Вы находитесь на странице: 1из 1

Etika Penyelidikan

Persoalan mengenai etika penyelidikan sebenarnya satu perkara yang perlu kita ketahui
khususnya dalam kalangan penyelidik ataupun pengkaji samada dalam bidang kuantitatif
mahupun bidang kualitatif.

Sebagai seorang pengkaji ataupun penyelidik, sudah tentu kita memerlukan data ataupun
maklumat yang diberikan oleh sampel kajian kita yang dipanggil sebagai responden. Perlu
diketahui bahawa setiap maklum balas yang berbentuk data ataupun informasi yang
diberikan oleh responden tersebut haruslah dilindungi. Kita juga perlu menghormati
maklumat yang kita perolehi daripada responden kita dan letakkannya sebagai satu RAHSIA
SULIT dan tidak boleh diketahui oleh sesiapa secara sembarangan. Ini kerana, kita takut
maklumat yang diberikan tersebut akan mendatangkan kesan yang TIDAK BAIK ataupun
NEGATIF kepada pihak-pihak yang tertentu.

Вам также может понравиться