Вы находитесь на странице: 1из 22

KEGIATAN ORANG JEPUN

DALAM EKONOMI SABAH,


TAHUN 1880-AN -1941
Hanita Ladjaharun*
KEHADIRAN IMIGRAN JEPUN
Pada awal penubuhan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, pelbagai masalah telah
dihadapi oleh pihak British. Antaranya ialah masalah kekurangan tenaga pentadbir, modal
untuk pembangunan, dan sumber manusia bagi menjalankan usaha pembangunan. Walaupun
pada masa itu terdapat ramai imigran asing di Sabah, namun jumlah mereka tidaklah
mencukupi untuk menjalankan pelbagai kegiatan pembangunan ekonomi.
Kehadiran imigran Jepun penting dalam usaha pembangunan ekonomi negeri Sabah.
Mereka berperanan sebagai buruh dan pemodal. Walaupun jumlah mereka agak kecil jika
dibandingkan dengan imigran asing yang lain tetapi peranan mereka khususnya golongan
pemodal, adalah amat besar. Hal ini terbukti dengan wujudnya beberapa perusahaan utama
di Sabah yang dimiliki oleh pemodal Jepun. Antaranya ialah Estet Kuhara, Estet Kubota,
Jaduall : Statistik Imigran Asing di Sabah, Tahun 1911.
Imigran
Eropah
Serani (Eurassion)
Cina
lepun
Arab
Saudaness
Somalia
Filipina
Asal India dan Sri Lanka
Asal Netherlands East Indies
Siam
Sumber: Official Gazette, Population Analysi s, 2 1anuari 1912.
Jumlah
355
57
26,002
246
35
66
1
291
901
3511
17
* Penulis lulusan Jabatan Sejarah, Uni versiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1999. Beliau ialah pemenang
Pingat Emas Persatuan Sejarah Malaysia bagi sesi 1998/1999.
22
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
KEGIATAN ORANG JEPUN DALAM EKONOMI SABAH, TAHUN 1880-AN - 1941
Estet Kumada dan Syarikat Perikanan Borneo (Borneo Fishing Company), Kewujudan
perusahaan Jepun tidak sahaja membantu dalam menyelesaikan masalah kekurangan modal
untuk membangunkan ekonomi Sabah, malah menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat
tempatan dan imigran lain yang berada di Sabah.
Sejak akhir abad ke-19, pihak British telah menyedari kehadiran imigran Jepun. Dalam
keadaan yang memerlukan sumber tenaga manusia bagi menjayakan kebanyakan kerja
pembangunan ekonomi, kehadiran mereka telah diterima. Sejak itu juga, semakin ramai
imigran Jepun berhijrah ke Sabah dan jumlah mereka semakin meningkat. Pada tahun 1911,
jumlah mereka hanya 246 orang dan jumlah mereka meningkat sebanyak 1737 orang pada
bulan April 1941. I
Pada akhir abad ke-19, Jepun telah muncul sebagai sebuah negara maju kesan daripada
dasar pemodenan yang dijalankan semasa pemerintahan Meiji dari tahun 1868 hingga 1912. 2
Pemimpin-pemimpin era Meiji telah menjalankan dasar pemodenan dalam pelbagai aspek
meliputi bidang ekonomi, politik, pentadbiran dan kesusasteraan. Kesan daripada proses
permodenan tersebut menyebabkan sektor perindustrian telah mengalami perkembangan
yang pesat dan kehidupan bandar turut berkembang. Walaupun Jepun telah mencapai
kemajuan yang pesat, wujud ketidakseimbangan pembangunan an tara bandar dengan luar
bandar, dan an tara sektor perindustrian dengan sektor pertanian. Tumpuan kepada sektor
perindustrian telah menyebabkan sektor pertanian diabaikan. Pembangunan industri hanya
mampu meningkatkan taraf hidup sebahagian besar masyarakat ban dar sednagkan
masyarakat luar bandar masih jauh ketinggalan.
Kejayaan merubah negara Jepun menjadi sebuah kuasa ekonomi dan politik moden
telah mengakibatkan kerugian kepada sebilangan masyarakat seperti petani, buruh dan
tukang. Kaum tani menanggung beban cukai berlipat ganda akibat kenaikan kos hidup.
Petani terpaksa menanggung sewa tanah yang tinggi dan kadang kala mencapai 70 peratus.
Kos peralatan pertanian, bijih benih dan baja kimia ditanggung oleh petani sendiri. Harga
pertanian semakin rendah berbanding harga barangan keluaran kilang.
3
Situasi ini
menghalang peningkatan taraf hidup golongan petani. Sebenarnya, pekerja di sektor
perkilangan juga tidaklah mengalami kehidupan yang baik. Mereka diberi gaji yang rendah.
Golongan wanita paling teruk dieksploitasi dari segi gaji dan masa kerja. Purata gaji yang
mereka peroleh hanya 8.5 sen sehari dan masa bekerja sehingga 12 jam sehari telah menjadi
perkara biasa. 4
Bagi masyarakat bandar khususnya tokoh-tokoh industri, meraka memperoJeh
keuntungan yang berlipat ganda dan sentiasa berusaha mencari alternatif bagi memperbesar
dan memajukan lagi pelaburan mereka. Aspek yang ditekankan termasuklah mencari tapak
pelaburan baru di luar negara Jepun, meluaskan pasaran dan mendapatkan bahan mentah
khususnya getah dan kayu balak. Bahan-bahan mentah tersebut amat perJu untuk
membolehkan perindustrian mereka beroperasi secara berterusan dan menjanjikan
keuntungan yang berlipat ganda. Sebenarnya, Jepun tidak dapat menghasi'Ikan sendi ri
sebahagian bahan mentah seperti getah kerana keadaan iklim yang sejuk dan tidak sesuai
1 Letter from Governor S. Thomas to Secretary of State for The Colonial Office, 25 April 1941, Co. 968/15/2.
2 M. Rajendran, 1988. Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arena Book Sdn. Bhd. , him. 60.
3 Ibid:, him. 133.
4 British North Borneo Hearld (BNBH selepas ini), I Januari 1895.
23
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH
untuk menan am pokok getah. Pembukaah pasaran baru juga diharap dapat menambah
keuntungan yang sedia ada. 5
Bertitik-tolak daripada tekanan di atas, imigran Jepun yang terawal datang ke Sabah
terdiri daripada kelas bawahan seperti petani, tukang dan pelacur. Kehadiran mereka berlaku
pada akhir abad ke-19. Manakala imigran daripada kalangan pelabur pula datang pada awal
abad ke-20. Selain itu, terdapatjuga imigran yang terdiri daripada tokoh-tokoh politik dan
pentadbir, bagi golongan profesional pula terdiri daripada doktor dan saintis.
Tujuan kedatangan imigran dari kelas bawahan tersebut ingin mendapatkan peluang
pekerjaan, mengumpul wang dan kembali semula ke negara mereka apabila simpanan
mencukupi. Oleh sebab tiada pihak yang menjaga kebajikan mereka dan suasana kerja di
hutan tebal menyebabkan mereka mudah terdedah kepada penyakit dan meninggal dunia. 6
Pada masa itu, sektor pekerjaan di kawasan pembalakan dan perladangan sering memberi
ancaman penyakit malaria.
Bagi golongan pelabur, mereka datang ke Sabah untuk mendapatkan konsesi bagi
menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perladangan, pembalakan dan perikanan
serta temakan mutiara. Merekajuga berharap Sabah akan menjadi pasaran barn bagi barangan
Jepun. Bagi golongan profasional pula, mereka menjadi guru dan doktor.
Kehadiran imigran Jepun ke Sabah sering dikaitkan dengan persoalan populasi dan
kekurangan makanan. 7 Pada akhir abad ke-19, penduduk Jepun dianggarkan mencapai 40
juta orang, walaupun telah ramai penduduknya yang berhijrah. 8 Ledakan populasi ini boleh
dikaitkan dengan proses modenisasi sejak era Meiji yang telah membawa peningkatan taraf
hidup, khususnya dari segi kesihatan. Pertambahan penduduk terus berlaku tetapi kerajaan
Jepun tidak dapat menyediakan keperluan yang mencukupi kepada rakyat, khasnya
pekerjaan.
Kekurangan makanan telah menyukarkan kehidupan penduduk Jepun.
9
Kesukaran
hidup sedemikian telah menyebabkan ibu bapa sanggup menjual anak perempuan mereka
untuk mendapatkan wang bagi membiayai perbelanjaan harian keluarga. 10 Anak gadis ini
akan dijual ke rumah pelacuran atau kepada orang tengah. Seterusnya, mereka membawa
anak-anak gadis ini ke Hong Kong, China, Singapura dan Sabah untuk dijadikan pelacur.
Penggunaan mesin dan jentera yang diimport dari negara-negara Barat II menyebabkan
peluang pekerjaan semakin terhad kerana kebanyakan kerja dalam sektor perkilangan dan
pembuatan diambil alih oleh mesir. dan jentera. Kesan daripada itu, telah membawa
pertambahan pengangguran. Dalam keadaan sedemikian, bukan sahaja kerajaan Jepun tidak
memikirkan persoalan penghijrahan rakyat, malah rakyat Jepun sendiri telah mengambil
tindakan untuk berhijrah.
Sejak pertengahan abad ke-l7 lagi, ramai imigran Jepun telah berhijrah ke Amerika
5 M. Rajendran, op. cit., him. 113.
6 Yutaka Shimomoto, 1990 "Japanese Immigrants in Tawau, British North Borneo," dim. Sabah Museum and
Archive Journal, Jil. I, No. 3, him. 14.
