You are on page 1of 19

PERKHEMAHAN

1. PENDAHULUAN
Dewasa ini sering kita lihat banyak kejadian kemalangan menimpa keatas pendaki
semasa menjalankan aktiviti mendaki gunung. Antaranya ialah kejadian 2 orang
pemuda hilang di Air Terjun Berkelah Kuantan, Kejadian 2 orang pendaki mati di
Puncak Gunung Korbu, Perak dan yang terbaru seramai 6 orang telah mati lemas
dihanyutkan arus deras semasa sedang mandi di Air Terjun Gunung Ledang, Johor.
Setelah dibuat siasatan dan kajian didapati kesemua kemalangan ini adalah berpunca
kepada sikap cuai oleh mangsa sendiri kerana tidak mematuhi atau tidak mengetahui
akan KOD ETIKA PERKHEMAHAN. Adalah diharapkan dengan penerangan yang akan
saya coretkan ini nanti ianya akan dapat memberikan panduan kepada pengemar-
pengemar aktiviti rekreasi luar didalam bidang pengembaraan / mendaki gunung.
2. PENGENALAN
Apakan yang dimaksudkan dengan BERKHEMAH ?
Berkhemah bermakna, kita hidup sederhana diluar rumah, samada dihutan, dipantai,
dibukit, digunung, ditepi sungai, dipulau dan sebagainya. Berkehmah bermakna kita
menerima atau memikul beberapa tanggungjawab diatas penyediaan bekalan
makanan, perlindungan dan sanggup melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan
alam semula jadi dipersekitaran kita. Sama ada kita berkhemah seorang diri atau
berkumpulan, aspek utamanya ialah kita telah berhubung rapat dengan alam semula
jadi
3. PERLINDUNGAN
Apa itu PERLINDUNGAN ?
Didalam aktiviti berkhemah, perlindungan dibahagikan kepada dua ia itu :-
(a) Perlindungan Semulajadi
Seperti Gua, Batu Pejal, Pokok Tumbang, dll.
(b) Khemah
Alat perlindungan diperbuat dari kain kanvas atau lain-lain bahan yang boleh
digerakkan. Dalam lain perkataan khemah merupakan satu perkara utama
dalam aktiviti berkhemah. Tanpa khemah anda tidak boleh berkhemah.
4. BAGAIMANA MELAKUKAN AKTIVITI BERKHEMAH ?
(a) Perancangaan dan persiapan adalah merupakan asas keselesaan dan
keselamatan aktiviti luar.
(b) Fahami bahawa lokasi aktiviti perlu berada didalam lingkungan undang-
undang, mental, fzikal dan peralatan kita.
(c) Ketahui bahawa cuaca adalah faktor utama yang menentukan keselesaan,
kepuasan dan kebolehan diri kita samasa aktiviti dijalankan.
(d) Hormatilah akan alam semulajadi kerana ia akan menghormati diri kita.
5. JENIS-JENIS KHEMAH
Dibawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk aktiviti
berkhemah :-
(a) Khemah Bentuk A tanpa helaian terbang ( Single Walled Tent ).
(b) Khemah Bentuk A dengan helaian terbang (Dauble Walled Tent).
(c) Khemah Pengembaraan (Explorer Tent).
(d) Khemah Bentuk Igloo atau Dom.
(e) Khemah Berangka pelbagai jenis.
6. PEMILIHAN KHEMAH
Perkara-perkara seperti berikut perlulah diambil kira apabila kita bercadang untuk
memilih atau membeli khemah :-
(a) Perlindungan
Khemah yang hendak kita miliki itu perlulah dapat memberikan perlindungan
kepada semua jenis cuaca seperti hujan, panas atau sejuk, angin dan
sebagainya. Disamping itu ianya juga hendaklah dapat memberi perlindungan
dari serangga-serangga.
(b) Keselesaan
Khemah tersebut perlulah selesa kerana tempat yang paling utama dalam
aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa dan mempunyai ruang
untuk menyimpan barang-barang.
(c) Kalisair
Tidak semua khemah yang dijual itu benar-benar kalisair kerana terdapat juga
beberapa jenis khemah yang tidak kalisair apabila terkena hujan lebat. Oleh itu
adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempastikan bahawa khemah yang
dikatakan kalisair itu benar-benar kalisair, kalau tidak kita akan menanggung
risiko kebasahan apabila hujan.
(d) Tahan Lasak
Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil
kesempatan membuatnya dengan bahan yang ringan tetapi tidak tahan lasak.
Ini perkara penting yang perlu kita ambil ingatan. Khemah perlu ringan
disamping itu ianya mesti tahan lasak, tidak mudah koyak apabila digunakan,
boleh dibasuh, dapat digunakan dipelbagai persekitaran dan mempunyai
ketahanan hayat untuk satu jangka masa yang panjanag dan munasabah.
(e) Ukuran
Perkara ini juga merupakan keperluan penting kerana apakah gunanya kita
mempunyai khemah muatan lapan orang jika kegunaannya hanya untuk satu
atau dua orang atau lokasi perkhemahan yang hendak dituju menyukarkan
bagi kita membawanya.
