Вы находитесь на странице: 1из 1

Nota Tambahan Elektronik dan Kerja Paip Asas

Langkah langkah Memateri


1. Panaskan alat pemateri
2. Bersihkan bit dengan span yang lembap.
3. Sentuh bit yang panas pada balapan yang ada kaki komponen yang hendak dipateri.
4. Sentuhkan timah pemateri pada hujung bit.
5. Angkat timah pemateri dari balapan.
6. Angkat alat pemateri dari balapan.
7. Biarkan bahan pemateri beku sendiri.
8. Potong kaki komponen yang berlebihan dengan pemotong sisi atau playar kacip.

Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa memateri
1. Pastikan alat pemateri berkedudukan 30 dari muka bod litar.
2. Pegang pemateri dengan wayar bekalannya di sebelah luar.
3. Pastikan alat pemateri cukup panas sebelum melakukan kerja pematerian.
4. Elakkan pateri daripada melimpah ke balapan lain.

Langkah langkah mengantikan sesendal yang rosak atau haus,
1. Tutup punca bekalan air.
2. Buka nat kepala pili dengan menggunakan sepana boleh laras.
3. Keluarkan pelompat dari kepala pili dengan menggunakan playar muncung tirus.
4. Keluarkan sesendal dari pelompat dengan pemutar skru rata,
5. Pasangkan semula pelompat dan nat kepala pili.

Вам также может понравиться