You are on page 1of 28

11

BAB 2

TEORI-TEORI PEMBANGUNAN



OBJEKTIFBAB

Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh :

1. Dapat memahami teori-teori yang digunakan
dalam pembangunan ekonomi.
2. Membezakan teori-teori pembangunan dan
kesesuaian dalam menyelesaikan masalah
ekonomi.



2.0 PENGENALAN

Perkembangan teori atau model pertumbuhan ekonomi secara umumnya berlaku
seiringan dengan perkembangan model makroekonomi. Model pertumbuhan ekonomi
lebih tertumpu kepada proses pertumbuhan keluaran di sesebuah negara dan menjadi
ukuran kepada tahap pertumbuhan ekonomi negara berkenaan. Sebaliknya, model
makroekonomi merangkumi perkara yang lebih luas, bukan sahaja menyentuh aspek
keluaran atau pasaran barangan tetapi juga pasaran wang dan pengaruh kedua-dua
pasaran ini terhadap pertumbuhan ekonomi.
Aliran pemikiran model pertumbuhan ekonomi bermula pada zaman klasik. Dalam era
ini terdapat tiga orang ahli pertumbuhan ekonomi yang penting iaitu Adam Smith, David
Ricardo dan Karl Marx. Smith dan Ricardo menumpukan perbincangan mengenai
peranan sektor pertanian manakala Marx mengenai masyarakat industri. Walau
bagaimanapun, ketiga-tiga mereka memberi hujah yang berbeza tentang peranan faktor
pengeluaran. Bagi Adam Smith, kecekapan buruh penting kepada pertumbuhan
ekonomi, manakala Ricardo pula menekankan kepada peranan faktor tanah.
Sebaliknya, Karl Marx berpendapat pemilikan modal penting kepada seseorang untuk
bersaing dalam operasi pengeluaran.
12

AIiran pemikiran klasik ini diikuti oleh pemikiran Keynesian. Dua model penting dalam
era ini adalah model Harrod-Domar dan model Schumpeter. Dalam model Harrod-
Domar, modal dikatakan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara. Pertumbuhan ekonomi ditentukan oleh nisbah antara kecenderungan
menabung sut atau purata dengan nisbah modal output dan keseimbangan ekonomi
dikatakan selalu tidak stabil sementara Schumpeter pula menekankan peranan
pengusaha dan inovasi dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Menurut beliau
pengusaha yang kreatif, yang dapat merekacipta dan menggunakan ciptaan baru
dengan cekap akan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Pandangan Harrod-Domar ditentang oleh Robert Solow dan Trevor Swan, dua ahli
ekonomi Neo-Klasik yang penting. Mereka berpendapat keseimbangan ekonomi adalah
stabil dan faktor penting pertumbuhan ekonomi adalah kecenderungan menabung sut
atau purata dan nisbah modal - buruh. Sekiranya kedua-dua pertumbuhan ini dapat
ditingkatkan maka output per kapita meningkat. Namun demikian, faktor-faktor di atas
tidak dapat mempengaruhi kadar pertumbuhan ekonomi malah ditentukan oleh kadar
pertumbuhan tenaga kerja. Bab ini seterusnya membincangkan secara terperinci
model-model pertumbuhan tersebut. Di samping itu, kritikan dan aplikasi model tersebut
juga dibincangkan.
2.1 TEORI-TEORI KLASIKAL
Model pertumbuhan klasik telah dipelopori oleh tiga orang ahli ekonomi pertumbuhan
yang penting iaitu Adam Smith, Ricardo dan Marx. Persoalan utama mereka dalam
membincangkan model pertumbuhan adalah berbeza. Oleh yang demikian, bahagian
ini akan membincangkan model pertumbuhan mereka secara berasingan.
Model Adam Smith
Persoalan pokok yang diutarakan oleh Adam Smith dalam modelnya ialah perbezaan
tingkat pertumbuhan antara negara. Terdapat di kalangan negara di dunia ini yang
mengalami pertumbuhan atau perkembangan yang pesat dan terdapat pula negara-
negara yang tidak berkembang. Adam Smith mengakui bahawa kekurangan modal
bukan merupakan penghalang kepada pertumbuhan kerana modal hanyalah satu jenis
input yang memerlukan input lain untuk berfungsi atau dimobilisasikan. Bagi Adam
Smith terdapat dua faktor penting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
iaitu pengkhususan buruh atau division of labour dan produktiviti buruh.
Kedua-dua faktor ini saling berkait iaitu pengkhususan boleh membawa kepada
produktiviti buruh yang lebih tinggi. Ini kerana dengan adanya pengkhususan, buruh
boleh mendapat faedah daripada pembelajaran melalui amalan atau learning-by-doing.
Keadaan ini selanjutnya dapat mengurangkan kos pengeluaran dan harga output.
13

Adam Smith telah menyenaraikan tiga faktor penting yang menyebabkan produktiviti
meningkat melalui pengkhususan:
1. Buruh dapat meningkatkan penumpuannya kepada tugas yang diberi kerana
melakukan kerja yang sama setiap hari.
2. Buruh dapat menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu berpindah dari satu
tempat ke satu tempat yang lain.
3. Buruh akan menjadi biasa dengan penggunaan sesuatu mesin yang seterusnya
meningkatkan kecekapan mereka.
Melalui pengkhususan, produktiviti buruh meningkat dan selanjutnya upah benar, kuasa
beli, permintaan dan daya saing pasaran juga meningkat. Keadaan ini boleh membawa
kepada pengkhususan buruh selanjutnya. Walau bagaimanapun pengkhususan buruh
sangat bergantung kepada struktur permintaan. Pengkhususan buruh memerlukan
kepada bentuk penggunaan yang lebih sofistikated dan pertambahan dalam permintaan
ke atas output seseorang pengeluar akan meningkatkan produktiviti, upah benar dan
permintaan kepada output lain. Fenomena ini akan menyebabkan pertumbuhan
ekonomi yang dicapai adalah berbeza oleh negara yang berbeza. Bagi Adam Smith
perbezaan tingkat pertumbuhan berlaku bergantung kepada jumlah buruh produktif dan
buruh tidak produktif yang ada di sesebuah negara. Bagi ekonomi yang mempunyai
lebih ramai buruh produktif tingkat pertumbuhannya adalah lebih tinggi dibandingkan
dengan ekonomi yang mempunyai kurang buruh produktif.
Dalam membincangkan modelnya, Adam Smith telah mengemukakan tujuh andaian
penting iaitu:
1. Sebarang aktiviti yang dijalankan dalam sesebuah ekonomi akan menghasilkan
lebihan atau keuntungan tanpa mengira sama ada dilakukan oleh buruh produktif atau
tidak produktif. Dengan kata lain, nilai output akan melebihi kos pengeluarannya.
2. Buruh adalah input yang diperlukan bagi setiap aktiviti pengeluaran.
3. Pengeluaran melibatkan masa iaitu terdapat perbezaan masa antara penggunaan
input dengan masa mendapatkan output dan keuntungan. Fungsi pengeluaran adalah:
Y = f (L, t)
Y = output L = buruh t = masa
4. Ekonomi diandaikan tertutup iaitu tidak terlibat dengan perdagangan antarabangsa.
14

5. Buruh terbahagi kepada dua iaitu yang produktif dan yang tidak produktif mengikut
pandangan kapitalis. Buruh dikatakan produktif sekiranya terlibat dengan aktiviti yang
menghasilkan 'lebihan' dan lebihan ini melebihi kos cukup hidup dalam bentuk upah
dan tidak melebihi kos pengeluaran kerana kesemua buruh diandaikan akan
menghasilkan lebihan.
6. Tidak ada modal tetap, input bukan buruh hanya dalam bentuk modal kerja atau
wage fund yang diberi kepada buruh pada permulaan mereka diambil bekerja.
Pentingnya dana upah ialah untuk menyara buruh disebabkan pengeluaran mengambil
masa. Ia adalah sejumlah wang yang dibayar kepada pekerja semasa mereka mula
bekerja dan belum lagi menghasilkan apa-apa keluaran. Dana ini penting kepada
pekerja untuk mereka membeli barangan penggunaan dan merupakan insentif untuk
mereka bekerja. Dana upah ini boleh ditulis sebagai,
K = k Y
t-1

