Вы находитесь на странице: 1из 12

1.

0 Pengenalan

Budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang terbentuk daripada
kata buddhi ( budi atau akal ) yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal
manusia. Dalam bahasa Inggeris, budaya disebut culture yang berasal daripada bahasa Latin Colere
yang bermaksud mengolah atau mengerjakan. Kamus Dewan Bahasa ( 2007 ) mendefinisikan budaya
sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Menurut Koentrajaraningrat ( 2002 ),
budaya merupakan keseluruhan pemikiran dan hasil karya manusia yang berasaskan proses
pembelajaran. Manakala menurut A. Aziz Deraman ( 1994 ) mengatakan bahawa sifat budaya adalah
universal tetap dari segi paradoksnya. Pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya sesebuah
masyarakat / negara dengan masyarakat / negara yang lain. Ciri-ciri budaya boleh dibahagikan kepada
empat iaitu budaya melambangkan tingkah laku yang boleh dipelajari ( learned behavior ) ,elemen
budaya berkaitan antara satu sama lain ( Interrelated ), budaya diadaptasi ( penyesuaian ) dan budaya
boleh dikongsi oleh semua anggota masyarakatnya .

Konsep budaya amat penting untuk membanding perbezaan antara satu masyaralat dengan
masyarakat yang lain. Kepelbagaian kelompok masyarakat akan menjelmakan kepelbagaian budaya,
sepertimana yang terdapat di Indonesia. Ada dua pendapat tentang budaya di Indonesia iaitu kebudayaan
Indonesia itu masih belum ada ataupun masih merupakan perbincangan tentang cita-cita. Pendapat yang
kedua menyatakan bahawa, kebudayaan Indonesia itu sudah ada (Gunadi et al, 1995). Beberapa pakar
kebudayaan seperti kayam, 1997; Gunadi et al. 1995, Hassan 1989: Joesoef 1987; Suriasumantri, 1986
dan Sastrosupono, 1982, menyatakan bahawa kebudayaan Indonesia adalah kebudayaan suku-suku yang
memuncak pada suatu masa. Dengan penduduk hampir 200 juta orang di 13.667 pulau, Indonesia adalah
kepulauan terbesar di dunia terletak di antara benua Asia dan Australia, dan di antara Pasifik dan Lautan
Hindi. Hanya 35% daripada penduduk tinggal di kawasan bandar, tetapi terdapat lebih daripada 30
bandar raya dengan 100,000 + penduduk. Tambahannya , terdapat lima bandar mempunyai penduduk
seramai lebih satu juta. Mereka adalah Jakarta, Surabaya, Bandung, Semarang dan Surabaya, dan
semuanya terletak di Jawa. Untuk benar-benar memahami budaya sosio-politik di Indonesia, salah satu
keperluan untuk memahami Jawa.Walaupun penduduk mempunyai warisan Melayu yang penting, ia
mempunyai lebih 300 budaya yang berbeza dan tinggal di dalam negara yang sama.. Walaupun majoriti
besar rakyat Indonesia beragama agama Islam (86.1%), namun terdapat perbezaan kepercayaan mereka
akibat daripada campuran kepelbagaian budaya dan suku di negara ini. Agama Kristian adalah agama
kedua terbesar selepas agama Islam (8.7%).
2.0 Analisis Budaya Berdasarkan Dimensi Hoftede
Penyelidik-penyelidik ilmu sosial mengunakan dimensi-dimensi budaya yang dikembangkan oleh
Hoftede ( 1980 ) dan Hoftede and Bond ( 1988, dalam Kirkman et al.,2006) untuk mengukur budaya
sesuatu masyarakat atau negara. Dimensi-dimensi tersebut adalah Orientasi Sosial individualisme /
kolektivisme, Orientasi Jarak Kuasa, Orientasi Ketidakpastian, Orientasi Matlamat kelakian /
kewanitaan dan Orientasi Masa. Pemahaman dan ukuran budaya mengunakan dimensi-dimensi Hoftede
masih relevan pada masa kini, seperti yang dinyatakan oleh de Mooji ( 2004 ) iaitu setiap manusia
kelihatan sama namun pemikiran dan tingkah laku mereka berbeza mengikut wilayah masing-masing.
Indonesia merupakan negara yang mempunyai budayanya yang tersendiri walaupun wujudnya
masyarakat yang mempunyai banyak suku-suku kaum yang wujud . Oleh itu dengan mengunakan
dimensi nilai Hoftede untuk menganalisa budaya, kita akan lebih memahami budaya Indonesia dengan
lebih baik.

