan konkrit seperti blok, kacang dan sebagainya untuk mewakili
nombor. Seterusnya adalah bahan semi konkrit. Dalam semi konkrit, nombor di wakilkan oleh
gambar. Langkah terakhir adalah abstrak. Iaitu mewakili nombor secara simbolik.Kajian ini
diharapkan dapat meningkatkan motivasi dan minat murid dalam memahami fakta asas dua
hingga sembilan dengan mudah.








26

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

3.1 Tujuan Kajian

Tujuan utama penyelidikan kajian ini adalah untuk mencari jalan penyelesaian kepada murid
pemulihan untuk membantu mereka menguasai fakta asas darab dua hingga sembilan dengan
menggunakan pendekatan yang mereka mampu lakukan sendiri. Sebagaimana yang diketahui,
murid pemulihan tidak mampu mengingat sesuatu perkara dengan banyak dalam sesuatu
masa. Oleh itu, saya telah menggunakan kaedah bahan maujud dan gambar rajah untuk
diaplikasikan kepada murid pemulihan agar mereka mampu menjawab soalan sifir darab yang
diberikan dengan betul tanpa perlu menghafal.

3.2 Objektif Kajian

Kajian tindakan ini mempunyai beberapa objektif seperti berikut :

1. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan
murid melalui penggunaan bahan maujud dan gambar rajah.
2. Melahirkan persepsi yang positif dalam diri murid bahawa fakta asas darab dua
hingga sembilan merupakan kemahiran yang mudah difahami dengan penggunaan
bahan maujud dan gambar rajah.




27

3.3 Persoalan Kajian

Kajian tindakan ini mempunyai beberapa soalan seperti berikut :
i. Adakah penggunaan bahan maujud dan gambar rajah berkesan dalam membantu
murid pemulihan dalam menguasai kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan?
ii. Bagaimanakah penggunaan bahan maujud dan gambar rajah dapat membantu
melahirkan persepsi positif dalam kalangan murid pemulihan bahawa fakta asas darab
dua hingga sembilan adalah kemahiran yang mudah difahami?


4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsan Taman Seri Pagi, 70450 Seremban,
Negeri Sembilan. Kajian ini melibatkan 2 orang murid pemulihan tahun 5G. Kedua-dua murid
tersebut merupakan seorang lelaki dan seorang perempuan yang mempunyai latar belakang
keluarga yang berbeza.

Semua responden yang terpilih terdiri daripada kaum Melayu yang berumur 11 tahun.
Menurut Piaget, umur kanak-kanak pada waktu ini merupakan Peringkat Operasi
Formal.Peringkat ini merupakan peringkat perkembangan kognitif di mana mereka mampu
membuat penaakulan dan fikiran secara abstrak.

Walaupun begitu, tahap kognitif mereka masih lagi dalam peringkat Operasi Konkrit
kerana mereka memerlukan peristiwa dan objek yang konkrit sebelum dapat menyelesaikan
28

sesuatu masalah. Murid pemulihan ini belum lagi dapat menyelesaikan masalah berbentuk
abstrak dan hipotesis.

Tahap akademik kumpulan sasaran ini sangatlah lemah kerana responden telah
mengikuti kelas pemulihan ini dari darjah 1 lagi. Apabila masuk ke tahap 2 pembelajaran
mereka telah terhenti di kelas pemulihan dan menyebabkan mereka keciciran. Terdapat
seorang responden diberi pemulihan bagi Subjek Bahasa Melayu dan juga Matematik.
Manakala seorang responden lagi hanya mengikuti Pemulihan Matematik sahaja. Responden
telah dikenal pasti mempunyai maslah dalam operasi darab 2-9 melalui ujian diagnostik yang
dijalankan.

5.0 TINDAKAN

Dalam penghasilan kajian tindakan ini, saya mengaplikasikan Model Kurt Lewin
(1946) ataupun lebih dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research Spiral. Model ini
menghuraikan bahawa penyelidikan tindakan sebagai proses lingkaran yang mana
menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang
telah dikaji.Terdapat empat fasa dalam model ini iaitu perancangan, diikuti dengan
tindakan, pemerhatian dan seterusnya refleksi . Rajah 5.1 menunjukkan Model Kurt
Lewin.
29


Rajah 5.1 : Kurt Lewin's Action Research Spiral (1946)

Menurut Model Kurt Lewin (1946), melalui fasa perancangan, setelah mengenalpasti
sesuatu masalah atau isu dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru akan mula
mengumpulkan data. Pengumpulan data boleh dilakukan melalui pelbagai cara seperti ujian
pra, temubual, pemerhatian, dan hasil kerja murid.Guru seterusnya akan merancang pelan
tindakan yang sesuai bagi mengatasi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
tersebut.

