Вы находитесь на странице: 1из 4

Kemalangan jalan raya di Malaysia

Adalah menjadi harapan saya agar rakyat Malaysia akan sentiasa


beringat dan berwaspada semasa dalam perjalanan pulang ke
kampung halaman. Bersama kita jadikan jalan raya kita jalan yang
selamat.
Demikianlah sedutan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadiri majlis
berbuka puasa bersama - sama anak yatim di Putrajaya . Jalan raya
adalah suatu kemudahan perhubungan yang diwujudkan untuk ke
tempat lain dengan mudah. Tetapi hari ini, jalan raya sering dilimpahi
darah daripada manusia yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Kemalangan jalan raya asyik meningkat dan ia amat merisaukan
rakyat Malaysia .Setiap hari pasti ada berlakunya kemalangan jalan
raya berlaku di mana-mana di Malaysia.Kemalangan jalan raya ialah
penyumbang kematian terbesar di Malaysia.Ia boleh melibatkan
kenderaan seperti kereta ,motosikal ,lori dan lain-lain .Ianya boleh
membuatkan nyawa kita melayang dalam masa yang amat singkat
sahaja. Kemalangan jalan raya ini sering meningkat apabila hari-hari
cuti seperti hari raya ,tahun baru cina, cuti pertengahan tahun dan
lain-lain. Purata kemalangan jalan raya berlaku dalam sehari ialah 2
hingga 3 kali.

Terdapat banyak punca atau faktor - faktor terjadinya
kemalangan jalan raya. Yang pertama ialah, kecuaian pemandu itu
sendiri. Pemandu yang memandu dengan cuai termasuklah pemandu
yang bercakap di telefon semasa memandu dan memandu dengan
kelajuan penuh. Ia akan menyebabkan pemandu itu leka ketika asyik
bercakap di telefon dan memandu dengan amat laju akan
menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku dengan amat mudah
sekali. Selain itu, memandu dalam keadaan mabuk juga adalah
faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku . Memandu
dalam keadaan mabuk amat bahaya kerana kita sedang khayal dan
tidak boleh dikawal. Semasa mabuk kita akan terhuyung hayang dan
mengantuk semasa memandu. Seterusnya , faktor cuaca yang tidak
menentu di Malaysia. Ia menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku.
Cuaca yang teruk akan menyebabkan kemalangan berlaku. Selain
faktor cuaca, faktor jalan raya pun boleh menyebabkan kemalangan .
misalnya, jalan yang tidak rata akan menyebabkan kenderaan hilang
kawalan . Akhir sekali ialah keadaan kenderaan. Ramai diantara
rakyat Malaysia tidak memeriksa bahagian kenderaan mereka
sebelum bertolak ke tempat yang dituju. Bahagian kenderaan yang
patut diperiksa ialah seperti enjin, tayar, brek dan lain - lain. Jika
bahagian ini tidak diperiksa , kereta dengan mudah akan terbabit
dalam kemalangan jalan raya. Contohnya , jika brek tidak diperiksa
pasti kereta tidak dapat berhenti dan kereta akan hilang kawalan.
Terdapat banyak lagi punca kemalangan jalan raya dan di atas
merupakan diantara punca punca dan faktor faktor kemalangan
jalan raya yang sering berlaku di Malaysia pada masa kini.

Selain itu, aktiviti lumba haram yang semakin menjadi - jadi juga
sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya dalam kalangan
mat - mat rempit. Tanpa mengira keadaan trafik, para pelumba
motosikal haram ini akan berkumpul beramai - ramai dan berlumba di
tengah-tengah kota pada waktu malam pada hujung minggu.Mat - mat
rempit ini akan bermaharajalela di jalan-jalan raya dan menjadi
pemandu yang beraja di mata dan bersultan di hati dengan aksi-aksi
yang membanggakan diri masing-masing. Aksi-aksi lumba haram yang
ganas seperti drift and drag, dan superman bukan sahaja salah di sisi
undang -undang negara, malah membahayakan nyawa penguna jalan
raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Ramai
diantara mat rempit ialah pelajar sekolah . mat mat rempit ini akan
berlumba di lebuh raya atau di tengah pusat bandar. Ini menjadi
tempat kegemaran mat rempit untuk bermaharajalela . mereka ingat
mereka ialah raja di jalan raya tetapi mereka sebenarnya ialah
sampah sarap yang berguling guling dan bersepah di jalan raya.

