Вы находитесь на странице: 1из 5

Bidang-bidang dalam Linguistik Bahasa Melayu

Terdapat beberapa bidang yang merupakan cabang kepada bidang linguistik.


Antaranya termasuklah linguistik am, linguistik terapan, linguistik teoritis, linguistik
komparatif, dan linguistik kontekstual. Setiap bidang ini mempunyai beberapa lagi
pecahan subbidang. Berikut merupakan huraian kepada setiap pecahan bidang
dalam linguistik Bahasa Melayu dengan merujuk beberapa sumber rujukan:
Linguistik Am
Menurut Abdullah Hassan (1978), linguistik umum disebut juga dikenali sebagai
linguistik am. Bidang ini mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.
Linguistik Gunaan
Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,
kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-
buku teks. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan
makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan
juga bahasa asing, Abdullah Hassan (1989).
Fonetik dan fonologi
Menurut Mary E. Beckman (1988), perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek
yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu
kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan
kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan,
didengar dan diintepretasikan. Fonetik juga menyelidik bagaimana bunyi-bunyi
bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-organ
pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut.
Menurut Raminah Haji Sabran (1985) dalam buku berjudul Kajian Bahasa
Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan menyatakan bahawa fonetik ialah
kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Selain itu, fonetik
boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut
manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal,
dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.
Manakala, menurut Hans Basboll (1980), fonologi adalah kajian tentang
sistem bunyi bahasa. Bahasa merupakan satu bidang yang amat luas dan
mempunyai berbagai-bagai teori bahasa. Bidang ini memerlukan pengetahuan
khusus tentang aspek-aspek yang diliputinya seperti morfologi dan sintaksis.
Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2008) dalam buku Bahasa
Melayu STPM, fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa
sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. F. Parker (1974)
mendefinisikan fonologi sebagai suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu
rumus-rumus yang menentukan sebutan.

Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong
kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi
unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama
ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam
golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur,
bentuk, dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.
Sintaksis
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Selain itu,
bidang sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa
yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok
perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Dari sudut pentakrifan oleh Stephen R. Anderson (1988), sintaksis merupakan
bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Ianya melibatkan kajian
tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa
mengenai cara-cara penggabungan ayat. Tambahan lagi, kajian sintaksis juga
melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

Semantik
Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada kajian makna. Istilah ini
merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Asal perkataan
semantik ialah daripada kata adjektif Yunani, semantikos yang bermaksud penting
atau bererti.
Akmajian (1995), menyatakan dalam bidang linguistik, semantik ialah kajian
tentang makna dalam bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian tentang unit
linguistik dan prinsip gabungannya. Dalam bidang logik, semantik dianggap sebagai
kajian tentang rujukan linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran. Maklumat
semantic merupakan bahagian penting dalam tatabahasa kerana tatabahasa
digunakan untuk menghuraikan sesuatu bahasa.
Linguistik Terapan
Secara umumnya, linguistik terapan merupakan salah satu bidang baru yang kajian
penting tentang sifat-sifat: kemanusiaan. Antara disiplin yang terdapat dalam
linguistik terapan ialah integrasi sains, sains sosial, dan kemanusiaan. Linguistik
terapan bukanlah mengkaji pelbagai bahasa tetapi mengkaji bahasa secara umum
seperti sifat asas mana-mana bahasa manusia.
Berikut merupakan beberapa pendefinisian yang dapat menunjukkan makna sebenar
linguistik terapan ini. Antaranya termasuklah Arbak Othman (1986), yang
menyatakan linguistik terapan adalah apabila seseorang pengkaji itu berusaha
menggunakan teori linguistik untuk menyatakan sumbangannya terhadap bidang-
bidang ilmu yang lain. Manakala, Abdullah Hassan (2006) pula menyatakan bahawa
inguistik terapan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam
pengajaran bahasa, linguistik terapan memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan
hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menulis buku-buku teks.
Linguistik Sejarah
Bidang linguistik sejarah menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan memerikan
perkembangan struktur bahasa dari dulu dan kewujudannya hingga kini. Linguistik
ini juga dikenali juga dengan nama linguistik historis-komparatif.

Sebagai contohnya, linguistik historis mengkaji sejarah pertumbuhan dan
perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini.
Linguistik ini juga mengkaji sejarah perkamusa bahasa Melayu atau sejarah sistem
ejaan bahasa Melayu dan seumpamanya. Perkara yang diutamakan dalam bidang
kajian linguistik historis ialah sejarah dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam
bahasa dari satu masa ke satu masa yang lain.

Linguistik Komparatif
Linguistik komparatif merupakan satu cabang linguistik yang mengkaji bahasa secara
perbandingan, iaitu dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan
antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain sama ada dari segi fonologi,
morfologi, sintaksis dan seumpamanya. Abdullah Hassan (2006).
Lazimnya, ahli-ahli bahasa membanding-bandingkan ciri-ciri bahasa
serumpun seperti membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa Jawa, bahasa
Tagalog, bahasa Iban, bahasa Kadazan dan bahasa Murut. Terdapat juga ahli
bahasa yang membandingkan struktur bahasa yang bukan daripada satu rumpun
seperti membandingkan struktur frasa dan ayat bahasa Melayu dengan struktur frasa
dan ayat bahasa Inggeris. Selain itu, linguistik komparatif turut membuat
perbandingan antara dialek seperti dialek Kelantan dan dialek Terengganu.
Perbandigan juga dilakukan untuk membandingkan bidang fonologi, morfologi dan
sintaksis antara dialek-dialek seperti dialek Kedah, dialek Negeri Sembilan, dialek
Perak dengan bahasa Melayu baku.
Linguistik Kontekstual
Menurut Abdullah Hassan (2006), linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik
berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sosiolinguistik, linguistik
antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji
interaksi-interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. Analisis
wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.
Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan
linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa,
linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif. Sosiolinguistik, linguistik
antropologi dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji
interaksi-interaksi linguistik dengan masyarakat secara keseluruhannya.

Вам также может понравиться