Di fasa tindakan pula, guru akan melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang.
Setiap langkah dalam pelan tindakan yang telah dirancang akan dilaksanakan semasa proses
pembelajaran berlaku bersama murid. Guru akan membuat pemerhatian dan mengumpul data
bagi melihat kesan pelan tindakan yang dijalankan.

Guru seterusnya akan menganalisis dan menilai dengan membuat refleksi mengenai
planning
acting
observing
reflecting
30

keberkesanan tindakan berdasarkan data yang dikumpul. Berdasarkan refleksi yang telah
dijalankan guru akan membuat penambahbaikan dengan mengambil langkah tindakan
seterusnya dan begitulah berikutnya melalui beberapa kitar.

5.1 Prosedur Tindakan

Pertama, saya menjalankan temu bual bersama guru pemulihan. Tujuan utama
temubual ini dijalankan ialah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang latar belakang,
prestasi dan minat murid pemulihan dalam mata pelajaran Matematik di dalam kelas. Selain
daripada itu, saya ingin mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid pemulihan di dalam
matepelajaran Matematik. Melalaui temu bual ini, saya dapat membuat gambaran awal akan
masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan di dalam mata pelajaran Matematik.

Kedua, saya menjalankan ujian diagnostik yang merangkumi tajuk fakta asas darab
dua hingga sembilan. Melalui ujian pra ini, saya akan dapat menilai pencapaian murid dalam
fakta asas darab dua hingga sembilan sama ada mereka dapat memahami konsep fakta asas
darab dua hingga sembilan melalui penambahan secara berulang serta menguasai fakta asas
darab dua hingga sembilan secara congak. Saya akan dapat melihat dengan lebih jelas tahap
penguasaan murid serta daerah kelemahan mereka melalui ujian pra ini.

. Dalam pada itu, pemerhatian juga dilaksanakan bagi memeriksa buku serta lembaran
kerja murid bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh mereka dalam matapelajaran
Matematik.

31

Selain itu, saya menjalankan soal selidik kepada murid pemulihan bagi mengetahui
tanggapan, minat dan perasaan mereka terhadap mata pelajaran Matematik terutamanya bagi
tajuk fakta asas darab dua hingga sembilan. Melalui soal selidik ini dapat membantu saya
dalam merancang pelan tindakan yang sesuai bagi membantu menyelesaikan masalah yang
mereka hadapi dalam menguasai fakta asas darab dua hingga sembilan.

Seterusnya, saya akan melaksanakan pelan tindakan iaitu dengan menggunakan bahan
maujud dan gambar rajah bagi meningkatkan kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan
murid pemulihan. Terlebih dahulu, pengkaji akan menerangkan konsep fakta asas darab dua
hingga sembilan kepada murid.Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2008),
darab merupakan kira-kira, cara atau kaedah menghitung untuk menggandakan sesuatu angka
seperti 2 4 = 8.

Oleh itu murid pemulihan akan didedahkan bahawa darab melibatkan operasi
penambahan berulang nombor 2 sebanyak 4 kali iaitu 2 + 2 + 2+ 2 = 8. Kemudian, murid
akan diterangkan bahawa digit 2 mewakili bilangan kumpulan manakala digit 4 pula mewakili
bilangan unit dalam kumpulan. Digit 8 mewakili hasil tambah semua unit dalam setiap
kumpulan. Rajah 5.1.1 menunjukkan konsep fakta asas darab yang akan diperkenalkan
kepada murid pemulihan.






32









Rajah 5.1.1 Konsep fakta asas darab

Bahan maujud yang akan saya gunakan bagi kajian tindakan ini ialah kulit kerang dan
piring kertas. Kerang akan mewakili bilangan unit dalam kumpulan manakala piring kertas
mewakili bilangan kumpulan bagi sesebuah fakta asas darab. Bagi gambar rajah pula, saya
melukis bentuk bulat mewakili bilangan kumpulan manakala bintang mewakili bilangan unit
dalam kumpulan. Pelan tindakan ini akan dijalankan selama 4 minggu. Saya akan
menggunakan masa selama 30 minit setiap kali mata pelajaran Matematik berlangsung di
kelas pemulihan.Langkah-langkah pelaksanaan tindakan adalah seperti berikut :

Langkah 1 :
Sebuah bekas berisi kerang serta beberapa biji piring kertas akan disediakan.Murid
akan dipaparkan dengan sebuah kad carta bagi fakta asas darab 2. Murid dikehendaki untuk
mewakilkan fakta asas darab 2 dengan bahan maujud yang diberi. Murid akan diterangkan
bahawa piring kertas mewakili bilangan kumpulan manakala kerang mewakili bilangan unit
dalam kumpulan. Murid akan menulis jawapan bagi setiap fakta asas darab 2 yang diperoleh
2 x 4 = 8
Mewakili
Bilangan
kumpulan
Mewakili Bilangan
unit dalam
kumpulan
hasil tambah
semua unit dalam
setiap kumpulan
33

diatas kad carta. Rajah 5.1.2 dan 5.1.3 menunjukkan perwakilan fakta asas darab 2 dengan
menggunakan bahan maujud.








