Вы находитесь на странице: 1из 117

Tamadun ini didorong oleh perubahan corak kehidupan

iaitu dari kehidupan nomad kepada kehidupan yang tetap


(terikat kerana pertanian).

Mereka telah menubuhkan suku kaum masing-masing.
Suku-suku itu pula telah menetap di satu-satu kawasan
yang kemudiannya telah membentuk kampung. Kampung-
kampung ini kemudiannya telah berkembang menjadi
bandar/ kota.

Luas tiap-tiap kota adalah antara 80 hingga 800 km persegi
dengan purata penduduk seramai 5000 orang. Setiap kota
membawa kehidupan sendiri ( tiada perpaduan antara satu
kota dengan kota yang lain). Ini berpunca dari keadaan
geografi yang berbukit bukau, sistem kepercayaan yang
berbeza dan keinginan tiap-tiap kota untuk memiliki
kekayaan dan perdagangan masing-masing.
Setiap kota mempunyai tentera dan undang-
undang masing-masing.

Tiap-tiap kota dibahagikan kepada 3 bahagian
iaitu:
Acropolis : merupakan sebuah kawasan yang
mempunyai tembok-tembok pertahanan. Kuil
yang dipanggil Parthenon dibina dipusatnya
untuk memuja Dewi Athena.

Kawasan di bawah Acropolis merupakan
kawasan kediaman dan pasar-pasar.

Kawasan di luar kawasan tempat kediaman.

Masyarakat Sparta terdiri daripada 3
golongan iaitu Golongan Peer (yang terdiri
daripada golongan pemerintah dan pemilik
tanah), Golongan Perioeci ( orang bebas
yang menjalankan kegiatan perdagangan
dan perusahaan) dan Golongan Helot (
petani dan hamba abdi yang mengerjakan
tanah golongan Peer).

Golongan Peer diwajibkan mengikuti latihan
ketenteraan kerana mereka sering
menghadapi pemberontakan dari golongan
Helot.

Di Athens, masyrakatnya dibahagikan
kepada 2 golongan iaitu golongan
bangsawan dan golongan orang biasa (
terdiri daripada warganegara dan bukan
warganegara).
Golongan bangsawan memiliki kawasan
tanah terbaik dan menguasai bidang politik.

Golongan petani yang gagal membayar
hutang golongan bangsawan telah menjadi
hamba kepada golongan bangsawan.
Masyarakat Athens lebih mementingkan
kebebasan dan hak individu.

Orang Yunani mempercayai tuhan-tuhan/
dewa dewi seperti Zeus, Apollo, Athena dan
lain-lain lagi yang dipercayai menetap di
Gunung Olympus.
Dewa utama iaitu Zeus ( bapa dewa-dewa
dan manusia). Mengikut kepercayaan
mereka, Zeus menguasai guruh, kilat dan
taufan dan membuat alam bergoncang
apabila sahaja rambutnya bergerak.
Apollo pula berambut perang membawa lyre
dan menjadi penaung segala muzik dan
desa penyembuh.
Athena bermata kelabu tetapi bersinar -
dewi segala pertukangan dan kemahiran.

Upacara utama dalam dalam
penyembahan mereka ialah pengorbanan
lembu dan kambing biri-biri; satu upacara
pembakaran yang indah dan penuh
istiadat diiringi dengan bacaan doa oleh
padri, nyanyian hymn dan tarian.

Kota-kota yang memuja tuhan-tuhan yang
sama biasanya membentuk sebuah majlis
agama. Majlis ini mewujudkan pertalian di
antara negara-negara kota.


Dalam tamadun Yunani, terdapat
beberapa bentuk pemerintahan yang
diamalkan.

Corak pemerintahan di Yunani
mengalami pelbagai perubahan
daripada monarki, oligarki,
aristokrasi, diktator(tirani), dan
demokrasi.

Oligarki
Kuasa pemerintahan terletak dalam
tangan beberapa orang konsul

Aristokrasi
Pemerintahan oleh golongan
bangsawan.

Tirani
Pemerintahan zalim yg
memperlihatkan kekuasaan digunakan
dgn sewenang-wenangnya.

Diktator
Pemerintahan berkuasa mutlak(tidak
terhad).

Republik (zaman moden)
Negara yang ditadbir oleh wakil yg
dipilih olh rakyat melalui pilihan raya
dan diketuai olh presiden.

Demokrasi (zaman moden)
Pemerintahan/ kerajaan yg ditadbir olh
wakil yg dipilih olh rakyat melalui
pilihan raya.

Sistem pemerintahan yang pelbagai
diamalkan menunjukkan bahawa orang
Yunani sentiasa berusaha
meningkatkan sistem pemerintahan
dan pentadbiran negara kota mereka.

Athens mengamalkan sistem beraja
sebelum mengamalkan sistem
demokrasi.


Agama Kristian telah tersebar di Yunani
oleh pengikut Nabi Isa bernama Paul.

Perkataan Kristian berasal dari
perkataan Greek, Christos yang
bermaksud penyelamat.

Pengikut agama ini mengangap Nabi Isa
sebagai penyelamat untuk membela
orang Kristian.

Ajaran ini sebenarnya diasaskan di
Asia Barat (Baitul Laham, Palestin).

Nabi Isa telah diutus oleh Allah untuk
menyebarkan ajaran kepercayaan
kepada Tuhan yang satu melalui kitab
Injil.Ajaran ini telah berkembang sejak
lebih 2000 tahun yang lalu.