(f) Mukabumi
Untuk pengembaraan berkeno, perahu dan bot alas lantai khemahnya perlulah
tebal dan betul-betul kalisair kerana memandangkan kita akan berkhemah
berhampiran atau dikawasan yang berair. Berkhemah dikawasan pergunungan
berkehendakan khemah jenis rendah dan aerodynamik berbanding berkhemah
dikawasan datar atau lembah. Oleh itu adalah lebih baik kita memahami betul-
betul keperluan kita sebelum membeli satu-satu khemah. Ini tidak bermakna
kita perlu setiap satu jenis khemah untuk satu-satu jenis aktiviti yang tertentu.
Satu jenis khemah boleh digunakan untuk beberapa tempat, namun begitu
apa yang tersebut diatas adalah cara paling ideal bagi mengunakan khemah
yang betul ditempat yang sesuai. Tidak boleh dinafkan bahawa setiap khemah
juga mempunyai konstrasinya sendiri.
(g) Harga
Biasanya khemah yang memenuhi semua syarat diatas, lebih mahal harganya
dari khemah yang mempunyai satu atau dua syarat. Jika membeli sebuah
khemah yang berharga beratus-ratus ringgit dan anda tidak menggunakan
dengan sempurna adalah satu pembaziran. Tetapi kalau kita berminat dan
mampu, tiada siapa boleh melarang.
7. PEMILIHAN KAWASAN TAPAK PERKHEMAHAN
Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang sangat
penting ketika melaksanakan aktiviti berkhemah kerana kesilapan membuat penilaian
boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada pengembara-pengembara. Ianya
juga merupakan satu perkara yang tidak dapat ditetapkan tanpa mengambil kira
beberapa faktor-faktor penting kerana walaupun kita sudah biasa dan pernah
berkhemah kita masih akan mengalami masalah didalam membuat pemilihan kawasan
tapak perkhemahan. Kita akan dapati amat sukar untuk mendapat satu kawasan
tapak yang sempurna dalam mana ianya memenuhi segala kehendak-kehendak dari
segi tanah datar dan lapang, kedapatan punca air, banyak bahan-bahan bakar, mudah
disampai oleh pihak tertentu dalam masa kecemasan, laluan yang baik dan mudah
keluar / masuk untuk membeli bekalan dan sebagainya. Maka apabila kita
berbincaang mengenai pemilihan kawasan tapak perkhemahan, kita perlu ambil kira
beberapa faktor seperti berikut :-
(a) Corak Perkhemahan
Bagi pengembaraan berjalan kaki yang mempunyai laluan seperti Trek Balak,
Trek Kampung, Trek Orang Asli, Denai dan sebagainya kita mungkin perlu
mencari tapak perkhemahan yang berhampiran dengan laluan atau trek ini.
Walau bagaimana pun kita adalah dinasihatkan untuk memilih tapaknya lebih
kurang 20 - 30 meter dari trek tersebut, ini supaya kita tidak diganggu oleh
mereka yang mungkin menggunakan laluan tersebut atau binatang-binatang
ternakan / liar yang juga kebiasanya akan menggunakan laluan tersebut.
Keperluan seperti air dan jika kita menggunakan dapur kayu maka kayu api
juga hendaklah mudah diperolehi. Pilih tapak yang peling sesuai dari segi
lapang, tidak semak, tiada pohon-pohon besar yang mudah sekah atau reput
dan tanahnya tidak selut atau lembab.
(b) Jangkamasa Berkhemah
i) Tapak perkhemahan yang kita pilih untuk bermalam kadangkala tidak
sesuai untuk berkhemah lebih dari satu malam. Ini mungkin
disebabkan disitu ketiadaan air, bahan bakar, tiada tempat yang sesuai
untuk tandas dan sebagainya. Atau ianya terlalu dekat dengan
kediaman orang yang mana mungkin untuk satu malam kita
dibenarkan tetapi untuk hari selanjutnya kebenaran tidak diberikan.
ii) Apabila kita bercadang untuk berkhemah bagi satu jangka masa yang
lama maka kita perlu sediakan beberapa perkara yang mungkin kita
tidak perlu adakan untuk berkhemah bagi tempoh sehari. Paling utama
ialah bekalan air bukan sahaja untuk minum, membasuh dan mandi
tetapi juga untuk lain-lain kegunaan. Ini bererti kita perlulah bekalan
air yang banyak, oleh itu maka kawasan yang kita hendak pilih mestilah
memenuhi kehendak ini.
iii) Selain dari itu kemudahan membuang air kecil dan besar perlu
disediakan. Kita perlu juga bekalan kayu api yang mencukupi untuk
jangkamasa yang kita akan berada disitu dan jika kita berkhemah
untuk jangkamasa yang lama masalah bekalan makanan juga akan kita
hadapi jika tiada peruntukan tersiap.
(c) Bilangan Yang Terlibat
Apabila kita berkhemah seorang, tapak yang kita pilih tidak perlu luas dan
keperluan air serta bahan bakar pun tidak perlu banyak. Tetapi keperluan ini
akan berlipat ganda apabila kita berkhemah beramai. Maka perhatian
hendaklah diberi untuk memenuhi keperluan ini seperti khemah yang besar,
perlatan yang banyak dan bekalan makanan yang lebih. Oleh yang demikian
dengan bilangan yang ramai, mahupun didalam jangkamasa yang singkat
keperluannya tetap berganda. Disini perancangan awal adalah diperlukan
sebelum berkhemah agar jumlah peserta yang ramai tidak akan mendatangkan
masalah bukan sahaja semasa perkhemahan malah selepas perkhemahan.