K = dana upah atau modal kerja
Y = output
k = bahagian output yang diberikan kepada pekerja sebagai dana upah atau 'wage
fund', (0 < k < 1).
Persamaan (3.8) menunjukkan kadar pertumbuhan output (g) berhubung secara positif
dengan produktiviti buruh (P) dan bahagian output tahun sebelumnya yang diberi
kepada pekerja (k) serta berhubungan secara negatif dengan kadar upah benar (w).
Pertumbuhan ekonomi akan berlaku sekiranya nilai p jauh lebih besar daripada w. Bagi
sebuah ekonomi yang mempunyai kurang buruh produktif adalah sukar untuk
bertumbuh. Selain produktiviti buruh dan kadar upah benar yang menentukan
pertumbuhan ekonomi, kadar output yang digunakan sebagai dana upah iaitu k, untuk
diberikan kepada buruh di peringkat awal penggunaan mereka amat penting dalam
menentukan kadar pertumbuhan. Semakin tinggi k semakin tinggi pula kadar
pertumbuhan. Produktiviti buruh dikatakan berlaku melalui pengkhususan buruh. Walau
bagaimanapun, produktiviti buruh bukan syarat penting dan mencukupi untuk ekonomi
bertumbuh. Ini kerana sekiranya kadar upah lebih tinggi daripada produktiviti,
pertumbuhan tidak berlaku. Begitu juga dengan produktiviti yang sama, pertumbuhan
boleh berlaku sekiranya berlaku kenaikan dalam k.
KRITIKAN TERHADAP MODEL ADAM SMITH
Perhubungan antara nisbah produktiviti dengan upah dan bahagian dana upah adalah
kunci kepada pertumbuhan ekonomi. Bagi setiap tingkat p/w akan terdapat tingkat k
15

yang minimum yang boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi. Contohnya, jika
p/w = 2, maka nilai k mestilah lebih daripada 1/2 untuk ekonomi bertumbuh. Begitu juga
semakin rendah nilai p/w semakin tinggi nilai k yang diperlukan. Disebabkan (1- k)
merupakan bahagian yang diterima kapitalis, maka semakin kecil lebihan kapitalis untuk
memungkinkan pertumbuhan berlaku secara berterusan, kerana nilai k meningkat. Oleh
itu sekiranya p/w dapat ditingkatkan melalui pengkhususan buruh, maka nilai k yang
diperlukan untuk pertumbuhan berlaku semakin rendah dan semakin tinggi lebihan
kapitalis.
Penerangan Adam Smith tentang pertumbuhan tidak mencukupi kerana beliau tidak
menunjukkan apakah penentu k, iaitu apakah nilai k yang patut diberikan kepada buruh
supaya pertumbuhan berlaku secara berterusan. Oleh kerana k diberi kepada pekerja
pada awal operasi pengeluaran, maka sukar menentukan nilai yang sesuai. Begitu juga
dengan perbezaan antara buruh produktif dan tidak produktif tidak diterangkan dengan
jelas dengan bahagian k yang patut diberi kepada kedua-dua jenis buruh ini juga tidak
diterangkan dengan jelas. Disebabkan produktiviti mereka berbeza, maka nilai k
sepatutnya berbeza. Di samping itu, model Adam Smith juga tidak mengambil kira
tentang modal tetap, walhal mesin atau modal tetap boleh meningkatkan produktiviti
buruh dan selanjutnya p/w.
Model Ricardo
Dalam Model Ricardo diandaikan ,sebahagian besar barangan penggunaan adalah dari
sektor pertanian yang dihasilkan oleh faktor tanah. Faktor ini mempunyai penawaran
tetap dan pengeluarannya tertakluk kepada hukum pulangan bertambah kurang.
Perbezaan antara aktiviti yang menggunakan tanah sebagai input dan yang tidak
menggunakan tanah adalah perkara pokok dalam perbincangan model pertumbuhan
Ricardo.
Dua perkara penting disumbangkan oleh Model Ricardo dalam menganalisis
pertumbuhan. Pertama, model ini menunjukkan proses pertumbuhan ekonomi akan
berhenti apabila telah mencapai satu tingkat tertentu. Kedua, agihan pendapatan
adalah berkaitan dengan dan ditentukan melalui proses pertumbuhan ekonomi. Agihan
pendapatan dalam bentuk sewa, untung dan upah kepada masing-masing tuan tanah,
pemodal dan pekerja adalah berkait rapat dengan tingkat pertumbuhan ekonomi.
Pertumbuhan ekonomi pula bergantung kepada penawaran tanah, stok modal dan
buruh serta teknologi pertanian. Ekonomi adalah berbentuk pasaran dan peruntukan
sumber dipengaruhi oleh motif keuntungan walaupun tidak semestinya pada tingkat
maksimum. Perbezaan dalam perolehan keuntungan adalah berkait rapat dengan
kualiti tanah di mana modal diperuntukkan. Andaian-andaian penting Model Ricardo
ialah:
16

1. Ekonomi terdiri daripada dua sektor iaitu pertanian dan pembuatan. Setiap sektor ini
mengeluarkan barangan pengguna yang berbeza misalnya, barangan pengguna
daripada sektor pertanian adalah dalam bentuk hasil pertanian. Contohnya keluaran
makanan, manakala contoh barangan sektor pembuatan adalah pakaian. Di samping
itu sektor pertanian mempunyai dua sifat. Pertama, sektor ini menghasilkan barangan
yang digunakan oleh buruh atau wage goods yang hanya terdiri daripada hasil
pertanian. Kedua, sektor pertanian menggunakan tanah sebagai input pertanian. Oleh
itu output pertanian berhubungan secara positif dengan jumlah tanah yang digunakan.
2. Pada setiap tempoh pengeluaran, katakan satu musim, terdapat sejumlah wage fund
yang diberikan sebagai pendahuluan kepada pekerja. Wage fund ini diperlukan oleh
pekerja kerana pengeluaran adalah memakan masa, jadi pada peringkat permulaan,
mereka memerlukan wang untuk menyara hidup. .
3. Kadar upah benar yang wujud dalam sesebuah ekonomi itu adalah. kadar upah
cukup hidup. Sebarang perbezaan yang wujud antara upah cukup hidup dengan upah
benar akan menyebabkan berlaku penyesuaian dalam penawaran buruh. Misalnya
apabila upah benar lebih tinggi daripada upah cukup hidup, maka penawaran buruh
bertambah dan upah benar jatuh menuju ke arah cukup hidup.
4. Tanah yang menjadi input penting dalam pengeluaran wage goods mempunyai dua
sifat iaitu penawarannya tetap dan kualitinya berbeza-beza. Ini bermakna ada tanah
yang subur dan ada yang tidak subur. Selanjutnya produktiviti tanah juga berbeza.
Pengeluaran pertanian tertakluk kepada hukum pulangan bertambah kurang. Dengan
erti kata lain, apabila jumlah modal dan buruh ditambah kepada penggunaan sekeping
tanah, output marginal dan puratanya menurun walaupun jumlah output meningkat.
Pada awalnya dalam situasi permintaan terhadap output pertanian yang rendah, tanah
yang subur sahaja digunakan. Walau bagaimanapun, apabila permintaan terhadap
output pertanian atau makanan meningkat, tanah-tanah yang kurang subur terpaksa
digunakan. Produktiviti tanah dalam menghasilkan barangan pertanian jatuh bagi tanah
yang tidak subur walaupun dengan menggunakan input modal dan buruh yang sama.
Ini menunjukkan kos pengeluaran meningkat setelah output pertanian bertambah dan
melibatkan tanah yang tidak subur.
5. Output sektor pertanian (contohnya makanan) adalah homogen, yakni tidak ada
beras berkualiti tinggi dan berkualiti rendah walaupun ditanam di atas tanah yang
berbeza kualiti. Harga beras pula sama dengan kos pengeluaran bagi mengerjakan
tanah tidak subur dan kos ini adalah lebih tinggi daripada kos mengerjakan tanah subur.
Ini bermakna penghasilan beras akan mendatangkan keuntungan lebih normal kepada
17