TAMADUN
MESIR

CIRI-CIRI TAMADUN MESIR
Lokasi
Mengikut Herodotus, negeri Mesir ialah anugerah
dari Sungai Nil. Sungai ini mengalir di kawasan
tandus yang berbatu-bata membawa bersama-
samanya lumpur-lumpur yang mendak di
tebingnya. Kejadian banjir telah menyuburkan
kedua-dua tebing sungai. Selain itu, Sungai Nil
telah membekalkan air untuk tanaman yang
ditanam dan bekalan makanan laut serta menjadi
alat pengangkutan bagi penduduk.
Bila Tamadun Mesir Bermula?
Adalah dipercayai orang Mesir datang ke
kawasan Sungai Nil dari Timur melalui Aden
pada kira-kira 5000 SM. Apabila mereka
mendapati delta Sungai Nil ini sangat subur,
mereka mula membentuk perkampungan di
sini. Adalah dipercayai juga, kewujudan
kerajaan di Lembah Nil ini bermula sebelum
tahun 3100 SM.

Pembentukan Bandar
Orang Mesir sedar betapa suburnya delta di
sebelah Utara Sungai Nil, mereka pun menetap di
sini.
Mereka menjalankan aktiviti pertanian. Suatu
perkampungan kecil dibentuk. Perkampungan ini
kemudian mengalami urbanisasi dan membentuk
negara kota yang mempunyai ramai penduduk,
merupakan pusat perdagangan dan sebagainya.
Memphis dan Thebes merupakan contoh negara
kota yang terkenal di Tamadun Mesir ini.


Pembentukan Kerajaan
Setelah orang mesir menjadi lebih mahir
membuat senjata, mereka ini dapat mengatasi
jiran-jiran mereka.
Apabila satu-satu puak berjaya mengatasi puak
lain, puak-puak yang dikalahkan itu akan dipaksa
mengiktiraf totem (simbol) puak pemenang itu
sebagai tuhan yang maha berkuasa.
Sebelum tahun 3100 SM , Tamadun Mesir
terbahagi kepada dua buah kerajaan.Kerajaan
tersebut ialah Mesir Hilir dan Mesir Hulu.
Kira-kira 3200 SM , Raja Menes telah
menyatukan kedua-dua kerajaan ini.baginda
juga telah memperkenalkan sistem kerajaan
bercorak monarki dan dinasti.Dinasti Thinite
adalah dinasti Mesir yang pertama diasas oleh
Raja Menes.Raja Mnes digelar sebagai Firaun
yang bermaksud 'Rumah Besar'.Baginda juga
dipercayai anak kepada Tuhan Matahari ,
Amon-re.Firaun memerintah Mesir dengan
kuasa mutlak.

Lebih kurang dalam 4300 SM, dua
puak telah menghapus puak-puak
yang lain dan masing-masing
membentuk kerajaan di sebelah
Utara dan Selatan Lembah Nil.
Lama-kelamaan, Kerajaan Hulu dan
Hilir bercantum menjadi satu dan
diperintah oleh seorang raja.


Wujudnya Organisasi Sosial
Kedudukan sosial seseorang individu dalam
organisasi sosial Tamadun Mesir tidak berubah
beribu-ribu tahun lamanya.
Firaun atau Pharoah dianggap sebagai anak tuhan
matahari Amon-Re. Baginda mempunyai
kedudukan yang tertinggi.
Selepas Firaun, golongan pemerintah yang terdiri
daripada pendeta dan bangsawan menduduki
tempat kedua. Mereka berkuasa sebagai
pentadbir di negara kota.
Seterusnya, peniaga, artisan dan tabib
menduduki tempat yang ketiga. Mereka
merupakan kelas pertengahan yang
mempunyai bilangan yang amat terhad.
Selepas kelas pertengahan ialah golongan
petani yang hidup secara sederhana.
Hamba berada di tempat yang paling bawah
yang terdiri daripada orang tawanan perang.
Mereka hidup dengan amat menderita.
Golongan wanita juga mempunyai kedudukan
yang istimewa dalam masyarakat Mesir
sekiranya dia melahirkan banyak orang anak.


Perkembangan Teknologi
Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah
dalam bidang astronomi, takwim (kalendar) dan
matematik.
Bidang astronomi maju kerana para pendeta
dapat mengkaji bumi, langit, peredaran bulan,
bintang dan planet-planet lain.
Ahli kaji bintang melahirkan takwim yang
mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan
mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah
kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12
bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim
iaitu musim banjir, menanam dan menuai.
Mereka juga mencipta jam yang
menggunakan bayangan matahari dan
air.
Dalam bidang matematik, orang Mesir
mengetahui cara mengukur keluasan
empat segi tepat, bulatan, menghitung
isipadu dan silinder. Pengetahuan ini
membolehkan mereka mengukur blok
batu yang digunakan untuk membina
piramid.

Dalam bidang kejuruteraan, kebolehan
mereka dapat dilihat melalui pembinaan
piramid. Alat-alat mudah seperti pahat,
tembaga, baji dan tukul batu digunakan.
Dalam bidang perubatan, mereka
mempelajari teknik-teknik mengawet
mayat dan fungsi tubuh manusia. Mereka
juga menghasilkan sebuah buku
perubatan mengenai pembedahan.