7 Translation of the Manyo Minchi Minchi Shimbum. "27 Mei 1976, Co 8741703.
8 BNBH, I Mei 1894.
9 James Francis Warren, 1993. Ah Ku and Karayuki-san Prostitution in Singapore 1870-1940. Singapura: Ox-
ford University Press, him. 28.
10 Ibid., him. 25.
II BNBH,1 Mei 1895.
24
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
KEGIATAN ORANG JEPUN DALAM EKONOMI SABAH, TAHUN 1880AN -1941
Syarikat, Kanada dan beberapa buah negara Asia. 12 Mereka menceburkan diri dalam pelbagai
bidang pekerjaan seperti sektor perkilangan, pembuatan, pembinaan, pertanian,
perlombongan, perkhidmatan dan perniagaan. Pada akhir abad ke-19, beberapa destinasi
rradisional imigran Jepun seperti Amerika Syarikat dan Kanada telah menjalankan polisi
tutup pintu terhadap imigran asing. Pada tahun 1888, Amerika Syarikat telah meluluskan
Chinese Excluction Act (1888) 13 yang bertujuan menyekat kemasukan irnigran Cina dan
Jepun. Sekatan ini berlaku kerana kebanyakan sektor pekerjaan didominasi oleh golongan
imigran tersebut. Lantaran itu, ramai rakyat Amerika Syarikat yang terpaksa menganggur
kerana kebanyakan peluang pekerjaan telah diisi oleh golongan imigran. Pada hal sikap
rakyat Amerika Syarikat sendiri yang terlalu memilih bidang pekerjaan, mengharapkan
gaji lumayan dan kebajikan sosial yang banyak.
Bagi pihak pelabur pula, mereka lebih senang untuk mengambil golongan imigran
kerana mereka rajin, menerima tawaran gaji, sanggup bekerja dalam bidang yang berbahaya
seperti sektor perlombongan. Namun, kemelesetan ekonomi yang yang berlaku tidak
membenarkan perkembangan tersebut berterusan kerana akan menimbulkan masalah yang
lebih rumit dan kerugian kepada Amerika Syarikat. Tindakan tegas diambil untuk tidak
membenarkan lagi pegambilan imigran. Dalam keadaan demikian, kerajaan Jepun perlu
memikirkan destinasi baru lagi penghijrahan rakyatnya.
Brazil yang terkenal dengan ladang kopi terbesar di dunia telah dipilih sebagai dstinasi
baru imigran Jepun. Namun, berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan didapati Bra-
zil tidak sesuai untuk destinasi imigran Jepun. 14 Brazil terletak jauh dari Jepun dan akan
melibatkan kos tambang yang tinggi. Sedangkan rakyat Jepun yang ingin berhijrah
kebanyakannya terdiri daripada golongan miskin. Oleh itu, kerajaan Jepun telah beralih ke
Sabah untuk dijadikan destinasi baru bagi imigran Jepun. Tindakan ini disokong oleh faktor
jarak yang lebih dekat, kos tambang lebih rendah dan peluang pekerjaan yang luas.
Dalam memperkatakan sebab-sebab kedatangan imigran Jepun ke Sabah, perbincangan
juga perlu menyentuh situasi di sabah yang mendorong kehadiran mereka. Terdapat usaha
yang dilakukan oleh pegawai British di Sabah untuk mendapatkan imigran Jepun. Pada
tahun 1893, Gabenor Creagh telah menulis surat kepada Menteri Luar Jepun, Munemitsu
Mutsu untuk mendapatkan buruh setelah mengalami kegagalan mendapatkan buruh India
dan Jawa. Berikutan itu, kerajaan Jepun telah menghantar sekumpulan kecil rakyat Jepun
yang terdiri daripada 50 orang petani ke Sabah. Namun begitu, kesemuanya mati dalam
tempoh setahun. Kemudiannya, disusuli oleh imigran wanita yang kebanyakannya .
ditempatkan di rumah pelacuran di Sandakan. 15
Pada tahun 1914, Gabenor Pearson telah melawat Jepun bagi tujuan "assertain the
Government of Nagasaki would be disposed to consider and discuss with the Government
of British North Borneo a Scheme of assisted emigration for Japanese agriculture to the
territory. 16 Dalam memperkatakan kehadiran imigran Jepun ke Sabah, seorang pegawai
British bernama Alfred Turner juga bersetuju dengan polisi membenarkan kehadiran dan
12 Yutaka Shimomoto, "Japanese Immigrants In Tawau, British North Borneo," him. 13.
13 John. E. Findling, 1944. Dictionary of American Diplomatic New Jersey: Prentice Hall, him. 82.
14 Yutaka Shimomoto, "op. ciL," him. 13.
15 K.G. Tregoming, 1958. Under Chartered Company Role, Singapura: University of Malaya Press, hIm. 153.
16 Despatch from the under Secretary to the State Colonial Office, H.L Read to the Secretary of the British North
Borneo Company," 17 Jun 1941 , Co 8741704.
25
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
MALAYSIA DAR! SEGI SEJARAH
petempatan mereka. Alasan yang dikemukakan oleh beliau ialah mereka mahir dalarn bidang
pertanian dan perikanan, dan mereka rajin bekerja, arnanah dan serius. 17
Tidak semua pegawai British bersetuju dengan petempatan imigran Jepun di Sabah.
Sebahagian daripada pegawai British di Pejabat Jajahan dan Pejabat Luar di London tidak
membenarkan petempatan imigran Jepun di Sabah. 18 Bagi mereka persoalan untuk
membenarkan petempatan imigran Jepun merupakan suatu perkara yang serius dan "might
be assertained wheather trere were any objection to the scheme from an international or
point of view". 19 Sebenarnya dalarn hal ini, pihak British tidak bertujuan untuk mendiskri-
minasikan imigran Jepun tetapi perkembangan angkatan tenteranya di Jepun menjadi alasan
mereka tidak menyokong penghijrahan orang Jepun ke Sabah.
Sehingga tahun 1920-an, petempatan imigran Jepun di Sabah terus tidak digalakkan
oleh kebanyakan pegawai di London. Antara alasan yang dikemukakan oleh mereka ialah
kegagalan petempatan irnigran Jepun di Formosa. 20 dan mendapati buruh Jepun tidak begitu
berjaya berbanding buruh Cina, Tamil dan orang tempatan dalam bidang pertanian.
21
Sebenarnya, dalam persoalan ini pegawai-pegawai British di Sabah dan di Pejabat Tanah
Jajahan dan Pejabat Luar di London tidak bersependapat. Pegawai-pegawai di London
cenderung tidak membenarkan petempatan imigran Jepun. Bagi pegawai-pegawai British
di Sabah, mereka berhadapan dengan masalah sebenar untuk membangunkan Sabah. Negeri
Sabah memerlukan lebih rarnai sumber tenaga manusia dan modal bagi melangsungkan
kebanyakan kegiatan ekonomi. Mereka juga memerlukan wang untuk membiayai kos
pentadbiran.
22
Walaupun begitu, pada tahun 1915 sudah terdapat konsesi imigran Jepun di Sabah.
Tasatani telah memperoleh 119 ekar tanah pada tahun tersebut. Seterusnya diikuti oleh
beberapa orang lagi iaitu oleh Kubota, Ando dan takauchi. 23 Hampir seluruh konsesi pada
tahap ini diperoleh dan diusahakan dengan kegiatan perladangan, khususnya menanain getah,
kelapa dan kayu balak.
Berikutan dengan itu, bermulalah operasi perusahaan perladangan Jepun di Sabah.
Dalam tempoh tersebut, pihak pelabur Jepun turnt menghadapi masalah kekurangan buruh
untuk menjalankan kebanyakan kerja ladang. Dalam keadaan demikian, pelabur Jepun di
Sabah te1ah mengambil tindakan untuk meminta kerajaan Jepun membenarkan penghijrahan
imigran Jepun. Di samping itu, mereka sanggup bekerjasama untuk menjayakan program
penghijrahan terse but. Antara pelabur Jepun yang pemah memain peranan sedemikian ialah
Ichiji Orita. Beliau ialah Leftenan Komander dan Pegawai Adjutan kepada Setiausaha
Gabenor Jeneral Taiwan. Sebelum membuka perusahaan perikanan di Pulau Si Amil dan
Pulau Banggi , beliau telah mendapat dan membuka petempatan imigran Jepun di kawasan
Apas, Tawau. Usaha yang dilakukan oleh Orita ini merupakan kerjasama yang dijalankan
17 "Extract from Sir Alfred Turner's Letter to the Chairman," Julai 1913, C.O. 8741703.
18 "From Sir West Ridgeway to Sir Fiddes," 27 Jun 1919, e.O. 8741703.
19 Despatch from the under Secretary to the State, Colonial Office, H.!. Read to the Secretary of the British North
Borneo Company," 17 Jun 1914, e.O. 8741703.
20 From British Embassy, Tokyo, to Mr. Fraser," 20 Julai 1926, e.O. 8741703.
21 "Extract from Mr. Fraser to Mr. Elphinstone," 12 Jun 1926, e.O. 8741703.
22 Hara Fujio, 1993. "Japanese Activities In North Borneo Before World War II: Focus in Labour immigrants,"
dIm. Sejarah, No.2, hIm. 132.
23 "Sumary of Land Grants to japanese Settleri' Julai 1918, e.O. 874/873.