Graf 1.1 Analisis Dimensi Hofstede oleh Geert Hofstede

2.1 Analisis Dimensi Hoftede Bagi Jarak Kuasa

Dimensi Hoftede bagi jarak kuasa merujuk kepada kepercayaan bahawa terdapat perbezaan
antara kesesuaian kuasa dan autoriti megikut hierarki dalam organisasi masing-masing. Jarak
kuasa juga menunjukkan sejauh mana masyarakat menerima pengagihan yang kuasa yang tidak
sama rata di institusi ataupun organisasi. Didalam jarak kuasa terdapat 2 jenis jarak kuasa iaitu
jarak kuasa tinggi dan jarak kuasa rendah. Berdasarkan kepada graf 1.1 di atas menunjukkan
Indonesia mengunakan jarak kuasa tinggi dalam pengurusan organisasi mereka. Indonesia
mempunyai Kuasa Jarak (PDI) sebagai ranking tertinggi dalam dimensi Hofstede pada skor 78.
Kuasa Jarak Tinggi (PDI) menunjukkan tahap yang tinggi ketidaksamaan kuasa dan kekayaan
dalam masyarakat. Keadaan ini tidak semestinya dipaksa ke atas penduduk, tetapi sebaliknya
diterima oleh masyarakat sebagai sebahagian daripada warisan budaya mereka. Purata Jarak
Kuasa bagi negara-negara Asia yang lebih besar adalah 71.

Untuk analisis jarak kuasa tinggi, keputusan yang dibuat adalah secara berpusat. Dalam
pengunaan nama misalnya, setiap suku atau masyarakat yang menetap di Indonesia harus
mengunakan nama yang melambangkan negara itu. Ianya menjadi syarat wajib bagi masyarakat
Indonesia tanpa mengira budaya atau agama suku tersebut. Tidak hairanlah jika dilihat
masyarakat Indonesia yang beragama Kristian, Hindu atau Budha mempunyai nama seperti
masyarakat yang beragama Islam. Setiap organisasi atau institusi di sana juga menunjukkan
kuasa berpusat dan para pekerja harus taat di atas keputusan yang dibuat oleh pengurus.
Mempunyai tahap hierarki yang banyak dalam struktur organisasinya. Menurut Samovar
& Porter ( 2004), masyarakat dalam jarak kuasa tinggi percaya bahawa manusia tidak sama dan
setiap individu mempunyai tempatnya yang tersendiri.Contohnya anak muda atau golongan yang
lebih muda di Indonesia harus menghormati orang yang lebih tua dari mereka dan bertindak
dengan cara yang lebih sopan. Keadaan ini amat berbeza jika mereka bergaul dengan rakan
sebaya. Malah terdapat perbezaan yang ketara antara golongan miskin dan orang kaya.
Taat dan mematuhi arahan orang atasan secara membuta tuli. Menurut Gibson et. al.
(2001), masyarakat ini menganggap bahawa mereka perlu taat kepada orang atasan mereka.
Masyarakat atau pekerja ini akan akur kepada pemimpin dan lebih cenderung untuk bersifat
submisif, mengelak memberi pendapat yang bertentangan dan mematuhi ketua tanpa banyak
soal. Ini dapat dilihat pada pegawai atau pekerja di Indonesia amat taat kepada pemimpin atau
orang atasan mereka. pada peringkat ini pegawai atau pekerja mengharapakn untuk diberitahu
apa yang perlu dilakukan oleh mereka dan bila. Mereka tidak berani membuat keputusan sendiri
tanpa persetujuan orang atasan mereka. Kuasa Jarak yang tinggi juga bermakna bahawa para
pekerja Indonesia akan cuba memahami dengan jelas apa yang akan diarahkan oleh bos atau
pengurus mereka tanpa banyak soal, ia adalah jenis kaedah Guru-Pelajar klasik dinamik yang
digunapakai di Indonesia.
Kuasa dan status menjadi faktor motivasi. Ini kerana dengan kuasa dan status mereka
mampu mengubah keadaan hidup mereka supaya lebih dihormati dan dipandang tinggi.
Indonesia sendiri merupakan salah satu negara yang mempunyai peratusan rasuah dan korupsi
yang paling tinggi. Ini kerana setiap organisasi, pegawai , pemimpin dan peniaga mahu
mempunyai tahap kekayaaan dan kestabilan yang tinggi untuk membolehkan mereka terus
membuat keputusan yang mampu memberikan keuntungan kepada mereka. Sekaligus menambah
kekayaan dan kekuasaan mereka terhadap pekerja dan masyarakat.