Langkah 2 :

Seterusnya, murid dikehendaki membuat perwakilan fakta asas darab dua hingga
sembilan dengan menggunakan gambar rajah pula. Pada mulanya, murid akan dibekalkan
dengan lembaran kerja bagi fakta asas darab 2. Murid dikehendaki melukis bentuk-bentuk
yang mudah seperti bulat bagi menunjukkan bilangan kumpulan manakala bintang sebagai
bilangan unit di dalam kumpulan.Rajah 5.1.3 menunjukkan bagaimana fakta asas darab 2
diwakilkan dengan menggunakan gambar rajah.


FAKTA ASAS DARAB 2
1 2 = 2

2
Rajah 5.1.2
Rajah 5.1.3
34

2 2 = 4

2 + 2
3 2 = 6

2 + 2 + 2
4 2 = 8

2 + 2 + 2 + 2


5 2 = 10

2 + 2 + 2 + 2 + 2


6 2 = 12

2 + 2 + 2 + 2 + 2 + 2



7 2 = 14

2 + 2 + 2 + 2 + 2 + 2
+ 2

8 2 = 16

2 + 2 + 2 + 2 + 2 + 2

+ 2 + 2


35

9 2 = 18

2 + 2 + 2 + 2 + 2 + 2

+ 2 + 2 + 2



Rajah 5.1.3 Perwakilan fakta asas darab 2 menggunakan gambar rajah

Saya akan mengulang sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan maujud
dan gambar rajah ini bagi fakta asas darab tiga hingga sembilan pula selama 4 minggu.
Melalui penggunaan bahan maujud dan gambar rajah ini, murid pemulihan dapat melihat dan
memahami dengan lebih jelas bahawa fakta asas darab dua hingga sembilan merupakan
kaedah menghitung secara gandaan akan sesuatu nombor. Saya akan memberikan latih tubi
sehingga murid pemulihan mahir akan kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan.

Seterusnya, saya akan menjalankan ujian pos bagi melihat peningkatan murid
pemulihan dalam kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan. Akhir sekali, saya akan
mengedarkan borang soal selidik kepada murid pemulihan bagi melihat perbandingan
perubahan persepsi mereka terhadap kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan.
Melalui soal selidik ini juga, saya dapat mengetahui minat dan perasaan murid terhadap
penggunaan bahan maujud dan gambar rajah bagi meningkatkan penguasaan kemahiran fakta
asas darab dua hingga sembilan. Jadual 5.1.4 menunjukkan secara ringkas akan perancangan
langkah tindakan saya.

Jadual 5.1.4 Langkah Tindakan

Bil. Aktiviti yang dijalankan Tujuan
36


1. Temubual bersama guru
pemulihan
Mendapat maklumat mengenai latar belakang murid,
prestasi murid dalam mata pelajaran Matematik, masalah
murid dalam Matematik, kekuatan dan kelemahan murid

.
2. Ujian Diagnostik Melihat tahap pencapaian dan kefahaman murid dalam
kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan.Mengenal
pasti daerah kelemahan murid.

3. Pemerhatian Melihat melihat sama ada murid berminat ketika
mempelajari subjek Matematik serta mengetahui tahap
pencapaian murid di kelas pemulihan. Dalam pada itu,
pemerhatian juga akan dilaksanakan bagi memeriksa buku
serta lembaran kerja murid bagi mengenalpasti masalah
yang dihadapi oleh mereka dalam matapelajaran
Matematik.


4. Soal Selidik Mengetahui persepsi, minat dan perasaan mereka terhadap
mata pelajaran Matematik terutamanya bagi tajuk fakta
asas darab 2- 9.


5. Tindakan Menggunakan bahan maujud dan gambar rajah bagi
37

meningkatkan kemahiran fakta asas darab dua.Tindakan
akan dijalankan selama 4 minggu iaitu selama 30 minit
setiap kali mata pelajaran Matematik berlangsung di kelas
pemulihan.
6. Intervensi Mengulang langkah pengajaran dan pembelajaran
menggunakan bahan maujud dan gambar rajah ini bagi
fakta asas darab tiga hingga sembilan pula. Latih tubi juga
akan diberi supaya murid dapat meguasai kemahiran fakta
asas darab dua hingga sembilan tanpa menggunakan bahan
maujud, sebaliknya dengan melukis gambar rajah.
7. Uijan Pos Melihat peningkatan murid pemulihan dalam kemahiran
fakta asas darab dua hingga sembilan selepas menjalankan
tindakan.