26
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
KEGIATAN ORANG JEPUN DALAM EKONOMI SABAH, TAHUN 1880-AN - 1941
xrsama-sama kerajaan Jepun. Beberapa buah keluarga telah dibawa ke kawasan petempatan
ersebut dan menjalankan kegiatan pertanian.
24
Kerjasama juga pernah dilakukan antara Kementerian Luar Jepun dengan kompeni
Jepun di Sabah seperti Nihon Industry Company dan Estet Kubota pada tahun 1932. Kerajaan
Jepun telah membiayai perbelanjaan penyelidikan yang berjumlah 10 000 Yen. Dalam
rempoh tersebut, kerajaan Jepun mula menganggap Sabah sebagai destinasi yang sesuai
untuk imigran Jepun. Usaha kerjasama yang dilakukan ini berjaya membawa penghijrahan
Imi gran Jepun ke Sabah dan kesemua mereka telah bekerja di Nihon Rubber Company. 25
Sebenarnya, usaha serius yang dilakukan oleh kerajaan Jepun untuk menggalakkan
penghijrahan ke Sabah bukanlah berlaku dalam tempoh tersebut tetapi lebih awal dari itu.
Sejak tahun 1894, kerajaan Jepun telah membenarkan penghijrahan seramai 50 orang petani.
Pada tahun 1899, dilaporkan bahawa kerajaan Jepun menggalakkan penghijrahan golongan
wanita ke negara luar untuk memperbaiki taraf kehidupan imigran dan mengurangkan
'egiatan yang kuurang berm oral. 26
Pegawai British di Sabah tidak mempunyai ban yak pilihan kecuali menerima kehadiran
imigran Jepun ke Sabah, walaupun pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan Pejabat Luar di
London tidak bersetuju. Pegawai British di Sabah berpendapat mereka perlu menerima
imigran Jepun yang terdiri daripada golongan buruh, pemodal dan pelacur untuk
membangunkan ekonomi di Sabah. Lantaran itu, walaupun usaha menggalakkan imigran
Jepun ke Sabah tidak konsisten, tetapi jumlah mereka semakin meningkat.
KEDATANGAN DAN PETEMPATAN A WAL IMIGRAN JEPUN
Secara umumnya, kedatangan imigran Jepun ke Sabah melaluijalan laut dan pengangkutan
yang sering digunakan ialah kapal wap. Antara kapal wap yang pernah sampai ke Sabah
ialah Surubaya Maru, Ganges Maru, Kaisha Maru dan S.S Menon. Perjalanan dari Jepun
ke Sabah melalui beberapa temp at persinggahan seperti Hong Kong, Taiwan dan Singapura.
Perjalanan kapal wap ini biasanya bermula dari pelabuhan yang terletak di Kobe, Jepun.
Tambangnya pula an tara $35 hingga $45. Kadar tambang ini bergantung pada tempoh
perjalanan dan persinggahan. Semakin lama tempoh perjalanan dan semakin ban yak tempoh
berehat di sesebuah pelabuhan, kadar tambang semakin tinggi. Lihat Rajah 2.
Bagi golongan imigran yang terdiri daripada petani, buruh, dan tukang yang datang
tanpa melalui orang tengah akan menggunakan wang sendiri untuk membiayai kos perjalanan
mereka. Contohnya, pada tahun 1894 dilaporkan kedatangan imigran Jepun yang
menggunakan kapal S.S. Menon membayar tambang sendiri. 27 Bagi golongan ini, mereka
be bas memilih temp at bekerja dan bidang pekerjaan.
Dalam pada itu terdapat imigran yang datang melalui orang tengah. Contohnya, golongan
wan ita yang dibawa oleh orang tengah yang dinamakan bapa ayam. Bagi golongan wanita
seperti ini, mereka tidak bebas memilih pekerjaan, malah mereka dipaksa menjadi pelacur.
Bagi golongan buruh yang datang melalui orang tengah, segala kos perjalanan mereka akan
ditanggung oleh orang tengah. Oleh itu, mereka terikat dari segi pekerjaan dan tempat bekerja.
24 Yutaka Shimomoto, "op. cit.," hIm. 15-21.
25 Ibid., hIm. 24.
26 BNBH, 16 Mei 1899.
27 BNBH, I lulai 1894.
27
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH
Judul 2: Pakej Tambang Perjalanan Imigran lepun
Destinasi
1. Kobe-Sandakan
2. Kobe-Hong Kong
Hong Kong
Hong Kong- Sandakan
lumlah
3. Kobe-Singapura
Singapura
Singapura- Sandakan
lumlah
10 hari
IOhari
5 hari
25 hari
15 hari
5 hari
8 hari
28 hari
Kadar Tambang
$ 35
$ 18
$10
$ 14
$42
$ 34
$5
$6
$ 45
Sumber: "From Toyo Imin Kaisha to T. Sisley, London, "26 Mei 1915, C.O 8741704
Malah terdapatjuga syarat lain yang dikenakan untuk mengikat para imigran. Orita pernah
menjadi orang tengah untuk membawa imigran Jepun ke kawasan Apas, Tawau. Imigran
terse but terikat untuk bekerja selama enam tahun di kawasan tersebut dan jika mereka tidak
menepati syarat mereka akan disuruh membayar semula kos perjalanan. 28
Bagi golongan kelas pertengahan atau tokoh-tokoh politik, biasanya mereka datang ke
Sabah dengan menaiki kapal wap. Pada tahun 1894, T.J. Nakagawa datang ke Sabah meninjau
bagi pihak kerajaan Jepun tentang kehidupan imigran Jepun di Sabah. Beliau menggunakan
kapal wap S.S. Menon untuk pergi dan balik. 29
Sandakan yang terletak di pantai timur Sabah merupakan temp at persinggahan dan
petempatan awal imigran Jepun di Sabah. Sejak tahun 1880-an lagi, imigran dari Jepun
berlabuh di Sandakan dan memulakan kehidupan awal di sana. Pada tahun 1911, jumlah
mereka di Sandakan (termasuk di bandar, pelabuhan dan kawasan pulau berhampiran)
berjumlah 88 orang. 30 Namun pada tahun 1915, 1916, dan 1917, memperlihatkan imigran
Jepun cenderung bertumpu di kawasan Tawau. Tumpuan ini ada kaitan dengan konsesi
tanah mereka di Tawau. Contohnya, Estet Kuhara seluas 34 734 ekar tanah. Daripada jumlah
tersebut hanya 8000 ekar di Kota Belud dan selebihnya di Tawau. Estet Kubota memiliki
1000 ekar tanah di Tawau. 31
Tumpuan imigran Jepun di Tawau semakin jelas apabila Orita memilih Pulau Si Amil
sebagai pusat perusahaan perikanan pada tahun 1926. Sehingga tahun 1930-an, terdapat
empat perusahaan utama.di Tawau ketika itu. Antaranya, Estet Kuhara, Estet Kubota,
Perusahaan Perikanan Borneo dan Cowie Harbour Coal Company. Daripada senarai tersebut,
tiga yang pertama dimiliki oleh imigran Jepun. 32 Tawau telah menjadi pusat imigran Jepun
di Sabah sejak tahun 1930-an. 33 Pada tahun 1932, jumlah mereka di tawau seramai 197
28 Yutaka Shimomoto, "op. cit.," him. 15-21.
29 BNBH, 1 Mei 1894.
30 Official Gazette, Population Analysis, 2 Januari 1912.
31 "Summary of Land grants to japanese settler." 1918, e.O. 874/873.
32 K. J Goodlet, 1977. "The Origins and Early Development of the Tawau Communit y 1880-1942". Tesis Doktor
Falsafah. Australia: University of Sydney, him. 230.
33 Note Residency of Tawau," e.O. 8741703.
28
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
KEGIATAN ORANG JEPUN DALAM EKONOMI SABAH, TAHUN 1880-AN - 1941
orang. Kemudiannya berlaku perubahandrastik pada tahun 1938, jumlah orang Jepun di
Tawau meningkat seramai 1181 orang. 34 Sehingga meletus Perang Dunia Kedua imigran
Jepun terus tertumpu di Tawau.
Meninjau dari segi tempoh kedatangan mereka pula, sumber tempatan yang paling
awal dikes an kedatangan mereka pada awal tahun 1890-an. Akhbar British North Borneo
Herald bertarikh 1 Disember 1893 melaporkan kedatangan imigran itu pada bulan Novem-
ber 1893. Pada tahun 1894 pula, dinyatakan telah wujud petempatan imigran Jepun di
Sabah.
36
Seramai 22 orang lagi dilaporkan tiba di Sabah pada tahun 1895.
37
Dalam tulisan Yutaka Shimomoto, beliau menyatakan kehadiran imigran Jepun di Sabah
berlaku sejak akhir tahun 1880-an lagi. Mereka terdiri daripada golongan pelacur dan tinggal
di Sandakan.
38
Bagi Hara Fujio pula, beliau bersetuju menyatakan kedatangan imigran
Jepun pada tahun 1880-an tetapi beliau menyatakan kedatangan itu pada awal tahun 1880-
an. Beliau menjelaskan:
The first Japanese, on employee of Sandakan steam-Ship engaged in timber exportation
from Sandakan to Hong Kong disembarked at Sandakan in 1884. The following year the
second Japanese girl sold aboard to become prostitutes due to poverty; arrived. 39
Hara Fujio juga ada merujuk sumber tempatan iaitu akhbar British North Borneo Herald
bertarikh 1 Mac 1894. Namun, sumber tersebut sebenarnya tidak menjelaskan petempatan
imigran Jepun sebaliknya petempatan imigran Jawa. Dalam hal ini, Rara Fujio mungkin tidak
perasan dengan perkataan Javanese dalam sumber tersebut dan bukannya Japanese. Namun,
sumber berkenaan dirujuk dan mendapati kedatangan imigran Jepun sudah dikesan sejak bulan
November 1893. Walaupun begitu, pendapat Rara Fujio dan Yutaka Shimomoto yang
kedatangan imigran Jepun sejak tahun 1880-an lagi tidak dinafikim. Kemungkinan kedatangan
mereka yang lebih awal dalam tempoh terse but tidak dikesan oleh pihak British.