2.2 Analisis Dimensi Hoftede Bagi Individualism / Kolektivitism

Dimensi Hofstede bagi individualism / kolektivism mencerminkan sejauh mana orang
lebih suka untuk menjaga diri mereka sendiri dan keluarga terdekat mereka sahaja. Ianya juga
merupakan kepercayaan seseorang berkaitan dengan kepentingan hubungan antara individu
dengan kumpulan dimana seseorang individu itu terlibat. Indonesia merupakan salah satu negara
yang mempunyai ranking dunia terendah dalam dimensi Individualisme dengan 14, berbanding
dengan ranking yang lebih besar Asia 23, dan ranking dunia 43. Skor pada Dimensi ini
menunjukkan masyarakat Indonesia adalah kolektivism berbanding individualism.Budaya
koletivism ialah individu tersebut sama ada tergolong dalam satu atau lebih kumpulan yang
terdekat dimana kumpulan itu dicipta berdasarkan aktiviti-aktiviti yang seterusnya (Hodstede,
1983). Manakala menurut Samovar, Porters & McDaniel,( 2007)pula, budaya kolektivism
menunjukkan kebergantungan dan kepercayaan terhadap orang lain contohnya keluarga,
organisasi dan puak/suku kaum.

Antara ciri-ciri kolektivism ialah dengan meletakkan, kepentingan kumpulan/ masyarakat
atau organisasi lebih daripada kepentingan diri sendiri. Contohnya Bahasa Indonesia merupakan
identiti rakyat Indonesia dan menjadi jalinan hubungan kekitaan antara rakyat Indonesia
(Hassan1989, h.21) walaupun inodnesia mempunyai 300 kaum dan dialek yang unik. Malah
dengan Pancasila yang diwujudkan oleh Indonesia diterapkan sebagai nilai-nilai dalam
kehidupan rakyat Indonesia dan menjadi pegangan oleh seluruh masyarakat Indonesia .
Kebanyakkan rakyat Indonesia mengetahui dan memahami tentang Pancasila ini walaupun
mereka berada di negara lain. Ianya menjadi asas hidup mereka walaupun wujudnya budaya
yang berlainan, di zaman yang berlainan (Joesoef, 1987; h.14).

Masyarakat yang tergolong dalam kategori kolektivism ini akan dipengaruhi oleh emosi
sama ada marah atau malu terutamanya apabila kumpulan tersebut gagal atau teraniaya maka
ahli-ahlinya akan mengambil tanggungjawab di atas kegagalan dan berkongsi rasa malu dan
kemarahan tersebut. Dalam kes antara Malaysia dan Indonesia yang menjadi satu isu yang besar
. Rakyat Indonesia menjadi begitu emosi dengan mendakwa bahawa Malaysia mencuri
kebudayaan mereka seperti tarian pendet, batik, wayang kulit dan pelbagai jenis kebudayaan
lagi. Rakyat Indonesia menganggap kebudayaan mereka amat penting dalam masyarakat mereka
dan mereka tidak mahu identiti kebudayaan itu di ambil dan gunakan oleh masyarakat lain. Ini
kerana semangat kekitaan amat menebal dalam diri rakyat Indonesia.