Pengkhususan Kerja
Kewujudan organisasi sosial telah mewujudkan
pengkhususan kerja bagi setiap lapisan
masyarakat.
Firaun bertugas memerintah negara Mesir dan
berkuasa mutlak serta mempunyai kuasa penuh
ke atas tanah air di Mesir.
Baginda memerintah dengan dasar kuku besi.
Dasar kuku besi bermaksud rakyat dipaksa patuh
kepada Firaun dan rakyat dipaksa membayar
cukai.
Golongan bangsawan pula menjadi gabenor
daerah, pegawai istana atau pemungut cukai.

Golongan pendeta bertanggungjawab
menjalankan upacara untuk mententeramkan
tuhan mereka.
Kelas pertengahan pula menjadi peniaga,
tabib ataupun artisan.
Golongan petani bertugas untuk menanam
tanaman seperti gandum dan barli. Mereka
dikehendaki menyerahkan 2/3 daripada hasil
tanaman kepada kerajaan sebagai cukai.
Hamba pula bekerja sebagai petani atau
bekerja di kuil atau di projek pengairan.


Wujudnya Kepercayaan
Agama dan kepercayaan memainkan peranan
penting dalam kehidupan orang Mesir.
Masyarakat di Mesir percaya bahawa alam
semesta dikuasai oleh tuhan atau dewa-dewi
yang menentukan hidup atau mati segala-gala
benda dalam alam semesta.
Mereka memuja semangat tanaman dan binatang
seperti kucing untuk mendapatkan kebahagiaan
kepada mereka.

Tuhan yang disembah oleh orang Mesir
termasuk Amon-Re (matahari), Osiris
(Sungai Nil), Isis (Bulan), Nut (langit), dan
Shu (udara). Orang Mesir juga percaya
kepada kehidupan selepas mati. Mereka
percaya orang yang mati akan hidup
dengan penuh kebahagiaan di akhirat,
maka roh mesti dibekalkan dengan segala
keperluan dan barang kemas.



Mereka memumiakan mayat dan mayat
itu disemadikan bersama-sama dengan
segala keperluan dan barang kemas.
Golongan pemerintah pula membina
piramid untuk menyimpan mumia dan
dijadikan sebagai tempat roh bersemadi.
Piramid juga digunakan untuk
menyimpan harta Firaun yang mati.
Piramid yang terkenal ialah Piramid
Agung yang dibina di Giza untuk Firaun
Khufu.

Wujudnya Bahasa dan Tulisan
Pada tamadun awal Mesir, tulisan digunakan
untuk menyimpan rekod tentang upacara
keagamaan dan harta yang ada di kuil-kuil.
Bentuk tulisan yang dicipta oleh para pendeta
ini dikenali sebagai hieroglif. Tulisan hieroglif
berbentuk gambar dan diukir pada batu atau
kayu. Setelah membuat kertas daripada pokok
papyrus, orang Mesir menulis dengan
menggunakan dakwat dan berus.

Tamadun Hwang Ho
Latar Belakang
Tamadun awal China telah wujud di Lembah Sungai
Hwang-Ho atau Lembah Sungai Kuning pada tahun
kira-kira 5000 SM.
Lembah Sungai Hwang-Ho ini mempunyai tanah
yang subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian.
Bukti yang menunjukkan kewujudan Tamadun
Hwang-Ho ini ialah perjumpaan manusia homo
sapien Cina di Sze-Chuan dan Yang-Tze.
Selain itu, manusia Peking juga ditemui dan
dipercayai bahawa manusia ini hidup hampir 500,000
tahun dahulu.
Tamadun ini berkembang pesat pada zaman
Dinasti Shang (1766 - 1122 SM atau 1523 -
1027 SM).
Bandar utama yang muncul ialah Anyang ,
Changan dan Loyang.Anyang telah dijadikan
ibu negeri Dinasti Shang.
Ciri-ciri
Pembentukan Bandar
Penduduk Cina mendapati Lembah Sungai Hwang-Ho
sesuai untuk pertanian, lepas mendirikan
perkampungan tetap di sana.
Perkampungan ini berkembang dengan pesat dan
mengalami urbanisasi dan seterusnya menjadi bandar.
Bandar ini mempunyai sistem ekonomi dan struktur
masyarakat yang kompleks. Contoh bandar atau negara
kota yang wujud ialah Kota Shang (2000 SM), Anyang
(1800 SM).
Kebanyakan bandar ini muncul di tebing sungai dan
tembok telah dibina untuk melindungi bandar
tersebut.

Pembentukan Kerajaan
Pada permulaan, setiap negara kota itu merupakan
satu kerajaan, salah satu daripada negara kota itu telah
berjaya memperluaskan wilayahnya dengan menawan
negara kota yang lain.
Negara kota itu ialah Shang.
Juga dipercayai bahawa sebelum Shang, terdapat satu
dinasti yang bernama Hsia.
Raja Shang ini kemudian memperkuatkan kekuatan
tenteranya dan negara kota yang lemah pun secara
sukarela menunduk terhadap kekuasaan Shang.
Maka akhirnya Kerajaan Shang pun
ditubuhkan.
Kerajaan Shang ini diketuai oleh seorang raja
dan setiap orang bangsawan pula akan
diberikan sesuatu wilayah untuk ditadbir
secara turun-temurun.
Kerajaan Shang ini beribu kota di Anyang.
Kerajaan Shang ini kemudian diguling oleh Wu
Wang dari Kerajaan Chou kerana kezaliman
raja Shang yang bernama Zhou Hsin.
Organisasi Sosial
Dalam organisasi sosial Tamadun Hwang-Ho, Raja
menduduki hierarki yang tertinggi dalam
masyarakat Cina.
Di bawahnya, terdapat golongan bangsawan,
mereka merupakan golongan yang berpengaruh
di kalangan rakyat.
Selepas bangsawan, golongan petani menjadi
golongan yang penting.
Namun begitu, ramai daripada mereka menjadi
hamba berhutang pada zaman Dinasti Chou
kerana tidak dapat mengeluarkan hasil yang
mencukupi.
Artisan, peniaga dan askar menduduki tempat
yang paling rendah dalam hierarki masyarakat
China.
Selain itu, terdapat ahli-ahli sihir yang
mentafsirkan mimpi raja dan pawang yang
menjalankan upacara-upacara di istana Shang.

