Вы находитесь на странице: 1из 6

KEKUATAN ALAT PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE WHITEBOARD)

1. Amat sesuai bagi pelajar dan murid kerana mereka sangat suka akan benda yang
interaktif dan menyeronokkan terutamanya murid-murid sekolah rendah dan pra
sekolah.
2. Guru mudah untuk menerangkan dan menunjukkan sesuatu dengan jelas menerusi
aktiviti-aktiviti hands-on.
3. Alat ini boleh mengajar murid untuk lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alat
dan kerja-kerja yang diberikan kerana setiap murid akan dianalisis penglibatannya
melalui sistem yang tersedia di dalam Papan Putih Interaktif.
4. Murid dan pelajar lebih terdedah terhadap perkembangan dan penggunaan teknologi
terkini.
5. Murid dan pelajar didedahkan terhadap dunia permainan pendidikan di skala yang
besar.
6. Papan Putih Interaktif boleh digunakan oleh guru untuk semua mata pelajaran yang
ada.
7. Alatan ini mudah digunakan oleh guru dan murid.
8. Menyediakan semua gaya pembelajaran yang sesuai untuk semua lapisan murid dan
pelajar.
9. Sesuai untuk kegunaan semua tahap umur dan kepandaian.
KELEMAHAN ALAT PAPAN PUTIH INTERAKTIF (INTERACTIVE
WHITEBOARD)
1. Pelajar dan murid mungkin boleh kehilangan motivasi diri jika terlalu bergantung
dengan alatan ini. Mereka mungkin tidak mampu lagi untuk belajar melalui
pendekatan tradisional jika terlalu asyik menggunakan alatan ini.
2. Masalah terlalu banyak penyambungan wayar di dalam bilik darjah.
3. Ada masanya sukar untuk mengawal murid atau pelajar yang akan mengganggu proses
pengajaran kerana adanya alat kawalan jauh untuk murid.
4. Mengambil masa yang agak lama untuk mengemaskan semua alatan Papan Putih
Interaktif jika hendak dibawa ke tempat lain.
5. Harga yang agak mahal untuk diperolehi untuk semua sekolah terutamanya sekolah-
sekolah kecil.


PENGGUNAAN PAPAN PUTIH INTERAKTIF

Papan Putih Interaktif ini digunakan untuk pelbagai tujuan dan biasanya digunakan di bilik
darjah untuk semua peringkat pendidikan, di bilik-bilik mesyuarat sesebuah syarikat, di bilik
latihan untuk kegunaan latihan professional bagi semua sukan dan juga digunakan di studio-
studio penyiaran.
Ciri-ciri penggunaan yang terdapat pada sesebuah adalah seperti berikut:
Software yang membolehkan Papan Putih Interaktif digunakan untuk pelbagai tujuan.
Contohnya, web browsers.
Menangkap dan menyimpan nota-nota yang tertulis pada papan putih ke komputer yang
disambungkan.
Menangkap dan menyimpan nota bertulis daripada alat grafik lain yang disambungkan ke
papan putih.
Mengawal komputer melalui papan putih dengan menggunakan deria sentuh dan program
yang dipaparkan pada papan putih.