Meninjau dari segi reaksi terhadap kehadiran imigran Jepun, pegawai British di Sabah
mengalu-alukan kedatangan mereka. Imigran yang terdiri daripada golongan petani, buruh
dan tukang telah diberi layanan baik oleh masyarakat di kawasan tempat tinggal mereka. 40
Tindakan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana harmonis dan mengelakkan imigran
berasa sunyi dan terasing di tempat baru serta tidak merindukan kampung halaman. Imigran
yang datang membawa anak isteri masing-masing sangat dialu-alukan 41 kerana mereka
akan tinggal lebih lama atau terus menetap di Sabah dan membolehkan mereka bekerja
secara tetap. Situasi inijuga akan mengurangkan beban kerajaan untuk mendapatkan buruh
secara berterusan. Bagi imigran yang datang tanpa keluarga, mereka cenderung kembali
semula ke pangkuan keluarga setelah simpanan mereka mencukupi . Situasi sedemikian
sememangnya telah menjadi lumrah dalam kehidupan seseorang imigran. Golongan imigran
ini akan diserapkan dalam sektor ekonomi khususnya sebagai buruh di kawasan perladangan.
34 Population statistics, Jun 1938, e.O. 8741703.
36 BNBH, I Mei 1894.
37 BNBH, I Mei 1895.
38 Yutaka Shimomoto, op. Cil., him. 14.
39 Hara Fujio, "Japanese Abtivities in North Borneo Before World War II. Focus in Labour immigrants," him.
125.
40 BNBH, I Disember 1893.
41 BNBH, I Mei 1895.
29
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
MALAYSIA DAR! SEG! SEJARAH
PERMOHONAN KONSESI TANAH
Bagi golongan pelabur, kedatangan mereka untuk mendapatkan konsesi tanah bagi
menjalankan pelbagai perusahaan. Seawal abad ke-20, telah rarnai pelabur Jepun datang ke
Sabah. Antara mereka ialah Kato, Kenkichirio Hayashi dan Miho. Hayashi mewakili Sindiket
Hayashi.
Pada tahun 1915, dilaporkan Kato telah berada di Sabah selama lebih 50 hari. Beliau
telah membuat penyiasatan secara teliti tentang daerah Jesselton dan Sandakan dalam usaha
untuk mendapatkan konsesi tanah bagi petempatan 50 buah keluarga imigran Jepun. Beliau
telah menemui beberapa orang pegawai British di Sabah dan sempat membuat temuduga
dengan mereka. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah A.C. Pearson, gabenor baru C. W.C. Parr,
bekas gabenor, FW Fraser, setiausaha kerajaan, Robertson, setiausaha sulit kerajaan, W.W.
Smith, residen Sandakan, West Ridgeway, pengerusi dan Kapten H.Y. Woon, pegawai
Imlgresen.
Kato menjelaskan kedatangannya kepada pegawai-pegawai yang tersenarai di atas.
Berdasarkan temuduga yang dibuat, rata-rata mereka bersetuju dengan rancangan Kato
kecuali A.c. Pearson. Gabenor tersebut berpendapat mustahil untuk membuat petempatan
imigran Jepun pada mas a itu kerana keadaan kewangan yang tidak mengizinkan. Kato cuba
melanjutkan perbincanganya dengan A.c. Pearson. Setelah mengadakan perbincangan, A.C.
Pearson telah membawa isu tersebut ke mahkamah dan setelah dipertimbangkan, mahkarnah
telah memutuskan tidak bersedia dengan rancangan sedemikian buat masa itu. 42
Perbincangan juga telah dibuat antara Miho iaitu konsul Jepun di Bangkok dengan
Gabenor Sabah. Pertemuan mereka berlangsung pada bulan J un 1915. Dalam perbincangan
itu, sekali lagi keputusan telah dibuat bahawa pihak British tidak bersedia dengan rancangan
petempatan imigran Jepun dan tiada pertimbangan untuk sebarang program galakan imigran
Jepun.
43
Pada bulan November 1915, Hayashi telah menulis surat kepada kerajaan Sabah untuk
memohon mendapatkan konsesi tanah. Antara kandungan surat Hayashi ialah:
I think Tawau and its neighbours is most suitable place to settle the Japanese farmers. So if
you could kindly sell and give us the Tawau Rubber Estate which I have visited the other
day. I hope you will be good enough to grant us more concessions for a land about 5,000
acres near the forest attached to the said Rubber Estate ... When they get several thousand
Japanese family peasant agriculture the company will be able to get advantageously their
cheap and excellent manual labour in the tapping of rubber and making a copra etc. By
employing the aid and the young and the and the woman during their leisure time agricul-
ture.
44
Setelah menerima surat terse but, Setiausaha Kerajaan iaitu Fraser diingatkan agar
berhati-hati dengan penyerahan konsesi kepada imigran Jepun lebih-lebih lagi kawasan
yang melibatkan Estet Getah Tawau (Tawau Rubber Estate). West Ridgeway menyatakan:
42 "From Toyo Imin Kaisha, Tokyo, to Mr. Ches. T. Sisley, London," 26 Mac 1915, C.O. 8741704.
43 "Despatch from the under Secretary to the state, H. l. Read to the Secretary of the British North Borneo
Company," 17 Jun 1914, C.O. 8741703.
44 "Report Purchase of taw au Estate by Mr. Hayashi's Syindicate and it connection with the purpose scheme for
the immigration of Japanese Settler," 13 Januari 1916, C.O. 8741704.
30
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
KEGIATAN ORANG JEPUN DALAM EKONOMI SABAH, TAHUN 1880-AN - 1941
There are many Japanese oweners of Rubber Estate in the F.M.S and there is no reasons or
possible objection against over selling on estate to Japanese ... 45
Walaupun sejak awallagi pihak British khususnya pegawai-pegawai di London memberi
reaksi negatif terhadap permohonan konsesi imigran Jepun, namun mereka tetap terus
berusaha. Pada tahun 1924, T. Sakai, Goro Miho dan Orita telah berhasrat memohon konsesi
Lanah yang sangat luas di pedalaman Sabah yang meliputi daerah Keningau, Tenom dan
Melalap. Terlebih dahulu lawatan telah dibuat ke kawasan tersebut. 46 Pada awal tahun 1930-
an juga, Menenji Yamashita pula memohon konsesi berhampiran Pelabuhan Cowie. 47 Pada
tahun 1939, sekali lagi T. Sakai membuat permohonan konsesi di kawasan Kota Belud. 48
Sememangnya banyak usaha yang telah dijalankan oleh imigran Jepun khususnya
golongan pelabur dan orang perseorangan bagi menjalankan pelbagai perusahaan dan
membuka petempatan imigran Jepun. Usaha mereka ini yang ketara pada awal abad ke-20,
telah menimbulkan reaksi yang dingin daripada pihak British di London kerana Jepun pada
masa itu telah tampil sebagai kuasa yang kuat di rantau Asia Timur. Da1am pada itu, situasi
yang amat memerlukan tenaga manusia dan modal menyebabkan pihak British di Sabah
ti dak dapat menolak kehadiran mereka sepenuhnya. Akhirnya, imigran Jepun berjaya
membuka petempatan di Sabah.
Jadual 3: Statistik imigran Jepun di Sabah, 1911.
Tempat
Bandar Sandakan
Pelabuhan Sandakan dan pulau
Bandar Jesselton
Kinabatangan
Tawau
Daerah Kudat dan pulau
Marudu
Tuaran
Papar
Wilayah Dent
Mepakul
Tenom
Jumlah
Jumlah
77
11
20
IO
75
IO
12
I
3
15
2
IO
246
Sumber: Official Gazette, Population Analysis 1911, 21anuari 1912.
45 Ibid.
46 "Letter from Governor Sandakan to President British North Borneo Company, London," 30 Oktober 1924,
C.O. 8741703.
47 "From Secretary to Sir. J.E. Shurckburgh, Colonial Office," lOgos 1935, C.O. 531/26.
48 Surat G.E.J. Gent kepada Sir Ridgeon, 28 Januari 1941, C.O 968/15/2.
31
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH
KEGIATAN EKONOMI JEPUN
Keterlibatan imigran Jepun dalam kegiatan ekonomi di Sabah dapat ditinjau sarna ada sebagai
pemodal atau buruh. Terdapat juga golongan wanita yang terlibat dengan kegiatan pelacuran.
Pelabur Jepun telah berjaya dengan operasi perusahaan mereka khususnya di daerah Tawau.
Estet Kuhara, Estet Kubota, Syarikat Perikanan Borneo dan Estet Kumada merupakan
lambang kejayaan pelabur Jepun di Sabah. Mereka menguruskan model, teknologi dan
buruh untuk memenuhi permintaan pasaran negara mereka.