Cenderung untuk berinteraksi secara harmoni dan bertolenrasi. Sarwono (1998)
menyatakan bahawa walaupun terdapat pelbagai budaya di Indonesia, tetapi wujud nilai-nilai
utama dalam hidup rakyatnya. Nilai-nilai tersebut harus diterima dan diamalkan dalam sikap dan
kehidupan masyarakat atau organisasinya. Nilai- nilai tersebut adalah harmoni, bertolenrasi,
saling bantu membantu dan berpegang pada agama. harmoni dan tolenrasi bermaksud menjaga
keseimbangan dalam hidup bermasyarakat. Sebagai contoh seorang individu yang mempunyai
matlamat ataupun cita-cita untuk mendapatkan sesuatu tidak akan menunjukkan keinginannya
secara nyata . Kecuali ianya untuk mengelak dari berlakunya pergaduhan atau pertentangan
dengan pihak lain. Manakala kehidupan masyarakat yang saling bantu membantu dan bergotong
royong merupakan nilai utama yang di terapkan dalam masyarakat Indonesia sejak dari dulu lagi.
Masyarakat kampong akan selalu bekerjasama dan bergotong royong untuk melaksanakan
sesuatu acara seperti sambutan hari kemerdekaan.

Masyarakat kolektivism biasanya mempunyai ciri-ciri rangkaian sosial yang jelas
termaksudlah hubungan dengan kaum keluarga yang besar, puak-puak dan rakan sekerja. Satu
lagi contoh budaya kolektivis Indonesia adalah dalam persamaan di antara kanak-kanak dan ibu
bapa. Kanak-kanak Indonesia komited kepada ibu bapa mereka, begitu juga dengan ibu bapa
komited untuk anak-anak mereka semua terutama dalam kehidupan mereka yang semakin
meningkat. Keinginan mereka adalah untuk menjadikan kehidupan ibu bapa mereka lebih
mudah. Malah timbul keinginan untuk menjaga ibu bapa dan memberikan mereka sokongan di
usia tua mereka. Terdapat pepatah Asia yang diterima di Indonesia, "Anda boleh mendapatkan
isteri yang lain atau suami tetapi tidak ibu yang lain atau bapa". Ini kesetiaan keluarga juga jelas
dalam kedudukan keluarga Indonesia menyimpan orang-orang tua (seperti datuk nenek) di
rumah dan bukannya menghantar mereka ke mana-mana institusi penjagaan.