Contoh yang terdekat adalah penggunaan alat ini di dalam kebanyakan bilik darjah,
Papan Putih Interaktif telah menggantikan papan putih biasa atau sistem media lain yang
biasanya digunakan sebelum ini.
Sesetengah keluaran Papan Putih Interaktif juga dilengkapi Sistem Respon Pengguna
di mana sistem ini menggunakan pacaran radio. Contohnya, jika seseorang guru ingin
melakukan aktiviti kuiz dalam pengajarannya. Semua pelajar boleh menjawab dan jawapan
mereka secara terus akan dianalisis menerusi system tersebut.
Melalui sistem ini, guru boleh menyampaikan pengajarannya dengan sistematik dan
menerima respon daripada pelajar terutamanya untuk menilai perkembangan pelajar semasa
proses pengajaran. Teknologi ini mampu memberi kesan positif terhadap pemahaman pelajar
kerana ia mampu menarik minat pelajar dengan gambaran yang lebih realistik.
Penggunaan Papan Putih Interaktif ini bukan hanya melibatkan pengajar
menyampaikan sesuatu, tetapi ia lebih kepada pengajar dan pelajar saling berinteraksi untuk
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berharga. Tambahan pula dalam
kebanyakan subjek di sekolah terutamanya subjek-subjek di sekolah menengah yang
mengandungi banyak intipati kompleks yang memerlukan penghuraian ke dalam bentuk yang
lebih mudah dan senang difahami. Teknologi ini mampu memberikan penyelesaian terhadap
masalah tersebut. Ia membolehkan guru atau pengajar memberikan maklumat dalam cara
berbeza dan idealistik serta memupuk pelajar berfikir di luar kotak.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Papan Putih Interaktif (Interactive Whiteboard) ini adalah alatan yang sangat
baik dan mudah digunakan oleh guru dan murid. Alatan ini sangat sesuai untuk digunakan
dalam dunia teknologi tanpa sempanan masa kini. Walaupun terdapat sedikit kelemahan
terhadap teknologi ini, kelemahan itu masih tidak mampu untuk menggugat kegagahan dan
kemampuan teknologi dalam membantu guru dan murid untuk belajar dengan lebih efisien
dan berkesan.
Guru-guru boleh memanfaatkan teknologi ini untuk mencipta gaya pembelajaran dan
kaedah mengajar yang baharu yang mana lebih berkesan demi memperkembangkan lagi
potensi murid dan pelajar.
Disamping itu juga, melalui penggunaan teknologi ini, murid dan pelajar terdedah
untuk berfikiran terbuka dan lebih kreatif dalam menguasai ilmu yang diberikan oleh guru.
Aktiviti-aktiviti hands-on yang diberikan oleh guru member peluang kepada murid dan
pelajar meneroka sendiri ilmu yang diajar menggunakan teknologi canggih seperti ini.
Dengan pembinaan permainan dan aktiviti kepada pelajar teknologi ini mampu menimbulkan
keadaan bilik darjah yang seronok seterusnya meningkatkan keinginan mereka untuk belajar.
Ini merupakan cara terbaik untuk menumpukan fokus pelajar.
Walaupun teknologi ini sangat menarik dan berguna, aplikasi ini masih tidak mampu
dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia. Diharapkan agar Papan Putih
Interaktif ini dapat digunakan secara meluas di setiap sekolah di Malaysia secepat mungkin
tanpa mengira tempat, bangsa, dan tahap pelajar dan murid.




CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGGUNAKAN
I NTERACTI VE WHI TEBOARD

Kelas : 2 Rafflesia
Hari : Khamis
Masa : 8:00 8:30 pagi
Jumlah murid : 20 orang
Subjek : Matematik
Tajuk : Bentuk
Standard
Pembelajaran : 9.1 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D)
Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid tapak
segiempat sama, silinder dan sfera.
EMK : Kreatif dan Inovasi
Pembelajaran lepas : Murid telah mengetahui bentuk-bentuk dua dimensi (2D)
Alat Bantu Mengajar : Papan Putih Interaktif (SMART Board)






FASA Kandungan Aktiviti Catatan
Set Induksi
(2 minit)
Guru menunjukkan
gambar beberapa objek
pada Papan Putih
Interaktif.
(kotak tisu, dadu, ais
krim, tin minuman, bola
sepak dan nasi lemak)
Bertanyakan kepada murid
mengenai gambar tersebut.
Tanya kepada murid
tentang bentuk bagi setiap
objek tersebut.
Jelaskan bahawa murid
akan belajar mengenai
bentuk 3-D pada hari ini.

Kaedah soal
jawab
Langkah 1
(5 minit)
Paparkan bentuk-
bentuk 3D. (kubus,
kuboid, piramid, kon,
silinder dan sfera)
Paparkan contoh lain
bagi setiap bentuk.

Perkenalkan nama-nama
bentuk 3-D dan jelaskan makna
3 dimensi berpandukan bentuk-
bentuk tersebut.

Langkah 2
(10 minit)

Permainan Mencari
Bentuk.
Guru memaparkan pelbagai
bentuk 2D dan 3D secara
rawak pada skrin Papan
Putih Interaktif dan
meminta setiap murid
membulatkan hanya bentuk
3D yang telah dipelajari.
Setiap murid dikehendaki
untuk mewarnakan bentuk
yang dijumpai.

Aktiviti
Individu
Penilaian
(10 minit)
Latihan Bertulis Guru member setiap murid
sehelai kertas putih A4.
Guru memaparkan nama
bagi semua bentuk 3D yang
telah dipelajari.
Guru meminta setiap murid
Penilaian
Individu
memilih hanya 3 bentuk
mengikut kehendak mereka
sendiri untuk dilukis di atas
kertas A4 tersebut dan
warnakan bentuk itu serta
menamakan bentuk yang
telah dipilih pada sebelah
bawah.

Penutup
(3 minit)
Kesimpulan isi
pembelajaran
Guru bertanyakan tentang
bentuk 3D yang telah
dipelajari yang terdapat di
dalam bilik darjah.
(Contohnya, kotak pensel,
pemadam getah dan botol
minuman)
Guru menyimpulkan
bahawa bentuk-bentuk 3D
yang telah dipelajari boleh
dilihat di sekeliling mereka.

Вам также может понравиться