Вы находитесь на странице: 1из 5

1

PELAN TINDAK IKUT


KURSUS PENYEBARAN DSKP BAHASA ARAB TAHUN 4 2013


1. JU Bahasa Arab KSSR Tahun 5, 2014 perlu memahami konsep dan Overview DSKP Umum dan
Overview DSKP Bahasa Arab.

2. JU Bahasa Arab KSSR Tahun 5, 2014 perlu memahami keseluruhan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Arab dan tatacara pelaksanaannya dalam P&P.

3. JU Bahasa Arab KSSR Tahun 5, 2014 perlu memahami tatacara penggunaan borang
perekodan dan pelaporan pelaksanaan DSKP.

4. JU Bahasa Arab KSSR Tahun 5, 2014 perlu melaksanakan jadual kursus penyebaran yang
sama dengan jadual kursus peringkat kebangsaan dan menambah mana-mana slot yang
dirasakan perlu sepertimana dalam bahan sisipan.

5. JU Bahasa Arab KSSR Tahun 5, 2014 perlu bekerjasama sesama JU dan pegawai negeri dan
daerah untuk melaksanakan kursus penyebaran DSKP Bahasa Arab Tahun 5 diperingkat
negeri dan daerah masing-masing.

6. JU Bahasa Arab KSSR Tahun 5, 2014 perlulah meningkatkan pengetahuan dengan
membanyakkan pembacaan dan bertanya kepada yang arif tentang bidang yang ingin
disampaikan kepada guru-guru di daerah/negeri. Pembentangan dalam sukatan dos yang
tinggi oleh pembentang akan memberi impak yang lebih baik kepada pendengar.



2

FAQ/SOALAN LAZIM (OGOS 2013)

1. Pentaksiran adalah komponen dalam kurikulum. Pentaksiran juga diintegrasikan dalam
kurikulum. Apakah yang dimaksudkan dengan penyataan di atas?
Jawapan: Seandainya pernyataan kurikulum (Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran) tidak mempunyai elemen pentaksiran, pentaksiran dalam kurikulum tidak
boleh ditambah atau dijelmakan secara tiba-tiba. Dokumen Standard Kurikulum (DSK)
sebelum ini juga mempunyai elemen pentaksiran tetapi ianya tidak dijelmakan secara
nyata dalam satu dokumen. Justeru ianya telah dijelmakan dalam dokumen yang
berasingan iaitu Dokumen Standard Prestasi (DSP). Ini dapat dibuktikan melalui objektif
PdP yang dihasilkan oleh guru melalui standard pembelajaran. Dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), elemen pentaksiran telahpun diintegrasikan iaitu
dijelmakan secara jelas dan nyata melalui hasil pembelajaran (LOC) yang mungkin dapat
dicapai oleh murid-murid melalui sandaran Taksonomi Bloom Klasik/Original.

2. KSSR didatangkan dengan berkonsepkan modular. Adakah pelaksanaan DSKP ini
mengganggu pelaksanaan modular tersebut dalam KSSR?
Jawapan: Sesungguhnya tidak. Pelaksanaan DSKP tidak mengganggu mana-mana konsep,
dasar dan teras dalam pelaksanaan KSSR. Pengajaran berkonsepkan modular diteruskan
iaitu guru boleh memilih mana-mana modul untuk memula dan menamatkan pengajaran
berdasarkan tahap penguasaan dan pencapaian murid. Modul yang dimaksudkan adalah
modul kemahiran dan tema/tajuk pelajaran.

3. Bolehkah pernyataan standard prestasi dijadikan objektif PdP guru?
Jawapan: Sebagaimana guru tidak boleh menjadikan pernyataan standard pembelajaran
sebagai objektif PdP harian guru, guru juga tidak boleh menjadikan pernyataan standard
prestasi sebagai objektif harian PdP guru. Ini kerana pernyataan standard prestasi
tersebut diambil dari pernyataan standard pembelajaran. Standard pembelajaran pula
merupakan sesuatu yang murid perlu ketahui dan kuasai sepanjang tahun dan bukannya
dalam satu waktu PdP sahaja. Justeru guru perlu membuat spesifikasi pada objektif
PdPnya agar lebih fokus dan boleh serta mampu dicapai oleh murid.