Jika kemalangan ada punca , pasti ada jalan
penyeselaiannya juga. Terdapat banyak cara untuk menghalang
kemalangan jalan raya daripada berlaku. Contohnya ialah, kerajaan
berperanan untuk membuat sekatan jalan raya seperti OPS SIKAP
dan lain lain. Pihak-pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan
masing-masing dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya di negara kita. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Di Raja
Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat Malaysia
(SPAD) mahupun organisasi berkaitan yang lain perlu berganding bahu
dalam mengurangkan kes kemalangan jalan raya ini yang kian
meningkat sekarang . Sekatan-sekatan jalan raya serta rondaan
secara berkala mampu mengurangkan risiko kemalangan atau paling
tidak mendisiplinkan pemandu ketika berada di jalan raya. Jabatan
kerja raya juga perlu memainkan peranan untuk meghalang
kemalangan jalan raya daripada berlaku. Contohnya ialah, meletakkan
papan tanda tentang had laju , berhati hati di jalan raya dan
membetulkan jalan jalan yang rosak dan lain - lain. Jabatan
jabatan yang terlibat haruslah bekerjasama untuk mencegah
kemalangan jalan raya yang tidak diingini daripada berlaku lagi di
malaysia.

Selain itu, penganjuran kempen kempen dan aktiviti
aktiviti tentang kesedaran juga boleh membantu bagi menangani
masalah kemalangan jalan raya yang berlaku di malaysia. Kempen ini
bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya
kemalangan jalan raya yang semakin menjadi jadi di malaysia .
Pihak kerajaan juga boleh mengadakan Kempen Keselamatan Jalan
Raya melalui stesen televisyen dan radio yang dimiliki oleh kerajaan.
Misalnya, kerajaan haruslah menyebarkan risalah - risalah tentang
kemalangan jalan raya melalui radio ataupun televisyen. Kempen-
kempen yang dijalankan ini perlulah dibuat secara berterusan dan
bukannya sekadar hangat - hangat tahi ayam ataupun melepaskan
batok di tangga. Secara tidak langsung masyarakat akan tahu pihak
kerajaan mahupun penganjur kempen ini bersungguh - sungguh dalam
usaha untuk mengurangkan kecelakaan yang berlaku di jalan raya.

Akhirnya sekali , kemalangan jalan raya merupakan kes semasa yang
tiada kesudahan. Jika kita berhasrat untuk menangani masalah
kemalangan jalan raya ini yang semakin hari semakin serius ini
,langkah-langah yang proaktif dan konkrit haruslah dilaksanakan
kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kemalangan
jalan raya mampu dielakkan sekiranya semua pihak tidak kira individu,
masyarakat , pihak kerajaan serta serta pihak bukan kerajaan bersatu
hati menggembleng tenaga dan usaha yang berkesan menangani isu
kemalangan jalan raya . Kadar kemalangan jalan raya yang sedikit
mampu menaikkan martabat dan imej negara di pentas dunia agar
negara kita dihormati dan dipandang tinggi serta dilabel sebagai
negara yang mengamalkan undang -undang jalan raya yang berkesan
. Oleh hal yang demikian , cegah sebelum parah, ingatlah orang yang
tersayang, maka pandulah dengan berhati - hati di jalan raya.Dan
akhirnya, berhati hatilah di jalan raya.pandu cermat, jiwa selamat.

Вам также может понравиться