Вы находитесь на странице: 1из 17

Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)

SCE 3063E
1

FAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN SAINTIFIK DI SEKOLAH RENDAH.
1.0 PENGENALAN
Pada 28 Februari 1991, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika
itu, telah mengumumkan satu rangka kerja rancangan pembangunan Malaysia untuk dicapai
dalam tempoh masa 30 tahun yang akan datang. Salah satu cabaran yang termaktub dalam
wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat Malaysia yang berfikiran saintifik dan
progresif agar dapat menyumbang kepada perkembangan tamadun teknologi dan bukan
sekadar pengguna teknologi.
Bagi mencapai hasrat ini, mutu pendidikan sains Negara perlulah dipertingkatkan.
Lantaran itu, mata pelajaran sains telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di Tahap
2 iaitu dari tahun 4 ke Tahun 6 di semua sekolah rendah mulai sesi persekolahan Disember
1994, bagi menggantikan mata pelajaran Alam Dan Manusia.
Kurikulum sains sekolah rendah juga dibangunkan dengan hasrat untuk menghasilkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial seperti yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sains bukan sahaja berkenaan dengan fakta tetapi ia
juga mewakili proses cadangan dan memperbaiki penjelasan mengenai dunia kita.
Pengetahuan saintifik merupakan hasilan daripada aktiviti saintis.
Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 2 direka bentuk untuk merangsang sikap ingin
tahu dan mengembangkan minat bagi membolehkan mereka memahami diri dan alam
sekeliling melalui aktiviti berpusatkan murid (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).

2.0 APAKAH KEMAHIRAN SAINTIFIK?
Pendidikan sains dalam abad ke-21 ini memberikan penekanan kepada proses
inkuiri. Penekanan yang diberikan kepada proses inkuiri dinyatakan secara eksplisit dalam
dokumen-dokumen rasmi seperti kurikulum standard sains, program pendidikan sains,
mahupun projek sains Negara. Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian
masalah. Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikir digunakan (Padilla,1990).
Sebenarnya, proses inkuiri merupakan satu aktiviti yang melibatkan pelbagai segi dan
ianya meliputi aktiviti seperti membuat pemerhatian terhadap sesuatu fenomena, menyoal,
memeriksa dan membuat penelitian melalui buku-buku dan apa jua sumber-sumber
maklumat yang lain untuk mengetahui apa yang diketahui tentang fenomena tersebut,
mengaju dan mencadangkan jawapan, penerangan dan ramalan, membuat hipotesis,
merancang penyiasatan sains untuk menguji hipotesis, menggunakan alat dan radas untuk
mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi data, mengulas apa yang diketahui
Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
2

bedasarkan bukti-bukti daripada hasil penyiasatan sains dan berkomunikasi dalam
menyampaikan hasil dapatan.
Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan
sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan
projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri
daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Oleh itu kemahiran saintifik diperlukan oleh seseorang pelajar untuk mengkaji dan
memahami alam, mencari jawapan atau jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah serta
membuat keputusan secara sistematik. Kemahiran saintifik terdiri daripada Kemahiran
Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.







Rajah 1

3.0 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN SAINTIFIK.
3.1 Kemahiran Proses Sains.
Kemahiran proses sains adalah proses-proses kognitif atau cara pelajar berfikir
semasa mereka menjalankan penyiasatan (membuat melalui pemikiran). Ianya bukan
kemahiran manipulatif berbentuk psikomotor (Gott dan Dugan,1995). Menurut Gott dan
Dugan lagi, kemahiran proses ini juga berbeza dari kemahiran prosedur asal sains yang
merupakan asas-asas membuat keputusan dalam kaedah saintifik iaitu asas untuk
menentukan sama ada sesuatu penyiasatan itu menyokong hasil sains yang dibentuk atau
tidak.
Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
3

Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang
sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang
boleh dipercayai. Ini bermakna murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan
pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta
pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya.
Kemahiran Proses Sains diperlukan oleh murid untuk mempelajari mengenal dunia
sains dan teknologi dengan lebih mendalam. Guru-guru perlu mengetahui dan menguasai
kemahiran proses sains terlebih dahulu sebelum kemahiran tersebut dapat diajarkan kepada
murid. Strategi inkuiri yang berpusatkan murid dengan aktiviti, penyiasatan dan eksperimen
akan memupuk dan mengasah kemahiran-kemahiran proses sains. Seterusnya, kemahiran
berfikir juga akan dipertingkatkan.
Terdapat 12 Kemahiran Proses Sains yang harus diperkembangkan dalam
kurikulum Sains seperti rajah 2 di bawah.

Rajah 2
Berdasarkan Teori Peringkat Perkembangan Kognitif, Kemahiran Proses Sains dapat
dibahagikan kepada dua peringkat utama iaitu Kemahiran Proses Sains Asas dan
Kemahiran Proses Sains Bersepadu. Pelajar yang mempunyai Kemahiran Proses Sains
Asas (Basic Process Skills) mampu mengembangkan logik dan memahami konsep
pengabadian serta dapat membuat pengelasan berasaskan lebih daripada satu ciri pada
satu masa. Pelajar yang mempunyai Kemahiran Proses Sains Bersepadu (Integrated
Process Skill) pula lebih matang dan dapat menguasai pemikiran yang lebih abstrak serta
memahami keperluan untuk mengawal pemboleh ubah apabila menjalani suatu eksperimen.

Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
4

Kemahiran-kemahiran Proses Sains Asas ialah:-
1. Memerhati
Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian
atau semua deria. Ianya boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif. Pengetahuan
konsep diperlukan dalam pemilihan dan penaksiran pemerhatian yang dibuat.
Petunjuk Memerhati:-
Menggunakan deria rasa, penglihatan,bau, pendengaran dan sentuhan.
Mengenal pasti ciri dan kualiti sesuatu konsep.
Mengenal ciri-ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan.
Memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesani
Memperihal akan perubahan yang berlaku
Mengenal pasti tertib sesuatu kejadian yang berlaku
Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci

2. Mengelas
Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau
fenomena berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Mengasingkan dan mengumpul objek
atau fenomena kepada kumpulan masing-masing.
Petunjuk Mengelas:-
Kenal pasti ciri umum sekumpulan item
Beri nama kepada kumpulan item itu
Kenal pasti ciri lain
Memasukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil
Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu
kumpulan

3. Berkomunikasi
Kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan
mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk.

Petunjuk Berkomunikasi
Kenal pasti ciri umum sekumpulan item
Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
5

Bercakap, mendengar atau menulis atau menjelaskan idea atau makna kepada
rakan
Merekod maklumat daripada kajian
Meneliti maklumat yang ingin disampaikan
Memilih cara atau alat komunikasi yang bersesuain
Menyediakan bahan yang diperlukan untuk penyampaian
Menggunakan bahan rujukan
Menentukan sasaran yang akan menerima maklumat

4. Meramal
Meramal ialah proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku
berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh
dipercayai.

Proses Meramal
Menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk menjangka apa yang mungkin
berlaku.
Menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat sesuatu jangkaan.
Menentukan hasil yang mungkin daripada sesuatu tindakan.
Mengesahkan jangkaan berlandaskan data atau pengalaman yang lepas.
Membezakan ramalan daripada tekaan.

5. Menyukat dan menggunakan nombor
Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat
piawai.

Petunjuk Mengukur dan Menggunakan Nombor
Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang
berlainan
Menggunakan nombor untuk merekod fenomena
Membandingkan objek-objek menggunakan nombor
Menggunakan alat dengan betul
Mencatat bacaan dengan tepat
Mencatat unit dengan betul
Memilih dan menggunakan unit yang piawai dengan betul
Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
6

Membandingkan masa, jarak, luas dan isi padu dengan unit yang berkaitan
Boleh mengenal pola dalam jadual-jadual nombor
Menentukan kejituan ukuran tertentu
Menggunakan skala dan menerangkan nisbah

6. Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu
objek dan perubahannya mengikut masa.

