Вы находитесь на странице: 1из 1

Permainan

Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya.
Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas
tahun. Jumlah kumpulan adalah dua dan setiap kumpulan ada dua pemain.
Kawasan tanah rata (rumput, berpasir atau bersimen) dan lapang adalah gelanggang
yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini
adalah jenis guli biasa, berwarna tidak berwarna kecuali bunga guli itu sahaja.
Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran diameter 30 cm dan dipanggil
Bulatan Sasaran. Satu lagi bulatan dipanggil Bulatan Pemula dilukiskan yang
berjejari 165 cm mengelilingi Bulatan Sasaran. Bulatan Pemula adalah sebagai
penanda mula tempat permainan.
Cara bermain
1. Untuk memulakan permainan setiap kumpulan hendaklah meleretkan biji guli
masuk ke dalam Bulatan Sasaran. Guli yang masuk ke dalam Bulatan Sasaran
atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan
permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
2. Seterusnya, permainan akan bermula apabila setiap kumpulan meleretkan lima
(7 dan 8) biji guli bagi setiap kumpulan masuk ke dalam Bulatan Sasaran. Guli-
guli inilah akan menjadi sasaran mereka.
3. Pemain pertama akan melontar atau meleretkan gulinya kepada semua guli
yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkena. Pemain akan melempar
guli dengan menuju guli yang berada di dalam Bulatan Sasaran itu dengan
mengelilingi bulatan besar tanpa memasuki kaki kedalamnya. Jika kaki
termasuk, lemparan itu batal dan diserahkan kepada pemain seterusnya.
4. Sekiranya tidak mengena, guli tersebut diambil semula dan pemain kedua akan
membuat lontaran kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga
semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli lainnya.
5. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah guli yang dimiliki oleh setiap
kumpulan. Guli yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

Вам также может понравиться