Kejayaan kegiatan ekonomi mereka di Sabah tidak sahaja bergantung semata-mata
padaperanan buruh yang terdiri daripada imigran Jepun itu sendiri . Dalam hal ini, pelabur
Jepun ban yak bergantung pada buruh Cina, Jawa, Melayu, Arab, masyarakat tempatan dan
lain-lain. 49 Kadang kala buruh Cina menjadi tulang belakang atau nadi dalam menentukan
kejayaan perusahaan imigran Jepun. Ini disebabkan imigran Cina paling ramai berada di
Sabah dan menjadi sebahagian besar tenaga buruh dalam kebanyakan sektor ekonomi di
Sabah. 50
Jadual 4: Penglibatan Imigran Cina dalam Sektor Ekonomi Sabah, 1911 .
Sektor
Pertanian
Pembuat atap dan Pemotong rumput
Pembuat roti
Pemotong rambut
Tukang besi
Penyembelih dan penj ual daging
Tukang kayu, kontraktor dan tukang batu
Perkhidmatan Awam
Kerani
Dobi
Nelayan
Penjtidi
Tukang emas, perak dan j am
Penjaja
Buruh
Mubaligh dan guru
Penjual susu
Peladang
Pakar (Professional)
Pelacur
Pemotong kayu
Pelayar, jurutera, pemasang dll.
Pembantu
Pembuat pakaian dan tukang kasut
Pedagang dan ahli peniaga
Jumlah
2348
6
51
78
46
24
749
1
415
59
317
116
73
187
10,684
12
1
2
66
99
457
187
693
294
1,950
Sumber: Official Gazette. Occupation Census 1911,2 lanuari 1912.
49 K.J. Goodlet, "The Origins and Early Development of the Tawau Community 1880-1942," him. 247, 266, 271.
50 Official Gazette, Population Analysis, 2 Januari 1912.
32
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
KEGIATAN ORANG JEPUN DALAM EKONOMI SABAH, TAHUN I 880-AN - 1941
Jumlah imigran Jepun terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah imigran Cina.
Oleh itu, para pelabur Jepun terpaksa banyak bergantung pada buruh Cina dalam menjayakan
perusahaan mereka. Pad a tahun 1911 sahaja, terdapat seramai 26002 orang imigran Cina
dan hanya 246 orang imigran Jepun, Jumlah imigran Cina ini paling ramai berbanding
imigran-imigran lain di Sabah. 51 Malah dalam perusahaan perladangan Jepun, mereka adalah
buruh yang paling ramai.
Jumlah imigran Cina di Sabah sentiasa mengalami pertambahan. Hal ini jelas dengan
aliran kedatangan yang sangat aktif. Statistik sejak tahun 1921 memperlihatkan kehadiran
mereka terus mencatatkan peningkatan. Kehadiran mereka ke Sabah juga sering dikaitkan
dengan tekanan demografi, kemiskinan, bene ana alam, peperangan dan lain-lain. Malah
peluang ekonomi yang 1ebih baik di Sabah juga telah menarik minat mereka untuk datang
ke Sabah.
Kedua, golongan imigran ini sememangnya mempunyai sejarah permusuhan sejak di
Asia Timur lagi apabila Jepun melanearkan serangan terhadap China pada tahun 1874,
tetapi di Sabah mereka sering bekerjasama dalam kebanyakan sektor ekonomi dan membawa
kemakmuran ekonomi Sabah.
Rajah 5: Imigran Cina ke Sabah, 1921 -1940.
Tahun Rancangan Tambang Percuma Persendirian
1921 18 n.a
1922 4 n.a
1923 200 n.a
1924 330 n.a
1925 204 n.a
1926 317 n.a
1927 886 n.a
1928 1,278 2,724
1929 1,067 2,967
1930 1,157 2,882
1931 395 1,519
1932 92 1,086
1933 187 2,315
1934 643 3,307
1935 667 3,837
1936 395 4,577
1937 493 7,912
1938 345 3,342
1939 263 1,992
1940 373 2,472
Jumlah 3,859 31,998
Sumber: Danny Wong Tze-Ken, 1998. The Tranformation of an Immigrant Society: A Study of
the Chinese of Sabah. London: Asean Academic Press, him. 209.
51 Ibid,
33
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
MALAYSIA DAR! SEG! SEJARAH
Jadual 6: Geran Berskala Keci\.
Tahun Pembeli Keluasan (ekar) Tanaman Kawasan
1915 Tasatani 119 Kelapa Sandakan
1917 Tasatani 131 Kelapa Sandakan
Jumlah 250
1916 Yuneda dan Saita 40 Kelapa Tawau
1916 T. Gomi 25 Kelapa Tawau
1916 T. Yamashita 25 Kelapa Tawau
1916 Matsumuta 30 Kelapa Tawau
1916 Sakamoto 30 Kelapa Tawau
1916 Sonobe 90 Kelapa Tawau
1916 Ozawa 90 Kelapa Tawau
1916 Tsuchihashi 100 Kelapa Lahad Datu
1917 Kosugi 120 Kelapa Tawau
1917 Wakisaka 78 Kelapa Tawau
Jumlah 878
Sumber: "Land and Other Concession Granted to Japanese in North Borneo," Julai 1918, c.o
874/873.
Jadual 7: Geran Berskala Besar
Tahun Pembeli Keluasan (ekar) Tanaman Kawasan
1916 Kuhara Company 562 Getah Tawau
1916 Kuhara Company 1500 Getah Tawau
1917 Kuhara Company 1152 Getah Tawau
1917 Kuhara Company 1300 Getah Tawau
1917 Kuhara Company 8000 Tebu Tawau
1917 Kuhara Company 2400 Kelapa Merotai
1918 Kuhara Company 8000 Padi Kota BeIud
Kuhara Company 110 Getah Merotai
Jumlah 34734
Tahun Pembeli Keluasan (ekar) Tanaman Kawasan
1916 Kubota 1000 Kelapa Tawau
1917 Kubota 3000 Kelapa Balak Tawau Sg. Apas
1917 Kubota 7000 Getah Sg. Apas
Jumlah Ando 11 000
1916 Takauchi 10 216 Kapas Kinabatangan
1917 Yoshioka 1200 Kapas Lahad Datu
1918 Miho 1000 Kelapa Tawau
15000 Kelapa Kinabatangan
Jumlah 73150
Sumber: "Summary of Land Grants to Japanese," Julai 1918, C.O. 874/873.
34
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
KEGIATAN ORANG JEPUN DALAM EKONOMI SABAH, TAHUN I 880-AN - 1941
PERLADANGAN
Sektor perladangan merupakan kegiatan ekonomi utama yang diusahakan oleh pelabur Jepun.
Kebanyakan konsesi tanah yang diperoleh diusahakan dengan menan am tanaman bercirikan
eksport seperti getah, kelapa, abaka, kapas dan tebu. Terdapat pelabur yang mengusahakan
pelbagai jenis tanaman dalam sebuah ladang. Faktor keluasan ladang menentukan tanaman
yang hendak diusahakan. Bagi ladang-ladang kecil yang meliputi keluasan kurang 100
ekar, biasanya pelabur mengusahakan sejenis tanaman sahaja. Bagi ladang yang besar, akan
menawan lebih daripada satu jenis tanaman. Dalam perkembangan yang berkaitan, pemilikan
geran oleh pelabur Jepun boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu geran berskala kecil
dan geran berskala besar.
Berdasarkan Jadual 5 dan Jadual 6 di atas, sebahagian besar daripada konsesi pelabur
Jepun tertumpu di kawasan pantai timur Sabah khususnya Tawau, Sandakan dan Lahad
Datu. Di daerah-daerah tersebut, terdapat kawasan yang sangat luas dan kebanyakannya
terdiri daripada hutan dara yang masih belum diterokai. Oleh itu, selepas pemerolehan
konsesi, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah membersihkan kawasan hutan. Kerja-
kerja ini melibatkan proses penebangan, pengumpulan dan pembakaran. Setelah hutan
dibersihkan barulah kerja menanam dilakukan.
Estet Kuhara atau dikenali juga sebagai Tawau Rubber Estate (Estet Getah Tawau),
Nihon Sangyo Kabushiki Kaisha atau Nippon Industrial Co. 52 merupakan estet yang terbesar
sekali iaitu sehingga tahun 1918 meliputi keluasan 34 734 ekar. Kuhara Fursanosuke
merupakan Menteri Komunikasi Jepun dan pemilik syarikat gergasi di Jepun iaitu Hitachi
dan Nissan dan beberapa lagi perusahaan lain. 53 Beliau juga pemilik Kuhara Mining Com-
pany dan Estet Kuhara. 54 Konsesi Estet Kuhara kebanyakannya tertumpu di daerah Tawau
dan hanya 8000 ekar terletak di daerah Kota Belud. Tanaman utama yang diusahakan di
Estet Kuhara ialah getah, kelapa, padi dan tebu. Getah merupakan komoditi eksport utama
oleh Estet Kuhara khususnya ke negara Jepun. Getah amat diperlukan di Jepun untuk
menyokong kebanyakan industri Jepun.
Dari segi penggunaan buruh pula, Fraser pernah menjelaskan bahawa kebanyakan buruh
terdiri daripada orang Cina. 55 Di samping itu, terdapatjuga buruh Jawa, Melayu dan orang
tempatan. Buruh Cina dianggap sebagai buruh yang mempunyai fizikal yang baik dan mampu
membuat kerja-kerja dengan baik. 56 Seawal tahun 1916, terdapat seramai 1967 orang buruh
di Estet Kuhara. Pada tahun 1934 pula, terdapat seramai 1939 orang buruh. Dari jumlah
tersebut 1119 orang ialah buruh Cina, 810 orang buruh J awa dan 156 orang lagi terdiri
daripada buruh tempatan dan lain-lain. Pada tahun 1939 pula,jumlah buruh semakin mening-
kat di estet tersebut sehingga mencapai 3500 orang. Buruh Cina masih lagi mendominasi
kebanyakan sektor perkerjaan dengan jumlah seramai 2393 orang. Jumlah buruh Jawa pula
semakin susut dan hanya berjumlah 534 orang dan 573 orang terdiri daripada buruh tempatan
dan lain-lain. 57
52 "Secretariat Minute Paper," 17 November 1932, Sectariat File, No. 489.