(d) Alam Persekitaran
i) Walau bagaimana sekalipun persediaan awal diambil atau dirancang,
alam persekitaran akan menentukan kejayaan satu-satu perkhemahan,
kita tidak boleh memandang remeh diatas perkara ini. Disinilah
perlunya peninjauan dilakukan sebelum kita keluar berkhemah.
Peninjauan ini tidak semestinya kita perlu pergi ketempat tersebut, ini
boleh dilakukan samada dengan memahami keadaan kawasan tersebut
melalui peta topo atau dari maklumat penduduk tempatan / orang yang
pernah kekawasan tersebut.
ii) Memahami keadaan fzikal sesuatu kawasan yang kita pilih untuk
berkehmah akan membantu kita menentukan jenis peralatan dan
khemah yang perlu dibawa dan digunakan. Berkhemah dikawasan
pergunungan atau tanah tinggi berbeza dari berkehmah dikawasan
rendah dan daatar. Khemah yang digunakan dikawasan pergunungan
atau kawasan tinggi perlu berwarna gelap dan jenis rendah. Ini
disebabkan warna gelap mudah meresap panas matahari dan
kerendahan khemah akan mengekalkan suhu panas yang mana kita
perlu disebabkan hawa sejuk dikawasan pergunungan. Disamping itu
ada kawasan tanah tinggi yang kerap berlaku hujan dan angin kencang
dan tempat seperti ini kita perlu pastikan khemah kita betul-betul
kalisair dan tahan lasak apabila dirempuh angin kencang. Dikawasan
tanah tinggi juga kadangkala susah nak dapat air dan bekalan bahan
bakar, maka keperluan kepada perkara ini juga perlu difkirkan.
iii) Berkhemah dihutan belantara pula memerlukan khemah jenis lain.
Khemah yang sesuai ialah harus tinggi dan berwarna cerah dan
kadangkala perlu ada kelambu. Khemah jenis tinggi sesuai kerana ianya
dapat pengaliran udara dan warna cerah akan dapat memantulkan
panas cahaya matahari. Kelambu pula untuk tidak membenarkan
serangga masuk kedalam khemah kita. Disamping itu khemah
berwarna cerah juga adalah baik dari segi keselamatan kerana ianya
mudah kelihatan dan mungkin mudah untuk diberi bantuan jika
berlaku apa-apa kecemasan. Berkhemah dihutan lebih mudah dari
berkhemah dikawasan pergunungan memandangkan kita boleh
menggunakan bahan-bahan hutan seperti ranting,akar,daun dan
sebagainya untuk membantu pembinaan khemah. Bahan-bahan ini
mungkin tidak dapat diperolehi dikawasan tanah tinggi.
iv) Bagi pengembaraan berkayak / bot disungai dan laut maka pilihan kita
agak sempit. Kita perlu berkhemah berhampiran dengan sungai atau
pantai. Maka yang perlu kita ambil kira ialah kesesuaian tapak yang
letaknya tidak jauh dari kayak / bot kita. Seberapa boleh jangan
berkhemah terlalu hampir dengan sungai / pantai. Dinegara kita paras
aiar sungai akan naik dengan mendadak jika berlaku hujan
terutamanya dikawasan tinggi dan pendalaman. Jika boleh bawa
kayak / bot kita bersama ke darat dan kalau berat, ikat ditebing
sungai / pantai dengan tali panjang agar ianya selamat walaupun
berlaku kenaikan paras air dengan tiba-tiba.
v) Perhatikan kesan paras air ditebing sungai / pantai. Kesan atau paras
air mudah dikenali dengan adanya garisan lumpur, kayu-kayu
mati,daun, kulit siput dan lain-lain bahan yang dihanyutkan oleh air.
8. PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH
Adalah dinasihatkan bahawa kita adalah tidak dibenarkan mendirikan khemah kecuali
setelah mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan (Guide) atau Ketua Pasukan.
Disamping itu sewaktu memilih tapak untuk mendirikan khemah, perkara-perkara
berikut perlu diberi perhatian dan penekanan :-
(a) Tanah yang rata (selesa untuk berbaring) ;
(b) Ada perlindungan dari angin ;
(c) Tidak terlalu hampir dengan punca air ;
(d) Mempunyai pemandangan yang menarik disekitarnya
(seronok, ,lapang dan terhibur apabila melihatnya) ;
(e) Boleh mendapatkan sinaran matahari bagi mengeringkan keadaan sekitarnya
yang lembab, terutama diwaktu pagi bagi mengeringkan khemah (terutama
bahagian dalam) pakaian dan alat-alat yaang basah ; dan
(f) Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan kita
bergerak semula dan bagi tujuan kecemasan.
