You are on page 1of 2

ADIK SAYA

Saya mempunyai seorang adik perempuan yang berumur 9 tahun. Namanya Khairun
Nasrin.Dia lahir di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh pada 23 Julai 2002. Ibu saya
mengalami masalah pendarahan yang serius ketika melahirkannya dimana ibu saya
telah dibawa ke Hospital Sains Malaysia, Kubang Kerian dan berada di dalam wad
selama 2 minggu. Akibat daripada masalah tersebut, ibu saya dinasihatkan untuk
tidak mengandung lagi. Dialah satu-satunya adik saya dan bongsu dalam keluarga..
Dia seorang yang sangat aktif dan periang. Dia belajar di Sekolah Kebangsaan Kamil
(2), Pasir Puteh, Kelantan. Adik saya merupakan penghibur kepada kedua ibubapa
saya semenjak saya tinggal di asrama dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Melor, Kota Bharu. Setiap hari, bapa saya akan menghantar dan
mengambilnya sewaktu pulang dari sekolah. Apabila ayah saya berkursus atau ada
urusan penting dia pulang sendiri menaiki van sekolah. Adik saya seorang yang suka
berdikari dan ringan tulang. Dia selalu menolong kedua ibubapa saya ketika di rumah.
Dia juga seringkali menemani bapa saya kemana sahaja bapa saya pergi. Adik saya
juga sangat rapat dengan moyangnya yang dipanggilnya mek. Mek ialah nenek
kepada ibu saya. Sejak dari kecil lagi, saya dan adik dijaga oleh mek kerana ibu saya
bekerja. Mek kami anggap sebagai ibu kami sendiri, kerana dengan dialah kami
habiskan banyak masa bersamanya. Adik sayalah yang sangat rapat sekali dengan
mek. Itulah serba sedikit kisah adik saya yang sangat saya sayangi.