Perkembangan Teknologi
Sains dan teknologi di Tamadun Hwang-Ho maju
sejak Dinasti Shang dan bertambah maju pada zaman
Dinasti Chou.
Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk
membuat alat senjata dan alat pertanian, tanah liat
digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan
sebagai alat perhiasan, sutera dihasilkan dan sistem
kalendar dan perpuluhan diperkenalkan.
Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat
daripada logam digunakan.
Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.


Perkembangan Politik
Pemerintahan dan Pentadbiran
Dalam tamadun China perluasan kuasa telah
mengubah pemerintahan berbentuk sistem
feudal kepada pemerintahan telah melahirkan
empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun
221-206 S.M..
Pada masa ini, konsep raja telah bertukar
kepada maharaja. Pemerintahan oleh maharaja
membolehkan pembentukan sebuah sistem
pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri
daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja.
Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan
pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah
jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan
awam, iaitu Hon Kao Tsu.

Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan
pada pencapaian mereka dalam peperiksaan
awam.
Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han
dan diteruskan oleh dinasti lain.
Tokoh penting yang memainkan peranan
dalam hal ini ialah Shi Huang Ti.

Perundangan

Han Fei Tzu
Dalam tamadun China, sistem perundangannya
berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat
dan bercorak kolektif.
Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah
legalisme.
Undang-undang ini telah digubalkan dan diperkenalkan
oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada
zaman Dinasti Chin.
Mengikut falsafah tersebut, undang-undang yang tegas
dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia.
Dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud
rasa belas kasihan ,undang-undang dan
penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam
apa jua keadaan.
Ini adalah perlu untuk membendung tidakan liar
manusia, dan dengan sebab itu raja mestilah
memiliki kuasa yang utuh.
Undang-undang yang berasaskan falsafah ini
bertentangan dengan undang-undang yang
berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan
pada zaman selapasnya, iaitu Zaman Dinasti Han
dari tahun 206 S.M..-8S.M.
Ajaran Confucius menekankan keperluan raja
mempunyai pekerti baik dan menjaga ke
harmonian manusia serta masyarakat.

Perluasan Kuasa
Dalam Tamadun China, perluasan kuasa juga
telah membawa kepada kelahiran empayar pada
zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah
pemerintahan Shih Huang Ti yang telah berjaya
menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.
Shih Huang Ti memerintah secara autokratik,
iaitu tegas dan mutlak.
Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan
bangsawan dengan melantik gabenor dan
panglima tentera untuk mentadbir.
Bagi mempertahankan empayar China daripada
serangan orang gasar, beliau telah mengarahkan
pembinaan Tembok Besar China.

Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan
kemunculan Dinasti Han.
Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja
Han Wu Ti yang juga digelar sebagai Maharaja
Tentera telah berjaya memperluas kawasan
takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar
dan kuat.
Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya
termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di
utara, Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di
selatan.
Pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke
Jepun dan Turkistan serta keamanan dan
kemakmuran negeri China telah berjaya
diwujudkan.


Perkembangan Sosial
Pendidikan

Dalam tamadun China, masyarakatnya
menghargai pendidikan, perniagaan, dan
kesusasteraan dengan matlamat utama
pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan
awam kerajaan.
Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu
pendidikan rendah, menengah dan tinggi.
Pendidikan di China lebih terjurus kepada
kepentingan untuk pentadbiran.
Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu
tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen,
dan tahap ketiga Chin Shih.

Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga
tahun sekali.
Sistem peperiksaan awam China adalah yang
tertua di dunia.

Seni Binaan

Tamadun China mempunyai reka bentuk seni
binaan yang agak berlainan daripada tamadun
lain , salah satu seni binaan yang telah dihasilkan
ialah Tembok Besar China.
Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan
telah diteruskan oleh dinasti berikutnya.
Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari
Kansu ke Peking
Kawasan di dalam tembok ini menempatkan
kediaman maharaja.
Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal
sehingga kini ialah Kota Larangan.

Pengkhususan Kerja
Raja dianggap sebagai anak tuhan iaitu Tian Zhi,
maka baginda berkuasa memerintah negara
dengan penuh berkuasa.
Baginda juga merupakan "Tuan Tanah" dan
bangsawan pula merupakan "Penyewa Tanah".
Golongan bangsawan akan dianugerahkan
sebuah wilayah untuk ditadbir secara mutlak dan
sebahagian hasil yang diperolehi akan diserah
kepada raja.
Golongan bangsawan ini juga mewujudkan sistem
pemerintahan birokrasi di bahagian pusat di
mana jabatan-jabatan seperti kewangan, pasukan
bersenjata, undang-undang diwujudkan.
Di antara kurun ke-8-3 SM, golongan ini
menjadi terlalu kuat dan kerajaan pusat tidak
lagi berupaya mengawal kuasa mereka.
Golongan petani pula bekerja sebagai
pencucuk tanam ataupun penternak binatang.
Hasil yang diperolehi akan diserahkan
sebahagian kepada bangsawan sebagai cukai.
Seterusnya, artisan, peniaga dan askar
masing-masing menjalankan kewajipan
mereka mengikut kemahirannya.