pemilik tanah subur kerana kos mereka lebih rendah dan keuntungan ini juga dikenal
sebagai sewa Ricardo; dan
6. Tiada modal tetap yang diperlukan dalam pengeluaran dan ekonomi adalah tertutup.
Menurut model ini, dalam setiap ekonomi terdapat penawaran tanah yang mempunyai
pelbagai peringkat kesuburan dan pelbagai tingkat teknologi yang boleh mempengaruhi
produktiviti buruh supaya meningkat lebih tinggi daripada tingkat cukup hidup. Kadar
pertumbuhan tenaga kerja tinggi kerana kadar kelahiran lebih tinggi daripada kadar
kematian. Pada awalnya, jumlah penduduk adalah rendah berbanding dengan tanah
yang ada, oleh itu makanan dapat dipenuhi melalui penggunaan tanah yang subur
sahaja. Pada kadar upah yang ada, kapitalis terpaksa memperuntukkan sebahagian
daripada hasil pertanian (makanan) pada pengeluaran musim lepas sebagai wage fund.
Sebarang lebihan yang dapat dihasilkan buruh ini menjadi milik kapitalis. Lebihan ini
juga digunakan untuk memenuhi permintaan makanan buruh sektor lain misalnya
pembuatan, penggunaan kapitalis, dan wage fund untuk tahun hadapan.
Model ini juga menjelaskan bahawa wujud perhubungan yang rapat antara buruh,
modal dan pengeluaran makanan. Keupayaan buruh menghasilkan lebihan akan
menggalakkan kapitalis membuat pelaburan semula sebahagian daripada lebihan itu
dengan mengambil lebih banyak buruh dan ini akan menghasilkan pengeluaran
makanan yang lebih tinggi dan lebih ramai penduduk yang boleh disara. Kesannya
nisbah penduduk - tanah akan menjadi lebih tinggi pula dan tanah yang kurang subur
terpaksa dikerjakan melalui penambahan penggunaan modal dan buruh. Tindakan ini
akan mengurangkan keluaran sut tanah, kos buruh meningkat dan sewa yang
sebenarnya pendapatan bukan buruh juga meningkat. Ekonomi yang mengalami
pertumbuhan seperti ini akan memperlihatkan beberapa ciri penting iaitu, proses
pertumbuhan tidak akan berlaku secara berterusan dan terdapat agihan kepada faktor
pengeluaran yang boleh dibezakan melalui sewa, upah dan untung kepada masing-
masing faktor tanah, buruh dan modal.
Ini menunjukkan pulangan kepada faktor pengeluaran iaitu sewa, upah dan untung
akan berubah mengikut tingkat penggunaan buruh kepada tanah. KS adalah keluaran
sut buruh dan KP ialah keluaran purata buruh. Pada tingkat buruh L
1
, jumlah upah
pekerja ialah OL
1
W
1
W, untung pemodal WW
1
P
1
T dan sewa a tuan tanah, TP
1
R
1
.
Apabila pemodal melabur semula sebahagian daripada keuntungan maka lebih banyak
buruh diambil bekerja, katakan L
2
. Pada tingkat ini jumlah upah menjadi OL
2
W
2
W,
untung WW
2
P
2
T dan sewa TP
2
R
2
. Kita dapati jumlah untung semakin berkurangan,
tetapi jumlah sewa meningkat. Proses pengambilan buruh akan berhenti apabila tiada
lagi untung pemodal iaitu pada peringkat di mana KS = W. Pada tahap ini tiada lebihan
18

dan tiada pelaburan semula maka proses pertumbuhan terhenti. Dalam Rajah 3.1,
tingkat ini ditunjukkan oleh kuantiti buruh L
3
.
KRITIKAN TERHADAP MODEL RICARDO
Analisis Ricardo menggambarkan proses pertumbuhan tidak berlaku secara harmoni
dan tidak memberi faedah kepada semua golongan atau dengan kata lain kepentingan
mereka tidak sama. Golongan yang paling banyak menerima faedah daripada
pertumbuhan ekonomi ialah tuan-tuan tanah. Tanah yang terhad penawarannya
menyebabkan nisbah buruh-tanah semakin tinggi apabila penduduk bertumbuh dan
selanjutnya kadar sewa meningkat. Proses pertumbuhan akan membawa kepada
peningkatan sewa dan mengurangkan untung.
Mengikut Ricardo, proses pertumbuhan akan berhenti apabila tanah yang dapat
digunakan habis dan ini membawa kepada kejatuhan untung. Tetapi pendapat ini
dikritik dari dua sudut iaitu pertama, kapitalis mungkin mempunyai sumber tabungan
lain dan kedua, mungkin terdapat kemajuan teknologi yang mampu mengekalkan kadar
untung, dengan itu pulangan berkurangan dan pengeluaran dapat dilambatkan.
Ricardo juga mengabaikan soal pembaikan tanah yang juga adalah langkah penting
dalam meningkatkan pembentukan modal sektor pertanian. Dalam Model Ricardo, tuan
tanah tidak mempunyai insentif untuk melakukan pelaburan daripada sewa a yang
mereka peroleh untuk menyambung proses pertumbuhan. Oleh itu, apabila berlaku
peningkatan dalam kos buruh, nisbah produktiviti upah jatuh. Tuan tanah juga boleh
menerima lebihan dalam bentuk sewa tanpa apa-apa usaha. Gambaran ini nampaknya
tidak realistik dalam keadaan sebenarnya kerana tuan tanah boleh menjadi kapitalis
dan selalunya akan melakukan pelaburan bagi meneruskan proses pertumbuhan.
Model Karl Marx
Perbezaan pandangan Marx dengan Smith dan Ricardo ialah tentang upah cukup hidup
dan hukum pulangan bertambah kurang. Ekonomi Marxian juga mempercayai
pertumbuhan tidak berlaku selamanya, tetapi apa yang berbeza ialah tentang
berakhirnya pertumbuhan ekonomi. Marx berpendapat pertumbuhan akan berhenti
apabila berlaku krisis.
Marx melihat pembangunan ekonomi dari sudut sosial dan sejarah. Marx menganggap
perhubungan sosial dalam pengeluaran lebih penting daripada pertukaran antara
barangan. Sifat sosial buruh ditekankan. Beliau mengatakan produktiviti buruh,
kemahiran masyarakat buruh, pengetahuan sains dan teknologi dan alam sekitar
adalah anugerah penting sesebuah ekonomi. Perhubungan angkubah ini akan
menentukan budaya-sosial dalam masyarakat.
19

Hukum dinamik dalam teori Marx ialah: (i) keinginan utama pemodal ialah untuk
mengumpulkan seberapa banyak modal, (ii) kecenderungan kadar upah untuk jatuh, (iii)
penumpuan dan pemusatan yang semakin meningkat bagi modal. Persaingan antara
firma membawa kepada hanya firma-firma besar mampu bersaing dan wujudnya
monopoli, dan (iv) peningkatan pengangguran kerana melalui perubahan teknologi
modal dapat menggantikan buruh.
Dalam Model Marx, output terdiri daripada modal tetap, modal berubah dan lebihan,
atau
Y = c + v + s
Dengan
y = output
c = modal tetap
v = modal berubah atau modal kerja (upah atau kos pengeluaran buruh)
s = nilai lebihan iaitu nilai yang dihasilkan oleh buruh melebihi v.

Kadar untung oleh pemodal atau pengusaha, u, merupakan nisbah antara nilai lebihan
dengan jumlah modal atau
s / (v+c)
Marx mengatakan semakin tinggi nisbah antara modal tetap dengan modal berubah c/v
maka semakin murah output kerana kos berubah yang semakin kurang. Analisis dibuat
berasaskan kepada hukum pulangan bertambah tinggi. Faktor tanah yang mempunyai
penawaran tetap tidak dimasukkan ke dalam analisis Model Marx.
Dalam ekonomi pasaran, setiap individu membuat jangkaan kepada proses
pengeluaran dengan car a yang sama. Ini bergantung kepada tahap milikan modal
seseorang. Setiap individu juga perlu menggunakan sebahagian daripada barangan
atau upah cukup hidup yang diperoleh secara pertukaran sama ada dengan
menawarkan perkhidmatan buruhnya atau pertukaran barangan. Terdapat persaingan
antara pemilik modal. Pemilik-pemilik yang mempunyai modal yang sedikit terpaksa
keluar daripada pasaran kerana tidak sanggup bersaing dengan pemilik lain yang dapat
mengeluarkan barangan pada kos yang rendah.
20

Secara umumnya, masyarakat boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu pekerja
dan pemodal. Pekerja menawarkan khidmat buruhnya untuk mendapatkan upah. Harga
buruh iaitu kadar upah benar adalah upah cukup hidup. Kadar ini adalah tetap atau
dengan kata lain penawaran buruh anjal sempurna. Persoalannya, kenapakah upah
sentiasa berada pada tingkat cukup hidup? Dalam menerangkan hal ini Marx
mempunyai pandangan berbeza dengan Teori Malthus. Faktor yang menyebabkan
upah cukup hidup tidak berubah ialah kemajuan teknologi. Seperti yang telah
dijelaskan, proses pengeluaran dalam Model Marx tertakluk kepada hukum pulangan
bertambah tinggi yang memberi implikasi bahawa semakin banyak modal digunakan
atau lebih intensif modal, maka semakin cekap proses pengeluaran. Oleh itu, pihak
pemodal lebih suka menggunakan teknik intensif modal yang selanjutnya
mengurangkan permintaan kepada buruh dan menyekat upah cukup hidup daripada
meningkat.
Walaupun buruh dibayar upah cukup hidup mereka berkemampuan menghasilkan nilai
ditambah yang melebihi kos dan lebihan ini merupakan milik kapitalis. Ini bermakna
produktiviti buruh lebih tinggi daripada kadar upah. Keadaan ini menggambarkan
pemodal telah mengeksploitasikan buruh. Kadar eksploitasi ialah nisbah antara nilai
lebihan dengan modal kerja at au kos buruh, s/v dan nilai ini diandaikan tidak berubah.
melalui kemajuan teknologi. Pemodal juga akan menggantikan modal kepada buruh
sekiranya harga buruh naik melebihi paras cukup hidup. Ini membawa kepada
beberapa keadaan seperti kadar pengangguran yang lebih tinggi, perubahan dalam
pertumbuhan monopoli dan kecenderungan kepada kejatuhan untung, iaitu terdapat
firma yang tidak dapat bersaing dan terpaksa keluar daripada operasi pengeluaran.
KRITIKAN TERHADAP MODEL KARL MARX
Model pertumbuhan Marx adalah diasaskan kepada masyarakat industri dan tidak
memberi tumpuan kepada negara membangun. Namun demikian terdapat juga
sebahagian dari pandangan Marx yang bertentangan dengan negara industri sendiri.
Contohnya dari segi persaingan modal yang dikatakan hanya pemodal besar sahaja
mampu meneruskan operasi sebenarnya tidak berlaku. Dalam keadaan sebenar, di
negara industri mahupun negara membangun, peranan pemodal kecil masih penting.
Mereka masih boleh beroperasi untuk memenuhi permintaan kumpulan tertentu.
Marx mendefinisikan modal tetap sebagai bukan sahaja mesin tetapi juga input bukan
buruh seperti bahan mentah. Oleh itu peningkatan dalam penggunaan mesin tidak
semestinya meningkatkan modal sekiranya nilai kos input lain jatuh. Begitu juga
kemajuan teknologi tidak semestinya meningkatkan komposisi modal dan seterusnya
tidak membawa kepada penurunan kadar untung. Ini menunjukkan andaian yang
21

