Вы находитесь на странице: 1из 18

Ismartini binti Bujang ct11210224

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

KOD KURSUS :
TL20003
KEMAHIRAN KOMUNIKASI

TUGASAN INDIVIDU 1
REFLEKSI KENDIRI
a) Huraikan keperluan dan kepentingan komunikasi terutama dalam aspek pendidikan?
b) Nyatakan apakah kepentingan komunikasi dalam bilik darjah?
c) Bincangkan langkah-langkah untuk memperbaiki aspek komunikasi guru dalam bilik
darjah.

BIL NAMA AHLI NO. MATRIK
1 ISMARTINI BINTI BUJANG CT11210224

NAMA PENSYARAH:
DR MOHD KHAIRUDDIN ABDULLAH (PHD)

TARIKH SERAHAN:
28 NOVEMBER 2013



Ismartini binti Bujang ct11210224

a) Huraikan keperluan dan kepentingan komunikasi terutama dalam aspek
pendidikan?

Komunikasi merupakan sarana untuk terjalinnya hubungan antara seorang individu
dengan orang lain. Dengan adanya komunikasi, maka wujudlah hubungan sosial.
Tanpa komunikasi, hidup seseorang itu tidak bermakna dan dia akan hidup dalam
kesunyian.

Dalam aspek pendidikan, komunikasi sangat memainkan peranan yang penting bagi
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa komunikasi yang baik,
maklumat yang ingin disampaikan akan terjejas dan menyebabkan penerima kurang
faham maksud yang disampaikan atau tidak menerima maklumat tersebut dengan
berkesan.
Komunikasi yang terancang dan mempunyai strategi sangat penting bagi membantu
penyampaian maklumat ke saluran yang betul. Setiap komunikasi yang betul akan
mendapat tindak balas yang baik. Komunikasi yang teratur juga boleh menyebabkan
kurangnya penerima yang salah faham atas maksud yang hendak disampaikan.
Dalam sistem komunikasi, isi yang jelas , ringkas dan padat perlu untuk mengelak
masalah salah faham di kalangan penerima. Dalam aspek pendidikan, pengajaran
dan pembelajaran sangat mudah tercapai sekiranya seorang guru itu mampu
menyampaikan isi pelajaran dengan tepat. Perkataan-perkataan yang digunakan
perlu lah mudah difahami oleh murid-murid dan langkah-langkah yang dijelaskan
perlulah ringkas dan padat. Suara juga memainkan keperluan yang sangat penting
dalam sesi pengajaran. Suara guru perlulah boleh di dengar oleh semua murid dan
jelas dari segi sebutan. Sisitem komunikasi yang berkesan akan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan objektif mudah dicapai.

Selain itu, dalam aspek pendidikan juga. Alat bantuan komunikasi juga sangat
diperlukan bagi memudahkan murid-murid memahami dengan lebih mendalam
sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan. Contohnya berkenaan matapelajaran
sains sekolah rendah. Guru menerangkan tentang jenis-jenis haiwn yang berbulu,
bersisik dan berbulu pelepah. Guru boleh menggunakan alat komunikasi seperti
Ismartini binti Bujang ct11210224

televisyen atau pun dengan cara melayari internet untuk menunjukkan haiwan
sebenar secara tidak langsung ini boleh menarik minat murid dan memahami
keperluan topik yang di ajar. Murid boleh membeza antara haiwan berbulu dan
berbulu pelepah dengan jelas. Alat komunikasi sangat penting dalam mempengaruhi
fikiran seseorang individu. Kesan dari alat komunikasi ini amat nyata sekali. Contoh
yang dapat kita perhatikan ialah, apabila sesuatu rancangan dalam televisyen itu
menunjukkan jenis-jenis gaya rambut fesyen terkini, ramai orang akan mengikuti
fesyen tersebut terutama mereka yang mempunyai idola-idola tersendiri. Dengan itu
orang ramai mudah terpengaruh akibat penyampaian menggunakan alat komunikasi
ini dan sangat mendatangkan kesan dan tindakbalas yang sangat ketara.