Kepercayaan
Mengenai Tamadun Hwang-Ho, mereka mengamalkan
pemujaan terhadap nenek moyang.
Apabila mereka hendak mendapat pertolongan
daripada nenek moyang, mereka akan menggunakan
tulang nujum.
Tulang nujum ini akan diukir dengan beberapa soalan
dan kemudian dihempaskan. Berdasarkan retak-retak
atas tulang, mereka akan membuat ramalan.
Selain daripada pemujaan nenek moyang, mereka juga
menyembah Tuhan Shang Ti, tuhan matahari, tuhan
bulan, tuhan angin dan sebagainya.


Agama
Agama-agama utama di China adalah:
Taoisme
Buddha
Kristian
Islam

Bahasa dan Tulisan
Sejak zaman Dinasti Shang, sistem tulisan
dalam bentuk gambar yang melambangkan
sesuatu perkara atau benda telah wujud.
Tulisan ini menggunakan idea abstrak.
Terdapat lebih kurang 3,000 simbol ini kekal
selama 3,500 tahun sehingga masa kini.
Bentuk tulisan ini dipanggil ideogram, ia ditulis
secara menegak dalam lajur-lajur kecil.
Jurutulis yang mahir menulis menggunakan
berus atau kayu runcing untuk menulis atas
tulang, buluh, gangsa, tembikar, kayu dan
sebagainya. Contoh bentuk tulisan ideogram
ialah yang mewakili bukit dan yang
mewakili matahari.


























TAMADUN
INDUS

TAMADUN
INDUS

Tamadun terawal di India

Terletak di lembah Indus yg disaliri
oleh Sg. Indus

Sg. Indus berpunca dr Pergunungan
Himalaya dan mengalir ke Laut Arab

Juga dikenali sbg Tamadun Harappa



Lokasi
Muncul pada 2500 SM & merosot pada
1800 SM

Ada pendapat menyatakan Tamadun
Indus hancur kerana serangan org
Aryan serta bencana alam


Kerangka Masa
Bermula hidup secara nomad dan
kemudahan menetap di sepanjang Sg.
Indus

Bandar-bandar yg dibentuk
i) Mohenjo Daro & Harappa (Bandar
Utama )
ii) Lothal & Sutkagen Dor (Bandar
Perlabuhan Utama)




Proses Pembentukan


Pembentukan Bandar terancang

Bandar terbahagi kepada 2:
a) Bahagian utama (pusat pentadbiran &
keagamaan)
b) Bahagian kedua (kawasan perumahan)

Perancang Bandar dibantu oleh:
a) Ilmu geometri & pembinaanSumbangan
tamadun Mesopotamia & Tamadun Mesir Purba

Penempatan Kekal
Terbahagi kepada 2 golongan:
a) golongan atasan (pendeta, pedagang)

b) golongan bawahan (petani, buruh,
hamba)Tiada raja. Pendeta adalah
kelas atasan utama


Organisasi Sosial
Bidang ekonomi (perdagangan, pertanian,
pertukangan & pembuatan)

Hubungan perdaganagn dijalankan di
Mesopotamia. Terbukti dgn penemuan cap mohor
org Indus di Mesopotamia

Ada diantara penduduk Tamadun Indus menjadi
artisan, iaitu pembina & penghasilan brg logam &
tembikar





Pengkhususan Kerja
Penemuan patung & ukiran yg mempunyai
unsur keagamaan

Patung proto-Siva ialah penemuan patung
paling penting (patung duduk bersila dgn gaya
yoga & ada 3 tanduk yg melambangkan Dewa
Brahma, Vishnu & SivaPercaya Tuhan Ibu bg
melambangkan kesuburan




Agama & Kepercayaan
Tulisan berbentuk piktograf

Tulisan tamadun indus masih lagi
menjadi mesteri & masih belum dapat
ditafsirkan



Sistem Tulisan



penetapan satu sistem timbangan yang
seragam.Mereka juga mengasaskan
sistem ukuran lurus.
Bidang sains
Tamadun Indus terkenal dgn perancangan Bandar
seperti Mohenjo-Daro & Harappa

Kecermelangan bandar berkait rapat dengan kemajuan
dalam bidang geometri & pembinaan

Pemahaman ilmu geometri orang Indus adalah hasil
drpd pertmebungan Tamadun Indus dgn Tamadun
Mesopotamia & Tamadun Mesir Purba

Perancang bandar disusun berdasarkan bentuk segi
empat yg diikuti dgn jalan raya yg lurus.