2.3 Analisis Dimensi Hoftede Kelakian / kewanitaan
Kelakian ( maskulin ) bermakna kecenderungan dalam masyarakat terhadap prestasi,
kepahlawanan, ketegasan, dan kejayaan material. Lawannya, kewanitaan ( feminin ) bermakna
kecenderungan akan hubungan, kesederhanaan, perhatian pada yang lemah, dan kualiti hidup.
Isu utama pada dimensi ini adalah budaya maskulin yang menonjolkan ciri-ciri seperti ketegasan
dan kompetitif, sedangkan feminin lebih kepada ciri-ciri kesopanan dan perhatian.Untuk analisis
dimensi Hofstede untuk kelakian dan kewanitaan Indonesia mendapat skor indeks sebanyak 46,
yang mana ianya menunjukkan negara Indonesia mempunyai tahap maskulin yang rendah dan
dianggap negara yang lebih kepada feminin. Walapun ianya tidak serendah seperti negara-negara
Eropah utara yang mempunyai tahap maskulin yang rendah, Indonesia masih dianggap kurang
maskulin berbanding negara-negara Asian yang lain seperti Jepun, China dan India. Indonesia
merupakan antara negara yang mempunyai tahap maskulin yang rendah tetapi masih dalam tidak
terlalu rendah untuk dipanggil negara feminine. Negara ini akan menunjukkan ciri-ciri
masyarakat maskulin tetapi dalam tahap yang lebih kecil. Isu asas di sini ialah apa yang
mendorong individu atau masyarakat tersebut, sama ada mahu menjadi yang terbaik (maskulin)
atau suka apa yang dengan apa yang dilakukan (feminin).
Di Indonesia status dan simbol kejayaan merupakan sesuatu yang penting walaupun
ianya tidak memberikan keuntungan dari segi material yang membawa kepada motivasi diri.
Masyarakat Indonesia mementingkan konsep gengsi iaitu penampilan luaran. Gengsi
merupakan sesuatu yang kuat dipertahankan oleh mereka kerana ia bertujuan untuk memberikan
kesan dan mewujudkan aura status kepada orang lain. Sikap mereka yang lebih mementingkan
perhatian dari nilai material menunjukkan ciri-ciri feminin dalam sifat maskulin.
Masyarakat Indonesia menurut pandangan Mokhtar Lubis ( 2001 ) merupakan
masyarakat yang mempunyai ciri-ciri yang kurang baik iaitu mempunyai perwatakan yang agak
lemah. Watak yang agak lemah ini di tunjukkan melalui masyarakatnya yang tidak begitu gigih
atau berusaha untuk mempertahankan atau memperjuangkan keyakinannya. Keyakinan mereka
sangat mudah untuk diubah dengan hanya sedikit tekanan agar mereka dapat bertahan untuk
hidup daripada tekanan tersebut. Penipuan seperti dalam kontek pendidikan seperti pembelian
sijil akademik atau gelaran seperti master atau doktor biasa dilakukan, malah kes ini pernah
dibongkarkan tidak berapa lama dahulu. Pada persepsi mereka gelaran-gelaran ini dapat
meningkatkan status mereka walaupun ianya diperolehi dengan cara yang menyalahi undang-
undang.
Watak yang lemah dalam pandangan Mokhtar Lubis di definisikan atau diberi label oleh
Koentjaraningrat ( 2002 ) sebagai mentaliti seseorang yang mencari jalan yang paling senang
untuk menempuh halangan. Mentaliti tersebut adalah jenis mentaliti yang mempunyai nafsu
yang tinggi untuk mencapai tujuan dengan cara yang paling cepat dan yang paling senang tanpa
berusaha selangkah demi selangkah untuk mendapatkannya. Ianya kerana tiada sikap untuk rela
berkorban dan semangat untuk berjuang dalam menghadapai kesukaran demi mencapai satu
tahap pencapaian dalam bidang tertentu. Kerana dalam dimensi maskulin kejayaan material dan
prestasi adalah yang paling penting.
Namun begitu Indonesia masih mempunyai sifat-sifat feminin. Ini kerana walaupun
terdapat sedikit tekanan dalam pengurusan namun mereka masih mengamalkan kebebasan untuk
memilih. Antara contoh yang dapat kita lihat adalah melalui pemilihan Perdana Menteri mereka
yang tidak hanya tertumpu kepada calon lelaki tetapi kepada calon perempuan juga. Ini dapat
dibuktikan dengan pemilihan bekas Presiden wanita Indonesia iaitu Megawati Soekarno Putri.

2.4 Analisis Dimensi Hoftede Mengelak Ketidakpastian

Mereka yang berada dalam budaya orientasi ketidakpastian, dirangsang oleh perubahan
dan persaingan demi peluang-peluang baru. Dalam budaya ini, menerima kepastian merupakan
satu bentuk kebosanan, aktiviti rutin dan mengongkong .Sebaliknya, golongan yang
mengelakkan ketidakpastian tidak gemar dengan kekaburan dan berusaha mengelakkannya.
Mereka lebih sanggup untuk menerima pakai hierarki lebih tegar dan peraturan serta prosedur
yang lebih rumit. Menurut analisis Hofstede, Indonesia mempunyai skor indeks tahap mengelak
ketidakpastian yang rendah iaitu 48. Untuk masyarakat yang mengelak kepastian, mereka
berusaha menghadapi ketidakpastian tersebut dengan meningkatkan keselamatan dan
mengelakkan risiko semaksimum mungkin.