8. Soal Selidik Mengetahui keberkesanan menggunakan bahan maujud dan
gambar rajah dalam meningkatkan kemahiran fakta asas
darab dua hingga sembilan murid pemulihan.








38







5.2 Cara Mengumpul Data

5.2.1: Temu bual

Menurut Wikipedia, temu bual adalah satu perbualan antara dua orang atau lebih
(penemu bual dan yang ditemu bual). Tujuannnya ialah untuk memperolehi maklumat dari
seseorang.Saya akan menjalankan temu bual berstruktur melibatkan guru pemulihan serta
guru mata pelajaran Matematik Tahun 6. Tujuan utama saya menjalankan temu bual
berstruktur ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai latar belakang
murid, prestasi murid dalam mata pelajaran Matematik serta kekuatan dan kelemahan murid
pemulihan di dalam pembelajaran.

Melalui temu bual ini juga, saya dapat mengenal pasti akan kaedah pengajaran guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran Matematik berlaku, serta pandangan guru akan
tingkah laku murid ketika proses pembelajaran berlaku. Selain daripada itu, saya juga dapat
mengetahui latar belakang guru yang ditemubual mengenai pengalaman mengajar Matematik,
sekolah, opsyen, serta jawatan-jawatan yang disandangi.Rujuk temu bual berstruktur di
lampiran 1.

39

5.2.2 Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik telah diberikan untuk melihat tahap pencapaian murid dalam mata
pelajaran Matematik. Selain itu, ujian ini diberikan untuk mengesan daerah kelemahan murid
pemulihan dalam kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan. Ujian pra ini mengandungi
25 soalan berkaitan tajuk fakta asas darab dua hingga sembilan. Soalan-soalan dalam ujia pra
telah diolah dan digubal berdasarkan Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Pemulihan Khas (2012).
Ujian diagnostik ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan
Bahagian C. Bagi Bahagian A, murid dikehendaki untuk melengkapkan ayat matematik
operasi darab yang betul bagi gambar rajah yang diberi. Bagi Bahagian B pula, murid
dikehendaki untuk membina ayat matematik operasi darab yang betul berdasarkan gambar
rajah yang diberi. Seterusnya, bagi Bahagian C, murid dikehendaki untuk mengisikan tempat
kosong dengan fakta asas darab dua hingga sembilan yang betul. Rujuk kertas soalan ujian
pra di lampiran 2.


5.2.3 Ujian Pos
Ujian pos ini akan dijalankan selepas tindakan dijalankan selama 4 minggu.
Pengkaji akan memberi latih tubi sehingga murid pemulihan mampu menguasai
kemahiran fakta asas darab 2 9 dengan baik dengan menggunakan bahan maujud,
kemudian diikuti dengan melukis gambar rajah.Soalan dalam ujian pra dan pos adalah
sama. Ujian pos ini akan diberi kepada murid pemulihan untuk menguji pencapaian
mereka bagi kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan selepas menggunakan
40

kaedah pengguanaan bahan maujud dan gambar rajah. Saya akan membandingkan
markah ujian diagnostik dengan markah ujian pos untuk menilai keberkesanan kaedah
yang digunakan.


5.2.4 Pemerhatian
Saya akan menggunakan kaedah pemerhatian ini dengan menggunakan senarai
semak bagi melihat tingkah laku murid sama ada berminat untuk mempelajari subjek
Matematik ketika berada di dalam kelas .Dalam pada itu, pemerhatian ini juga
dilakukan untuk melihat tahap pencapaian keseluruhan murid bagi mata pelajaran
Matematik.Dalam pada itu, pemerhatian terhadap buku tulis serta lembaran kerja
murid akan dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh mereka
dalam matapelajaran Matematik. Saya akan dapat mengumpulkan data melalui
lembaran kerja yang diberi ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Melalui pemerhatian ini, saya dapat mengenal pasti daerah kelemahan murid
pemulihan dalam menguasai kemahiran dalam Matematik lebih lebih lagi fakta asas
darab dua hingga sembilan.