Untuk mengenal pasti kemahiran komunikasi guru cemerlang dalam menghasilkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tumpuan terhadap unsur-unsur
komunikasi dan fungsi komunikasi dalam penyampaian perlu dipelajari dengan
menggunakan elemen-elemen proses komunikasi dengan betul. Kemahiran
komunikasi bukan sahaja dilihat dari aspek penyampaian pengajaran semata-mata,
tetapi kemahiran komunikasi juga dilihat dari aspek hubungan sosial, peningkatan
pengetahuan dan kepentingan hubungan interpersonal yang memberi perhatian
terhadap perkembangan emosi pelajar.

b) Nyatakan kepentingan komunikasi dalam bilik darjah?
Komunikasi sangat penting dalam pembelajaran bilik darjah. Komunikasi guru yang
baik dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dihasilkan apabila
perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Komunikasi
boleh berlaku sekiranya mendapat tindak balas daripada murid. Guru harus bersedia
sebelum memulakan suatu pengajaran. Mengadakan sesi komunikasi secara tidak
formal terlebih dulu di dalam kelas sangat penting bagi menarik perhatian murid
sebelum memulakkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya faham
dengan kehendak dan tahap penerimaan murid-murid. Bahasa yang digunakan
untuk membuat penyampaian isi pelajaran juga perlulah singkat dan mudah
difahami murid. Guru juga perlu menggunakan suara yang lantang dengan nada
yang sesuai agar mudah di dengar oleh murid. Oleh itu, murid akan memahami
Ismartini binti Bujang ct11210224

maksud yang disampaikan. Komunikasi dalam bilik darjah juga sangat penting bagi
menunjukkan bahawa wujudnya sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar. Komunikasi dua hala sangat perlu bagi memeriahkan suasana kelas dan
menjadikan kelas sebagai satu tempat yang diingini. Jika seorang guru
mengamalkan komunikasi sehala, murid akan mudah mengantuk dan kurang aktif
dalam memberikan maklum balas. Guru perlu memahami konsep komunikasi.
Dengan mengikuti konsep komunikasi ini, maklumat yang disampaikan akan menjadi
lebih bermakna. Melalui komunikasi yang baik dan menarik, murid akan mudah
untuk mengingat mesej yang disampaikan oleh guru.

c) Bincangkan langkah-langkah untuk memperbaiki aspek komunikasi
guru dalam bilik darjah.
Langkah-langkah yang perlu ada untuk memperbaiki aspek komunikasi guru
dalam bilik darjah :-
1. Mengenali dan memahami kehendak pelajar terlebih dahulu untuk menarik
minat mereka.
2. Menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah dan menarik minat pelajar.
3. Bahan komunikasi juga sesuai digunakan dalm sesi pengajaran agar
pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik.
4. Guru perlu mengikuti kursus yang ditawarkan untuk memperbaiki sistem
komunikasi dan penyampaian di dalam bilik darjah agar penyampaian
pengajaran akan menjadi lebih berkesan.
5. Memahami pelajar dari segi psikologi supaya guru dapat berkomunikasi
dengan baik dan mudah dengan pelajar.
6. Cuba memahami situasi persekitaran pelajar di rumah dengan mengadakan
lawatan dan membuat penilaian cara untuk mendekati murid semasa berada
di kelas.
7. Mendekati pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dikelas dengan
lebih akrab lagi supaya pelajar lebih bermotivasi untuk belajar.
8. Sentiasa mendapatkan maklumat semasa bagi memperbaiki potensi diri.
Ismartini binti Bujang ct11210224

9. Guru perlu mengatur strategi sebelum memulakan pengajaran agar maklumat
yang ingin disampaikan lebih mudah difahami oleh pelajar.
10. Guru perlu bersedia sebelum masuk menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran kerana susun atur perkataan yang keluar dari mulut seorang
guru akan menjadi bahan rujukan oleh pelajar. Sekiranya susun atur
perkataan yang digunakan tidak difahami murid. Maka maklumat yang sampai
ke otak pelajar akan terhalang dan salah faham akan terjadi.
11. Guru perlu memberi peluang kepada pelajar menyuarakan pendapat dan tidak
berprasangka buruk terhadap sesiapa.
12. Suasana kelas juga perlu terkawal agar maklumat yang disampaikan dapat
diterima dengan jelas.
















