Вы находитесь на странице: 1из 26

Murugiah Velayutham 1

Matematik Keputusan
MTE 3104
Tajuk 1: Pengenalan









Apakah Matematik Keputusan?
1. Data Selanjar boleh mengambil
apa-apa nilai da.lam julat berangka.
contohnya: ukuran ketinggian, berat
dan masa
2. Data Diskrit hanya boleh
mengambil nilai-nilai yang nombor
pembilang.
contohnya: bilangan penumpang bas
Murugiah Velayutham 2








Apakah Matematik Keputusan?
3. Pembangunan Kalkulus abad ke-17
baru secara khusus data selanjar
dan graf berkaitannya berjalan
secara lancar
4. Pembangunan Matematik Keputusan
berurusan dengan cabang matematik
yang tidak menggunankan kaedah
selanjar kalkulus.
Murugiah Velayutham 3








Apakah Matematik Keputusan?
5. Perbezaan kedua-dua Data kadang-
kadang menjadi kabur contohnya
komputer hanya menggunakan data
diskrit (0 dan 1) namum boleh
berkerja kepada tahap ketepatan
yang sangat tinggi (selanjar).
Murugiah Velayutham 4








Apakah Matematik Keputusan?
6. Algoritma sebenarnya kerja dengan
komputer melibatkan idea prosedur
iaitu langkah-langkah berurutan untuk
menyelesaikan masalah.
7. Matematik Keputusan dibentuk
sebahagian besarnya oleh algoritma
supaya sesuatu kerja dapat dilalukan
dengan penggunaan masa dan sumber yang
terbaik.
Murugiah Velayutham 5








Melayari Internet
Untuk memahami dengan mendalam makna
Matematik Keputusan, cuba teroka dan
baca artikel-artikel berikut:

www.shodor.org/discretemath/index.php?content=whatis_dmath
www.wmich.edu/cpmp/parentresource/discrete.html
http://mathforum.org/workshops/sum96/discrete/intro.html
http://mathforum.org/dmpow/dmwhatis.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Discrete_mathematics

Murugiah Velayutham 6








Alat-alat dalam Matematik Keputusan
1. Matematik Keputusan adalah aplikasi
pemodelan untuk menyelesaikan masalah
dunia sebenar (perdagangan &
perindustrian)
2. Model Matematik perwakilan masalah dunia
sebenar ke dalam dunia matematik.
3. Teknik-teknik Matematik digunakan untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Teknik-
teknik ini biasanya melibatkan pendekatan
algoritma.
Murugiah Velayutham 7








Alat-alat dalam Matematik Keputusan
4. Tafsiran Semula sesudah masalah
diselesaikan, ia mestilah ditafsirkan semula
ke dalam dunia sebenar untuk melihat
kesesuaiannya.
5. Kitaran Penyelesaian Mungkin kita tidak
dapat kesesuaian dalam percubaan pertama.
Mungkin kita cuba dengan kitaran / gelung
kedua atau seterusnya sehingga satu
penyelesaian yang diterima dapat
diperolehi.
Murugiah Velayutham 8








Alat-alat dalam Matematik Keputusan
6 Laporan akhir akhirnya satu laporan perlu
disiapkan. Kita perlu berkomuniksi kesimpulan
serta membuat keputusan bagi masalah
kompleks secara jelas serta teliti.
7. Contoh alat-alat membuat keputusan
(a) Algoritma (b) Graf
(c) Pengaturcaraan Linear
(d) Rangkaian (Network)
(e) Analisis Laluan Kritikal (Critical Path Analysis)
Murugiah Velayutham 9
Murugiah Velayutham 10
Matematik Keputusan
MTE 3104
Tajuk 2:
Jenis-jenis Carian









Maksud Carian
1. Proses menentukan sama ada sesuatu nilai
yang diberi wujud atau tidak dalam
stuktur data.
2. Proses mencari elemen tertentu dalam
susunan barisan yang teratur.
3. Satu tugas yang biasa dalam
pengaturcaraan komputer.
4. Terdapat banyak algoritma dan sturktur
data yang dikhaskan untuk carian.
Murugiah Velayutham 11









Algoritma Carian Linear
1. Algoritma yang paling ringkas.
2. Ia membandingkan unsur utama (key)
dengan setiap unsur dalam senarai.
3. Carian akan berterusan sehingga kekunci
dengan satu elemen dalam senarai
dijumpai.
4. Carian juga akan berhenti jika elemen
berkenaan tidak dijumpai dalam senarai.
Murugiah Velayutham 12









Contoh: Algoritma Carian Linear
10 7 1 3 -4 2 20
Murugiah Velayutham 13
Cari nombor 3 dari susunan di atas menggunakan carian linear
1. Mula pada elemen pertama dalam susunan.
Adakah nilai pertama 3?
10 7 1 3 -4 2 20
2. Tidak, Adakah ia berada pada elemen seterusnya?
10 7 1 3 -4 2 20
3. Tidak sama sekali, Bagaimana dengan elemen seterusnya?