5.2.5 Soal selidik
Saya akan menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui minat dan
perasaan murid pemulihan terhadap mata pelajaran Matematik terutamanya bagi
kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan. Borang kaji selidik ialah borang
41

untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki atau diminta tentang sesuatu perkara.
(http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kaji&d=10).
Oleh itu borang soal selidik ini dibina dengan 2 bahagian iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. Bagi bahagian A, adalah mengenai latar belakang murid seperti jantina,
umur, bilangan adik beradik, pekerjaan ibu bapa, hobi, cita-cita, subjek kegemaran
serta pencapaian murid dalam ujian Matematik yang lepas.
Bagi Bahagian B pula, adalah untuk mengetahui dan mengenalpasti minat dan
persepsi murid pemulihan terhadap kemahiran fakta asas darab. Bahagian ini
mempunyai 12 item. 6 item pertama mengenai sikap murid terhadap subjek Matematik
manakala 6 item lagi adalah mengenai cara murid belajar subjek Matematik.
Guru akan membacakan item satu persatu terlebih dahulu kerana terdapat
murid pemulihan yang masih lemah dalam kemahiran membaca.Manakala murid akan
memberikan respon dengan menandakan pada kotak yang disediakan. Borang soal
selidik ini akan diberi kepada semua murid pemulihan yang terlibat dalam tindakan
ini.Rujuk borang soal selidik dalam lampiran 3.
3. Adakah murid dari keluarga yang bersosioekonomi
rendah?

3. Adakah murid pemulihan rajin hadir ke kelas ketika
mata pelajaran Matematik?

4. Adakah murid pemulihan menujukkan minat ketika
mata pelajaran Matematik berlangsung?

5. Adakah murid pemulihan rajin menjawab soalan
Matematik yang diberikan oleh guru?

42

6. Adakah cikgu menggunakan bahan bantu mengajar
semasa mengajar sesuatu konsep Matematik?

7. Adakah murid pemulihan dapat memahami sesuatu
konsep Matematik sekiranya cikgu menggunakan
bahan maujud dan separa konkrit?

8. Adakah cikgu selalu membimbing murid pemulihan
apabila mereka membuat latihan Matematik?

9. Adakah murid pemulihan selalu menyiapkan kerja
rumah Matematik yang diberi oleh guru?

10. Adakah murid pemulihan lulus dalam subjek
Matematik pada peperiksaan yang lalu?

11. Adakah murid selalu berjumpa guru jika mempunyai
sebarang masalah di dalam pembelajaran?

12. Adakah guru selalu memberi kelas tambahan pada
murid pemulihan?



5.3.2 Ujian Diagnostik dan Pos

Saya akan menganalisis data dari ujian diagnostik dan pos melalui markah yang
diperoleh murid pemulihan. Markah yang diperoleh oleh murid pemulihan akan disusun
dalam bentuk jadual.Melalui jadual ini, satu perbandingan markah akan dapat dilihat sebelum
dan selepas pelaksanaan tindakan pengguanaan bahan maujud dan gambar rajah bagi
meningkatkan kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan murid pemulihan. Jadual 5.
3.2.2 menunjukkan jadual perbandingan markah ujian pra dan pos murid pemulihan
43








Jadual 5.3.2.2 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos

Murid Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos Perbandingan (%)
A
B
N = 2


Saya juga akan menggunakan graf bar bagi melihat dengan lebih jelas perbandingan
markah yang diperoleh murid pemulihan dalam ujian pra dan pos. Melalaui graf bar ini, saya
akan dapat menilai keberkesanan penggunaan bahan maujud dan gambar rajah bagi
meningkatkan kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan selepas menjalankan
tindakan.

5.3.3 Pemerhatian

44

Melalaui kaedah pemerhatian, saya akan menyemak buku tulis serta lembaran
kerja murid bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh mereka dalam
matapelajaran Matematik.
Saya akan dapat melihat kesalahan yang dilakukan oleh murid pemulihan
melalui lembaran kerja yang diberi ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Melalui pemerhatian ini, saya dapat mengenal pasti daerah kelemahan murid
pemulihan dalam menguasai kemahiran dalam Matematik lebih lebih lagi fakta asas
darab dua hingga sembilan.

5.3.4 Soal selidik
Borang soal selidik yang telah dijalankan sebelum ujian diagnostik dan selepas
ujian pos akan dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan peratus.Saya akan
mengira kekerapan respon setuju dan tidak setuju terhadap setiap item yang
terdapat dalam borang soal selidik.Melalui pengiraan tersebut, sebuah jadual dibina
untuk melihat perbandingan hasil dapatan soal selidik sebelum dan selepas tindakan
dijalankan.Jadual 5.3.4.3 menunjukkan cara menganalisis data borang soal selidik.
Jadual 5.3.4.3 : Analisis data Soal Slidik
Bil. Item Sebelum
Tindakan
Selepas
Tindakan
Setuju Tidak
setuju
Setuju Tidak
setuju
Bil
(%)
Bil
(%)
Bil
(%)
Bil
(%)
45

1. Saya suka datang ke sekolah untuk belajar.
2. Saya mempunyai ramai kawan yang sudi
membantu saya dalam pelajaran.

3. Saya minat mata pelajaran Matematik.
5. Saya suka belajar tajuk Pendaraban.
6. Saya dapat menghafal semua fakta asas
darab 2 9 dengan betul.