9. TEMPAT YANG DILARANG UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH
Kita adalah dilarang sama sekali dari memilih atau mendirikan khemah ditempat-
tempat seperti berikut :-
(a) Terlalu dekat dengan punca air terutamanya anak sungai, ini untuk
mengelakan dari bahaya banjir kilat. Kejadian ini biasanya berlaku kepada
anak-anak sungai dikawasan ulu dimana kawasan tersebut adalah terdiri dari
bukit bukau dengan laluan air yang sempit. Ini akan menyebabkan paras aair
akan naik dengan tiba-tiba apabila hari hujan.
(b) Semak samun atau belukar tebal (menyusahkan pergerakan dan bahaya
serangga dan binatang merayap).
(c) Tanah lembab berpaya atau berlumpur.
(d) Diatas tebing tinggi dan curam atau terlalu dekat dengan lereng bukit yang
curam kerana bahaya tergelincir atau kejadian tanah runtuh.
(e) Dibawah pokok atau dahan mati / reput.
(f) Pokok yang terlalu rimbun kerana mudah sekah apabila berlaku ribut atau
hujan lebat. Khemah juga akan terus ditimpa titik-titik air walau pun hujan
telah berhenti.
(g) Denai binatang kerana bahaya dirempuh / ganggu binatang.
(h) Batu dan pasir kerana susah untuk memacakkan paku khemah.
(i) Kawasan berlalang kerana bahaya kepada binatang merayap dan mudah
berlaku kebakaran jika memasak menggunakan dapor kayu.
10. PERALATAN PERKHEMAHAN
Apa yang perlu atau apa yang tidak perlu dibawa untuk satu satu perkhemahan
akan bergantung kepada beberapa faktor seperti jangkamasa, tempat dan bilangan
peserta. Dibawah ini dicadangkan senarai peralatan asas yang perlu dibawa untuk
memastikan perkhemahan kita selesa dan selamat :-
(a) Peralatan Kumpulan Lihat lampiran A.
(b) Peralatan Persendirian Lihat lampiran B.
(c) Diingatkan bahawa apa yang disebutkan diatas adalah merupakan keperluan
asas dan boleh tambah apa-apa perkara yang anda fkirkan perlu. Penambahan
barang yang tidak perlu akan menambahkan berat dan jika membawa berat
yang berlebihan akan membuat pergerakan kita lambat dan kita akan cepat
kepenatan / keletihan. Oleh itu cubalah bahawa seberapa minimum keperluan
yang diperlukan.
(d) Jumlah yang paling sesuai ialah satu pertiga (1/3) dari berat badan anda,
kerana ia sesuai untuk dipikul berjalan jarak jauh.
11. MENJAGA ALAT-ALAT PERKHEMAHAN
(a) Cara Menjaga Khemah
i. Bersihkan khemah dari segala habuk, pasir, lumpur, ranting dan daun
kering sebelum kita menyimpannya ;
ii. Pastikan khemah betul-betul kering sebelum disimpan ;
iii. Jangan dibasuh selalu khemah kecuali terlalu kotor ;
iv. Jangan simpan khemah diatas simen terlalu lama ;
v. Pastikan setor tempat menyimpan khemah kita sentiasa bersih, kering
dan tiada makhluk perosak didalamnya ; dan
vi. Sapukan lilin diatas permukaan khemah untuk kalisair.
b) Lain-lain Peralatan
i) Beg hendaklah digantung dan ditutup supaya tidak basah dan kotor
apabila ditimpa hujan ;
ii) Parang, pisau dan lain-lain alat yang tajam hendaklah dimasukan
kedalam sarungnya apabila tidak digunakan dan diletakkan setempat
supaya selamat dan mudah dicari apabila diperlukan ;
iii) Dapur masak hendaklah digantung atau dibungkus dengan plastik
apabila tidak digunakan supaya tidak rosak dan kotor apabila ditimpa
hujan.
iv) Lain-lain perkakas memasak dan makan hendaklah digantung atau
diletakkan di tempat yang tinggi supaya tidak kotor apabila ditimpa
hujan dan untuk mengelakan daripada dijilat oleh binatang-binatang
yang tidak diingini.
12. KERAF PERKHEMAHAN
(a) Ikatan/Simpulan
Setiap orang ingin berkhemah mestilah mengetahui serba sedikit mengenai
ikatan dan simpulan. Ikatan dan simpulan yang sering digunakan ialah seperti
dilampiran C.
(b) Gejet
i) Gejet merupakan satu aktiviti perkhemahan yang tidak dapat
dipisahkan. Samada sedar atau tidak ianya banyak membantu
pekhemah-pekhemah dalam aktiviti perkhemahan. Bagi Pengakap,
Pandu Puteri atau lain-lain persatuan beruniform ianya menjadi satu
perkara yang diwajibkan bagi melatih anggotanya berdikari dan
menggunkan alam semulajadi sebagai kemudahan.
ii) Membuat gejet ada baik dan buruknya. Anda perlu berfkir secara
terbuka. Janganlah kerana kita ingin memuaskan kehendak sendiri
mengakibatkan kemusnahan terhadap alam semulajadi. Biasanya kita
membuat beberapa buah gejet mewah seperti meja makan, kerusi, rak
dapur dan lain-lain. Ianya Cuma digunakan dalam tempoh 2 hingga 3
hari sahaja. Setelah itu gejet tersebut reput menyembah bumi.