53 Yutaka Shimomoto, Japanese Immigrants in tawau, British North Borneo, dim. Sabah Museum and Arcives
Journal, Jil. I, No.3,
54 Cecelia, Leong 1982. Sabah the First 100 Years. Kuala Lumpur: Percetakan Nan Yang Muda, hIm. 167.
55 "Extract from Mr. Fraser to Mr. Elphinstone," 31 Mei 1926, e.O. 8741703.
56 Land and Other Concession to japanese in North Borneo," 1918, C.O. 874/873.
57 KJ Goodlet, ' The Origin and Early Development of the Community 1880-1942," him. 266.
35
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
MALAYSIA DAR! SEG! SEJARAH
Jika bidang perburuhan didominasi oleh imigran Cina, dalarn bidnag pentadbiran Estet
Kuhara didominasi pula oleh imigrin Jepun. Terdapat penjelasan yang menyatakan:
All managerial function were in the hands of the Japanese. In 1937 the General Manager,
the secretary the managerial of each of the estate, the medical officer and the General Man-
ager of hemp cultivation were all Japanese. No managerial function were carried out by non
Japanese. 58
Semasa peringkat awal operasi Estet Kuhara juga, terdapat kelemahan dari segi
pengurusan dan pentadbiran serta kurang pengalarnan untuk mengawal buruh. Situasi ini
terbukti apabila pada bulan Oktober dan November 1917, pernah berlaku rusuhan di kalangan
buruh. Dalam keadaan demikian polis telah bertindak menyelesaikan rusuhan tersebut. 59
Pada tahun 1937 pula, berlaku kekurangan buruh di Estet Kuhara kerana pada mas a itu
Perang China-Jepun II bermula sekali lagi di China. Perasaan marah terhadap orang Jepun
menyebabkan rarnai buruh Cina yang berhenti bekerja. 60
Dari segi pendapatan dan perbelanjaan pula, Estet Kuhara biasanya mencatat keuntungan
walaupun mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi. Ini disebabkan komoditi utarna iaitu
getah telah mendapat permintaan yang tinggi dan mempunyai nilai yang baik di pasaran.
Namun begitu, melesetan ekonomi dunia yang berlaku telah memberi kesan kepada penda-
patan Kuhara Estate. Pada awal tahun 1930-an, selama lima tahun beturut-turut menyaksikan
defisit dalam belanjawan Estet Kuhara.
Tahun 1934 merupakan titik awal bagi Estet Kuhara terlepas daripada tekanan defisit
akibat kemelesetan ekonomi dunia. Pada tahun-tahun berikutnya, usaha untuk meningkatkan
pendapatan terus dilakukan. Dalam hal ini, langkah pemotongan gaji diadakan. Antaranya
ialah pekerja pejabat yang terdiri daripada orang Jepun di potong gaji sebanyak 40 peratus,
kerani dan pembantu dipotong gaji sebanyak 15 peratus dan kuli sebanyak 20 peratus.
Rajah 8: Pendapatan dan Belanjawan Estet Kuhara, 1927-1934.
Tahun
1927
1928
1929
1930
1931
1932
1933
1934
Jualan
$ 474 562.60
$ 498 537.55
$ 537 081.18
Belanjawan
$ 369136.63
$ 460682.54
$ 619 489.17
Pendapatan
$ 105425.97
$ 37 835.01
- $ 82407.99
- $ 334 357.81
- $ 172 527.29
- $ 167 192.60
- $ 55 498.32
$ 201 806.70
Sumber: K. J Goodlet, "The Origins and Early Development of the Comminity 1880-1942,"
him. 223, 224, 269.
58 K.J Goodlet, "The Origins and Early Development of the Tawau Community 1880-1942," him. 266.
59 "Land and Other Concession to Japanese in North Borneo," 1918. C.O. 874/873.
60 K.J Goodlet." The Origins and Early Development of the Tawau Community 1880-1942," him. 267.
36
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
KEGIATAN ORANG JEPUN DALAM EKONOMI SABAH, TAHUN 1880-AN - 1941
Tindakan ini telah dapat mengelakkan situasi tiada pekerjaan di Tawau. 61
DaTi segi pembangunan infrastruktur pula, keperluan untuk mengangkut komoditi
dengan pantas telah mendorong kepada pembinaan jambatan, jalan raya dan jalan kereta
api. Pada tahun 1924, sebuah jambatan yang merentasi Sungai Tawau menuju ke Estet
Kuhara dari ban dar telah dibina. Pada tahun 1928, jalan raya telah dibina sepanjang 15 batu
sehingga ke Merotai dan dibuka kepada orang awam. 62 Terdapat juga kemudahan jospital
dan rumah rehat untuk pengunjung ke Estet Kuhara. Sememangnya Estet Kuhara merupakan
perusahaan Jepun yang paling terkenal di Sabah dan sering dikunjungi oleh tokoh-tokoh
dari Jepun. 63
Estet Kubota yang juga terletak di Tawau mengusahakan tanaman kelapa, getah dan
kayu balak. Estet ini terkenal sebagai estet utama yang mengeluarkan kelapa dan pada
pertengahan tahun I920-an dinY<;ltakan terdapat seluas 1000 ekar ditanam kelapa dengan
sangat baik. 64 Sehingga tahun 1929, seluas 3500 ekar telah ditanam kelapa. Estet Kubota
turut mempunyai konsesi pembalakan dan ingin meluaskan konsesi tersebut tetapi tidak
dapat memenuhi syarat yang ditetapkan oleh British Borneo Timber Company. Pada tahun
1928, sebuah estet di balung telah dibuka untuk menan am abaka (hemp). 65 Abaka merupakan
tanaman yang barn diperkenalkan diSabah ketika itu.
Pada 1 April 1932 Kubota meninggal dunia 66 dan ketika itu Estet Kubota diumumkan
masih mempunyai AS$ 1000000 modal. 67 Selepas kematiannya, nama Estet Kubota telah
ditukar kepada Tawau Estate Limited. 68
Dari segi penggunaan buruh pula, Estet Kubota didominasi oleh buruh Jawa diikuti
oleh buruh Cina dan hanya sebahagian kecil buruh tempatan dan lain-lain. Pada akhir tahun
1934, terdapat seramai 110 orang buruh yang terdiri daripada 68 orang Jawa, 26 orang
Cina, 16 orang MeIayu dan lain-lain. Pad a tahun 1939 pula, terdapat seramai 235 orang
buruh iaitu seramai 112 orang Jawa, 62 orang Cina, 60 orang buruh tempatan dan satu
orang lain-lain. 69
Estet Kumada pula terletak berhampiran Weston di Pantai Barat Sabah dan
penubuhannya dipercayai telah mendapat bantuan kewangan daripada Estet Kubota. 70
Sehingga tahun 1922, terdapat seramai 176 orang buruh di estet terse but. 71
Ketiga-tiga estet yang telah dijelaskan di atas telah menjadi lambang kejayaan pelabur
Jepun dalam kegiatan ekonomi mereka di Sabah khususnya dalam sektor perladangan.
Sehingga kini, Estet Kuhara dan Estet Kubota masih terdapat di Tawau. Estet Kuhara telah
ditukar namanya selepas Perang Pasifik iaitu Borneo Abaca Limited (BAL Estate).
61 Sabihah Osman, 1988. "Japanese Economic Activities in Sabah from the 1890s until 1941," dIm. Journal of
Southeast Asian Studies, Jil. 29, No. I, Mac, hIm. 31.
62 K. J Goodlet, "The Origins and Early Development of the Tawau Community 1880-1942," hIm. 228.
63 "Land and Other Concession to Japanese in North Borneo, Julai 1918, e.O. 874/873.
64 Extract from Me. Frase to Mr. E1phinstone," 31 Mei 1926, e.O, 8741703.
65 KJ Goodlet, "The Origins and Early Development of the Tawau Community 1880-1942," hIm. 228.
66 "Notice of General Meeting, Kubota Company," 15 Disember 1932, Secretariat File, No. 489.
67 "Certificate of Incoporation of Tawau Estate Limited," 17 Disember 1932, Secretariat File, No. 489.
68 "Secretariat Minute Paper, Kubota Co. Ltd. Change Name to Tawau Estate Limited," 7 November 1932, Sec-
retariat File, No. 489.
69 K. J Goodlet, "The Origins and Early Development of the Tawau Community 1880-1942," hIm. 271.
70 "Extract from Mr. Fraser to Mr. Elphinstone," 31 Mac 1926, e.o. 8741703.
71 Annual Report East Coast Residency, 1926.
37
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH
PERIKANAN
Sabah merupakan negeri yang mempunyai pantai yang banyak tel uk. Di pantai barat Sabah
terdapat Teluk Brunei dan Teluk Kimanis. Di utara pula terdapat Teluk Marudu dan di
pantai timur pula terdapat Teluk Labuk. Pantai yang panjang serta berteluk-teluk ini
menjadikan Sabah sebagai kawsan yang sesuai untuk menjalankan kegiatan perikanan.
