Вы находитесь на странице: 1из 5

35 Profil Pemprosesan Kognitif Pelajar Pintar Cerdas Akademik

Jurnal Pendidikan 30 (2005) 35 - 49


Profil Pemprosesan Kognitif Pelajar Pintar Cerdas Akademik
di Sekolah Menengah
ROSADAH ABD MAJ ID
NORIAH MOHD ISHAK
ZALIZAN MOHD J ELAS
ABSTRAK
Pelajar-pelajar pintar cerdas akademik adalah pelajar yang menunjukkan bakat
dalam akademik pada satu-satu tahap tertentu. Seramai 33 orang pelajar pintar
cerdas akademik (PCA) yang telah mendapat gred A untuk semua mata pelajaran
pada peringkat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sebuah
sekolah di negeri Selangor telah diuji pemprosesan kognitif mereka dengan
menggunakan instrumen Sistem Penilaian Kognitif (SPK). SPK menilai
pemprosesan kognitif: Perhatian, Serentak, Berturutan, dan Perancangan. Hasil
analisis penskalaan multi dimensi ke atas data memberikan dua jenis prototaip
pemprosesan kognitif pelajar PCA. Pelajar PCA yang mempamerkan proses
Perhatian yang tinggi, turut mempamerkan proses Berturutan yang tinggi jika
dibandingkan dua prototaip tersebut. Namun proses Perancangan dan proses
Serentak kumpulan ini adalah rendah. Sebaliknya pelajar PCA yang
mempamerkan proses Perhatian yang rendah turut mempamerkan proses
Berturutan yang rendah. Namun proses Perancangan dan proses Serentak
mereka adalah tinggi. Dapatan kajian ini mencadangkan dua jenis mekanisme
pemprosesan kognitif di kalangan pelajar-pelajar PCA. Jenis yang pertama
menggunakan pemprosesan kognitif Perhatian dan Berturutan apabila
pemprosesan kognitif Perancangan dan Serentaknya rendah. Jenis yang kedua
pula menggunakan pemprosesan kognitif Perancangan dan Serentak apabila
pemprosesan kognitif Perhatian dan Berturutannya rendah.
ABSTRACT
Academically talented students were defined as students who exhibited talent
in academic fields at a particular stage of development. Thirty-three
academically talented students from a secondary school in the state of Selangor
were involved in the study. These students had achieved grade A in all subjects
sat for in a national standardized examination, the Lower Secondary Assessment
(Penilaian Menengah Rendah-PMR). An adapted version of an instrument, the
Cognitive Assessment System was used to measure the students cognitive
processing namely; Planning, Attention, Simultaneous, and Successive. Multi
dimensional scaling analysis was carried out on the data to reveal two prototypes
36 Jurnal Pendidikan 30
of academically talented student in cognitive processing. Those who scored
highly in Attention also scored highly in Successive. However, their scores in
Planning and Simultaneous processes were low. Another prototype of
academically talented students scored low in Attention and Successive
processing. Nevertheless, their scores in Planning and Simultaneous were high.
These findings propose to suggest two types of cognitive processing mechanisms
among academically talented students. The first type of mechanism utilized
Attention and Successive cognitive processing, when their Planning and
Simultaneous cognitive processing were low. The second type of mechanism
utilized Planning and Simultaneous processing when their Attention and
Successive cognitive processing were low.
PENGENALAN
Pintar cerdas akademik (PCA) adalah takrifan yang diberikan kepada pelajar
yang cemerlang dalam akademik pada tahap-tahap tertentu (Piirto 1999).
Sekiranya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di ambil sebagai ukuran
pencapaian akademik pada akhir tahun enam persekolahan di sekolah rendah,
keputusan UPSR boleh digunakan untuk mengenalpasti pelajar yang pintar cerdas
akademik pada tahap itu. Pelajar-pelajar PCA pada tahap UPSR ialah pelajar-
pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Kaedah menentukan pelajar
PCA berdasarkan peperiksaan setara kebangsaan seperti ini juga telah digunakan
di Hong Kong (Chan 2000). Shabazz (2000) juga mendefinisikan pelajar-pelajar
pintar cerdas akademik berdasarkan pencapaian 10% teratas di dalam kelas,
dalam pencapaian akademik.