Petunjuk Menggunakan Perhungan Masa dan Ruang
Memperihalkan lokasi dengan masa
Memperihalkan perubahan arah dengan masa
Memperihalkan bentuk dengan masa
Memperihalkan perubahan saiz dengan masa
Menyusun peristiwa kejadian mengikut kronologi
Menentukan magnitud perubahan yang berlaku berdasarkan kadar perubahan
Menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam ruang
Menghuraikan rupa bentuk objek dilihat dari kedudukan yang berlainan
Menerangkan perhubungan di antara masa dan jarak objek yang bergerak


7. Membuat Inferens
Proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek
berdasarkan pemerhatian. Pengalaman lepas digunakan sebagai asas untuk membuat
kesimpulan awal tersebut. Kesimpulan yang dibuat ini mungkin benar atau tidak.

Petunjuk Inferens
menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan awal
yang munasabah
membuat pelbagai tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatian
mengenal had-had inferens
menguji kejituan inferens dengan pemerhatian tambahan
menggunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian tambahan


Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
7

Kemahiran-kemahiran Proses Sains Bersepadu ialah:-
1. Mentafsir Data
Kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena, atau pola
berdasarkan maklumat yang dikumpul.

Petunjuk Mentafsir Data
Mengumpul pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat pernyataan tentang
maksudnya
Mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperoleh
Menyatakan hubungan di antara maklumat
Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan

2. Mendifinisi Secara Operasi
Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan
perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.

Petunjuk Mendifinisi Secara Operasi
Mentakrif istilah, konsep atau pemboleh ubah dalam konteks pengalaman sendiri.
Membuat pernyataan apa yang diperhatikan dan apa yang dibuat.

3. Mengawal Pemboleh Ubah
Pemboleh ubah boleh jadi satu faktor, keadaan atau hubungan yang boleh diubah
dalam suatu kejadian atau sistem yang dikaji. Pemboleh ubah dimanipulasikan untuk
menghasilkan perubahan dalam pemboleh ubah kedua (pemboleh ubah bergerak
balas). Pemboleh ubah lain yang mungkin mempengaruhi keputusan perlu dimalarkan
(pemboleh ubah dimalarkan)

Petunjuk Mengawal Pemboleh Ubah
Menentukan pemboleh ubah yang relevan dalam penyiasatan
Menentukan pemboleh ubah yang akan
- dimanipulasi (tak bersandar),
- bergerak balas (bersandar)
- dimalarkan.
Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
8

Menentukan apakah perubahan yang perlu dilakukan keatas pemboleh ubah yang
dimanipulasikan

4. Membuat Hipotesis
Proses menghasilkan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasar inferens,
untuk menerangkan suatu perkara atau peristiwa. Merupakan suatu ramalan
mengenai hubungan antara dua atau lebih pembolehubah. Boleh diuji untuk
membuktikan kesahihannya.

Petunjuk Membuat Hipotesis
mengenal pasti pemboleh ubah
membuat inferens yang munasabah
menentukan hubungan di antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferens

5. Mengeksperimen
Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis. Merupakan
kemahiran proses sains peringkat tinggi.

Petunjuk Mengeksperimen
Membuat pemerhatian
Mengemukakan soalan serta membuat inferens
Membuat hipotesis yang boleh diujikan
Mengawal pemboleh ubah / mendefinisikan secara operasi
Menentukan peralatan yang diperlukan bagi suatu eksperimen
Menjalankan eksperimen dan memerhati serta merekod data
Menganalisis dan mentafsir data
Membuat kesimpulan
Melapor keputusan eksperimen yang telah dijalankan

Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
9


Rajah 3. Jadual berikut memberikan definisi bagi komponen-komponen Kemahiran Proses
Sains yang telah diterangkan di atas.