7. Saya dapat menjawab semua soalan
berkaitan fakta asas darab 2 9 dengan
betul.

8. Cikgu menggunakan bahan maujud
semasa mengajar tajuk pendaraban.

9. Cara pengajaran guru sangat menarik dan
menyeronokkan.

10. Penggunaan bahan maujud dan gambar
rajah membantu saya menjawab soalan
bagi kemahiran fakta asas darab 2 9
dengan betul.

11. Cikgu sentiasa membimbing saya ketika
membuat latihan Matematik.






46

6.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI
Kajian ini untuk menjawab persoalan kajian :
i. Adakah penggunaan bahan maujud dan gambar rajah berkesan dalam membantu
murid pemulihan dalam menguasai kemahiran fakta asas darab dua hingga sembilan?
ii. Bagaimanakah penggunaan bahan maujud dan gambar rajah dapat membantu
melahirkan persepsi positif dalam kalangan murid pemulihan bahawa fakta asas darab
dua hingga sembilan adalah kemahiran yang mudah difahami?

6.1 Profil Kajian
Jadual 6.1.1 : Taburan Kekerapan Maklumat Demografi Responeden (N=2)

Item Butiran Kekerapan Peratus
(%)
Jantina Lelaki 1 50
Perempuan 1 50
Umur 11 Tahun 2 100
Bilangan adik-beradik Kurang dari 4 0 0
4 dan ke atas 2 100
Sosio ekonomi keluarga Berpendapatan rendah 2 100
Pencapaian matematik
bagi ujian yang lalu
Gagal 2 100
Mata pelajaran yang
digemari
Pendidikan Jasmani
Kesihatan
1 50
Pendidikan Seni 1 50
Matematik 0 100
N=2


47


Kajian ini melibatkan 2 orang murid Tahun 5. Jadual 6.1.1 menunjukkan
responden kajian terdiri daripada 50 % murid lelaki dan 50% murid perempuan. 100%
responden berumur 11 tahun. Dalam pada itu, tiada responden yang mempunyai
bilangan adik-beradik yang kurang daripada 4 orang. Sebaliknya, 100% reponden
mempunyai bilangan adik-beradik yang lebih daripada 4 orang. Walaupun demikian,
kedua-dua orang responden bukan anak sulung dalam keluarga mereka.

100 % responden kajian ini terdiri daripada keluarga yang berpendapatan
rendah. Hasil temu bual mendapati ibu bapa responden bekerja sebagai pekerja kilang
dan penjual buah. Dalam ujian yang lepas 100% responden gagal dalam mata
pelajaran Matematik. Markah responden adalah di antara 20 hingga 40 markah sahaja.
Seterusnya, 50 % responden menyukai mata pelajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan
(PJK) manakala 50 % responden lain gemar akan mata pelajaran Pendidikan Seni.
Tiada seorang responden pun yang meminati mata pelajaran Matematik.

Kesimpulannya, murid murid pemulihan sangat lemah dan kurang minat
dalam mata pelajaran Matematik. Berdasarkan temu bual yang dijalankan terhadap
guru Matematik, tahap kecerdasan minda yang rendah serta kurang perhatian daripada
ibu bapa merupakan salah satu punca yang menyebabkan murid pemulihan mengalami
masalah dalam pembelajaran mereka.




48


6.2 Mengenal pasti keberkesanan penggunaan bahan maujud dan gambar
rajah dalam menguasai fakta asas darab dua hingga sembilan dalam
kalangan murid pemulihan.

Bagi mengenal pasti keberkesanan penggunaan bahan maujud dan gambar
rajah dalam menguasai fakta asas darab dua hingga sembilan dalam kalangan murid
pemulihan, pengkaji telah menggunakan ujian pra dan pos. Jadual 6.2.1 menunjukkan
perbandingan markah ujian pra dan pos bagi 2 orang responden kajian ini.

Jadual 6.2.1 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos
Responden Markah Ujian Pra
(%)
Markah Ujian Pos
(%)
Peningkatan
(%)
A 35
B 55
Min
N = 2








49











RUJUKAN
Ahmad Khairi (1998), Kebolehan Melaksanakan Tugas Matematik. Tesis Sarjana Pendidikan
Matematik. Universiti Teknologi Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru (1998). Pengajaran Pembelajaran Matematik : Nombor Bulat
untuk sekolah rendah. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia
Chai Mei Ling (2009) . Oh, itunya darab! Jurnal Penyelidikan Tindakan Institut Pendidikan
Guru Kampus Batu Lintang

Dewan Bahasa dan Pustaka (2008). Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua .Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Heddens, J.W. & Speer, W.R. (2001). Todays Mathematics. New York: John Wiley & Sons.