mengatakan pulangan bertambah tinggi adalah tidak konsisten dengan kenyataan


bahawa berlaku kejatuhan kadar untung.

2.2 MODEL HARROD-DOMAR
Model pertumbuhan Harrod-Domar adalah berasaskan kepada gabungan hasil kerja
dua orang ahli ekonomi pertumbuhan iaitu R. F. Harrod dan Edward Domar. Walaupun
Harrod dan Domar fokus kepada peranan modal dalam pertumbuhan ekonomi, namun
perkara pokok yang ditekankan adalah berbeza. Bagi Harrod perkara penting yang
ingin dibincangkan ialah tentang sebab-sebab berlakunya ketidakstabilan dalam
ekonomi kapitalis, manakala Domar pula lebih menumpukan kepada kadar pelaburan
dalam ekonomi kapitalis. Disebabkan persamaan asas kedua-dua pendekatan ini
adalah sama, maka dalam membincangkan teori pertumbuhan, pendekatan mereka
digabungkan menjadi Teori Harrod-Domar.
MODEL HARROD
Tumpuan Model Harrod ialah ekonomi kapitalis. Dalam ekonomi jenis ini individu adalah
unit penting dalam membuat keputusan. Dalam membuat keputusan, mereka tidak
mengendahkan perancangan orang lain atau implikasi daripada keputusan yang
mereka lakukan ke atas individu lain. Dalam ekonomi jenis ini tidak ada agensi
perancangan pusat yang mengawal pelaksanaan perancangan bagi menjamin sesuatu
pelaksanaan itu tidak menjejaskan mana-mana pihak.
Selanjutnya kelakuan pelaburan menentukan pertumbuhan ekonomi, manakala
perancangan perbelanjaan penggunaan mempunyai perhubungan positif dengan
pertumbuhan melalui kesan pengganda. Keputusan melabur adalah tanggungjawab
pengusaha. Pengusaha tidak dapat menentukan pendapatan, tetapi hanya boleh
membuat keputusan untuk berbelanja. Dalam merancang perbelanjaan mereka,
pengusaha tidak tahu perancangan pengusaha lain, serta tidak dapat mempengaruhi
perancangan orang lain. Tambahan pula rancangan pelaburan dibuat berdasarkan
kepada jangkaan dan sangat berkait dengan masa depan yang tidak pasti. Oleh yang
demikian, rancangan pelaburan tertakluk kepada ketidakpastian yang boleh membawa
kepada dua implikasi, berjaya atau gagal. Kejayaan yang dicapai akan membawa
ekonomi kepada keseimbangan. Sebaliknya, sekiranya perancangan pelaburan gagal
mencapai matlamat maka ekonomi akan berada dalam ketidakseimbangan, iaitu sama
ada berlaku lebihan permintaan atau lebihan penawaran.
Berdasarkan kepada fenomena di atas, Harrod cuba menjawab dua persoalan.
Pertama, apabila berlakunya ketakseimbangan, adakah pengusaha cuba mencapai
22

semula keseimbangan? Atau dengan kata lain, sama ada keseimbangan yang dicapai
stabil atau tidak stabil? Kedua, adakah guna tenaga penuh boleh dicapai?
Perbincangan Harrod diasaskan kepada enam andaian penting:
1. Terdapat dua jenis barangan atau dua jenis aktiviti iaitu pelaburan dan penggunaan;
iaitu I dan C. Nisbah harga relatif bagi kedua-dua aktiviti ini atau Pi/Pc diandaikan tetap.
Andaian ini mempunyai dua implikasi iaitu pertama, kadar pertumbuhan diukur
mengikut kadar perubahan dalam jumlah output, tetapi kadar pertumbuhan tidak
dipengaruhi oleh perubahan komposisi output. Kedua, keputusan pelaburan tidak boleh
dipengaruhi oleh keuntungan hasil daripada perubahan harga relatif. Sebaliknya
pengusaha akan membuat pelaburan berdasarkan permintaan kepada outputnya,
bukannya kepada perubahan harga relatif.
2. Tabungan, S diandaikan berkadaran dengan tingkat pendapatan, Y.
S = sY atau s = S/Y = S/Y
dengan s = kecenderungan menabung sut atau purata.

3. Tenaga kerja, L diandaikan bertumbuh pada kadar tetap, n.
L/L = n dengan L = L/t
Ini bermakna kadar pertumbuhan tenaga kerja tidak dipengaruhi o!eh angkubah lain
dalam ekonomi.
4. Tidak ada kemajuan teknologi dan tidak ada susut nilai. Ini bererti pelaburan kasar
menyamai pelaburan bersih. Andaian ini juga menunjukkan kadar perubahan dalam
stok modal, K, menyamai tingkat pelaburan, I atau:
K = I dengan k = K/t
Dalam keseimbangan, pelaburan menyamai tabungan atau S = I
5. Jumlah modal, K, dan buruh, L, yang diperlukan untuk mengeluarkan satu tingkat
output adalah diberi dengan nisbah modal buruh tetap. Fungsi pengeluaran adalah
berkadaran tetap di mana modal dan buruh tidak saling mengganti. Penambahan dalam
modal atau buruh tidak dapat mengubah tingkat output.

Fungsi pengeluaran adalah berbentuk
23

Y = min [ K/v , L/u ]


dengan
v = nisbah modal-output dan,
u = nisbah buruh-output
Kedua-dua angkubah ini diandaikan tetap. Fungsi sedemikian dapat menerangkan dua
perkara:
1. Dengan mendefinisikan u sebagai nisbah tetap keperluan buruh bagi sejumlah output
atau L/ Y maka pada setiap tingkat output, buruh yang diperlukan ialah L/u unit.
Sekiranya kesemua buruh yang u ada dalam sesebuah ekonomi itu digunakan
sepenuhnya, maka tingkat output maksimum ialah L/u, tanpa mengira saiz stok modal.
Maka dengan andaian pertumbuhan tenaga kerja ialah n, pertumbuhan output Y/Y
tidak boleh melebihi n. Tanpa kemajuan teknologi, kadar pertumbuhan output atau
pendapatan negara adalah ditentukan oleh kadar pertumbuhan tenaga kerja.
2. Dengan mendefinisikan v sebagai nisbah tetap keperluan modal bagi sejumlah
output atau K/Y maka pada tingkat output tertentu modal yang diperlukan ialah K/v unit.
Harrod mengandaikannya K/Y sama dengan nisbah modal-output marginal, K/Y
Maka, persamaan-persamaan boleh ditulis seperti di bawah :
V = K/Y = K/Y
K = vY
K = vY
K = vY dengan Y = Y/t

Nisbah modal-output marginal, boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
1. K/Y sebenar yang menunjukkan perubahan stok modal yang sebenarnya
berlaku dalam sesebuah ekonomi dibahagikan dengan perubahan output yang
sebenarnya dicapai.
2. K/Y yang diperlukan yang merujuk kepada nisbah pertambahan stok modal
dengan pertambahan output seperti yang diperlukan pengusaha. Ini bermakna
pengusaha berpuas hati dengan tingkat pelaburan yang mereka lakukan dan
output yang dicapai.
24


Untuk membezakan kedua-dua definisi di atas, maka dalam penulisan selanjutnya,
simbol berbeza akan digunakan dengan
v = nisbah modal-output
dan vP = nisbah modal-output diperlukan