3.2 Kemahiran Manipulatif Sains (KMS)
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor yang diperkembangkan
melalui penyiasatan dalam Sains. Kemahiran ini memupuk murid supaya dapat
mengendalikan peralatan, bahan, serta spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul,
selamat, cermat dan tepat.
Kemahiran ini diaplikasikan apabila murid menggunakan dan mengendalikan
peralatan dan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan sains dengan betul dan
selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, mengendalikan spesimen
dengan betul dan cermat dan yang terakhir sekali ialah melakar spesimen, peralatan dan
bahan sains.
Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
10

Rajah 4 menunjukkan ringkasan kemahiran manipulatif sains.

4.0 STRATEGI MENGAJ AR KEMAHIRAN SAINTIFIK DI SEKOLAH RENDAH.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam mata pelajaran Sains
sekolah rendah ini berteraskan pembelajaran melalui pengalaman yang mengutamakan
pendekatan inkuiri. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan
menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling.
Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku
apabila konsep dan pronsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.
Walaubagaimanapun di peringkat sekolah rendah, murid menentukan bimbingan dan
panduan dalam menemui sesuatu konsep dan prinsip. Justeru, pendekatan yang berkesan
ialah melalui penemuan terbimbing. Ini bermaksud bahawa guru membimbing murid dalam
menemui sesuatu konsep dan prinsip melalui perbincangan, pertanyaan atau penyelesaian
masalah.Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakan
dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih
sesuai didedahkan secara langsung oleh guru.
Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
11

Pelbagai kaedah boleh dijalankan oleh guru untuk mengasuh dan membimbing
murid memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran saintifik dan mengamalkan
nilai-nilai murni dalam mempelajari sains supaya menjadi lebih kritis, analitis dan
bertanggungjawab. Kaedah yang disarankan termasuk eksperimen, perbincangan, simulasi
dan projek.
Eksperimen menguji hipotesis melalui penyiasatan. Ini melibatkan murid mengawal
pembolehubah dan juga melibatkan kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Simulasi
aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Tiga contoh simulasi yang utama ialah
main peranan, permainan dan pengunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan
sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan.
Permainan pula mempunyai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk
mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan. Model
boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan
situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari. Projek aktiviti
yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan
tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang
formal.

Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah
Seorang pengajar boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada secara
berasingan atau gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. Pemilihan kaedah atau
gabungan kaedah yang dilaksanakan bergantung kepada pelajar yang diajar, bahan
pembelajaran dan kemudahan media yang tersedia. Ia juga bergantung kepada kefahaman,
kebolehan dan kemahiran pengajar mengenai kaedah yang akan digunakan, iaitu:
A) Kaedah induktif
Kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran yang
konkrit dan abstrak. Khusus kepada umum dan daripada contoh kepada hukum am.
Kebenaran universal dibuktikan daripada ciri-ciri kes dan beberapa kes lain yang
serupa.
B) Kaedah heuristic
Dalam kaedah ini pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan-bahan
pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. Peranan guru menjadi
pebimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai.

Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
12

C) Kaedah projek
Pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan dan
panduan pengajar. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar rujuk dan
penilai.
D) Kaedah Simulasi
Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, pengajar menetapkan peranan dan situasi
untuk pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan sebagai individu lain. Dengan
cara ini, pelajar berpengalaman menjalankan peranan bukan sebagai pelajar sahaja,
bahkan ia dapat mengalami sendiri peranan yang mereka boleh mainkan.
Keberkesannya bergantung kepada kelebihan dan kefahaman peranan yang
dimainkan itu.
E) Kaedah diduktif
Ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar bermula daripada aspek umum
kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh.
F) Kaedah dogmatic
Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula. Latihan
diberi untuk pelajar menggunakan hukum, prinsip atau formula itu dalam situasi yang
berperingkat.
G) Kaedah Soal Jawab
Pengajar mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar di mana jawapan itu
dibina sebagai isi pelajaran yang lengkap.
H) Kaedah lawatan
Pengajar mengatur supaya pelajar melawat ke tempat tertentu di luar bilik darjah
dengan bahan pembelajaran boleh didapati dan dikaji dengan mudah.
I) Kaedah amali
Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian mengikut
arahan yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru.
Peranan guru sebagai pembimbing, penunjuk ajar, penasihat, pakar rujuk dan
penilai.
J) Kaedah Cerita
Pengajar membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang boleh
meningkatkan minat dan motivasi pelajar.
K) Kaedah sintesis
Pelajar bermula daripada apa yang diketahui kepada apa yang belum diketahui
berdasarkan data yang ada. Pelajar merumus kesimpulan.


Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
13

L) Kaedah topic
Pengajar membentangkan isi pelajaran mengikut topik sehingga lengkap, sekaligus
menghubungkaitkan dengan topik-topik berkaitan.
M) Kedah Perbincangan
Pengajar membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada dalam
kumpulan besar ataupun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat rujukan atau
kajian.
N) Kaedah Modular
Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara. Sepanjang
proses pengajaran kaedah ini, pelajar dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti
seperti membuat latihan, menyelesaikan masalah dan menjawab soalan mengenai
bahan itu. Pada akhir pembelajaran pelajar mengambil ujian untuk menentukan
tahap kefahaman dan penguasaan.
Semua kaedah diatas boleh digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran
agar PDP dapat dipelbagaikan mengikut kesesuaian tajuk dan perbezaan murid.

5.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN SAINTIFIK DI KALANGAN MURID SEKOLAH
RENDAH.
Kemahiran saintifik adalah penting kepada murid sekolah rendah. Antara kepentingan-
kepentingan terhadap murid sekolah rendah adalah memastikan murid dapat mengkaji dan
memahami tentang alam semesta. Setiap objek yang ada di alam ini mempunyai
kegunaannya serta asal-usulnya kemudian murid dapat mencari jawapan kepada setiap
permasalahan yang berlaku di sekitar murid. Disamping itu, murid juga dapat membuat
keputusan secara bersistem mengikut urutan yang betul. Oleh yang demikian maka
penyiasatan yang dijalankan oleh murid dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta
memberi makna kepada murid.
Tanpa disedari sebenarnya kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran proses
sains dan kemahiran manipulatif sering digunakan oleh guru ketika di dalam kelas. Ini
kerana dalam pengajaran sains kemahiran proses sains amat penting selain dapat menarik
minat murid untuk mempelajari sains dan membuat murid dapat berfikir secara kreatif dan
kritis di mana secara tidak langsung dapat memperkembangkan potensi diri murid untuk
berfikir secara mencapah.
Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
14

Matapelajaran sains merupakan matapelajaran yang praktikal. Dalam hal ini , guru
perlu menggunakan pendekatan pengajaran secara praktikal berbanding teori. Dalam
konteks ini murid bebas melakukan eksperimen untuk menguji sesuatu teori yang dipelajari
semasa di dalam kelas. Secara tidak langsung semasa aktiviti ini dijalankan murid dapat
merasai sendiri pengalaman dan dapat mengaitkan sesuatau konsep yang telah dipelajari
semasa di dalam kelas. Ini lebih memberi kefahamanan yang tinggi dan tidak mudah lupa
dengan apa yang telah dipelajari.
Kelemahan murid adalah menguasai konsep sains itu sendiri. Masalah akan menjadi
rumit jika murid tersebut tidak dapat menghubungkaitkan sesuatu konsep yang telah
dipelajari. Sebagai guru kita tahu dan menyedari bahawa tahap pemikiran murid sekolah
rendah ini masih lagi terhad dan mempunyai pemikiran yang berbeza-beza dikalangan
murid. Menyedari akan hal ini guru harus memilih pendekatan yang sesuai agar murid dapat
memahami konsep sains dengan lebih mudah. Umur murid sekolah rendah adalah umur
yang tepat untuk melahirkan generasi hebat. Dari sekolah rendah lagi harus didedahkan
dengan penemuan-penemuan baru melalui penyelidikan sains kearah mencapai
kesejahteraan kehidupan manusia sejagat.
Kesimpulannya bahawa kemahiran saintifik perlu ada pada setiap murid seawal di
sekolah rendah. Kemahiran saintifik perlu ada pada murid supaya murid dapat menguji dan
memahami alam sekitar . Kemahiran ini juga membantu murid dalam mencari jawapan
kepada sesuatu masalah . Murid juga dapat membuat keputusan secara bersistematik dan
mendapat jawapan yang tepat. Murid juga boleh berfikir secara kreatif dan kritis. Apabila
murid sudah dapat menanam minat pada diri masing-masing maka secara tidak langsung
murid tersebut akan mendapat pencapaian yang cemerlang apabila mereka ini berada
ditahap yang lebih tinggi. Justeru itu, tidak hairanlah murid ini akan menjadi saintis yang
berdaya juang tinggi dan dapat bersaing dengan saintis dari luar negara. Golongan inilah
yang akan membantu membangunkan sektor pembangunan dan perindustrian negara ini.
Secara tidak langsung gagasan wawasan 2020 akan dapat dicapai.





Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
15

LAPORAN AMALI SAINS

Tema : Memahami keperluan asas tumbuhan.
.
Topik : Mengenal pasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya
matahari.

Objektif : Menaakul tentang kepentingan air, udara dan cahaya matahari kepada
tumbuhan dengan menjalankan penyiasatan.

Tujuan / Objektif Eksperimen
Mengkaji sama ada cahaya matahari ialah keperluan asas tumbuhan.

Hipotesis
Tumbuhan akan layu

Pemboleh Ubah
i) Pemboleh ubah dimalarkan : Tumbuhan,klip kertas dan kertas hitam.
ii) Pemboleh ubah dimanipulasikan : Cahaya Matahari
iii) Pemboleh ubah bergerak balas : Keadaan daun selepas 7 hari

Radas dan Bahan
i. Tumbuhan yang sihat dengan daun yang besar.
ii. Kertas hitam yang tebal.
iii. Klip kertas.
Prosedur :
1. Tumbuhan yang berdaun besar dan sentiasa menerima pancaran cahaya matahari
dipilih.
2. Kertas hitam yang tebal di potong mengikut bentuk yang disukai dan diletakkan pada
pada kedua-dua permukaan daun kemudian kertas tersebut diklipkan dengan klip
kertas untuk 7 hari.
3. Setelah 7 hari, kertas tersebut dialihkan. Hasilnya diperhatikan.



Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
16

Analisis Data
Sebelum Eksperimen Semasa Eksperimen Selepas Eksperimen








Daun yang masih hijau dan
segar.








Permukaan atas daun yang
ditutup dengan kertas hitam.







Jalur berwarna kuning
terbentuk di atas permukaan
daun

Kaedah Proses Sains:
Kaedah memerhati
membuat inferens
meramal
membuat hipotesis
mentafsir data
melibatkan perhubungan ruang dan masa.
Perbincangan:
Sebelum eksperimen dijalankan, daun pada tumbuhan tersebut adalah berwarna
hijau dan sihat. Selepas eksperimen , daun pada tumbuhan tersebut bertukar warna kepada
hijau kekuningan dan kelihatan kurang sihat. Ini adalah kerana tumbuhan memerlukan
cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis. Fotosintesis ialah proses tumbuhan
hijau membuat makanan sendiri. Tumbuhan hijau mempunyai klorofil. Klorofil yang terdapat
dalam daun hijau menyerap tenaga daripada cahaya matahari. Tumbuhan hijau
menggunakan tenaga ini untuk membuat makanan daripada karbon dioksida yang terdapat
di udara dan air daripada tanah.
Kesimpulan:
Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk melakukan fotosintesis. Ianya menggunakan
cahaya untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada bahan makanan. Eksperimen ini
menunjukkan bahawa fotosintesis hanya berlaku ketika terdapa cahaya matahari dan kanji
Siti Aisah Sawin(PPG PJK Kohort 2)
SCE 3063E
17

akan terhasil di dalam fotosintesis.Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup
dengan subur dan sihat.

Вам также может понравиться