iii) Fikirkan berapa masa yang diambil bagi pertumbuhan sebatang pokok
yang digunakan untuk membuat gejet tersebut. Kesedaran adalah perlu
bagi pekhemah-pekhemah menjaga alam sekitar dan pertumbuhannya
agar menjaga alam sekitar dan pertumbuhannya supaya kita tidak
menjadi pemusnah alam. Perkara ini adalah penting kerana kita inilah
yang paling rapat dengan alam semulajadi.
iv) Didalam kegiatan perkhemahan yang hanya memakan jangka masa
yang pendik maka kita tidak digalakan untuk membina gejet-gejet yang
mewah. Tanpa membuat gejet mewah seperti dinyatakan tadi kita juga
boleh menjalankan aktiviti berkhemah dengan selesa. Gejet yang perlu
disediakan sekiranya berkhemah didalam jangka waktu yang pendik
ialah seperti dilampiran D.
(c) Tandas
Setiap kawasan perkhemahan mestilah disediakan dengan tandas tak kira
samada kita berkhemah didalam kumpulan yang kecil atau kumpulan yang
besar. Tandas hendaklah terletak disebelah hilir dan berdekatan dengan punca
air. Lubang hendaklah digali bagi membuang najis anda dan lubang ini
mestilah ditanda dan ditimbus kembali setelah digunakan.
(d) Lubang Sampah
i) Jika kita berkhemah untuk jangka waktu lebih dari 2 malam disatu-
satu kawasan maka lubang sampah perlulah disediakan. Lubang
sampah yang perlu disediakan ialah lubang sampah kering bagi
sampah-sampah yang boleh dibakar dan lubang sampah basah bagi
membuang sisa-sisa makanan anda. Lubang sampah ini mestilah
ditanda dan ditimbus kembali setelah digunakan.
ii) Sayugia diingatkan bahawa semua sampah-sampah yang ada hendaklah
dibersihkan dan dibakar sehingga musnah sebelum anda
meninggalkan kawasan perkhemahan. Bagi sampah-sampah yang tidak
boleh dibakar seperti tabung gas dan yang tidak musnah dibakar
seperti botol kaca / tin / dll adalah menjadi tanggungjawab anda untuk
membawa keluar barang-barang ini.
(e) Tali Air
Kita hanya dikehendaki menggali tali air disekeliling khemah hanya apabila
didapati perlu sahaja. Tali air yang telah digali ini hendaklah ditimbus kembali
setelah digunakan.
13. SAJIAN MAKANAN DAN MEMASAK
a) Makanan
i) Makanan semasa berkhemah hendaklah mudah dan cepat disediakan
tetapi ini tidak bererti makanan semasa berkhemah tidak perlu diambil
berat. Makanan perkhemahan seperti lain-lain aktiviti perlu
menyegarkan, berzat, mudah hadam dan harus mengandungi vitamin
dan protin yang secukupnya. Ini perlu memandangkan kita akan
menggunakan tenaga yang banyak lebih dari kebiasaan.
ii) Perancangan yang teliti perlu diambil sebelum kita keluar berkhemah.
Perhatian hendaklah diberi kepada makanan yang mudah dibawa, tahan
lama dan senang disediakan. Makanan basah seperti ikan, daging dan
sayur-sayuran adalah makanan berzat tetapi tidak tahan lama kalau
tidak disejukan. Maka satu cara lain untuk membawa makanan seperti
ini ialah dengan memilih alternatif yang lain iaitu makanan kering atau
segera. Walaupun ianya kering dan segera tetapi kandungan zat dan
vitaminnya tidak dilalaikan.
b) Perancangan Makanan
i) Satu cara yang paling sesuai untuk membuat perancangan makanan
ialah dengan menyediakan jadual / menu makanan. Dengan adanya
jadual ini kita akan dapat menentukan jenis makanan pada setiap
waktu. Disamping itu dengan adanya jadual makanan seperti ini kita
akan dapat menentukan jumlah setiap makanan yang perlu kita
sediakan sepanjang tempoh perkhemahan. Cara ini juga akan
memastikan tidak akan ketinggalan apa-apa keperluan sampingan.
ii) Dengan adanya perancangan seperti diatas kita boleh menentukan jenis
makanan yang betul-betul sesuai untuk dibawa dengan tepat, tiada
keraguan lagi tentang jumlah beras, the, susu , roti , mee, garam,gula
dan lain-lain. Kita perlu ingat bahawa makanan berlebihan akan
menambah beban memikul dan pembaziran. Apabila berkhemah kita
hanya perlu memasak diwaktu yang perlu sahaja. Memasak berlebihan
bukan sahaja merugikan masa tetapi juga tenaga dan wang.
c) Minum
Jenis minuman terserah kepada selera anda tetapi kita perlu ingat apa jua jenis
minuman yang dibawa harus mudah disediakan, mudah dibawa, ringan dan
tahan lama tanpa memerlukan peralatan khas. Kurangkan bekas tin dan botol.
Minuman air berkabornat adalah dilarang sama sekali.
d) Pembahagian Makanan
Apabila berkhemah beramai pembahagian makanan adalah mustahak. Pastikan
setiap ahli atau peserta diberi bahagian yang sama berat. Setiap peserta
hendaklah membawa makanan yang lengkap dan tidak dari satu jenis. Ini akan
memastikan bahawa kita masih boleh menyediakan makanan jika berlaku apa-
apa perkara yang diluar jangkaan.