Kawasan-kawasan perikanan yang utama di Sabah ialah Teluk Brunei, Teluk Kimanis,
Jesselton, Beluran, Kudat, Sandakan, Semporna dan Pelabuhan Cowie, Tawau.72
Aktiviti perikanan imigran Jepun di Sabah tertumpu di dua kawasan yang utama iaitu
Pulau Si Amil
73
di Tawau dan Pulau Banggi 74 di Kudat. Perusahaan perikanan di Pulau Si
Amil telah dimulakan pad a tahun 1926 oleh Orita. Perusahaan perikanan tersebut dikenali
sebagai Perusahaan Perikanan Borneo (Borneo Fishing Company - BFC) dan mula
beroperasi sepenuhnya pada tahun 1927.
75
Setelah meraih kejayaan dan keuntungan, BFC
ingin meluaskan lagi perusahaan tersebut dan bercadang membuka cawangan di Pulau
Banggi. Pada tahun 1937, Ichiji Orita telah membuat permohonan konsesi tanah seluas 31
ekar di Pulau Banggi. Pada tahun 1938, perusahaan perikanan di Pulau banggi memulakan
operasinya. Orita telah bertindak membawa buruh Jepun bekerja di cawangan tersebut seperti
yang berlaku di Pulau Si Ami!. 76
Sejak tahun 1933, BFC telah mengalami pertambahan modal apabila bergabung dengan
Nissan Kozern iaitu pemilik estet getah di bawah Nihon Rubber Company. Sehingga tahun
1938, BFC dinyatakan telah mempunyai modal berjumlah 2.5 juta Yen. 77
Terdapat pelbagai kemudahan di kedua-dua cawangan BFC ini. BFC di Pulau Si Amil
terdapat pelbagai bangunan seperti kilang, pejabat, penginapan dan stor. Terdapat juga tangki
air dan mesin memproses ais yang mampu menghasilkan sebanyak sepuluh tan ais sehari.
Terdapat juga stok minyak diesel dan kerosin untuk kegunaan kilang dan bot menangkap
ikan. Untuk memperbaiki kerosakan kecil, sebuah bengkel memperbaiki mesin dibina.
Terdapat juga simpanan air untuk melindungi keperluan air di pulau tersebut. Sebanyak 17
000 gelen bahan bakar yang diimport dibekalkan ke pulau itu yang turut mempunyai 12
buah bot laju untuk menangkap ikan.
Di Pulau Banggi pula, cawangan BFC ternyata lebih besar dan kilangnya lebih moden.
Terdapat mesin memproses ais yang mampu memproses 20 tan ais berbanding di BFC
Pulau Si Amil yang mampu memproses sebanyak 10 tan ais sahaja. Namun, hanya terdapat
tiga buah bot laju untuk menangkap ikan dan turut dibekalkan dengan bahan bakar yang
diimport iaitu sebanyak 5500 gelen sebulan. n Cawangan BFC ini turut dilengkapi dengan
bangunan-bangunan yang sarna seperti yang terdapat di Pulau Si Ami!.
Sejak awal penubuhan BFC di Pulau Si Amil, Orita telah memperoleh seramai 70
72 Godfrey A. Chatfield 1965. Sabah a General Geography. Singapura: University of London Press, him. 45.
73 Pulau tersebut terletak berdepan dengan Teluk Darval. 58 batu dari timur Tawau dan 20 batu dari tenggara
Semporna. Pulau ini menjadi pusat industri perikanan Jepun di Sabah. Lihat Sabihah Osman, 1998. "Japanese
Economic Activities in Sabah from 1980s until 1941 ," dim. Journal of Souteast Asian Studies Jil. 29, No. I,
Mac.
74 Pulau Banggi terletak di utara Sabah bersetentangan dengan Teluk Marudu. Sila Iihat peta 2.
75 Sabihah Osman, "Japanese Economic Activities in Sabah from 1890s until 1941," him. 30.
76 From Governor Smith to President," 27 Disember 1938, Secretariat File, No. 725.
77 "From G.L Gray to Hifh Commisioner's Office, Singapore," 13 Ogos 1938, Secretariat File, no. 725.
78 "Extract from Malaya Combined Intelligence Summary No.2," 16-31 Januari 1941, e.O. 96811 5/2.
38
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
KEGIATAN ORANG JEPUN DALAM EKONOMI SABAH, TAHUN 1880-AN - 1941
Peta 1: Petempatan Jepun di Pulau Banggi
: ~ . - ; ~ .
.. , .. ....,.
Sumber: Borneo Fishing Company at Si Amil Island, Secretariat File, no. 725.
orang pekerja yang terdiri daripada imigran Jepun. Jumlah mereka semakin meningkat dan
pada tahun 1933 dinyatakan sebanyak 30 buah keluarga yang terdiri daripada 150 orang
tiba di Tawau dan bekerja di BFC di Pulau Si Ami\. 79 Sehingga tahun 1938, dilaporkan
terdapat seramai 449 orang imigran Jepun yang menjalankan perusahaan tersebut. Daripada
79 Yutaka Shimomoto, 1990. "Japanese Immigrants in Tawau British North Borneo," dIm. Sabah Museum and
Archives fournel ," Jil. No.3, hIm. 22.
39
)
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
MALAYSIA DAR! SEGI SEJARAH
jumlah tersebut, 355 orang lelaki, 88 orang wanita dan enam orang kanak-kanak. 80 Jumlah
mereka mengalami pengurangan sejak tahun 1941 dan ketika itu hanya terdapat seramai
250 orang sahaja di BFC tersebut. Situasi ini berlaku berikutan kebakaran yang berlaku di
BFC. Sebahagian besar pekerja BFC di Pulau Si Amil telah berpindah ke BFC di Pulau
Banggi.
Pada awal penubuhan BFC di Pulau Banggi terdapat seramai 70 orang buruh lelaki.
Pada masa itu, Orita berharap pada awal bulan Januari 1939 iaitu apabila perusahaan di
sana beroperasi sepenuhnya, terdapat seramai 200 orang buruh dalam perusahaan tersebut. 81
Namun, kebakaran yang berlaku di BFC Pulau Si Amil pada tahun 1939 telah membawa
pertambahan mendadak bilangan imigran Jepun dalam perusahaan tersebut. Pada tahun
1941, terdapat seramai 326 orang buruh Jepun di BFC Pulau Banggi .
Jadual 9: Pekerja di Pulau banggi dan Pulau Si Amil
Bidang Pekerjaan Banggi Si Amil
Nelayan 184 132
Mengetin (L) 40 -
(P) 60 -
Penapisan dan pemprosesan (L)
- 25
(P) - 45
Kilang ais (L) 16 12
Bengkel (L) 6 6
Pekebun (L) 2 2
Tukang masak (P) 6 6
Hospital (P) 4 4
Pembantu 8 8
Jumlah 326 240
L: Lelaki
P : Perempuan
Sumber: "From Mr. Fukui to G. L Gray," 11 Mac 1941 , Secretariat File, No. 725
Ditinjau dari segi bidang pekerjaan pula, beberapa jenis pekerjaan telah diwujudkan
dan dilakukan oleh buruh mengikut j umlah dan kesesuaian. Biasanya bagi golongan lelaki,
mereka diberi kerj a-kerja seperti nelayan, memproses ais dan bengkel. Bagi buruh wanita
pula, mereka akan menceburi bidang pekerjaan yang lebih ringan seperti menjadi tukang
masak. Terdapat juga kerja-kerja yang dilakukan bersama an tara buruh wanita dengan buruh
lelaki seperti kerja mengetin, menapis dan memproses. Pekerja di BFC juga akan bekerja
selama enam hari dalam seminggu dan hari Selasa merupakan hari cuti umum. 82
Dari segi pengeluaran pula, ikan tuna merupakan tangkapan dan eksport utama BFC.
Terdapat beberapajenis tuna yang diusahakan iaitu Yellow Fin Tuna, Light and Meat Tuna,
80 "Japanese Population in Tawau," Mei 1938. e.O. 8741703.
81 "From Governor Smith to President," 27 Disember 1938, Secretariat File, No. 725.
82 "From J.e. Graham, "Government marine Engineer to the Government Secretary Sandakan," Secretariat File,
no. 725, 18 Februari 1941.
40
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
KEGIATAN ORANG JEPUN DALAM EKONOMI SABAH, TAHUN 1880-AN -1941
Tuna Rose dan Tuna Liver, Jumlah tangkapan tuna dianggarkan 3000 tan setabun. 83 Sebelum
dieksport, tuna tersebut akan diproses, ditin dan dikotakkan mengikut jenis dan saiz. Pada
tabun 1937, pelbagaijenis tuna diproses dan melibatkanjumlah 420 842 paun. 84 Ikan kering
turut menjadi eksport BFC. Pada tahun 1940, eksport ikan kering melibatkan nilai $551
528.
85
Kebanyakan hasil perikanan dieksport ke Jepun, India, Sri Lanka, Eropah, Kanada
dan Amerika Syarikat. 86
Merujuk cara tangkapan pula, bagi menangkap ikan tuna kaedah yang sering digunakan
ialah hode and line. Kaedah ini membolehkan tangkapan mereka secara besar-besaran
dilakukan. Cara ini biasanya dilakukan oleh nelayan-nelayan Jepun sahaja. Kaedah tangkapan
purse seine net pula biasanya digunakan untuk menangkap ikan di laut dalam. 87
Pada 28 Januari 1941, kebakaran telah menimpa BFC di Pulau Si Amil. Pengarah
Urusan BFC melaporkan bahawa kebakaran tersebut telah menyebabkan kemusnahan
sepenuhnya. Orita telah menyertakan secara terperinci senarai kemusnahan tersebut
JaduallO: Pembungkusan Ikan Tuna bagi Tabun 1937.