Daripada andaian 4, K = I dan persamaan (3.3) maka
I=vY
Dalam keadaan keseimbangan
I = S = sY
Maka sY = vY
Atau Y/Y = s/v = G
A
(3.7)

Persamaan (3.7) adalah persamaan asas Model Harrod yang menunjukkan kadar
pertumbuhan output ditentukan oleh nisbah kecenderungan menabung sut atau purata
dengan nisbah modal-buruh purata atau sut. Disebabkan v dan s diandaikan tetap,
maka kadar pertumbuhan output juga tetap.
Kadar pertumbuhan stok modal juga boleh ditunjukkan sama dengan kadar
pertumbuhan output. Daripada andaian (4)
K = I = S
Atau K = sY
Tetapi dari persamaan (3.3) Y = K/v
Maka K = sK/v
K/K = s/v

Kadar pertumbuhan output dalam persamaan (3.7) menunjukkan apa yang sebenarnya
dicapai. Walau bagaimanapun pengusaha mempunyai kadar pertumbuhan yang ingin
25

dicapai apabila mereka melakukan pelaburan yang berasaskan kepada nisbah modal-
output diperlukan iaitu v
p
. Kadar pertumbuhan ini dikenal sebagai kadar pertumbuhan
terjamin atau warranted rate iaitu:

Y/Y = s/v
p
= G
p
(3.11)
Kadar pertumbuhan output sebenar mungkin sama dengan kadar pertumbuhan output
yang diperlukan. Sekiranya keadaan ini dicapai, maka,
G
A
v = s =G
P
v
P

Dalam keadaan ini, maka v = v
p
.
Sebenarnya terdapat tiga keadaan yang boleh berlaku iaitu:
G
A
= G
P
, v = v
p
(3.13 a)
G
A
< G
P
, v > v
p
(3.13 b)
G
A
> G
P
, v < v
p
(3.13 c)

Keadaan 3.13a menunjukkan kadar pertumbuhan sebenar sama dengan yang
diperlukan oleh pengusaha. Dengan kata lain, stok modal sebenar menyamai stok
modal yang diperlukan. Keadaan 3.13b pula menunjukkan kadar pertumbuhan output
sebenar kurang daripada yang diperlukan. Maka stok modal sebenar dalam keadaan ini
melebihi yang diperlukan. Sementara keadaan 3.13c menunjukkan pertumbuhan output
sebenar melebihi yang diperlukan, yang menunjukkan pula stok modal sebenar kurang
daripada yang diperlukan.

MASALAH-MASALAH MODEL HARROD
Model Harrod mempunyai dua masalah utama iaitu:
1. Pertumbuhan ekonomi atau output tidak semestinya berlaku pada kadar yang
dikehendaki atau warranted rate. Ini kerana kadar pertumbuhan ekonomi atau output
sebenar sangat dipengaruhi oleh jangkaan, keputusan dan kesilapan. Dalam keadaan
di mana G
A
tidak sama dengan G
p
, maka stok modal sebenar tidak sama dengan stok
modal yang diinginkan oleh pengusaha.
26

Telah dinyatakan bahawa dengan andaian nisbah buruh-output tetap, maka kadar
pertumbuhan output sebenar tidak boleh melebihi kadar pertumbuhan tenaga buruh
iaitu,
G
A
= L/L = n (3.14)

Ini bererti dalam keadaan guna tenaga penuh, G
A
menyamai n. Keseimbangan mantap
atau steady-state pula dicapai bila G
A
= G
p
. Maka keseimbangan steady-state pada
tingkat guna tenaga penuh akan memuaskan keadaan di bawah:
G
A
= G
P
= n


G
A
= s/v = s/ v
p
= n (3.15)
Walau bagaimanapun, keadaan yang ditunjukkan oleh persamaan (3.15) sukar dicapai
kerana angkubah s, v dan n ditentukan oleh faktor-faktor berbeza. Faktor yang
menentukan s ialah pilihan firma dan isi rumah dalam sesebuah ekonomi, manakala n
ditentukan oleh kadar kelahiran dan kadar kematian. Sementara angkubah v pula
menggambarkan tingkat teknologi yang diandaikan tetap.
2. Harrod menghujah bahawa kadar pertumbuhan diingini, G
p
adalah tidak stabil. Ini
bererti sebarang perbezaan yang wujud antara kadar pertumbuhan output sebenar, G
A

dengan G
p
akan membawa sistem kepada keadaan yang lebih tidak seimbang. Dengan
kata lain perbezaan G
A
dan G
p
akan menjadi semakin besar.
Ketidakseimbangan antara G
A
dan G
p
wujud apabila v tidak sama dengan v
p
, iaitu
seperti yang telah ditunjukkan, sekiranya G
A
> G
p
maka v < v
p
. Sebaliknya bila G
A
<
G
p
, maka v > v
p
Sekiranya G
A
> G
p
, pengusaha mendapati pertambahan dalam stok
modal yang sebenarnya berlaku kurang daripada pertambahan yang mereka inginkan.
Maka, pengusaha akan menambahkan pelaburan yang akan membawa kepada kadar
pertumbuhan sebenar yang lebih tinggi dan perbezaan dengan kadar pertumbuhan
warranted yang lebih besar. Maka keadaan akan menjadi lebih tidak stabil.
MODEL DOMAR
Fokus perbincangan Model Domar ialah kepada pelaburan yang memainkan dua
peranan penting dalam ekonomi kapitalis iaitu:
1. Pelaburan menentukan tingkat pendapatan sebenar melalui proses pengganda
Keynesian.
27

2. Pelaburan menambahkan stok modal dengan andaian tiada susut nilai dan
meningkatkan pula potensi maksimum tingkat pendapatan.
Domar mengkategorikan pendapatan kepada dua jenis iaitu tingkat pendapatan atau
output sebenar, Y, dan tingkat pendapatan atau output potensi yang maksimum, Y
p
.
Dengan menggunakan angkubah-angkubah berikut,
S = kecenderungan menabung purata atau sut diandaikan tetap
I = aliran pelaburan
= potensi produktiviti pelaburan purata sosial yang juga adalah nisbah antara kadar
perubahan dalam pendapatan potensi, Yp dengan aliran pelaburan, I atau
= Y+p / I (3.16)
maka, Y
p
= I
Persamaan (3.16) menunjukkan bahawa perubahan dalam pendapatan atau output
potensi ditentukan oleh potensi produktiviti pelaburan dan aliran pelaburan.
Sementara itu, tingkat pendapatan sebenar adalah ditentukan oleh aliran pelaburan
melalui proses pengganda iaitu;
Y = (1 / s) I
dan Y = (1 / s) I
atau Y = (1/s) I dengan I = I /t
Dalam keadaan keseimbangan guna tenaga penuh, Y = Y
p
dan Y = Y
p
. Tujuan asas
Domar ialah untuk menentukan tingkat kadar pertumbuhan pelaburan yang dapat
mengekalkan tingkat keseimbangan ini. Dalam keadaan keseimbangan guna tenaga,
maka daripada persamaan (3.16) dan (3.17) kita dapati;
(1 / s) I = I
Maka I/I = s .. (3.18)
Persamaan (3.18) adalah persamaan asas Model Domar yang menunjukkan kadar
pertumbuhan pelaburan yang dapat mengekalkan keseimbangan guna tenaga penuh
adalah berkadaran dengan s.

2.3 MODEL HARROD - DOMAR
28

Seperti yang telah dijelaskan bahawa Model Harrod dan Model Domar mempunyai
persamaan asas yang serupa. Oleh itu, gabungan kedua-dua modal ini dinamakan
Model Harrod-Domar.
Bagi Harrod, keseimbangan pertumbuhan steady-state dicapai bila :
G
A
= s/v = s/ v
p

Bagi Domar pula :
I/I = s (3.19)
Tetapi dari persamaan (3.16)
= Y
p
/ I = Y
p
/ K kerana I = K (3.17)
Kita ketahui K / Y
p
= v
p
iaitu pertambahan nisbah modal output potensi
(incremental capital output ratio)
Maka = 1/ Y
p

Dan daripada persamaan (3.19)
I/I = 1/ v
p
(s)
= s / v
p

Sebagai kesimpulannya, persamaan asas Harrod tertumpu kepada kadar pertumbuhan
pendapatan atau output, manakala persamaan asas Domar menumpukan kepada
kadar pertumbuhan pelaburan. Walau bagaimanapun faktor penentu kedua-dua kadar
pertumbuhan ini adalah sama iaitu s / v
p.
Masalah yang dihadapi oleh model Harrod
juga boleh diaplikasikan kepada model Harrod-Domar.
2.4 MODEL NEO KLASIK
Model Neo-klasik cuba menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi tidak semestinya
tidak stabil seperti yang ditunjukkan oleh Harrod. Model ini diasaskan oleh Solow dan
Swan. Menurut pendekatan Neo-klasik, pada tingkat teknologi tertentu, ekonomi
cenderung untuk bertumbuh pada guna tenaga penuh. Had pertumbuhannya adalah
ditentukan oleh kadar pertumbuhan tenaga kerja. Sekiranya terdapat gangguan ke atas
keseimbangan guna tenaga penuh, ekonomi cenderung untuk berbalik kepada keadaan
keseimbangan, dengan itu, keseimbangan adalah stabil.
Dalam membincangkan Model Neo-klasik, terdapat enam andaian penting yang
digunakan:
29

1. Output, Y, terdiri daripada barangan homogen yang boleh digunakan untuk dua
tujuan iaitu, sebagai barangan pengguna, C, atau sebagai barangan pelaburan, I.
Maka,
Y = C + I
Harga relatif antara C dan I tidak tinggal tetap seperti yang diandaikan oleh Harrod.
Sebaliknya berubah-ubah dan perubahannya mempengaruhi tindak balas ekonomi.
Misalnya perubahan dalam kadar pembentukan modal adalah sebagai tindak balas
kepada perubahan harga faktor relatif melalui perubahan kadar untung.