14. JADUAL PERKHEMAHAN
Jadual seperti berikut perlu disediakan apabila kita mengadakan aktiviti perkhemahan
:-
a) Jadual Pergerakan ;
b) Jadual Aktiviti Harian ; dan
c) Jadual Bertugas Keselamatan / Kawalan Malam
- Kebersihan
- Memasak, dll.
15. ARAHAN KESELAMATAN
Keselamatan hendaklah diutamakan didalam semua aktiviti perkhemahan. Ketua
Pasukan yang mengendalikan sesuatu perkhemahan / pengembaraan hendaklah
menegaskan kepada para pesertanya tentang langkah-langkah asas keselamatan
sebelum sesuatu aktiviti perkhemahan bermula. Bagi menjaga keselamatan ketika
berkhemah langkah-langkah berikut perlu diberikan perhatian :-
a) Penggunaan Api
i) Jangan memasang api didalam khemah kecuali lampu suloh. Peserta
tidak digalakan merokok dan memasak didalam khemah ;
ii) Jangan memasak terlalu berhampiran dengan khemah terutama sekali
jika kita memasak menggunakan kayu api. Kedudukan / jarak dapur
memasak dengan khemah ditentukan mengikut kesesuaian tempat dan
arah angin ;
iii) Padamkan api setelah digunakan. Gunakan air atau pasir untuk
memadamkan api supaya api itu benar-benar padam. Jangan biarkan
api tanpa pengawasan.
iii) Jangan membuang bara atau puntung api sesuka hati. Padamkan
dahulu sebelum ia dibuangkan.
b) Pergerakan
i) Peserta yang berada dihadapan adalah dilarang sama sekali memotong
anggota penunjuk jalan (Guide) ;
ii) Peserta juga dilarang sama sekali berada dibelakang peserta yang
ditugaskan berjalan dibahagian akhir sekali ;
iii) Tidak dibenarkan berhenti rehat melainkan ditempat-tempat yang telah
ditetapkan atau setelah mendapat kebenaran dari Ketua Pasukan.
iv) Jangan bergerak / merayau persendirian. Anda mestilah sentiasa
ditemani sekurang-kurangnya oleh 2 orang rakan apabila keluar dari
kawasan perkhemahan pada waktu siang sementara 3 orang pada
waktu malam ;
v) Kalau bergerak diwaktu malam tentukan kita menggunakan lampu
suloh. Seboleh-bolehnya pergerakan diwaktu malam hendaklah
dihadkan kecuali diatas sebab-sebab kecemasan ;
vi) Kemana sahaja kita pergi diluar kawasan perkhemahan mestilah
dimaklumkan kepada Ketua Pasukan atau peserta bertugas. Kita juga
hendaklah memberitahu anggaran waktu selama mana kita pergi.
vii) Jika kita akan bergerak untuk meninggalkan kawasan perkhemahan
bagi berpindah ke tempat lain atau pulang, janganlah kawasana itu
ditinggalkan kecuali :-
Telah mendapat arahan dari Ketua Pasukan ;
Anggota sudah cukup;
Peralatan tiada yang tertinggal ;
Api sudah dipadamkan ;
Kawasan perkhemahan telah dibersihkan ; dan
Lubang-lubang sudah dikambus.
viii) Jika berlaku kecemasan, elakkan berpecah dari kumpulan kecuali jika
keadaan memaksa.
c. Mandi Dan Membasuh
Mandi dan membasuh pakaian adalah kegiatan perkhemahan yang digalakan.
Kerana ianya membersih dan menyegarkan badan / pakaian kita. Dalam pada
itu langkah-langkah berikut hendaklah diberi perhatian :
i) Jangan mandi atau membasuh disebarang tempat. Tentukan kita
memilih tempat yang selamat dari ancaman kayu, tunggul, batu yang
mempunyai permukaan yang licin dan tebing curam. Bersihkan tempat
mandi kita dari ancaman tersebut.
ii) Berhati-hatilah apabila menggunakan sabun / sympoo rambut ditempat
mandi/basuh. Buih sabun / sympoo rambut yang menitik pada batu
atau batang kayu akan menjadikan objek tersebut berkeadaan licin dan
ini akan mendatangkan bahaya tergelincir.
iii) Jangan sekali-sekali mandi berseorangan tentukan ada rakan yang
menemani atau mengawasi.
iv) Elakkan perbuatan terjun ketika mandi, turunlah perlahan-lahan
keparas yang selamat.
v) Apabila mandi didalam sungai, tentukan kita mengadap ke arah ulu
sungai kerana dengan cara begini kita akan dapat memerhatikan objek-
objek yang hanyut untuk dielakkan.
vi) Jangan turun kesungai ketika ribu atau hujan dan elakkan mandi pada
waktu malam.
vii) Jika mahu mengadakan kegiatan berenang atau permainan air tentukan
tempat diperiksa terlebih dahulu bagi menentukan keselamatannya.