4. Adakah guru perlu menyediakan eviden bagi pencapaian tahap murid?
Jawapan: Ya, iaitu hasil kerja murid bagi kemahiran menulis dan juga murid itu sendiri
yang menjadi eviden bagi modul dan kemahiran-kemahiran yang lain. Eviden ini mestilah
dapat membuktikan bahawa murid ini telahpun mencapai sesuatu standard
kandungan/pembelajaran yang telah ditentukan.

5. Bilakah pentaksiran menggunakan DSKP perlu dilakukan?
Jawapan: Pada bila-bila masa, sepanjang dan semasa di dalam bilik darjah atau di luar
bilik darjah.



3

6. Adakah guru perlu menyediakan satu ruang waktu khusus untuk melaksanakan pentaksiran
menggunakan DSKP?
Jawapan: Tidak perlu dan tidak boleh. Guru boleh melaksanakan pentaksiran
menggunakan DSKP ketika PdP berlangsung atau pada bila-bila masa setelah sesuatu
standard pembelajaran/kelompok standard pembelajaran diajar kepada murid.

7. Adakah pentaksiran DSKP boleh dibuat mengikut tajuk dan perlu dicetak selepas tiap-tiap
tajuk?
Jawapan: Pentaksiran DSKP Bahasa Arab tidak boleh dibuat mengikut tajuk pelajaran.
Ianya perlu dilaksanakan sepanjang tahun.

8. Adakah semua murid perlu ditaksir bagi semua kelompok dalam DSKP?
Jawapan: Ya. Semua murid perlu ditaksir bagi semua kelompok yang terdapat dalam
DSKP.

9. Di manakah eviden pencapaian tahap murid perlu disimpan?
Jawapan: Ditempat yang selamat dan boleh dibuktikan kepada pihak yang berkenaan
apabila diminta.

10. Adakah pencapaian murid dalam DSKP perlu direkodkan?
Jawapan: Ya, di dalam rekod/sistem yang telah disediakan.

11. Bagaimanakah penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) oleh guru dengan menggunakan
DSKP?
Jawapan: Format penulisan RPH adalah sama dengan format yang telah dibentangkan
dalam slot kursus sebelum ini.

12. Adakah guru perlu mengajar mengikut kelompok standard pembelajaran yang telah
dinyatakan dalam DSKP?
Jawapan: Tidak. Guru tidak boleh mengajar mengikut kelompok standard pembelajaran
yang telah dinyatakan dalam DSKP. Guru perlu mengajar seperti biasa iaitu memilih
mana-mana standard pembelajaran yang ingin diajar. Pentaksiran berlaku sekiranya
standard pembelajaran/kelompok standard pembelajaran tersebut telah dikuasai oleh
murid.

13. Adakah guru perlu menyediakan rekod transit pencapaian murid?
Jawapan: Tidak perlu. Guru boleh terus merekod pencapaian murid dalam sistem rekod
pentaksiran yang telah disediakan secara offline. Guru juga boleh menggunakan kreativiti
masing-masing untuk memudahkan proses mengajar, mentaksir dan merekod sekaligus.

14. Adakah rekod pencapaian murid dalam DSKP perlu dilaporkan?
Jawapan: Ya, apabila diperlukan.

15. Kepada siapakah laporan DSKP itu perlu dihantar/dilapor?
Jawapan: Kepada pentadbir sekolah/PPD/JPN/KPM/Ibu Bapa/Penjaga.
4


16. Adakah guru perlu mencetak laporan individu setiap murid?
Jawapan: Tidak perlu. Cetak laporan individu murid bagi yang memerlukan sahaja.