Jika penilaian indeks ini di nilai melalui aspek agama maka mungkin ianya mempunyai
pengaruh dalam mengelak ketidakpastian ini. Jika di negara-negara barat mereka umumnya
menganggap bahawa manusia menguasai takdir mereka sendiri dimana manusia dianggap
mampu menentukan takdir dan nasib hidup mereka sendiri. Dalam konsep ini, kegagallan dan
kejayaan adalah hasil daripada usaha mereka sendiri. Sedangkan agama rasmi Indonesia iaitu
agama Islam, menyatakan bahawa manusia harus mempercayai takdir Tuhan sebagai salah satu
sifat keimanan. Dalam konsep ini, kejayaan dan kegagalan bukan sahaja kerana usaha tetapi juga
kerana kekuatan luaran manusia yang lebih kuat iaitu kuasa Tuhan. Kepercayaan kepada takdir
Tuhan ini boleh dinilai sebagai faktor yang penting dalam menghadapi situasi ketidakpastian
iaitu sifat reda dan pasrah dalam situasi yang gembira ataupun sedih.
Dalam konteks konflik di Indonesia, komunikasi secara langsung merupakan satu kaedah
penyelesaian yang dilihat sebagai ancaman kepada mereka dan mereka tidak selesa mengunakan
kaedah ini dalam menyelesaikan konflik atau masalah yang timbul. Ini kerana sifat yang
mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi jika tidak mampu menyelesaikan konflik yang
timbul. Mereka lebih suka mengunakan kaedah yang mereka suka untuk menyelesaikan satu-satu
konflik iaitu dengan mengunakan pihak ketiga ataupun orang tengah. Kaedah ini lebih berjaya
menyelesaikan konflik berbanding komunikasi secara langsung. Ianya juga membenarkan
mereka bertukar-tukar pendapat tanpa menjatuhkan air muka atau maruah mereka. salah satu
manifestasi utama mengelak ketidakpastian di Indonesia ialah dengan mengekakan keharmonian
di tempat kerja dan orang tengah atau pengantara yang digunakan mampu membuang
ketidakpastian yang berkaitan dengan konfrontasi tersebut.
Untuk memastikan pekerja diberi ganjaran dan mempunyai ekonomi yang sentiasa stabil
masyarakat Indonesia mempunyai satu frasa yang selalu digunakan iaitu asal Bapak Senang .
Ianya bermaksud jika pekerja tersebut mampu membuatkan majikan sentiasa gembira mereka
mampu menjadi pekerja yang paling berharga dalam sesebuah syarikat tersebut. Mereka tidak
sanggup untuk mengambil risiko yang boleh menaikkan kemarahan majikan mereka dan
sekaligus akan menghadapi risiko untuk dibuang kerja.
Negara Indonesia juga bergantung kepada Bank Dunia untuk menjana modal negara
mereka. Ini kerana rakyatnya lebih banyak bergantung dengan bekerja makan gaji daripada
menjalankan perusahaan sendiri. Mereka banyak bergantung kepada pelabur-pelabur luar untuk
menjalankan perniagaan di negara mereka kerana takut untuk mengambil risiko kegagalan dalam
menjalankan perniagaan tersebut yang boleh mendatangkan kerugian. Keadaan ini yang
menyebabkan masyarakatnya lebih senang bekerja dengan majikan daripada menjalankan
perusahaan sendiri yang mengurangkan tahap keselamatan dalam meraih pendapatan mereka.
Ini menyebabkan Indonesia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai jumlah hutang
yang tinggi dengan Bank Dunia.

3.0 Ringkasan
Mengikut A.Aziz Deraman ( 1994 ), jika tidak ada masyarakat maka tidak ada budaya. Secara
umumnya budaya bermaksud cara hidup manusia. Budaya merupakan proses perkembangan sahsiah,
akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok.