Bandar terancang
Tamadun Indus berusaha meningkatkan
mutu bahan binaan

Masyarakat tamadun Indus tidak bergantung
kepada suhu matahari tetapi menghasilkan
batu bata dgn pembakaran pada suhu yang
tinggi


Bahan binaan
Mengamalkan sifat keterbukaan

Kecemerlangan tidak akan dicapai tanpa
membuat hubungan serta bertukar
pandangan dengan pihak lain

Hubungan dgn T. Mesopotamia & T.
Mesir Purba telah memberi manfaat
kepada tamadun Indus terutama dalam
pertukaran teknologi

Hubungan

Tamadun Indus mengajar kita bahawa
kedamaian & keamanan ialah tunjang kepada
kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai
kemajuan dan kecemerlangan

Rumusan
Mesopotamia merupakan tamadun terawal yang lahir
di dunia lahir di wilayah yang kini terletak di Iraq, timur
Syria, tenggara Turki dan barat daya Iran. Mesopotamia
(dari bahasa Yunani bererti 'antara dua sungai')
[1]

merupakan kawasan muka bumi yang terletak antara
sungai Tigris dan Euphrates, sebahagian besarnya
termasuk dalam yang kini Iraq moden.
[1][2][3]
and
western part of Iran.
[4][5][6]
Jelasnya, tamadun ini
terletak di antara sungai Tigris dan Sungai Furat
(Euphrates) yang dalam bahasa Arab, tamadun ini turut
dikenali sebagai (Bayn Nahrain: antara dua
sungai). Wilayah Mesopotamia yang seluas 130 000
batu persegi dikelilingi pergunungan Zargos di bahagian
timur laut dan dataran tinggi Arab di barat daya. Ia
menganjur dari Teluk Parsi di tenggara hingga ke
pergunungan Taurus di Turki hinggalah ke Teluk Parsi.

Sumer di selatan Mesopotamia biasanya
dikenali sebagai "Buaian Tamadun (Cradle of
civilization)". Bandar di Mesopotamia
kemudian dijadikan ibu kota Akkad, Babylonia,
Assyria, Mitanni, Assyrian-Baru, Babylonia-
Baru, Parthia, Sassanid dan empayar Abbasid.
Pada masa yang lain, kawasan ini diperintah
oleh kuasa asing, terutamanya Empayar
Achaemenid, Macedonia/Seleucid, Rashidun,
Umayyad, Ottoman dan British empires.

Kronologi Pembentukan
Tamadun ini berkembang daripada petempatan awal
Zaman Neolitik antara tahun 7000 SM-5000 SM. Pada
sekitar tahun 3500 SM, wilayah ini telah berkembang
menjadi pusat tamadun awal. Kedudukannya yang
strategik menggalakkan pembentukan banyak kerajaan.
Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula
pada tahun 3500 SM yang menjadikan orang-orang
Sumeria adalah pengasas bagi tamadun ini. Orang-
orang Sumer mendiami bahagian selatan Lembah
Tigris-Furat dari Nipppur hingga ke Teluk Parsi. Kerajaan
ini berakhir dengan Chaldea yang jatuh pada 539 SM.
Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai
wilayah Mesopotamia dan membawanya kepada
keruntuhan kerajaan Mesopotamia.
Tamadun Mesopatamia dapat dibahagikan
kepada 7 zaman pemerintahan yang penting
iaitu:
Sumeria 3500 - 2340 SM
Akkadia 2371 - 2006SM
Ur 2113 - 2006 SM
Isin dan Larsa 2017 - 1763 SM
Babylon 1894 - 1530 SM
Kassites (Zaman Gelap) 1530 - 1100 SM
Assyria 1100 - 626 SM
Chaldea 626 - 539 SM

Pembentukan Bandar
Kira-kira pada tahun 4,500 SM, orang-orang Sumer menetap di
Dataran Shinar. Tanah di dataran ini amat sesuai untuk kegiatan
pertanian. Dengan adanya kegiatan pertanian, satu perkampungan
Sumer di Lembah Sungai Tigris dan Eupharates mula wujud.
Beberapa buah negara kota yang makmur dibina, antaranya Ur,
Urech dan Kish. Setiap negara kota mempunyai sebuah bandaraya
dan tanah yang luas di sekelilingnya. Setiap negara kota diperintah
oleh seseorang pemerintahnya sendiri atau seorang paderi yang
dikenali sebagai patesi. Katanya terletak di tebing terusan dan
sungai berhadapan dengan hutan yang mempunyai banyak hasil
hutan. Setiap negara kota ini juga mempunyai peraturan dan
undang-undangnya yang tersendiri. Pemerintahnya juga membina
dan memelihara terusan dan benteng untuk menjaga ladang-ladang
di sekelilingnya. Pemerintah ini juga membina tembok pertahanan
untuk mencegah pencerobohan musuh luar dan untuk memberi
perlindungan kepada penduduknya.
Pembentukan Kerajaan
Peperangan sering berlaku di antara negara kota menyebabkan
sentiasa berlakunya penukaran pemerintah, kemusnahan negara
kota dan keruntuhan Tamadun Sumeria. Kira-kira pada tahun
2,750 SM, Raja Sargon dan Akadia menguasai tamadun ini.
Baginda meluaskan wilayahnya sehingga Elam di Timur dan Laut
Mediterranean. Kira-kira tahun 2,200 SM, sekumpulan orang
Amorotes menyerang Mesopotamia dan menawan Babylon.
Babylon ini kemudian berkembang menjadi sebuah negara kota
yang indah, kuat dan termasyhur di bawah pemerintahan
Hammurabi. Selepas kemangkatan Hammurabi, kerajaan ini
diserang oleh Kerajaan Assyria. Nebuchadnezzar dari puak
Chaldea menjadi raja Babylon (625 SM) dan Babylon dibina
semula menjadi sebuah negara kota yang kuat dan pusat
empayar yang baru. Selepas itu, orang Parsi (Raja Cyprus)
menyerang dan menawan negara-negara kota Mesopotamia.
Babylon
Babylon adalah negara-kota bagi Mesopotamia kuno, dan tinggalannya kini
ditemui di Al Hillah, Wilayah Babil, Iraq, lebih kurang 85 kilometer selatan
Baghdad.
Pada hari ini, hanya terdapat longgokan dan timbunan tanah serta kesan
runtuhan bangunan dan batu-bata di tanah subur Mesopotamia di antara
Sungai Tigris dan Sungai Furat di Iraq. Sumber sejarah memberitahu kita
Babylon pada asalnya sebuah kota kecil yang mula bertapak pada permulaan
milenium ketiga SM (bibit mulanya dinasti-dinasti). Kota ini mula menyinar dan
menjadi penting dengan kebangkitan Dinasti pertama Babylon. Ia adalah
sebuah kota suci rakyat Babylon dan lebing kurang tahun 2300 SM menjadi
pusat bagi Empayar Baru Babylon dari tahun 612 SM. Taman Tergantung
Babylon merupakan satu dari Tujuh Keajaiban Dunia.
Perkataan Babylon adalah berasal dari bahasa Akkadia "Babilu" yang
bermaksud "pintu masuk Dewa". Dalam al-Quran dan Kitab Bible, nama ini
disebut sebagai Babil atau Babel. Dalam Kitab Kejadian 11:9, ia bermakna
"kekeliruan" (tentang bahasa) dari kata kerja "balbal" iaitu untuk
"mengelirukan".