Sekiranya persamaan (3.1) dibahagikan dengan jumlah buruh, kita akan memperolehi
keluaran purata atau per kapita buruh, iaitu,
Y/L = (C/L) + (I/L)
L = tenaga buruh
C/L = penggunaan per kapita
I/L = pelaburan purata atau perubahan stok modal bagi setiap buruh
2. Masyarakat akan menabung sebahagian daripada pendapatan mereka dan fungsi
tabungan ialah,
S = sY
S = tabungan
s = kecenderungan menabung sut atau purata.
3. Tabungan sama dengan pelaburan atau S = I.
Andaian ini mempunyai dua implikasi. Pertama, apabila jumlah tabungan menyamai
jumlah pelaburan, andaian selanjutnya ialah pelaburan akan menghasilkan output yang
boleh dipasarkan. Kedua, untuk melakukan pelaburan dengan menggunakan tabungan
yang ada, diandaikan ia tidak melibatkan sebarang kos sama ada dalam bentuk
kewangan atau masa.

4. Tiada susut nilai, iaitu pelaburan kasar sama dengan pelaburan bersih. Ini juga
bermakna I = K = S.
30


5. Tenaga kerja bertumbuh pada kadar tetap iaitu,
L/L = n
Jika sekiranya tenaga kerja dan stok modal bertumbuh pada kadar yang sama, maka
nisbah modal-buruh, K/ L, menjadi tetap.
6. Pada tingkat teknologi tertentu, terdapat fungsi pengeluaran agregat yang
menghubungkan tingkat nisbah modal-buruh dengan output. Modal dan buruh juga
diandaikan bersifat homogen. Terdapat beberapa sifat fungsi pengeluaran Neo-klasik
iaitu:
a. Pulangan tetap ikut bidangan, output per kapita, Y/ L, bergantung kepada nisbah
modal-buruh, K/ L, dan tidak bergantung kepada stok modal atau buruh semata-mata.
Y=F(K,L) dan Y/L = f(K/L) atau y = f(k)
b. Nisbah modal-buruh adalah berbeza-beza di sepanjang fungsi pengeluaran. Pada
setiap tingkat nisbah modal-buruh yang berbeza, terdapat tingkat output per kapita.
c. Fungsi pengeluaran tertakluk kepada hukum pulangan bertambah kurang iaitu
pertambahan dalam output kurang daripada pertambahan dalam nisbah modal-buruh.
Dengan kata lain keluaran sut modal adalah positif tetapi selepas satu titik tertentu
menurun sehingga menjadi negatif. Pulangan bertambah kurang bukanlah disebabkan
oleh penurunan dalam produktiviti faktor tetap, tetapi disebabkan oleh modal dan buruh
diandaikan pengganti tidak sempurna.
Dengan andaian-andaian di atas ia memberi implikasi bahawa nisbah modal-output
adalah berubah dan bukannya tetap seperti andaian dalam Model Harrod.
Y/K = Y/L K/L
Disebabkan Y / L bertambah pada kadar yang lebih rendah daripada K/ L, maka Y / K
menurun apabila K/ L meningkat.
d. Faktor pengeluaran dibayar mengikut keluaran sut. Kadar untung sama dengan
keluaran sut modal. Maka apabila nisbah modal-buruh naik, kadar upah jatuh.
2.5 PERSAMAAN ASAS MODEL KLASIK
Persamaan asas Model Neo-klasik berbeza daripada Model Harrod. Persamaan asas
Model Harrod melihat kepada kadar pertumbuhan output, manakala per sama an asas
31

Model Neo-klasik melihat kepada perubahan nisbah modal-buruh, k, dan impaknya ke


atas kadar pertumbuhan.
Sekiranya stok modal, K, dan tenaga kerja, L, bertumbuh pada kadar yang sama, maka
kadar pertumbuhan k adalah kosong at au dengan kata lain k tidak berubah. Sekiranya
kadar pertumbuhan stok modal lebih besar daripada kadar pertumbuhan tenaga kerja
maka kadar pertumbuhan nisbah modal-buruh meningkat. Sebaliknya jika kadar
pertumbuhan stok modal lebih rendah daripada kadar pertumbuhan tenaga kerja, maka
kadar pertumbuhan nisbah modal-buruh menurun. Secara simbol,
k = sf (k) - nk .. (3.11)
Persamaan (3.11) adalah persamaan asas Model Neo-klasik yang menunjukkan kadar
perubahan dalam nisbah modal-buruh, k, adalah perbezaan antara tabungan atau
pelaburan per kapita dengan jumlah pelaburan yang diperlukan supaya nisbah modal-
buruh tetap dengan kadar pertumbuhan tenaga kerja pada n. Sekiranya tabungan sf(k)
lebih besar daripada nk, maka k > 0 yang menunjukkan bahawa stok modal bertumbuh
lebih cepat daripada tenaga kerja dan seterusnya meningkatkan nisbah modal-buruh.
Persamaan asas boleh dianalisis secara rajah. Dalam Rajah 3.2(a) sf(k) ialah fungsi
pengeluaran, sf(k), tabungan per kapita dan nk, pelaburan bagi mengekalkan nisbah
modal-buruh tetap. Rajah 3.2(b) pula menunjukkan kadar pertumbuhan dalam nisbah
modal-buruh. Setiap titik di atas keluk f(k) menunjukkan kuantiti output per kapita, y,
pada tingkat nisbah modal buruh, k, tertentu. Keseimbangan dicapai pada ko, iaitu pada
tingkat nisbah modal-buruh tetap, sf(k) menyamai nk dan fj.k adalah kosong. Pada
tingkat ini output per kapita adalah y
0
.
Sekiranya k dicapai pada titik lain misalnya k
1
, maka pad a tingkat ini sf(k) melebihi nk
dan k menjadi positif. Maka nisbah modal-buruh akan bergerak ke kanan menuju titik
keseimbangan. Sebaliknya, jika nisbah modal-buruh dicapai pada k
2
maka sf(k) kurang
daripada nk, dan k menjadi negatif. Dalam keadaan ini nisbah modal-buruh cenderung
bergerak ke kiri menuju titik keseimbangan. Oleh yang demikian titik keseimbangan E
0

adalah yang stabil dengan erti kata setiap gangguan yang berlaku ke atas titik
keseimbangan yang menyebabkan kepada keadaan ketakseimbangan, akhirnya akan
membawa kembali keadaan kepada titik keseimbangan.
Titik keseimbangan dicapai semasa k > 0 pada tingkat sewaktu tabungan per kapita
menyamai kuantiti pelaburan yang diperlukan untuk mengekalkan nisbah modal-buruh
tetap.
Oleh yang demikian, kadar pertumbuhan keseimbangan dalam Model Neo-klasik
adalah tetap dan ditentukan oleh faktor eksogenis iaitu kadar pertumbuhan tenaga
32