Jarak kuasa merupakan tahap kesaksamaan masyarakat dalam kekuasaan. Jarak kuasa merupakan
satu ukuran di mana ahli dari suatu masyarakat menerima bahawa kuasa dalam institusi atau organisasi
tidak diagihkan secara sama rata. Hal ini mempengaruhi perilaku anggota masyarakat yang kurang
berkuasa dan yang berkuasa. Orang-orang dalam masyarakat yang mempunyai jarak kuasa besar
menerima perintah hierarki di mana setiap orang mempunyai suatu tempat yang tidak lagi memerlukan
justifikasi. Orang-orang dalam masyarakat yang berjarak kuasa kecil menginginkan persamaan kuasa
dan menuntut justifikasi atas perbezaan kuasa. Isu utama atas dimensi ini adalah bagaimana suatu
masyarakat menangani perbezaan diantara penduduk ketika hal tersebut terjadi. Hal ini mempunyai
kesan jelas terhadap cara orang-orang membina institusi dan organisasi mereka. Jarak kuasa akan
mempengaruhi setara atau tidaknya setiap orang.Misalnya, di Indonesia sendiri budaya status
menunjukkan bahawa ada jarak kuasa yang tinggi, yang menyebabkan tidak setaranya setiap orang
dalam organisasi.

Kolektivisme berkenaan dengan ikatan dalam masyarakat. Individualisme bermakna kecenderungan
individu dalam masyarakat di mana individu dianjurkan untuk menjaga diri mereka sendiri dan keluarga
dekatnya. Kolektivisme bermakna dimana individu boleh mengharapkan kerabat, suku, atau kumpulan
lain melindungi mereka sebagai ganti atas kesetiaan mutlak. Isu utama dalam dimensi ini adalah status
di mana seseorang individu sentiasa bergantung kepada masyarakatnya untuk sentiasa membantu. Hal
ini berkait dengan konsep diri masyarakat: "saya" atau "kami". Setiap masyarakat yang individual
diharapkan mengurus dirinya sendiri dan keluarganya secara sendiri tanpa bantuan masyarkat
sekelilingnya. Misalnya di Indonesia ada budaya gotong royong yang banyak membantu menyelesaikan
sesuatu tugas yang diberikan dengan kerjasama semua ahli masyarakat..

Menurut Porter, Samovar & Mcdaniel ( 2007 ), Hofstede mengunakan analisis kelakian dan
kewanitaan untuk melihat ciri-ciri gender sama ada lelaki atau wanita yang mendominasi sesebuah
budaya itu dan beliau mahu merujuk sejauh mana ciri-ciri maskulin dan feminine itu ditonjolkan dalam
sesebuah budaya. Isu asas di sini ialah apa yang mendorong orang, mahu menjadi yang terbaik
(maskulin) atau suka apa yang anda lakukan (feminin). Maskulin bermakna kecenderungan dalam
masyarakat ke atas prestasi, kepahlawanan, ketegasan, dan kejayaan material. Lawannya, kewanitaan
bermakna kecenderungan akan hubungan, kesederhanaan, perhatian pada yang lemah, dan kualiti hidup.
Isu utama pada dimensi ini adalah Pada budaya maskulin yang ditonjolkan adalah ketegasan dan
kompetitif, sedangkan pada feminim adalah kesopanan dan perhatian.