Ismartini binti Bujang ct11210224



UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

KOD KURSUS :
TL20003
KEMAHIRAN KOMUNIKASI

TUGASAN INDIVIDU 2
REFLEKSI KENDIRI
1) Nyatakan empat kemahiran yang perlu ada dalam komunikasi berkesan.
2) Huraikan peranan mata, telinga dan sentuhan dalam komunikasi berkesan.


BIL NAMA AHLI NO. MATRIK
1 ISMARTINI BINTI BUJANG CT11210224

NAMA PENSYARAH:
DR MOHD KHAIRUDDIN ABDULLAH (PHD)

TARIKH SERAHAN:
28 NOVEMBER 2013







Ismartini binti Bujang ct11210224

EMPAT KEMAHIRAN DALAM KOMUNIKASI BERKESAN
Komunikasi juga boleh didefinasikan sebagai satu proses pertukaran maklumat dan
idea di antara atau lebih manusia untuk menghasilkan tindak balas yang diharapkan
atau penghantaran maklumat dan kefahaman dari seseorang yang lain melalui cara
yang berkesan.
Komunikasi juga merupakan satu proses yang tiada permulaan dan pengakhiran.
Ianya berjalan terus menerus tanpa berhenti. Sesuatu komunikasi itu memberikan
makna. Oleh itu, komunikasi ialah satu proses di mana sesuatu idea, nilai, dan sikap
dipindahkan serta dikongsi oleh individu oleh individu denga yang lain.
Terdapat empat kemahiran komunikasi yang perlu ada untuk mewujudkan. Secara
ringkasnya telah ditunjukkan dalam peta minda di bawah :
















Kemahiran mendengar
Kemahiran memberikan
perhatian
Kemahiran menimbulkan
minat orang

Kemahiran tingkah laku
Kemahiran dalam
komunikasi berkesan
Ismartini binti Bujang ct11210224

KEMAHIRAN MENDENGAR
PENGENALAN
Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di
peringkat kanak-kanak dan dewasa. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian
terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan,
dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30%
bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran
berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya
mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar
sekolah menengah. Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses
paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Proses mendengar menjadi perkara utama bagi mahasiswa universiti. Ini kerana
proses pengajaran di universiti biasanya secara kuliah dan pensyarah tidak memberi
banyak peluang kepada mahasiswa untuk mengemukakan pertanyaan. Keadaan ini
mengambarkan betapa perlunya seseorang mahasiswa mendengar bersungguh-
sungguh ketika kuliah diberikan.
Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah
pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker (1971:I)
menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah
antara 50% - 100%.
KEMAHIRAN MENDENGAR
Dalam komunikasi lisan, kedua-dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur adalah
terlibat, walaupun berhubung rapat antara satu sama lain, merupakan kemahiran
yang berbeza.
Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di
peringkat penerimaan. Seseorang yang telah dapat menguasai kemahiran
mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh
orang lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh menginterpretasi apa yang
didengar. Kemahiran mendengar ini dimulakan pada peringkat awal pengajaran
bahasa dan bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bertutur dalam bahasa
yang dipelajari itu.
Ismartini binti Bujang ct11210224

PROSES MENDENGAR
Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat:
a) Mendengar deretan bunyi bahasa
Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan
maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah
datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan
lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendegnar beberapa kali, barulah
deretan bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu
yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.
b) Memahami bunyi tersebut
Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan
bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar
akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam
perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau
tingkah laku yang dilakukann dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang
berukangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.
c) Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat
memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan
deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain
dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi
lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah
melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata,
pendengar yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap ujuran yang
dilafazkan. Mereka bukan shaja boleh memaham malah boleh juga membuat
interpretasi daripadanya.
d) Bertindak terhadap bunyi
Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat
tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan
sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.

Ismartini binti Bujang ct11210224


PENTINGNYA MENDENGAR DENGAN AKTIF

Weaver (1972) mengatakan terdapat beberapa faedah penting mendengar dengan
aktif dn antaranya adalah seperti yang berikut:
i) Dengan mendengar secara aktif anda akan lebih banyak belajar.
ii) Anda akan lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi lebih
berpengalaman lagi.
iii) Anda akan menjadi seorang pendengar yang menyukai dan menghormati orang
yang bercakap kepada anda.
iv) Dapat menberi tindak balas yang baik kepada orng yang sedang bercakap.
v) Anda akan menjadi orang yang lebih tidak bergantung pada pendapat orang lain.
Anda akan mengikut arahan dengan lebih baik, rapi dan anda membuat sedikit
kesilapan dan mengurangkan kesilapan-kesilapan kecuaian.
vi) Tidak menyentuh perasaan anda misalnya dalam masa perbincangan jika rakan
anda berbincang tentang sesuatu tajuk dan anda tertinggal dan masih bertanyakan
masalah yang sama akan memalukan diri sendiri.

JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR
Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis:
a) Mendengar secara intensif
Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya
dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif
boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang
berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan
kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan.

LATIHAN BERPUSATKAN KEPADA KEFAHAMAN

Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh
dijalankan dalam berbagai-bagai cara. Antaranya ialah:
Ismartini binti Bujang ct11210224

i) Mendengar arahan
Murid-murid mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya.
Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah atau rakan-
rakan mereka sendiri. Biasanya, murid-murid yang dapat mendengar dengan baik
akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dan cepat dan dapat pula
segera bertindak terhadapnya. Murid-murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu
tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah
melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan pada peta sesebuah bandar dan
sebagainya.
ii) Menjawab soalan kefahaman
Murid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal
pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk
fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Berbagai-bagai
aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan,
memberi makna, membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu,
membuat taksiran, membuat andaian interential, memberi komen dan sebagainya.
iii) Mendengar untuk mendapatkan maklumat
Dalam latihan ini perhatian murid-murid ditumpukan kepada bahagian-bahagian
tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih
murid-murid mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkenaan sahaja
dan mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-
murid. Antaranya ialah mendengar tentang cara untuk membuat kuih, mendengar
dari seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli, mendengar dn
mendapatkan maklumat tentang rumah yang akan dibeli, mendengar dn
mendapatkan maklumat maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh orang
tetentu dalam seminggu dan sebagainya.
iv) Membuat ringkasan
Murid-murid mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasna tentang
apa yang telah didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakam terlebih
dahulu. Murid-murid diminta membuat catatan isi-isi penting ketika mendengar
sesuatu petikan itu. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk
laporan bertulis.
Ismartini binti Bujang ct11210224

v) Menyelesaikan masalah
Murid-murid mendengar sesuatu maslah dan kemudian diminta berbincang bersama-
sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Murid-murid pada mulanua
diminta mendengar masalah itu dengan teliti. Setelah dapat memahami meksudnya,
mereka diminta mencari punca masalah tersebut dan selepas itu mencadangkan
langkah-langkah untuk mengatasinya. Kadangkala murid-murid diminta memberi
penerangan atau mentafsirkan tajuk-tajuk rangsangan secara bernas dan logik.
Misalnya, 'Semua orang Melayu bolehbertutur Bahasa Melayu, tetapi bukan semua
orang Melayu'. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran mendengar secara
intensif.

LATIHAN BERPUSATKAN KEPADA KEFAHAMAN MAKNA

Setelah murid-murid memahami dan boleh menanggapi apa yang didengarnya, guru
boleh meneruskan kerja mereka selanjutnya secara terperinci bahasa. Pada
peringkat awal, murid-murid akan didedahkan kepada bahasa-bahasa yang asli iaitu
bahasa yang belum dipermudahkan. Tujuan mendedahkan mereka kepada bentuk
bahasa seperti ini adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka boleh
menterjemah sebahagian besaar ciri-ciri bahasa walaupun mereka tidak memahami
apa yang diperkatakan. Murid-murid dapat juga menyuburkan keyakinan diri mereka
terhadap pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang mendengar
berbagai-bagai bentuk bahasa.
Selain daripada belajar mengenal pasti laras dan tujuan bahasa itu digunakan, guru
boleh juga membimbing murid-murid mereka untuk mengesan kesalahan-kesalahan
yang terdapat sewaktu bahasa itu dituturkan. Guru boelh membawa perhatian
murid-murid kepada aspek-aspek bahasa yang lazim diperkatakan seperti sebutan,
intonasi, jeda, nada,tekanan, gaya, bentuk dan struktur serta keslahan-kesalahan
seperti ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran bahasa lisan murid-
murid.

b) Mendengar Secara Ekstensif
Ismartini binti Bujang ct11210224

Latihan mendengar secara ekstensif adalah latihan yang dijalankan setelah murid-
murid dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara
ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan
tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang
seumpamanya. Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui
aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperolehi.
Mendengar secara ekstensif menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logis.
Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa
yang didengarnya itu. Kemungkinan murid-murid boelh memberi komen daripada
apa yang didengarnya, atau melengkapkan cerita, atau mencari isi penting daripada
sebuahtafsiran dan sebagainya. Latihan mendengar seperti ini membantu
menyediakan murid-murid untuk boleh memberi pandangan dan pendapat serta
hujah dengan baik.