kerja. Dalam jangka panjang ekonomi akan menuju ke arah pertumbuhan yang
seimbang. Oleh itu, dalam jangka panjang kadar pertumbuhan ekonomi tidak
dipengaruhi oleh tabungan.
Katakan sesebuah ekonomi mengalami peningkatan dalam kecenderungan menabung
sut atau purata, s, yang menyebabkan keluk sf(k) berpindah ke atas kepada s
1
f(k).
Kadar pertumbuhan tenaga kerja tidak berubah iaitu n, jadi dengan keluk s
1
f(k),
didapati pada titik keseimbangan asal E
0
, dan nisbah modal-buruh ko, didapati s
1
f(k) >
nk maka k > 0 dan nisbah modal-buruh bergerak ke kanan menuju titik keseimbangan
baru, E
1
pada nisbah modal-buruh k
1
dan s
1
f(k) = nk. Dengan pertumbuhan tenaga
kerja tetap pada n, maka stok modal dan output juga bertumbuh pada kadar n. Oleh itu
dalam jangka panjang, walaupun berlaku peningkatan dalam tabungan, kadar
pertumbuhan output dan stok modal masih tidak berubah. Walau bagaimanapun, output
per kapita dan nisbah modal-buruh dicapai pada tingkat yang lebih tinggi.
KRITIKAN TERHADAP MODEL NEO-KLASIK
Dalam Model Neo-klasik, barangan modal diandaikan boleh dikomunikasikan kepada
sebarang jumlah buruh. Modal boleh digabungkan dengan mudahnya dengan buruh
bagi menghasilkan output pada sebarang titik keseimbangan. Pengusaha boleh
mengubah penggunaan modal tanpa melibatkan kos bagi mencapai tingkat pelaburan
yang diperlukan. Ini juga menggambarkan darjah penggantian modal dan buruh iaitu
penggantian mudah dilakukan. Dalam keadaan sebenarnya keadaan ini sukar berlaku.
Modal dan buruh tidak begitu mudah digantikan, terutamanya di negara membangun
yang menghadapi kekurangan modal. Begitu juga sekira berlaku kesilapan da1am
membuat sesuatu pe1aburan ekoran daripada salah jangkaan, modal tidak mudah
dialih ke tempat lain tanpa sebarang kos. Keadaan-keadaan ini adalah halangan
kepada proses pertumbuhan ekonomi.
Model Neo-klasik mengatakan kadar pertumbuhan jangka panjang tidak dapat
dipengaruhi oleh kecenderungan menabung sut. Tetapi tidak menjelaskan berapa
lamakah yang dimaksudkan jangka panjang untuk keseimbangan bergerak dan satu
titik ke satu titik yang lain. Dasar meningkatkan nisbah tabungan mungkin
meningkatkan kadar pertumbuhan modal dan output sebelum mencapai titik
keseimbangan yang baru kerana terdapat bukti yang menunjukkan pencapaian titik
keseimbangan baru mengambi1 masa yang terla1u panjang hingga beratus tahun
(Sato, 1964).
Model Neo-klasik tidak menekankan soal jangkaan pengusaha dalam mempengaruhi
pemboleh ubah makroekonomi. Proses pencapaian titik keseimbangan yang berjalan
dengan licin seperti andaian Model Neo-Klasik adalah bertentangan dengan pandangan
33

Keynes yang menunjukkan dalam jangka pendek terdapat kemungkinan berlaku


pengangguran yang kekal. Proses pertumbuhan Model Neo-klasik menggambarkan
tidak perlu campur tangan kerajaan. Keseimbangan boleh dicapai dengan mudahnya.
Dengan tiadanya fungsi pelaburan dalam model ini, maka jangkaan pelabur tidak
penting dalam menentukan pertumbuhan ekonomi.
2.6 MODEL ROSTOW
Dalam memahami konsep pembangunan, seseorang itu perlu faham tentang teori
pembangunan (Herrick & Kindleberger 1984). Selalunya sebuah teori itu digunakan
bukan sahaja untuk memahami pergolakan yang berlaku di dunia dengan lebih jelas
tetapi juga sebagai asas dalam penggubalan dasar. Namun melalui satu teori sahaja
kita tidak dapat menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.
Apa yang perlu dilakukan ialah menentukan pemboleh ubah yang penting dan
pemboleh ubah yang tidak ada kaitan dengan menggunakan pelbagai model
pembangunan. Walau bagaimanapun secara keseluruhan kesemua teori yang
dikemukakan tidak begitu berjaya dalam menjelaskan pembangunan ekonomi
terutamanya di Dunia Ketiga (Nafziger, 1990). Akan tetapi teori-teori yang dikemukakan
dapat dijadikan sebagai panduan di dalam penggubalan dasar di sesebuah negara.
Mengikut Todaro (1989), kajian mengenai pembangunan ekonomi 40 tahun lepas
dipengaruhi oleh empat aliran pemikiran iaitu:
1. Model tahap-tahap pertumbuhan linear
2. Teori perubahan struktur
3. Teori pergantungan antarabangsa
4. Teori Neo-klasik
Dalam tahun-tahun 1950-an dan awal 1960-an, aliran pemikiran pembangunan
menumpukan perhatian kepada konsep tahap pertumbuhan ekonomi. Proses
pembangunan dipandang sebagai satu siri tahap-tahap berturutan yang perlu dilalui
oleh setiap negara. Ini adalah teras teori pembangunan ekonomi. Bagi membolehkan
negara Dunia Ketiga meneruskan lorong pertumbuhan yang dilalui oleh negara maju,
kuantiti dan gabungan antara tabungan, pelaburan dan bantuan asing adalah penting.
Oleh itu, pembangunan biasanya disamakan dengan pertumbuhan ekonomi yang
cergas.
Walau bagaimanapun pendekatan tahap-tahap linear ini mula diganti oleh dua aliran
pemikiran lain dalam tahun-tahun I 970-an. Pertama, teori dan corak perubahan struktur
34

dan kedua, ialah revolusi pergantungan antarabangsa. Dalam aliran pemikiran yang
pertama, teori ekonomi moden dan analisis statistik digunakan bagi menggambarkan
proses perubahan struktur yang perlu dilalui oleh negara membangun bagi mencapai
kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Manakala dalam aliran pemikiran yang kedua,
orientasi yang digunakan agak radikal dan lebih berunsurkan politik.
Fokus utama aliran pemikiran kedua ini ialah tentang faktor kemunduran yang dilihat
dalam konteks hubungan kuasa di peringkat antarabangsa dan tempatan. Di samping
itu, aliran pemikiran ini juga cuba melihat aspek rigiditi dalam struktur institusi dan
ekonomi yang menyebabkan berlaku dualise ekonomi dan sosial di dalam negara dan
antara negara di dunia ini. Oleh itu, teori-teori pergantungan cenderung menekankan
bahawa faktor-faktor institusi dan politik luaran dan dalaman menjadi halangan utama
kepada pembangunan ekonomi. Oleh itu, perlu digubal dasar-dasar utama yang baru
dalam mengatasi masalah kemiskinan; menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
dan mengurangkan ketidaksamaan pendapatan. Objektif ini perlu dicapai dalam
konteks ekonomi yang bertumbuh, tetapi model bertahap linear dan perubahan struktur
tidak begitu memberi keutamaan kepada pertumbuhan semata-mata.
Dalam tahun-tahun 1980-an, aliran pemikiran Neo-klasik mulai mempengaruhi ahli
ekonomi yang menekankan tentang peranan pasaran bebas dan kepentingan campur
tangan kerajaan dalam menggalakkan pembangunan. Bab ini cuba membincang
keempat-empat aliran pemikiran di atas secara lebih mendalam.
Teori ini dikemukakan oleh Rostow (lihat Rostow 1960) dan dianggap. sebagai teori
yang ada kaitan dengan keadaan di negara Dunia Ketiga. Walaupun Rostow bukanlah
orang pertama menganalisis proses pembangunan, namun teori tahap pertumbuhan
yang dikemukakannya menjadi salah satu teori yang paling banyak mendapat
perhatian. Keadaan ini dijelaskan oleh beberapa faktor berikut:
1. Analisis mengenai proses pembangunan yang dikemukakan bukan sahaja
menyelidik mengenai perubahan-perubahan yang bersifat ekonomi tetapi juga
perubahan yang bersifat sosial dan politik. .
2. Dilihat dari sudut ekonomi, analisis yang dikemukakan adalah analisis pertumbuhan
yang lengkap kerana bukan sahaja menganalisis mengenai perubahan secara
menyeluruh tetapi juga perubahan yang berlaku dalam pelbagai sektor ekonomi.
3. Analisis beliau mengemukakan beberapa peringkat pembangunan dan menjelaskan
sifat-sifat yang ada di setiap peringkat tersebut.
Secara asasnya, Rostow berpendapat bahawa setiap negara yang bergerak maju ke
depan perlu melalui tahap-tahap tertentu dan tidak boleh melompat susunan tahap
35