Contoh: Algoritma Carian Linear
10 7 1 3 -4 2 20
Murugiah Velayutham 14
4. Tidak lagi, teruskan carian untuk elemen seterusnya?
5. Ya, Anda telah menjumpainya. Anada telah menemui 3
selepas 4 perbandingan.
6. Kesimpulannya, anda perlu melalui setiap unsur mengikut urutan,
sehingga anda mendapati nilai yang betul.
10 7 1 3 -4 2 20









Algoritma Carian Linear
1. Carian Linear tidak cukup berkesan.
2. Sasaran yang dicari mungkin berada pada
akhir susunan, yang memerlukan kita
mencari setiap elemen dalam susunan.
3. Mungkin kita perlu mencari 1000 elemen
jika mempunyai susunan 1000 elemen.
4. Jika sasaran berada ditengah-tengah,
mungkin kita perlu mencari 500 elemen.
Murugiah Velayutham 15









Algoritma Carian Linear
1. Pada umumnya, kita perlu semak setiap item data
seterusnya untuk melihat jika ia memenuhi
kriteria.
2. Tiada sekatan ke atas data.
3. Cari dilaksanakan walaupun data tidak disusun
secara urutan.
4. Carian ini adalah yang paling tidak cekap.
5. Jika item tidak diperolehi, periksa setiap item
data seterusnya sehingga nilai dikehendaki
diperolehi. Jika masih tidak diperolehi, laporkan
kegagalan dalam carian.
Murugiah Velayutham 16









Aktiviti 1
1. Bekerja secara berpasangan, beritahu pasangan anda untuk
fikirkan suatu nombor antara 1 hingga 99 (termasuk kedua-
duanya).
2. Kemudian, dengan bertanya soalan yang sesuai di mana
jawapannya mesti sama ada ya atau tidak, cuba cari nombor
yang difikirkan oleh pasangan anda. Tujuannya adalah untuk
mencari nombor dengan bertanya beberapa soalan yang
mungkin.
3. Tukar giliran dan biarkan pasangan anda cuba untuk
mencari nombor yang anda fikirkan.
4. Ulangi latihan ini beberapa kali dengan strategi yang
berbeza.
5. Bincangkan strategi anda. Berapakah bilangan soalan
minimum, bilangan soalan maksima dan purata soalan yang
diperlukan?
Murugiah Velayutham 17









Aktiviti 2
1. Gunakan kamus atau direktori untuk
menyiasat berapa banyak item data yang
anda perlu lihat apabila mencari perkataan
tertentu atau nombor telefon seseorang.
2. Bandingkan pelbagai strategi dan cuba
gambarkan strategi tersebut secara
algoritma.
Murugiah Velayutham 18












Algoritma Carian Indeks Berurutan
(Indexed Sequential Search Algorithm)

1. Jika data telah disusun, terdapat 2 algoritma:
(a) Algoritma carian indeks berurutan
(b) Algoritma carian binari
2. Dalam carian Indeks berurutan, data disusun
dahulu kemudian dipecahkan kepada bahagian-
bahagian.
3. Suatu senarai tambahan atau indeks kemudiannya
diwujudkan yang mengandungi item yang pertama
atau terakhir dalam setiap pecahan bahagian.
Murugiah Velayutham 19












Contoh Algoritma Carian Indeks
Berurutan

1. Dalam Kamus, Index diletakkan pada
sudut atas sebelah kanan kamus.
2. Untuk mencari perkataan yang diberi,
anda buka helaian halaman yang
mengandungi indeks perkataan yang
dikehendaki.
3. Kemudian lakukan carian linear pada
halaman yang dipilih.
Murugiah Velayutham 20












Contoh Algoritma Carian Indeks
Berurutan

1. Jika mencari nama bandar di Indonesia dalam
senarai kod kawasan telefon.
2. Senarai sub-kod kawasan telefon yang
mengandungi nama bandar bermulanya dengan A,
B, C, dan sebagainya.
3. Kemudian, untuk mencari bandar Denpasar, carian
akan dilakukan bermula dari senarai sub untuk
mencari huruf D.
4. Ini akan memberi kedudukan bagi memulakan
carian linear bagi Denpasar.
Murugiah Velayutham 21












Algoritma Carian Binari
(Binary Search Algorithm)

1. Pilihan yang lebih cekap untuk mencari
tatasusun.
2. Biasanya digunakan dalam sains komputer.
3. Memerlukan kaedah ulangan untuk data
yang dicari.
4. Memulakan carian di tengah-tengah
susunan, maka separuh susunan kedua
diabaikan. Strategi ini digunakan untuk
separuh pertama susunan.
Murugiah Velayutham 22












Algoritma Carian Binari
(Binary Search Algorithm)

5. Jika nilainya lebih besar daripada nilai ditengah-
tengah susunan, maka separuh pertama susunan
diabaikan. Strategi ini digunakan untuk separuh
kedua susunan.
6. Jika nilainya berada ditengah-tengah susunan,
maka ia telahpun dijumpai.
7. Ringkasnya, jika anda mempunyai 1024 elemen,
dalam keadaan yang paling teruk, carian binari
hanya memerlukan 10 perbandingan jika
dibandingkan dengan carian linear yang
memerlukan 1024 perbandingan.
Murugiah Velayutham 23









Contoh: Algoritma Carian Binari
10 7 1 3 -4 2 20
Murugiah Velayutham 24
Cari nombor 7 dari susunan di atas menggunakan carian Binari
1. Mula dengan menyusun nombor secara
-4 1 2 3 7 10 20
2. Sekarang lihat susunan di tengah. Ia adalah 3. Nombor ini
lebih kecil daripada nombor yang dicari.
Oleh itu, abaikan separuh yang pertama.
-4 1 2 3 7 10 20









Contoh: Algoritma Carian Binari
Murugiah Velayutham 25
3. Lihat pula susunan di tengah daripada baki susunan.
Nilai di tengah adalah 10. Nombor ini lebih besar
daripada nombor yang di cari, maka abaikan separuh
susunan nombor yang kedua.

-4 1 2 3 7 10 20
4. Lihat baki susunan nombor. Ya. Anda telah menjumpai nombor 7.
-4 1 2 3 7 10 20
5. Anda telah menjumpai 7 selepas hanya 3 perbandingan.
Murugiah Velayutham 26
Terima Kasih dan
Selamat membaca

Вам также может понравиться