viii) Jika punca air terlalu kecil dan tidak mengalir janganlah mandi dan
membasuh didalam air tersebut kerana ini akan menyebabkan
pencemaran terhadap air tersebut. Punggahlah air itu ketempat lain
untuk membasuh atau mandi. Penggunaan sabun juga kurang
menjimatkan air kerana untuk menghilangkan buih sabun pada
badan / perkakas dapur air yang banyak adalah diperlukan.
d. Kawasan Perkhemahan
Bagi menjaga keselamatan dikawasan perkhemahan, pastikan peraturan-
peraturan berikut dipertimbangkan :-
i) Tentukan khemah kita sentiasa ditutup apabila meninggalkannya.
ii) Kedudukan tempat yang merbahaya seperti lereng curam, tanah licin,
tunggul kayu, dahan reput, pokok berduri / gatal, ampaian baju dan
lubang-lubang (termasuk lubang tandas / sampah ) hendaklah
ditandakan dan diberitahu kepada semua. Mana-mana rintangan yang
boleh dihapuskan hendaklah segera dihapuskan.
iii) Sistem kawalan malam hendaklah diadakan pada waktu malam.
iv) Bagi mengelakan dari gangguan binatang merayap atau serangga, bahan
kimia seperti belerang atau kapur hendaklah ditabur disekeliling
khemah kita.
v) Alat-alat janganlah dibiarkan bersepah. Ianya mestilah diletakkan
setempat supaya mudah untuk dimuatkan semula kedalam beg.
vi) Kedudukan khemah janganlah terlalu jauh antara satu sama lain
hingga menyusahkan perhubungan dan janganlah pula terlalu dekat
kerana jika berlaku kebakaran / kecemasan api akan cepat merebak dan
susah hendak lari. Jarak yang sesuai boleh ditentukan mengikut
kesesuiaan tempat.
vii) Jangan membuat bising dikawasan berkhemah seperti melaung,
bertempik, ketawa yang keterlaluan dan gembira yang amat sangat.
viii) Pilihlah satu tempat atau arah tertentu yang harus dituju jika berlaku
kecemasan yang memaksa kita meninggalkan khemah dengan segera.
ix) Patuhilah segala pantang larang.
16. KEBERSIHAN
a. Kebersihan adalah penting, walau dimana sekali pun kita berada. Percayalah
kebersihan adalah punca kesempurnaan perkhemahan. Jika kawasan
perkhemahan kita kotor, tentulah ianya akan didatangi oleh serangga. Jika
terdapat banyak serangga tentulah didatangi oleh katak dan diikuti pula oleh
ular. Tentulah kita tidak akan senang dengan kehadiran tetamu-tetamu yang
tidak diundang ini.
b. Tentukan sisa-sisa makanan tidak dibuang merata-rata dan sampah sarap yang
boleh dilupuskan diletakkan ditempat yang telah disediakan.
c. Kebersihan bukan sahaja dapat memberi kepuasan semasa berkhemah tetapi
ianya juga menentukan tapak perkhemahan tersebut akan kekal dan boleh
dinikmati oleh pekhemah-pekhemah lain. Disinilah sebabnya kebersihan perlu
dititik berat dan diberikan keutamaan. Walaupun untuk menyemai sikap
menjaga kebersihan akan memakan masa yang lama namun ianya perlu
diperkenalkan tanpa jemu kepada pencinta-pencinta aktiviti luar.
17. KOD ETIKA PERKHEMAHAN
JADIKAN TAPAK PERKHEMAHAN DALAM KEADAAN YANG LEBIH BERSIH
DARI MASA ANDA MENEMUINYA ;
KURANGKAN PEMBINASAAN HUTAN DENGAN TIDAK MELAKUKAN
PEMBAKARAN DAN SENTIASA MENGGALAKAN PIHAK LAIN MELAKUKAN
PERKARA YANG SAMA ;
BAWA KELUAR APA YANG DIBAWA MASUK DAN MEMBAKAR BAHAN-BAHAN
KERTAS / PEKET-PEKET YANG KERING DITEMPAT YANG SELAMAT. TANAM
BAHAN-BAHAN LAIN SERTA BAHAN-BAHAN BIO-DEGRADABLE TERMASUK
SISA MAKANAN ;
JAGA KEBERSIHAN AIR SETEMPAT DAN JAUHKAN PENGGUNAAN BAHAN
PENCEMARAN SEPERTI SABUN PENCUCUI DIDALAM SUNGAI ATAU PUNCA
AIR. SEKIRANYA TIADA KEMUDAHAN TANDAS, PASTIKAN ANDA BERADA 30m
JAUHNYA DARI PUNCA AIR, TANAM ATAU TIMBUSKAN NAJIS ;
BANTU PENUNJUK JALAN DAN PENGANGKUT BARANG ANDA MENGIKUT
LANGKAH-LANGKAH PEMULIHARAAN ;
GUNAKAN PAKAIAN YANG LONGGAR DAN RINGAN SERTA JAUHKAN DARI
MEMAKAI PAKAIAN YANG MENJOLOK MATA ;
ABADIKAN DIRI ANDA UNTUK MENGHAYATI KEINDAHAN PERSEKITARAN
DAN BUKAN UNTUK MENAWAN PUNCAK DAN RIMBA ; DAN
SENTIASA MENGHORMATI ETIKA-ETIKA KEHUTANAN INI DAN NASCAYA
ANDA AKAN DIHORMATINYA KEMBALI.