BENTUK-BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR
Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.
Antaranya ialah:
a) Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling
rendah. Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna
keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang
didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati
serta menyebutkan semula perkara-perkara yang didengar itu.
Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif.
Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik
minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak
bermakna kepada mereka.
b) Mendengar Secara Bertelau-telau
mendengar secara bertelau-telau berlaku dilalangan pelajar bahasa kedua.
Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar secara pasif.
Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan
menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka
kurang biasa mendengar dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa itu.
Ismartini binti Bujang ct11210224

c) Mendengar Tanpa Tindak Balas
Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak
membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak
peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami
sepenuhnya hubungan makna di antara kata-kata dalam ayat-ayat yang diucapkan
menyebabkan mereka tiak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati
atau sebagainya.
d) Mendengar Secara Membuak-buak
Hal ini berlaku dikalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk
kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Di
peringkat ini, kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan bahasa itu masih
rendah.
Kemahiran mendengar secara menebuk ini juga berlaku di kelangan pelahar bahasa
ibunda. Ini berlaku kerana mereka pasti yang mereka cukup berupaya memahami
dan menggunakan bahasa sendiri, walhal darjah kefahaman mereka terhadap
bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah.
e) Mendengar Dengan Beremosi
Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa
yang dituturkannya. Ini dikatakan begitu kerana pendengar dapat merasakan
sesuatu hingga memberanngsangkan emosinya. Mereka sudah boleh mendengar,
memaham dan bertindak terhadap ujaran tersebut.
f) Mendengar Secara Berhati-hati
Mendengar di peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan
secara bersungguh-sungguh. Dia harus menumpukan pendengarannya terhadap
kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesuatu
percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan
ituadalah untuk menentukan supaya setiap butir yang dituturkan itu dapat difahami
dengan tepat dan betul.
g) Mendengar Secara kritikal
Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai
kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini kemahiran mendengar si
pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan
Ismartini binti Bujang ct11210224

sesuatu fakta yang didengarnya.
h) Mendengar Dengan Pengamatan
Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku di kalangan pelajar yang sudah
boleh berfikir secara kritikal. Mendengar cara ini akan lebih bermakna jika proses
mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar. Ini bermakna si
pendengar itu akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika
ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya.
i) Mendengar Secara Kreatif
Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan ia
manjadi matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat
ini, si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu
setelah ia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Ini bermakna ia dapat
memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Ia juga boleh
membuat interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas dan
jitu.
KEMAHIRAN MEMBERI PERHATIAN
Kita hendaklah memberi perhatian kepada mereka yang bercakap dengan kita.
Komunikasi akan tergendala sekiranya perhatian tidak diberikan kerana tanpa
memberikan perhatian, mereka yang bercakap akan hilang minat untuk
menyampaikan maklumat. Perhatian perlu bagi mendorong mereka untuk terus
bercakap. Namun begitu, banyak perkara yang boleh mengganggu seseorang itu
dalam berkomunikasi. Secara sengaja atau tidak disengajakan. Gangguan kebisingan
dan juga sampukan dari orang lain yang mendengar juga boleh membataskan ruang
untuk berkomunikasi. Perhatian mungkin dapat diberikan tetapi ada kemungkinan
maklumat yang diberikan tidak sampai kepada pendengar akibat dari gangguan
perhatian mereka. Ada kala wujud salah faham dalam menerima maklumat. Oleh itu
kemahiran memberi perhatian sangat penting dalam berkomunikasi. Berikut adalah
bentuk-bentuk kemahiran memberi perhatian yang kita perlu ada:
I. Mendengar dengan aktif di mana maklum balas diberikan semasa
berkomunikasi berlaku.
Ismartini binti Bujang ct11210224

II. Menumpu sepenuh perhatian dengan pertembungan mata bertujuan untuk
memberikan keyakinan kepada mereka yang bercakap bahawa kita sedang
mendengar dengan teliti.
III. Mata tidak liar ke sana ke mari bagi mengelakkan kita tidak tertumpu kepada
benda lain yang boleh menggangu komunikasi.
IV. Duduk ke hadapan sedikit , menghadap orang yang bercakap.
V. Memberi maklum balas secara lisan atau isyarat bahasa badan.
VI. Bertanya untuk penjelasan lebih lanjut.