Peta menunjukkan wilayah Babylon semasa zaman Hammurabi dari tahun
1792 SM sehingga kemangkatanya pada tahun 1750 SM.

Organisasi Sosial
Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 3
kelas.
Kelas yang tertinggi dikenali sebagai amelu
atau kanun bangsawan.
Kelas kedua ialah mushkinu (kelas
pertengahan)
Kelas yang di bawah sekali ialah hamba abdi.

Kelas atasan terdiri daripada pegawai-pegawai
kerajaan, golongan agama (pendeta, paderi
atau rahib) dan tentera.
Golongan yang paling berkuasa dalam
tamadun Mesopotamia ialah golongan agama.
Kelas pertengahan terdiri daripada pedagang-
pedagang, guru, juruwang, ahli nujum, ahli
sains, ahli silap mata, petani dan tukang.
Kelas yang paling bawah merupakan kelas
hamba abdi.
Hamba abdi telah wujud di Mesopotamia sejak awal
lagi tetapi tidaklah dipandang hina. Golongan hamba
ini terdiri daripada orang tawanan perang,
penjenayah, orang yang telah dijadikan hamba abdi
sejak kanak-kanak lagi dan orang tempatan yang
dijual beli.
Sekiranya seorang hamba patuh dan setia kepada
tuannya, dia boleh dibebaskan. Hamba abdi boleh
berkahwin dengan orang biasa dan apabila ibu bapa
mereka meninggal, anaknya akan dibebaskan.
Mereka diberi keistimewaan tertentu dan boleh
membuat rayuan kepada pihak yang berkuasa tetapi
mereka tidak diberi peluang dalam pentadbiran.

Orang dari kelas mushkinu diberi kebebasan
dalam semua perkara dan tidak diwajibkan
berkhidmat dalam tentera kecuali bila negeri
menghadapi bahaya ancaman luar.
Pergerakan dari satu kelas ke kelas lain adalah
sukar.
Orang perempuan tidak dianggap sebagai barang
jualan tetapi dianggap sebagai seorang individu
dan warganegara.
Dia mempunyai hak ke atas wangnya sendiri,
harta benda suaminya dan ayahnya dan boleh
menjalankan perniagaannya sendiri dan
mempunyai hamba abdi sendiri.
Jika dia menguruskan perniagaan suaminya
semasa ketiadaan suaminya, dia berhak
menerima sepertiga dari keuntungan yang
diperolehi.
Sebaliknya, seseorang yang berhutang boleh
menyuruh isterinya menjadi hamba kepada
orang yang memberi hutang tetapi hanya
dalam jangka waktu 3 tahun sahaja.

Perkembangan Teknologi
Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat
hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar.
Sistem pengairan yang maju dibina untuk mengelakkan
banjir dan kemarau. Pokok-pokok pula ditanam sebagai
penghalang angin.
Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta
roda.
Pengetahuan membuat roda membolehkan orang
Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu,
menggunakan pedati dalam peperangan, kincir dalam
sistem pengairan dan membuat tembikar dengan
peroda.
Dalam bidang pertanian, penciptaan bajak dan alat
menabur mempercepatkan kerja pertanian.
Sumbangan orang Sumeria yang paling penting
ialah dalam bidang seni bina.
Mereka merupakan orang pertama membina arca
dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-
bata yang diperbuat daripada lumpur.
Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata.
Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem
nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60.
Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri
daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30
hari.
Seperti orang Mesir, mereka tahu mengira keluasan
sesuatu kawasan dan isipadu.
Pengkhususan Pekerjaan
Kewujudan organisasi sosial mendorong kepada
kewujudan pengkhususan kerja.
Raja berperanan sebagai ketua kerajaan.
Baginda berkuasa mutlak dalam pengurusan
segala hal yang berkaitan dengan pemerintahan
dan pentadbiran.
Baginda juga merupakan ketua tentera dan
sebagainya.
Golongan pendeta pula bertugas menguruskan
hal-ehwal agama.
Beliau secara tidak langsung terlibat dalam
penciptaan kalendar.
Golongan petani bertugas melakukan aktiviti
bercucuk tanam, penternakan binatang dan
sebagainya.
Golongan artisan pula bertugas membuat
roda, tembikar, mengukir dan sebagainya.
Yang akhir sekali, iaitu hamba abdi bertugas
untuk melakukan kerja-kerja berat tanpa
menerima gaji.
Kepercayaan
Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil
Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan.
Mereka menyembah Tuhan yang turun ke
bumi dari langit untuk melindungi negara kota
mereka.
Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang
berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang
dipanggil Ziggurat.
Ziggurat yang termasyhur ialah The Towel of
Babel.
Zigurat
Zigurat
Mereka mempercayai Tuhan yang mereka
sembah menetap di sini.
Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur
(untuk Tuhan Enlil/angin).
Orang Sumeria menganggap dewa-dewi
menentukan kejadian bencana alam dan
melapetaka.
Apabila berlaku bencana ini, berertilah dewa-
dewi telah menjatuhkan hukuman ke atas
rakyat.
Walau bagaimanapun, orang Sumeria tidak
percaya kepada konsep kehidupan selepas
mati.