18. RUMUSAN
a. Perlu ditegaskan disini bahawa apa yang telah diperkatakan sepanjang nota
perkhemahan ini ialah ianya adalah merupakan cara yang paling serba
sederhana. Adalah dirasakan perlu cara yang serba sederhana ini diamalkan
sebelum seseorang itu meningkat ke pengalaman yang lebih tinggi yang
membolehkannya mengunakan pelbagai kemudahan yang terdapat pada masa
kini.
b. Aktiviti perkhemahan bukan lagi permainan kanak-kanak. Ianya pada masa ini
meupakan aktiviti yang serious dimana peminat-peminatnya terdiri dari
pelbagai golongan masyarakat. Kaedah yang diterangkan diatas telah diguna
pakai dari masa kesemasa dan ianya lebih teratur dan saintifk.
Memandangkan minat yang semakin meluas jualan peralatan perkhemahan
adalah merupakan perniagaan bernilai berjuta-juta ringgit.
c. Aktiviti ini bukannya aktiviti baru di Negara kita namun begitu perhatian
serious masih belum ditumpukan sepenuhnya kepadanya. Perkhemahan masih
merupakan aktiviti hujung minggu yang dilaksanakan oleh kumpulan /
individu yang berminat dan pengendaliannya berdasarkan kepada kaedah-
kaedah pengalaman beberapa orang jurulatih. Terdapat juga kekurangan yang
ketara dimana method pengajaran mengenai perkhemahan tidak sama diantara
satu dengan yang lain dan ini sudah tentu akan menimbulkan beberapa reaksi
yang kurang memuaskan diantara Jurulatih dan Peserta.
d. Walauapa pun rumusannya ambillah yang terbaik pada pendapat anda untuk
dijadikan sebagai panduan. Mana-mana yang anda rasa tidak yakin untuk
diikuti ketepikan buat sementara waktu.
SELAMAT BERKHEMAH DAN SEDIA MENGHADAPI CABARAN.
BAB 1
PERKHEMAHAN
PENDAHULUAN
PENGENALAN
PERLINDUNGAN
BAGAIMANA MELAKUKAN AKTIVITI
BERKHEMAH ?
JENIS-JENIS KHEMAH
PEMILIHAN KHEMAH
PEMILIHAN KAWASAN TAPAK
PERKHEMAHAN
PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN
KHEMAH
TEMPAT YANG DILARANG UNTUK
MENDIRIKAN KHEMAH
PERALATAN PERKHEMAHAN
MENJAGA ALAT PERKHEMAHAN
KERAF PERKHEMAHAN
SAJIAN MAKANAN DAN MEMASAK
JADUAL PERKHEMAHAN
ARAHAN KESELAMATAN
KEBERSIHAN
KOD ETIKA PERKHEMAHAN
RUMUSAN
LAMPIRAN A
SENARAI
PERALATAN KUMPULAN
1. Khemah
2. Buku Dairy / Alat Perkam Keset
3. Dapur Gas / Patrol
4. Tabung Gas / Patrol
5. Kotak Pertolongan Cemas
6. Hammock
7. Kompas
8. Peta
9. Altimeter
10. Serbuk belerang
11. Tali penyelamat ( 50 mtr ) ( jika perlu )
12. Karabiner & Fig Of 8 ( jika perlu )
13. Lampu Hurricane / Gas
14. Alat ganti dapor & dapor
15. Mata cangkul
16. Parang / Kapak kecil
17. Alat perhubungan ( jika ada )
18. Peralatan Memasak / Makanan.
19. Berus periok / sabun basuh
Lampiran B
SENARAI
PERALATAN PERSENDIRIAN
1. Bag Galas (Haversack)
2. Mestin
3. Sudu / Garfu
4. Lampu suloh / bateri (termasuk Bateri / mentol simpanan)
5. Whistle
6. Tali Nylon ( 5 mtr panjang , 5mm tebal )
7. Botol Air
8. Koleh / bekas minuman
9. Bekas air tambahan
10. Lilin terang
11. Lilin masak
12. Mancis api / lighter
13. Alat tulis & buku catatan
14. Selipar
15. Sun burn lotion
16. Ubat pencegah serangga
17. Ubat-ubatan persendirian
18. Kamera & Filem
19. Kain selimut / Sleeping Beg
20. Baju sejuk
21. Baju Hujan / Wind breaker
22. Pakaian Ekspedisi Hutan
23. Pakaian untuk tidor
24. Pakaian Sembahyang
25. Mongkey Cap
26. Sarung tangan
27. Setokin tebal
28. Kasut sesuai untuk pengembaraan ( 2 pasang )
29. Tuala mandi
30. Pakaian dalam
31. Seluar pendik
32. Kain sarung
33. Tali pinggang
34. Plastik Bag
35. Pemotong kuku
36. Berus & Ubat gigi
37. Sabun mandi
38. Topi
39. Kad Pengenalan
40. Cermin mata simpanan ( Bagi mereka yang memakai cermin
mata)
41. Sewing kit
42. Makanan ringan
43. Wang saku