Kotak Jenis Thna Berat (Lhs)
801 Yellow Tuna Fin 31239
50 Yellow Tuna Fin 1850
10101 Yellow Tuna Fin 212 121
3571 Yellow Tuna Fin 69634Y2
18 Yellow Tuna Fin 378
5 Yellow Tuna Fin 97Y2
1551 Yellow Tuna Fin 16285Y2
1651 Yellow Tuna Fin 17355Y2
1500 Light Meat Tuna 31500
450 Light Meat Tuna 8775
1 Light Meat Tuna 21
1 Light Meat Tuna 19Y2
250 Light Meat Tuna 2625
250 Light Meat Tuna 2625
1501 Light Meat Tuna 15760Y2
1 Light Meat Tuna IOY2
500 Light Meat Tuna 10 500
3 Tuna Rose 54
1 Tuna Liver 10Y2
Sumber: "From G.L Gray to the Secretary His Excellency the British Agent for North Borneo
and Sarawak, High Commissioner's Office, Singapore," 13 Ogos 1938, Secretariat File, No.
725.
!3 Godfrey A. Chatfield, Sabah a General Geography, hIm. 47.
>1 "From G.L Gray to the Secretary His Excellency the British Agent for North Borneo and Sarawak, High
Commissioner's Office, Singapore," 13 Ogos 1938, Secretariat File, no. 725.
'j K. G Tregonning, 1958. Under Chartered Company Rule, Singapura: University Malaya Press, hIm. 95.
, Mohammad Raduan Mohd. Ariff, 1990. Dari Pemungutan TripanR ke Penundaan Udang, Sejarah
Perkembangan Perikanan di Borneo Utara 1750-1990. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hIm. 125.
-- Godfrey A. Chatfield, Sabah a General Geography, hIm. 46-47.
41
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH
termasuklah bangunan, kilang dan peralatan keci!. Beliau turut menyatakan bahawa
kebakaran terse but mendapat perlindungan insuran daripada Nissan Marine Insurance
dengan nilai $ 359 900 00 Yen. 88 Siasatan dan laporan telah dibuat oleh Jurutera marin
Kerajaan iaitu J.C. Graham dan daripada laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa
kebakaran itu tidaklah memusnahkan keseluruhan BFC di Pulau Si Ami!. Beliau menjelaskan;
. .. fish cleaning, curing sheds, office, banglows, kongsis, ice house and one large store
remained untouched. 89
Orita juga melaporkan bahawa semua buruh yang berada di pulau itu telah berpindah
ke Pulau Banggi. Namun sekali lagi laporan itu didapati tidak benar kerana kerja-kerja
menangkap ikan masih diteruskan dan masih terdapat 150 orang nelayan di pulau terse but.
Hanya golongan wanita yang telah berpindah ke Pulau Banggi.
Dalam laporan Orita, kebakaran tersebut berlaku pada hari cuti am dan tidak ada sesiapa
pun di kilang tersebut. Pada pukul 6.35 petang, T. Arita (T. Orita) lalu di kawasan tersebut.
Beliau menjelaskan tidak melihat api di kawasan itu. Pada pukul 6.40 petang, T. Yamashita
dan I. Takemura yang sedang berbual di kediaman mereka melaporkan telah melihat api di
kilang tersebut. Mereka segera ke kawasan kebakaran tetapi semua usaha yang telah mereka
lakukan untuk memadamkan dan menyelamatkan kilang tersebut tidak berjaya. Orita juga
melaporkan bahawa sebab sebenar kebakaran belum dapat dipastikan. 90
Walaupun kebakaran besar telah berlaku di BFC Pulau Si Amil, perusahaan perikanan
Jepun masih terus beroperasi di pulau itu. Kebanyakan kerja yang tidak dapat dilakukan di
Pulau Si Amil telah dipindahkan ke BFC Pulau Banggi. 91
Syarikat Jepun turut membuat pelaburan dalam perusahaan penternakan mutiara. Pada
tahun 1935, kawasan seluas 2000 ekar di perairan Pulau malibul telah disewa oleh Syarikat
Mutiara Borneo. Pada tahun berikutnya, percubaan telah dilakukan juga di kawasan periaran
berhampiran Semporna. Kawasan ini meliputi keluasan kira-kira 1000 ekar. Hasil
penternakan mutiara dikutip buat kali pertama pada tahun 1938. Kaedah menternak mutiara
dilakukan sendiri oleh pekerja Jepun untuk merahsiakan daripada pengetahuan masyarakat
tempatan. Penduduk tempatan khasnya orang Bajau hanya menjadi pembekal tiram mutiara
matang sahaja. Setiap satu dijual dengan harga 25 sen. 92
PERNIAGAAN
Dalam memperkatakan penglibatan imigran Jepun dalam bidang perniagaan, terdapat kedai-
kedai yang dimiliki oleh imigran Jepun di Jesseiton, Tawau, Sandakan dan Lahad Datu.
Dalam perniagaan yang diceburi , terdapat kedai yang menjual pelbagai jenis keperluan
harian dan kedai gambar yang menyediakan pelbagai perkhidmatan. Terdapat juga kedai-
kedai yang disebut namanya sahaja tetapi tidak dijelaskan jenis perniagaan yang dijalankan.
88 "Report of the Fire at Si Amil Island, BFC Co. Ltd.," 2 Februari 1941. Secretariat File, No. 725.
89 "From J.e. Graham, "Government marine Engineer Sandakan to Government Sandakan," 18 Februari 1941,
Secretariat File, No. 725.
90 "Report of the Fire at Si Amil Island, BFC Co. Ltd. ," 2 Februari 1941. Secretariat File, No. 725.
91 "Extract from Strait Settlements Police Special Branch," 13 Mac 1941. e.O. 968/15/2.
92 Mohd Raduan bin Mohd Ariff, Dari Pemungutan Tripang ke Penundaan Udang, Sejarah Perkembangan
Perikanan di Borneo Ulara 1750-1990, him. 115.
42
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
KEGIATAN ORANG JEPUN DALAM EKONOMI SABAH, TAHUN I 880-AN - 1941
Oi Sandakan, pada tahun 1915 terdapat kedai Nanko Shoten dan kedai Y. Fuji yang
merupakan kedai milik imigran Jepun. Nanko Shoten beralamat di No. 34, Jalan Tiga,
Sandakan. Nanki Shoten menjual pelbagai barangan Jepun seperti barangan perhiasaan,
patung dan permainan, kain sutera, pakaian, ubat-ubatan, dan hadiah perkahwinan.
Kewujudan kedai ini penting kerana dapat memenuhi keperluan imigran Jepun di Sabah.
l adi mereka tidak periu untuk pergi ke Jepun bagi mendapatkan keperluan tersebut. Malah
barangan yang dijual itu dapat memenuhi sebahagian keperluan harian.
Kedai gambar Y. Fuji pula beralamat di No. 4, Recreation Road, Sandakan. Y. Fuji
menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti mengambil gambar, membuat potret, membing-
kai gambar, membuat gambar poskad, gambar pemandangan, dan membesarkan saiz gam bar.
Perkhidmatan mengambil gambar di luar studio juga disediakan dan bayaran tambahan
akan dikenakan. Y. Fuji menjanjikan perkhidmatan yang memuaskan hati . 93
Oi Sandakan juga terdapat kedai Izumi Shoten yang dimiliki oleh K. Izumi, 94 Nanko
Shoten dan Y. Fuji. 95 Oi lesselton terdapat kedai yang dimiliki oleh T. Sakai. 96 Oi Lahad
Datu pula terdapat seorang pekedai Jepun yang dilaporkan menghqdapi masalah ketiadaan
kenderaan untuk mengangkut barangan dari peIabuhan ke kedainya. 97 Pelanggan kedainya
rerdiri daripada penduduk tempatan. Tidak ada penerangan yang lebih terperinci ten tang
Jenis perniagaan yang dijalankan oleh kedai -kedai tersebut.
Secara keseluruhannya, selain berrnotifkan keuntungan, kedai-kedai lepun juga
bertujuan untuk memperlengkapkan keperluan imigran Jepun di Sabah dengan menjual
barangan keperluan yang diimport dari Jepun. Situasi ini membolehkan para imigran
menjalankan kehidupan mereka dengan lebih sempurna dan selesa.
KESIMPULAN
Kehadiran imigran Jepun ke Sabah telah membawa senario baru dalam pembangunan
ekonomi Sabah. Kehadiran mereka telah membantu menyelesaikan masalah buruh khususnya
dalam sektor perladangan. Namun, peranan yang Iebih penting ialah para pemodal Jepun
yang telah melaburkan modal dan membuka ' perusahaan gergasi ' khususnya di Tawau.
Kesan daripada aktiviti ekonomi mereka telah membawa pembangunan infrastruktur yang
kekal hingga sekarang.
93 BNBH, 191 S (n.d) .
94 "From Chief Police Officer C. Peter to Officer-In-Charge, Constabulary Sandakan," 18 Februari 1939, Secre-
tariat File, No. 1473.
9S BNBH, 19IS.
96 "From Acting Commandant, lesselton to Government Secretary Sandakan," 28 Disember 1937, Secretariat
File, No. 1473.
97 "Confidential From Resident East Coast to Resident's Office Sandakan," 24 Oktober 1937, Secretariat File
No. 1473.
43
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia
Hakcipta Terpelihara 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Вам также может понравиться