Pengkebumian
Beratus perkuburan telah dibongkar di sesetengah
bahagian di Mesopotamia, memberi maklumat
mengenai upacara pengkebumian Mesopotamian. Di
bandar Ur, kebanyakan orang ditanam dalam
perkuburan keluarga di bawah rumah mereka (sebagai
mana di Catalhuyuk), bersama sebahagian barang
milik. Beberapa didapati dibungkus dalam tikar dan
karpet. Mayat anak kecil diletakkan dalam tempayan
(jars) besar yang diletakkan di (capel) keluarga. Yang
lain di dapati ditanam dalam perkuburan umum
bandar. 17 kubur didapati dengan objek beharga
dalamnya dan dipercayai kubur diraja.

Muzik, Lagu dan Alat Muzik
Sesetengah lagu ditulis bagi dewa-dewi tetapi
kebanyakkannya bagi menggambarkan peristiwa
penting. Sungguhpun muzik dan lagu menghibur raja
dan pemerintah, ia turut disukai oleh orang
kebanyakan yang menyanyi dan menari di rumah
mereka atau di pasar-pasar. Lagu dinyanyikan kepada
kanak-kanak yang menyampaikannya kepada anak-
anak mereka. Dengan itu lagu disampaikan melalui
beberapa generasi sehinga seseorang menulisnya.
Lagu-lagu ini melalui beberapa abad dan memberikan
maklumat penting mengenai peristiwa bersejaraj yang
akhirnya sampai kepada sejarahwan moden.

Bahasa Dan Tulisan
Menggunakan tulisan yang berbentuk gambar untuk
merekodkan urusan perdagangan dan pentadbiran.
Kemudian, tulisan ini dipermudahkan ke dalam bentuk
simbol.
Simbol-simbol ini ditulis si atas tanah liat.
Orang Sumeria kemudian membentuk sistem penulisan
berbentuk pepaku.
Bentuk tulisan pepaku ini dipanggil cuneiform atau
tulisan berbaji.
Dengan menggunakan tulisan cuneiform, orang
Sumeria telah membuat rekod-rekod di atas tanah liat
yang menjadi sumber sejarah Tamadun Sumeria.
Tujuh Keajaiban Dunia
Piramid Agung Giza
Taman Tergantung Babylon
Berhala Zeus di Olympia
Kuil Artemis
Makam Maussollos
Patung Raksasa Rhodes
Rumah Api Iskandariah








Taman Tergantung Babylon
Taman Tergantung Babylon (juga dikenali
sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan
tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah
dipertimbangkan untuk menjadi salah satu
daripada Tujuh Keajaiban Dunia.
Kedua-duanya telah dibina oleh Raja
Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu kepada
Raja Hammurabi yang terkenal, sekitar tahun
600 SM .
Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50
kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah
tebing timur Sungai Euphrates.

Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam
sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus
Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong
akan kewujudannya.
Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian
istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang
umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar
hiasan yang menarik.
Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah
dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula
dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana
jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan
yang taman itu telahpun dijumpai.
Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang
digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk
mengangkat air ke tempat tinggi.

Menurut sesetengah punca, taman tersebut dibina
untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis
yang rindukan kampung halaman.
Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah
berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan
hubungan kerjasama di antara dua negara.
Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan
yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi
malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang
rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah
kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia
bersedih.
Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan
seperti kampong halamannya di sebuah bukit tiruan
yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.

Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-
betul "tergantung" seperti terikat dengan tali.
Namanya datang dari terjemahan yang kata
Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang
bermaksud bukan hanya "tergantung tetapi
"anjung," seperti terletak di atas berandah
atau suatu teres.

Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan
tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum
Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi
empat sama quadrangular, dan setiap sisi
adalah sepanjang empat plethra.
Ia mempunyai teres yang bertutup dalam
keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan
dengan tiang berbentuk petak.
Semua itu berongga yang berisi tanah untuk
membenarkan pokok-pokok besar untuk
ditanam.
Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari
bata yang dibakar dan simen tampalan."

Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan
suatu pemandangan yang menarik: Bukit buatan
yang subur menghijau memberi kelainan dari
yang lain di sekelilingnya yang tandus.
"Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir
bukit dan sebahagian dari struktur binaan menaik
antara satu dengan lain tingkat demi tingkat... Di
atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah
ditanamkan pohon-pohon dengan lebatnya
dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang
besar dan menarik, memberikan kesenangan
kepada pemiliknya... Air dinaikkan dengan
banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun
di luar yang dapat melihatnya." Diodorus
Siculus.

Gambar Yang
Berkaitan

Вам также может понравиться