50

Janting Anak Ringkai (2005) .Mempelbagaikan Pendekatan Untuk Membantu Murid-Murid
Tahun 5 Menguasai Sifir Darab 1 Hingga 10 Jurnal Penyelidikan Tindakan Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2010 ).Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Kishalani Devi a/p Sanmugum (2011) .Meningkatkan Kemahiran Murid-Murid dalam
Pendaraban Dua Digit Dengan Dua Digit Melalui Kaedah Gambar Rajah Kajian
Tindakan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Mok Soon Sang (1993). Pengajian Matematik Untuk Kursus perguruan. Selangor :
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Noraini Idris (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Noor Shah Saad (2001), Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik. Selangor: Prentice
Hall.

Prof. Madya Dr. Ab Rahman Ahmad & Prof.Madya Dr. Baharudin Aris(2004).
Pembangunan Multimedia Pendidikan Bagi Matematik Sekolah Rendah Menggunakan
Teknik EIF.Laporan Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia

Reys, Et Al ( 2004), Helping Children Learn Mathematics. USA : John Wiley

Schuitz dan Cularusso (1989), Mathematics For Every Young Child, Terbitan: Merrill
Publishing Company

Shahadatul Shahirah Binti Shaharuddin ( 2010) . Meningkatkan Pencapaian Murid-Murid
Dalam Operasi Darab dengan Menggunakan Kaedah Easy 100 Charts. Kajian
Tindakan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

51

Yong, L.M.S & Biramiah, K. ( 1996). Guru yang kreatif : Isu- Isu teorikital dan aplikasi
praktikal. Kuala Lumpur : Arena Buku Sdn.Bhd.

Nurfatin Maisara Bt. Rosli ( 2010). Teori Kognitif Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Dipetik
daripada (http://kumpulan4groupd.blogspot.com/2010/03/40-perhubungan-teori-jean-piaget-
1896_23.html )diakses pada 28 Februari 2013

Abd. Rahman. ( 2010) Bagaimana Kanak-Kanak Mempelajari Matematik. Dipetik daripada
http://linusppdpendang.blogspot.com/2010/10/bagaimana-kanak-kanak-mempelajari.html
diakses pada 28 Februari 2013

http://ms.wikipedia.org/wiki/Matematik ) diakses pada 03 Mac 2013

(http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kaji&d=10) diakses pada 05 Mac 2013






LAMPIRAN 1

BORANG TEMUBUAL GURU

Nama : Jawatan :
Sekolah : Jantina :


Bil. Item
1. Adakah murid pemulihan pernah memasuki kelas pemulihan ketika
berada di Tahap 1 ?
2. Adakah murid pemulihan mempunyai masalah pembelajaran di dalam
52

subjek Bahasa Melayu dan Matematik?
3. Adakah murid dari keluarga yang bersosioekonomi rendah?
3. Adakah murid pemulihan rajin hadir ke kelas ketika mata pelajaran
Matematik?
4. Adakah murid pemulihan menujukkan minat ketika mata pelajaran
Matematik berlangsung?
5. Adakah murid pemulihan rajin menjawab soalan Matematik yang
diberikan oleh guru?
6. Adakah cikgu menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar
sesuatu konsep Matematik?


7. Adakah murid pemulihan dapat memahami sesuatu konsep Matematik
sekiranya cikgu menggunakan bahan maujud dan separa konkrit?

8. Adakah cikgu selalu membimbing murid pemulihan apabila mereka
membuat latihan Matematik?
9. Adakah murid pemulihan selalu menyiapkan kerja rumah Matematik
yang diberi oleh guru?
10. Adakah murid pemulihan lulus dalam subjek Matematik pada
peperiksaan yang lalu?
11. Adakah murid selalu berjumpa guru jika mempunyai sebarang masalah
di dalam pembelajaran?
12. Adakah guru selalu memberi kelas tambahan pada murid pemulihan?

53























LAMPIRAN 2

BORANG SOAL SELIDIK
MURID PEMULIHAN

Nama : Umur :
Sekolah : Jantina :


Bil. Item
54

Setuju

Tidak
setuju

1. Saya suka datang ke sekolah untuk belajar.
2. Saya mempunyai ramai kawan yang sudi membantu
saya dalam pelajaran.

3. Saya minat mata pelajaran Matematik.
5. Saya suka belajar tajuk Pendaraban.
6. Saya dapat menghafal semua fakta asas darab 2 9
dengan betul.

7. Saya dapat menjawab semua soalan berkaitan fakta
asas darab 2 9 dengan betul.

8. Cikgu menggunakan bahan maujud semasa mengajar
tajuk pendaraban.




9. Cara pengajaran guru sangat menarik dan
menyeronokkan.

10. Penggunaan bahan maujud dan gambar rajah
membantu saya menjawab soalan bagi kemahiran
fakta asas darab 2 9 dengan betul.