Walaupun ramai di kalangan pelajar-pelajar PCA pada tahap UPSR, telah
diambil belajar di sekolah-sekolah menengah Berasrama Penuh (SBP) dan di
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), namun ramai lagi pelajar-pelajar PCA
dan pelajar-pelajar yang berbakat dalam akademik (BA) masih tinggal belajar
di sekolah-sekolah menengah harian biasa. Pelajar-pelajar BA walaupun tidak
cemerlang dalam peperiksaan, namun menurut penilaian guru-guru yang pernah
mengajar mereka, mereka berpotensi untuk menjadi cemerlang. J usteru
sebilangan besar para pelajar berpotensi menjadi sumber tenaga profesional
yang amat diperlukan untuk memajukan negara di masa akan datang. Oleh itu
sistem pendidikan di Malaysia wajar sensitif kepada keperluan pelajar-pelajar
PCA dan BA yang ada di sekolah-sekolah. Perkara pertama yang perlu diketahui
oleh semua pihak sebelum merancang program pendidikan pintar cerdas ialah
tentang ciri-ciri pelajar pintar cerdas tersebut. Ciri-ciri pelajar PCA dan BA
memberi implikasi terhadap keperluan pendidikan mereka.
47 Profil Pemprosesan Kognitif Pelajar Pintar Cerdas Akademik
Zero, Kurikulum untuk Menghasilkan Pelajar Berwawasan (Curriculum as a
Means of Producing Insight), Model Komponen Sternberg, Model SOI Meeker,
dan Model Pelajar Berotonomi. Antara yang paling popular dan telah diadaptasi
oleh banyak sekolah di Amerika Syarikat ialah Projek Zero. Projek Zero telah
diasaskan oleh sepasukan penyelidik dari Universiti Harvard, menekankan
proses pengajaran untuk difahami. Suasana pengajaran dijuruskan agar pelajar
boleh mengaitkan secara semula jadi (intuitive) maklumat yang telah ada pada
mereka dengan maklumat yang disampaikan semasa pengajaran. Kaedah ini
hampir menyerupai kaedah pengajaran konstruktivis (Piirto 1999). Kaedah ini
merangkumi empat tahap perkembangan kefahaman pelajar; (1) mencari
jawapan atau idea-idea yang intuitif berkaitan dengan perjalanan dunia ini; (2)
berfikir mengikut disiplin tertentu; (3) mengabungjalinkan pelbagai pemikiran
atau pelbagai disiplin ilmu; dan (4) penghasilan ilmu peribadi.
Pelaksanaan program seumpama ini memerlukan guru-guru yang
mempunyai ilmu, kesedaran serta kemahiran yang sesuai. J usteru program-
program Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) perlu dikelolakan sama ada di
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Umpamanya, LDP boleh
diintegrasikan didalam program perkembangan staff pada peringkat sekolah.
Program-program tersebut meliputi penyampaian maklumat untuk menimbulkan
kesedaran tentang kepelbagaian pelajar dalam pelbagai aspek, khususnya dalam
aspek-aspek yang telah dikenalpasti melalui kajian ini. Selain itu LDP juga perlu
memuatkan latihan-latihan kemahiran kepada guru-guru untuk menangani
kepelbagaian pelajar dengan sebaik mungkin. Langkah-langkah pendekatan
yang dicadangkan tersebut adalah sebahagian daripada usaha yang boleh
dilakukan untuk memastikan agar semua pelajar berjaya mencapai ke tahap
potensi mereka yang sebenar. Selain itu kajian seumpama ini boleh dilakukan
bagi mendapatkan prototaip pemprosesan kognitif pelajar-pelajar khas dalam
kategori lain, seperti pelajar-pelajar khas dalam kategori bermasalah
pembelajaran dan dalam kategori pemulihan. Maklumat yang diperolehi boleh
membantu para guru dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam usaha untuk menyesuaikan intervensi dalam P&P dengan keperluan unik
para pelajar.
RUJ UKAN
Abd Majid Mohd Isa.1994. Keberkesanan Raven SPM dalam mengenalpasti kanak-
kanak Melayu pintar cerdas. Pertanika. J. Soc. Sci Hum 2(1): 63-68.
Ashman, A. F. & Conway, R. N.1993. Using cognitive methods in the classroom. London:
Routledge.
Bee, H. 1997. The developing Child. New York: Longman.