tersebut. Keadaan-keadaan tertentu perlu wujud sebelum sebuah negara itu bergerak
ke tahap yang lebih maju sebagaimana yang dialami oleh negara maju sebelum ini.
Rostow membahagikan proses pembangunan ekonomi kepada lima tahap
pertumbuhan berikut (Sadono Sukirno 1985):
1. Tahap Masyarakat Tradisional (The Traditional Society)
2. Prasyarat untuk Lepas Landas (The Pre-Conditions for Take-Off)
3. Tahap Lepas Landas (The Take-Off)
4. Tahap Gerakan Ke Arah Kedewasaan (The Drive to Maturity)
5. Tahap Penggunaan Tinggi (The Age of High Mass Consumption)
Dalam tahap masyarakat tradisional, kegiatan ekonomi adalah terhad, yakni tertumpu
di bidang pertanian tradisional yang berdaya pengeluaran rendah. Kaedah pengeluaran
yang digunakan adalah secara tradisional, tidak ada teknologi yang tinggi dan tidak
wujud daya cipta. Daya pemikiran masyarakat pad a tahap ini tidak rasional kerana adat
resam lebih mempengaruhi corak kehidupan mereka. Manakala fungsi institusi sosial
adalah lebih kuat dibandingkan dengan institusi ekonomi sehingga motif keuntungan
tidak ada langsung dalam aktiviti ekonomi. Masyarakat yang ada pada tahap ini adalah
berbentuk feudal yang kurang memberi galakan kepada mobiliti ke atas, wujud kelas
dalam masyarakat dan agihan pendapatan adalah tidak seimbang. Ini disebabkan
kuasa ekonomi dan politik terletak di tangan pemilik tanah.
Pada tahap prasyarat untuk lepas landas, Rostow menganggapnya sebagai satu
masa peralihan di mana sesuatu masyarakat itu mula menyiapkan diri untuk mencapai
pembangunan yang berterusan. Ini memerlukan perubahan dari segi sikap dan ni1ai
masyarakat terhadap kegiatan ekonomi. Walaupun perubahan berlaku agak lambat,
namun penggunaan sains moden mula wujud, tingkat daya pengeluaran dan pelaburan
mula bertambah. Golongan pengusaha juga mula muncul untuk mengganti tuan tanah
dan golongan ini menjadi penggerak ekonomi yang penting dan sanggup menanggung
risiko.
Pada tahap ini juga berlaku perubahan struktur ekonomi semasa negara mula
membangunkan sektor industri. Kenaikan dalam pelaburan berlaku ekoran dari
perkembangan sektor pertanian, perlombongan dan pembaikan dalam infrastruktur.
Sektor pertanian berfungsi sebagai pembekal makanan dan pasar kepada industri
barang-barang pengguna dan barang-barang input pertanian (seperti jentera dan baja
kimia) dan menjadi sumber tabungan untuk kegiatan sektor industri. Sektor
36

perdagangan juga turut berkembang sehingga membawa kepada perkembangan dalam


infrastruktur.
Di samping itu, beberapa perubahan sosial perlu berlaku termasuk kemunculan
pemimpin baru untuk mengganti tuan tanah dan golongan inilah yang akan
melaksanakan pelaburan dan pembangunan ekonomi. Golongan masyarakat lain yang
mempunyai tabungan pula harus bersedia meminjamkan tabung n tersebut kepada
golongan elit baru tersebut untuk digunakan sebagai modal. Secara keseluruhan,
penduduk pada tahap ini harus melakukan perubahan sikap iaitu dari nilai kehidupan
tradisi kepada kehidupan yang lebih berdisiplin seperti bekerja pada waktu tetap,
mewujudkan pengkhususan dalam pekerjaan dan melakukan kerja berasaskan
peraturan yang telah ditetapkan.
Pada tahap ini juga berlaku perubahan politik ekoran dari perkembangan dalam
semangat nasionalisme dan kesan demonstrasi dari luar. Mengikut Rostow sesebuah
negara yang menghadapi penghinaan atau tekanan dari negara lain yang lebih maju
dapat melakukan proses modenisasi dengan lebih cepat.
Tahap prasyarat untuk lepas landas boleh dikategorikan kepada dua iaitu pertama,
tahap yang dicapai oleh negara-negara Eropah, Asia, Timur Tengah dan Afrika di mana
negara tersebut terpaksa merombak masyarakat tradisional yang sudah lama ada.
Manakala kategori kedua iaitu yang dicapai oleh negara-negara Amerika Syarikat,
Kanada dan Australia. Negara yang dianggap sebagai 'born free' ini dapat mencapai
tahap prasyarat untuk lepas landas tanpa perlu merombak sistem masyarakat
tradisional yang ada kerana kebanyakan penduduknya terdiri daripada imigran yang
telah mempunyai sifat-sifat yang diperlukan bagi mencapai tahap tersebut.
Tahap pelancaran atau lepas landas adalah tahap yang paling penting dalam menuju
proses pembangunan yang berterusan. Pertumbuhan dianggap sebagai satu hal yang
normal dan berlaku akibat dari perubahan dari segi politik, teknologi dan perluasan
pasar. kesan seterusnya menyebabkan tercipta inovasi dan berlaku peningkatan dalam
pelaburan dan pendapatan per kapita. Sesuatu perekonomian akan mencapai tahap ini
apabila ada ciri-ciri seperti tingkat pelaburan produktif mengalami kenaikan antara 5.0
hingga 10.0 peratus dari Keluaran Negara Bersih (KNB); berlaku perkembangan pesat
dalam satu atau beberapa sektor industri yang penting dan sudah wujud 'frame work'
politik, sosial dan institusi yang akan mendorong ke arah perkembangan ekonomi yang
lancar. Peranan tabungan dalam negeri sebagai sumber modal utama adalah penting
pada tahap ini. Negara Britain dan Jepun umpamanya mengalami pembangunan
melalui penggunaan tabungan yang semakin bertambah dalam negara.
37

Terdapat beberapa keadaan yang perlu wujud bagi memastikan. pembangunan pada
tahap ini dapat diteruskan iaitu:
1. Agihan pendapatan perlu adil supaya tabungan masyarakat dapat ditingkatkan.
2. Golongan usahawan yang akan menjalankan aktiviti ekonomi perlu wujud.
3. Pelaburan modal juga perlu ditambah melalui pelaburan asing bagi memastikan
pelaburan produktif meningkat (Sweden, Kanada dan Amerika Syarikat adalah contoh
negara yang bergantung kepada pelaburan asing pada tahap pelancaran).
4. Modal juga perlu ditambah melalui peningkatan jumlah institusi kewangan dan
untung yang tidak dibahagi.
Sektor yang menjadi penggerak kepada ekonomi ialah sektor pertumbuhan utama
dibantu oleh sektor pertumbuhan tambahan dan sektor pertumbuhan terpengaruh.
Mengikut tafsiran Rostow masa tahap pelancaran di Britain adalah antara 1783-1802,
Perancis (1830-60) Belgium (1833-60), Amerika Syarikat (1843-60), Jerman (1850-73),
Sweden (1868-90), Jepun (1878-1900), Russia (1890-1914), Kanada (1896-1914),
Argentina (1935), Turki (1937), India (1952) dan China (1952). Melihat jangka masa di
atas dapat dirumuskan bahawa masa tahap lepas landas adalah singkat iaitu lebih
kurang 20 tahun dan negara Barat kebanyakannya mencapai tahap ini pada abad
kesembilan be1as dan awal abad kedua puluh, kecuali Britain yang mencapainya pada
akhir abad kelapan belas manakala Kanada dan Rusia pada permu1aan abad kedua
puluh.
Tahap keempat iaitu tahap kematangan ekonomi adalah apabila sesuatu masyarakat
telah mencapai tingkat teknologi yang tinggi dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Sektor
utama yang berkembang pada tahap lepas landas sudah mula berkembang dan
semakin kukuh. Jumlah penduduk yang terlibat dalam sektor industri semakin
meningkat dan peranan usahawan semakin penting di samping mula timbul kritikan
terhadap proses industrialisasi yang dijalankan.
Pada tahap terakhir iaitu tahap penggunaan tinggi masyarakat telah mengubah fokus
masalah daripada masalah di bidang keluaran kepada masalah di bidang penggunaan
dan kesejahteraan. Masyarakat mula mementingkan penggunaan barang-barang
mewah dan masa rehat.
Tahap ini dicapai oleh Amerika Syarikat Jerman dan Perancis 1910, Sweden 1930,
Jepun 1940, Russia dan Kanada 1950. Faktor-faktor pengeluaran yang ada di dalam
negara digunakan untuk meningkatkan pengaruh di luar negara melalui perdagangan
antarabangsa, meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui agihan pendapatan
38

yang lebih adil dan sebahagian besar pendapatan masyarakat digunakan untuk
membeli barang-barang keperluan mewah di samping keperluan untuk makanan dan
pakaian.
Teori Rostow telah banyak menerima kritikan. Antara isu-isu yang ditimbulkan oleh
pengkritik ialah mengenai perbezaan setiap tahap yang kabur atau kurang jelas; perlu
dibuktikan secara empirikal dan kemungkinan sesebuah negara untuk tidak mengikut
urutan tahap yang telah ditetapkan (Lihat Sadono 1985).


SOALAN PERBINCANGAN

1. Rostow membahagikan proses pembangunan ekonomi kepada lima tahap
pertumbuhan, bincangkan tahap-tahap pertumbuhan tersebut.
2. Bincangkan Model-model Pertumbuhan Klasik seperti Model Adam
Smith, Model Ricardo dan Model Mark.