17. Adakah pelaksanaan DSKP ini dilaksanakan untuk kesemua tahun KSSR?
Jawapan: Setakat ini ianya dilaksanakan bagi tahun 4 & 5 sahaja pada tahun 2015.
Arahan selanjutnya akan diberikan oleh KPM berkenaan pelaksanaan DSKP bagi tahun-
tahun KSSR yang lain.

18. Adakah pada tahun 2015 pelaksanaan DSP masih dikekalkan bagi tahun 1, 2 dan 3?
Jawapan: Bagi tahun 1, 2 dan 3, pelaksanaan DSP telah digantikan dengan Modul
Perkembangan Murid yang dihasilkan oleh Lembaga Peperiksaan.

19. Adakah soalan PKSR Bahasa Arab tahun 4 & 5 masih dilaksanakan pada tahun 2014?
Jawapan: Soalan PKSR Bahasa Arab dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan
Islam (BPI) di Cyberjaya. Justeru Bahagian tersebut bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap pelaksanaan PKSR Bahasa Arab di sekolah yang memenuhi kehendak dan
tuntutan tertentu Bahagian tersebut.

20. Adakah guru perlu melaksanakan ujian/peperiksaan di sekolah dengan terlaksananya DSKP
di sekolah pada tahun 2014?
Jawapan: Guru tidak perlu melaksanakan apa-apa ujian formatif berbentuk ujian topikal
atau ujian bulanan. Pelaksanaan pentaksiran di dalam bilik darjah sudah memadai untuk
menguji murid secara formatif dan berterusan. Seterusnya guru perlu melaksanakan
peperiksaan sumatif yang berbentuk ujian pertengahan dan akhir tahun bagi
mengesahkan pencapaian murid terhadap tahap penguasaannya dalam pentaksiran
DSKP.

21. Adakah terdapat mana-mana soalan berpusat yang dihasilkan oleh mana-mana institusi
pendidikan?
Jawapan: Walaupun Bahagian Pembangunan Kurikulum bertanggungjawab terhadap
pentaksiran di dalam bilik darjah, BPK dan mana-mana institusi pendidikan tidak akan
dan tidak boleh menyediakan apa-apa soalan berpusat bagi kegunaan guru di sekolah.
Keadaan ini sekiranya berlaku akan melanggar konsep dan dasar PBS yang telah
diputuskan oleh Kementerian ini.

22. Apakah fungsi pentaksiran DSKP berbanding ujian sumatif (peperiksaan pertengahan dan
akhir tahun) yang dilaksanakan di sekolah?
Jawapan: Fungsi pentaksiran DSKP adalah untuk memastikan semua murid telah
mencapai standard pembelajaran secara berterusan. Ianya juga digunakan untuk
membuktikan pencapaian murid yang terhasil dari ujian/peperiksaan pertengahan dan
akhir tahun yang telah didudukinya adalah benar dan selari.

5


23. Bagaimanakah Original Taksonomi & Revise Taksonomi dalam Bloom digunakan dalam
sistem pendidikan di Malaysia?
Jawapan: Kedua-dua jenis taksonomi telah digunakan dalam pembangunan kurikulum di
Malaysia. Original Taksonomi Bloom digunakan dalam menentukan Standard Pentaksiran
manakala Revise Bloom Taksonomi digunakan dalam menentukan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT).

24. Adakah guru perlu membina soalan peperiksaan berdasarkan domain dalam Taksonomi
Bloom Original?
Jawapan: Ya. Guru perlu menyediakan soalan peperiksaan berdasarkan domain dalam
Taksonomi Bloom Original bagi memastikan standard pembelajaran dan standard prestasi
dapat dicapai oleh murid.

25. Adakah JU Bahasa Arab perlu menerangkan sandaran domain kognitif, afektif dan
psikomotor dalam 6 tahap prestasi kepada guru?
Jawapan: Ya, agar guru dapat memahami maksud sebenar pentaksiran bagi setiap tahap
untuk dinyatakan dalam ulasan akhir guru.

Вам также может понравиться