Вы находитесь на странице: 1из 3

Cabaran Menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam Bidang Pendidikan

Kerajaan sentiasa tegas dalam memartabat bahasa Melayu


sebagai bahasa kebangsaaan dan akan memastikan bahasa Melayu
menjadi Bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan Bahasa pentadbiran
dalam usaha kita membina sebuah negara bangsa yang kukuh dan
bersatu-padu. Saya yakin, sistem pendidikan kita mempunyai peranan
yang besar dalam memperkasa Bahasa kebangsaan dan memupuk
semangat perpaduan nasional. Melalui penggunaan Bahasa kebangsaan
sebagai Bahasa pengantar utama dalam system pendidikan, rakyat di
Negara kita bukan sahaja dapat menguasai Bahasa kebangsaan dengan
baik, tetapi juga menghayati nilai perpaduan dan jati diri nasional yang
ingin diterapkan.
Dato Seri Utama Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan
Perdana Menteri Malaysia, dalam Majlis Perasmian Seminar Bahasa
Kebangsaan dan Kebudayaan dalam Pendidikan pada 28 Jun 2012.
Sesudah 57 tahun kita mencapai kemerdekaan, Bahasa melayu terus
memainkan peranannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
Negara kita. Namun, keinginan kita untuk melihat bahasa kebangsaan benar-
benar dimartabatkan memang belum menjandikan kenyataan kerana terdapat
banyak cabaran yang telah dihadapi bagi penggunaan bahasa kebangsaan di
Negara kita terutamannya dalam bidang pendidikan.Sudah terang lagi
bersuluh, bahasa inilah yang sepatutnya digunakan dengan sebaik mungkin
dan haruslah diutamakan ,baik dalam lisan mahupun dalam penulisan
terutamanya dalam situasi rasmi. Hal ini demikian, bahasa yang digunakan
haruslah bahasa baku dan bukannya bahasa yang bercampur aduk dengan
bahasa lain atau boleh dikenali sebagai bahasa rojak. Dalam dalam Majlis
Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan , pada 10 Oktober 2012, Dato Seri
Utama Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri
Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia berkata,
Penggunaan Bahasa Melayu umun atau linguia franca perlu diberikan
penekanan supaya Bahasa itu benar-benar dapat menjadi tali pengikat
semua rakyat berbilang kaum. Kita perlu memartabatkan Bahasa
kebangsaan secara menyeluruh, selain memartabatkannya pada
peringkat kebangsaan. Kerajaan juga sentiasa menyokong penggunaan
Bahasa melayu pada peringkat antarabangsa demi menjayakan
matlamat Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, Dalam
dunia globalisasi kini, semua pihak perlu mengambil inisiatif untuk terus
memartabatkan Bahasa kebangsaan kita. Penggunaan Bahasa Rojak
sering kali digunakan perlulah dibendung agar kekuatan Bahasa Melayu
dapat terus dipertahankan.
Kenyataan pemimpin nombor kedua Negara kita ini tidak sehharusnya
dipadang remeh. Jelasnya, penggunaan bahasa rojak ini sudah semakin
sebati dan menjadi barah bahkan bagai api di dalam sekam yang membakar
seyap sehingga merosakkan kekuatan bahasa melayu. Oleh itu, bahasa yang
dianggap sekerat belut, sekerat ular ini sepatutnya tidak digunakan sama
sekali manakala penggunaan bahasa yang indah dan berkesan akan
menunjukkan lambing jati diri dan citra bagi membantu menarik perhatian
khalayak.
Terdapat beberapa cabaran dalam penggunaan Bahasa Kebangsaan
dalam Bidang Pendidikan antara aspek permasalah itu termasuklah bahasa
penyiaraan yang telah mencampuradukkan bahasa melayu dengan bahasa
inggeris, peneggelaman bahasa melayu dalam system pendidikan swasta
dan ketidakseragaman bahasa penyiaran. Gejala mencampuradukkan
bahasa melayu dengan bahasa inggeris merupakan gejala yang paling
menyedihkan dalam penyiaran.Hal ini telah menjadi satu kenbiasaan kepda
bangsa melayu bercakap separuh melayu separuh inggeris. Keadaan ini akan
meng

Вам также может понравиться