Chan, D. W. 2000. Identifying Gifted and Talented Students in Hong Kong. Roeper
Review 22(2): 88.
Dass, J . P., Naglieri, J . A., & Kirby, J . R. 1998. Assessment of cognitive processess: The
PASS theory of intelligence. Boston: Allyn & Bacon.
48 Jurnal Pendidikan 30
Ding, C. S. 2001. Profile Analysis: Multidimensional Approach. Practical Assessment,
Research & Evaluation 7(16). ISSN 1531-7714.
Ford, R. 2000. All children are not gifted!(Brief Article). Gifted Child Today 23(4):5.
Gallagher, J . J . & Gallagher, S. A. 1994. Teaching the gifted child. 4th. Ed. Boston:
Allyn and Bacon.
George, D. 1992. The challenge of the able child. London: David Fulton.
Hair, J . F., Anderson, R. E., Tatham, R. L. & Black, W. C. 1995. Multivariate data
analysis with readings. Ed. ke-4. New J ersey. Prentice Hall.
Kirby, J . R, & William N. H. 1991. Learning problems: A cognitive approach. Toronto:
Kagan and Woo.
Kotarsky, D., & Mason, E. 1998. A review of the Cognitive Assessment System. Insight
4-5.
Kyle, R. V. 1998. Children and their development. New J ersey: Prentice Hall.
Lovecky. D. 1994. Exceptionally Gifted Children: Different Minds. Roeper Review 17(2):
116-120.
Mills, C. J. 1993. Personality, learning style ang cognitive style profiles of mathematically
talented students. European Journal for High Ability 4: 70-85.
Moon, S. M., Dillon, D. R., & Sprenkle, D. H. 1991. On balance and synergy: Family
therapy and qualitative research revisited. Journal of Marital & Family Therapy
17(2):173-178.
Naglieri, J . A. 1999. Essentials of CAS Assessment. J ohn Wiley & Sons: New York.
Naglieri, J . A.& Das, J . P. 1997. Cognitive assessment system: Interpretive handbook.
Illinois: Riverside Publishing.
Neuman, W. L. 2000. Social research methods: Qualitative and quantitative approach.
Ed. ke 4. Boston: Allyn and Bacon.
Nunally, J . C.1978. Psychometric theory. New York: Mc Graw Hill Book Company.
Niehart, M., Reis, S. M., Robinson, N. M. & Moon, S. M. 2002. The social and emotional
development of gifted children: What do we know? Washington D. C: National
Association for Gifted Children.
Piirto, J . 1999. Talented children and adults; their development and education. Ed. ke-
2. Ohio: Merrill Prentice Hall.
Renzulli, J . S., Reid B. & Gubbins, E.J . 2000. Setting an agenda: Research priorities
for the gifted and talented through the year 2000. NRCGT (National Research
Center on the Gifted and Talented) monograph. Storrs, CT: University of
Connecticut.
Renzulli, J . S. 2002. A practical system for identifying gifted and talented students.
Dlm. Renzulli, J . S., Smith, L. H., White, A. I., Callahan, C. M., Hartman, R. K.,&
Westberg, K. L.(pnyt.), Scales for rating the behavioral characteristics of superior
students: Revised edition. Technical and Administration Manual, hlm. 46-54.
Mansfield Center: Creative Learning Press.
Robinson, N. M. 2002. Assessing and advocating for gifted students; Perspectives for
school and clinical psychologists. The National Research Center on the Gifted and
Talented newsletter 12-15.
Shabazz, H. 2000. Higher education and African American at-Risk students: The effect
of a sponsorship program on African American middle school at-risk students who
are academically talented. Tesis Ph.D. University of Louisville, Kentucky.
49 Profil Pemprosesan Kognitif Pelajar Pintar Cerdas Akademik
Siva Subramaniam a/l Nagaratnam. 2003. Education for all: Is commitment enough?
Kertas kerja An International Conference on Reaching and Nurturing Children
with High Potential (ChiP) in Malaysia. HELP Institut Kuala Lumpur. 16-17 Ogos.
Trochim, W. M. K. 1999. Research methods knowledge base. Ed. ke-2. (atas talian)
URL: http://trochim.human.cornell.edu/kb/qualmeth.htm (18 November 2000).
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Вам также может понравиться