You are on page 1of 28

NAMA KUMPULAN : SANTHI A/P NADARAJEIN

SEBASTIAN A/L MOHANADASS


Difinisi

Pertolongan cemas ditakrif sebagai bantuan permulaan
atau rawatan pertama yang diberikan kepada seseorang yang
tercedera dalam sebarang kemalangan sebelum ketibaan
bantuan perkhidmatan kecemasan atau doktor.
Prinsip- Perinsip Pertolongan Cemas

Menyalamat nyawa.

Memberi pertolongan semasa mangsa tercedera atau memerlukan
rawatan
Perubatan.

Melindungi dan mengurangkankecemasan mangsa apabila ada
sesuatu bencana berlaku.


Menyediakan ubatan, alat-alat untuk melindungi orang-orang yang cedera.

menghadkan kesan-kesan kecederaan.

Menggalakan pemulihan.

Perhubungan/ tindakan apabila sesuatu kejadian.
Tajam Pemerhatian
nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan.

Pantas Ikthiar
menggunakan dengan sebaik-baiknya apa-apa yang ada
sekelilingnya.

Tidak Kasar
jangan menyakitkan orang yang tercedera

Berakhlak Budi
tidak menambah kesakitan.

Bertimbang Rasa
menghiburkan hati orang yang tercedera.

Sentiasa tersenyum
muka yang tersenyum memberi keyakinan kepada pesakit.
Seorang Ahli Pertolongan Cemas Yang Baik dan Mahir
Definisi

Sebarang kecederaan yang tidak normal pada kulit atau
pada permukaan badan ia dinamakan sebagai luka.
Kebanyakan luka adalah terkoyak dan terbuka yang
menyebabkan darah serta cecair lain mengalir keluar
daripada badan. Luka yang tertutup pula membenarkan
darah terlepas dari sistem peredaran tetapi tidak mengalir
keluar.
JENIS-JENIS LUKA

Luka Terhiris
Luka yang lurus dan bersih akibat terkena benda tajam seperti pisau cukur atau
pecahan kaca yang menyebabkan darah meleleh.

Luka Melecet
Luka yang kesat dan kasar disebabkan oleh daya tekanan yang teruk tetapi luka
ini tidak menyebabkan pengaliran darah seperti luka terhiris.


Luka Calar Balar
Luka pada permukaan yang menyebabkan lapisan atas pada kulit
tergesel. Luka calar balar sering mengandungi partikel asing yang
terbenam didalamnya dan akan menyebabkan infeksi.

Luka Lebam
Sebarang tamparan yang kasar boleh memecahkan kapilari
dibawah lapisan kulit dan darah yang masuk kedalam tisu-tisu
menyebabkan lebam.
Luka Tercucuk

Luka akibat daripada terpijak paku atau tercucuk atau tertikam benda
tajam yang menghasilkan luka pada titik kemasukan yang kecil tetapi
dalam dan menyebabkan kerosakan dalaman.

Luka Tembakan

Tembakan peluru atau lain-lain pelontar mungkin termasuk kedalam
badan yang menyebabkan kecederaan dalam yang sirius. Luka pada titik
kemasukan peluru mungkin kecil dan bersih tetapi luka didalam mungkin
lebih sirius serta lebih besar.
DEFINISI


Tanda- tanda dan gejala yang mungkin dilihat ialah bekas gigitan,
bengkak dan kesan kemerahan, sakit di bahagian yang terlibat, loya dan
muntah, kesukaran bernafas dan menelan, reaksi alahan seperti renjatan
dan sebagainya.



Cuci bahagian yang tercedera dengan air suam dan sabun, atau bahan
antiseptik yang lembut.

keringkan bajagian berkenaan dengan cermat dengan
mengelapkannya bermula dari bahagian luka dan ke luar.

jika perlu sapuka losyen Calamine untuk menhilangkan rasa gatal.
Tutupak luka berkenaan dengan pembalut yang bersih dan letakkan
plaster.

Tuamkan dengan ais untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Untuk gigitan berbisa, jangan sekali-kali mencuci, memotong atau
menhisap bisa pada bahagian gigitan. Sebaliknya, cuba kurangkan
pengaliran darah ke bahagian tersebut.

elakkan daripada memicit kantung racun kerana ini akan
menyebarkan racun berkenaan ke bahagian lain dalam badan.
Melecur

Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau
basah. Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.



Tanda-tanda dan gejala

a) Sakit yang kuat.

b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas.

c) Terjadi gelembung air pada kulit.

d) Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh
asid atau alkali.

e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair.

f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.
Rawatan Am Melecur

a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.

b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan
menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.

c) Tenangkan mangsa.

d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa.
Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat
cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.

e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih
dahulu.

f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya
pakaian yang melekat.

g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan
jangkitan.

h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.

i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.

j) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi
menggantikan kehilangan cecair yang hilang.

k) Dapatkan rawatan perubatan segera.
DEFINISI

Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang
menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini
menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri buat sementara.


Punca-punca pitam

a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan.

b) Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah kepada kepanasan.

c) Kesakitan kuat akibat kecederaan.

d) Kelaparan atau terlalu dahaga.

e) Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit

Tanda-tanda dan gejala


a) Mangsa mengadu pening

b) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah

c) Muka dan tangan jadi pucat

d) Berpeluh dengan banyak

e) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah

f) Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguap

g) Hilang kesedaran.

Rawatan am pitam

a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.

b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan tundukkan
kepala mangsa ke bawah.

c) Longgarkan pakaian mangsa.

d) Tenangkan mangsa.

e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranyan
mangsa telah pengsan.

f) Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman.

g) Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.

h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

DEFINISI


Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama
ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya

Punca-punca patah

Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung

a) Secara Langsung
Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan,
tendangan atau kemalangan.

b) Secara Tidak Langsung
Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku
kecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang
patah.
JENIS-JENIS PATAH


a) Patah tebu/tertutup (simple fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.

b) Patah riok (Compound fracture)
Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah
tertonjol keluar di bahagian luar kulit.

c) Patah melarat (Complicated fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.

d) Patah Remok (Comminuted fracture)
Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.

e) Patah Terenyok (Impacted fracture)
Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang
patah itu.

f) Patah Rebung (Green Stick fracture)
Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanak-
kanak dan bayi.

g) Pecah Remok (Depressed fracture)
Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya,
tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak.

RAWATAN AM PATAH

a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah
dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.

b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.

c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya.
Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa
pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan.

d) Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak
langsung mengikut kesesuaian.

e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap
atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah.

g) Dapatkan bantuan perubatan segera.