Mengelak Ketidakpastian yang menunjukkan rasa selesa suatu budaya terhadap ketidakpastian.
Pengelakkan ketidakpastian merupakan tahap dimana anggota masyarakat merasa tak selesa dengan
ketidakpastian dan kekaburan. Perasaan ini mengarahkan mereka untuk mempercayai kepastian yang
nyata. Masyarakat yang mempunyai mengelak ketidakpastian yang kuat menjaga kepercayaan dan
mempunyai nilai tingkah laku yang ketat dan tidak akan bertorenrasi terhadap orang atau idea yang
menyimpang. Masyarakat yang mempunyai mengelak ketidakpastian yang lemah menjaga suasana yang
lebih santai di mana amalan dianggap hanya sebagai prinsip dan penyelewengan lebih dapat diterima.
Isu utama dalam dimensi ini adalah bagaimana suatu masyarakat bertindak balas atas fakta yang datang
hanya sekali dan masa depan yang tidak diketahui. Apakah ia cuba mengawal masa depan atau
membiarkannya berlalu. Seperti halnya jarak kuasa, mengelakkan ketidakpastian mempunyai kesan ke
atas cara orang-orang membangunkan institusi dan organisasi mereka.Contohnya, keusahawan
merupakan pekerjaan yang menuntut kita untuk dapat menghadapi ketidakpastian. Di Indonesia sendiri,
khususnya keusahawan bali kurang diminati oleh kaum pribumi kerana budaya yang takut akan risiko
dan ketidakpastian.
J umlah Perkataan 3195


4.0 Rujukan
1. Hofstede, G. (1983). The cultural relativity of organizational practices and theories. Journal of
international business studies, 75-89.
2. de Mooij, M., & Hofstede, G. (2011). Cross-cultural consumer behavior: A review of research
findings. Journal of International Consumer Marketing, 23(3-4), 181-192.
3. De Mooij, M., & de Mooij, M. (2004). Consumer behavior and culture.Consequences for global
marketing and advertising.
4. Hofstede, G. (1994). The business of international business is culture.International business
review, 3(1), 1-14.
5. Hofstede, G., & Bond, M. H. (1988). The Confucius connection: From cultural roots to economic
growth. Organizational dynamics, 16(4), 5-21.
6. Sihombing, S. O., & Pongtuluran, F. D. (2013). PENGIDENTIFIKASIAN DIMENSI-DIMENSI
BUDAYA INDONESIA: PENGEMBANGAN SKALA DAN VALIDASI. Sustainable Competitive
Advantage (SCA), 1(1).
7. Sarwono, S. S. (1998). Cultural Values and Marketing Practices in Indonesia.Journal of Indonesian
Economy and Business, 13(3).
8. Joesoef, D. (1987). Pancasila, kebudayaan, dan ilmu pengetahuan dalam Pancasila sebagai
Orientasi Pengembangan Ilmu, Prawihardjo, S.H,. Bakker, Sutrisno, S. (editor), Yogyakarta:PT. BP
Kedaulatan Rakyat.
9. Sjamsuddin, T. (2002). Kebudayaan Aceh. Dalam Koentjaraningrat. Manusia dan Kebudayaan di
Indonesia.
10. Sumantri, S., Unpad, F. P., & Suharnomo, F. E. U. (2011). Kajian Proposisi Hubungan Antara
Dimensi Budaya Nasional Dengan Motivasi Dalam Suatu Organisasi Usaha.
11. Septarini, B. G., & Yuwono, I. PENGARUH BUDAYA KOLEKTIVISME TERHADAP
KOMPETENSI INTI PADA KELOMPOK LINI MANAJERIAL PT SEMEN GRESIK (PERSERO)
TBK. Journal Unair.
12. Budaya, P. (2008). Pengetahuan Budaya dan Politik. Negara dan korupsi: pemikiran Mochtar Lubis
atas negara, manusia Indonesia, dan perilaku politik, 85.
13. Asriwandari, H. (2014). ORIENTASI NILAI BUDAYA PADA KONDISI INEQUALITY: Studi
Pada Komunitas yang Berpotensi Konflik Seputar Taman Nasional Teso Nilo (TNTN).
14. Sastrosupono, M. S. (1982). Menghampiri kebudayaan. Alumni.
15. Kirkman, B. L., Lowe, K. B., & Gibson, C. B. (2006). A quarter century of culture's consequences:
A review of empirical research incorporating Hofstede's cultural values framework. Journal of
International Business Studies, 37(3), 285-320.

Вам также может понравиться