KEMAHIRAN MENIMBULKAN MINAT ORANG
Memberi reaksi wajah semasa berkomunikasi dengan orang yang bercakap bagi
menggalakkan dan menimbulkan minat mereka untuk terus bercakap. Sentiasa
memberikan maklum balas yang positif dan reaksi wajah yang menunjukkan kita
ikhlas untuk mendengar dan bersedia mendengar walau dalam apa pun situasi yang
dialami. Kita juga harus memahami apa yang boleh menarik minat mereka dan
mengenali mereka terlebih dahulu tentang apa yang mereka suka dan minati . Topik
perbualan mestilah mudah untuk difahami dan kita memahami maksud yang
disampaikan. Kata-kata yang dibicarakan perlulah tidak menyinggung perasaan dan
boleh menyebabkan timbulnya perasaan tidak selesa. Reaksi ini dapat digambarkan
melalui wajah pendengar. Sekiranya komunikasi berlaku melibatkan aktiviti,
pendengar adalah lebih baik untuk kita libatkan serta agar mereka akan rasa lebih
terhibur dan dihargai. Komunikasi akan menjadi lebih berkesan apabila maklum
balas diberikan. Pendengar tidak mudah merasa bosan dengan topik perbualan kita.
Topik yang kita sampaikan haruslah dicampur cerita-cerita menarik seperti seperti
pengalaman lucu bagi menceriakan lagi suasana berkomunikasi.
KEMAHIRAN TINGKAH LAKU
Kemahiran tingkah laku melibatkan perangai, kelakuan dancara seseorang itu
membawa penampillan dirinya. Ia merupakan fakror utama untuk menunjukkan
perwatakan yang tersendiri. Selalunya, faktor utama yang mempengaruhi tingkah
Ismartini binti Bujang ct11210224

laku ialah melalui persekitaran. Tingkah laku juga berubah melalui pembelajaran.
Tingkah laku manusia akan berubah apabila mereka semakin berpelajaran.

PERANAN MATA, TELINGA DAN SENTUHAN DALAM KOMUNIKASI
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan,
idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang
lain. Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi
kedua-dua iaitu perbuatan menghantar maklumat dan proses untuk bertukar-tukar
maklumat supaya dapat menghasilkan pemahaman. komunikasi boleh mengambil
bentuk, baik secara lisan mahu pun tidak, misalnya gerak-geri, bahasa isyarat,
sentuhan, hubungan mata dan penulisan.
MATA
Mata memainkan peranan penting dalam komunikasi. Mata juga digunakan untuk
memberikan maklum balas sama ada kita setuju atau tidak dengan topik yang
disampaikan. Mata juga boleh menunjukkan pandangan yang bermakna semasa
proses komunikasi dilakukan. Menghantar mesej dengan cepat. Pandangan mata
bertembung mata memberikan keyakinan untuk kita menyampaikan maklumat
dengan penuh semangat. Komitmen dapat ditunjukkan melalui komunikasi mata
kerana kita mudah mendapat gambaran tentang topik yang disampaikan.
TELINGA
Deria pendengaran sangat penting dalam menjayakan proses komunikasi. Maklumat
yang disampaikan akan mudah difahami dan mudah diingat apabila pendengar
mendengar dengan teliti. Tindak balas akan berlaku apabila mesej yang kita
sampaikan diterima dengan baik.
SENTUHAN
Sentuhan adalah cara untuk seseorang itu memberikan maklum balas ketika
berkomunikasi. Sentuhan dapat disampaikan mengikut mesej yang kita terima sama
ada mesej yang kita dapat itu baik atau buruk, mesej yang disukai atau tidak.
Ismartini binti Bujang ct11210224

Вам также может понравиться