11. Cikgu sentiasa membimbing saya ketika membuat
latihan Matematik.

Вам также может понравиться

  • Borang Lawatan jpn9
    Borang Lawatan jpn9
    Документ6 страниц
    Borang Lawatan jpn9
    harraz
    Оценок пока нет
  • Rajah 1
    Rajah 1
    Документ14 страниц
    Rajah 1
    harraz
    Оценок пока нет
  • Kertas Kerja Lawatan Benchmarking-Sekolah Cemerlang. Dan Ceramah
    Kertas Kerja Lawatan Benchmarking-Sekolah Cemerlang. Dan Ceramah
    Документ8 страниц
    Kertas Kerja Lawatan Benchmarking-Sekolah Cemerlang. Dan Ceramah
    harraz
    Оценок пока нет
  • Penghargaan ELM 3043
    Penghargaan ELM 3043
    Документ3 страницы
    Penghargaan ELM 3043
    Mann Chung
    Оценок пока нет
  • RPH Model Kitaran 5E
    RPH Model Kitaran 5E
    Документ4 страницы
    RPH Model Kitaran 5E
    harraz
    0% (1)
  • (Q) (L) (M) (N) (O) (P)
    (Q) (L) (M) (N) (O) (P)
    Документ6 страниц
    (Q) (L) (M) (N) (O) (P)
    harraz
    Оценок пока нет
  • Page 1
    Page 1
    Документ1 страница
    Page 1
    harraz
    Оценок пока нет
  • Karan
    Karan
    Документ3 страницы
    Karan
    harraz
    Оценок пока нет
  • Karan
    Karan
    Документ3 страницы
    Karan
    harraz
    Оценок пока нет
  • Contoh Item Kaedah Pentaksiran Band 1
    Contoh Item Kaedah Pentaksiran Band 1
    Документ17 страниц
    Contoh Item Kaedah Pentaksiran Band 1
    harraz
    Оценок пока нет
  • Draf 1
    Draf 1
    Документ57 страниц
    Draf 1
    harraz
    Оценок пока нет
  • Draf 2
    Draf 2
    Документ57 страниц
    Draf 2
    harraz
    Оценок пока нет
  • Refleksi II
    Refleksi II
    Документ2 страницы
    Refleksi II
    harraz
    Оценок пока нет
  • Membina Pemerhatian
    Membina Pemerhatian
    Документ1 страница
    Membina Pemerhatian
    harraz
    Оценок пока нет
  • PKSR 2 2013
    PKSR 2 2013
    Документ13 страниц
    PKSR 2 2013
    harraz
    Оценок пока нет
  • PKSR 1 - 2013
    PKSR 1 - 2013
    Документ8 страниц
    PKSR 1 - 2013
    harraz
    Оценок пока нет
  • PKSR 1 - 2013
    PKSR 1 - 2013
    Документ7 страниц
    PKSR 1 - 2013
    harraz
    Оценок пока нет
  • Refleksi I
    Refleksi I
    Документ2 страницы
    Refleksi I
    harraz
    Оценок пока нет
  • Exam KH Akhir Tahun
    Exam KH Akhir Tahun
    Документ27 страниц
    Exam KH Akhir Tahun
    sk bukit chempaka
    Оценок пока нет
  • Garis Panduan Lawatan
    Garis Panduan Lawatan
    Документ1 страница
    Garis Panduan Lawatan
    endlessrain
    Оценок пока нет
  • PKSR 1 2013
    PKSR 1 2013
    Документ6 страниц
    PKSR 1 2013
    harraz
    Оценок пока нет
  • PKSR 1 - 2012
    PKSR 1 - 2012
    Документ10 страниц
    PKSR 1 - 2012
    harraz
    Оценок пока нет
  • Soalan Sains Tahun 5
    Soalan Sains Tahun 5
    Документ4 страницы
    Soalan Sains Tahun 5
    Zulfazakmalhusna Ibnu Mai
    Оценок пока нет
  • PJK T3
    PJK T3
    Документ7 страниц
    PJK T3
    harraz
    Оценок пока нет
  • PKSR 2 2013
    PKSR 2 2013
    Документ10 страниц
    PKSR 2 2013
    harraz
    Оценок пока нет
  • PKSR 1 - 2013
    PKSR 1 - 2013
    Документ7 страниц
    PKSR 1 - 2013
    harraz
    Оценок пока нет
  • PJK T3
    PJK T3
    Документ7 страниц
    PJK T3
    harraz
    Оценок пока нет
  • DST Tahun 2 PKSR 2
    DST Tahun 2 PKSR 2
    Документ11 страниц
    DST Tahun 2 PKSR 2
    zakribashah
    Оценок пока нет
  • RPH THN 4
    RPH THN 4
    Документ30 страниц
    RPH THN 4
    skbotakiri
    Оценок пока нет