Вы находитесь на странице: 1из 4

Al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah islam yang amat terkenal pada zamannya.

Nama
sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad ibnu Muhammad ibnu Tarkhan ibnu Uzlaq Al-Farabi. Beliau
dilahirkan di Transoxia yang terletak dalam wilayah Wasji di Turki pada tahun 874M (260H). Al-Farabi
menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara. Beliau berhijrah ke Baghdad untuk
meneruskan pendidikan tingginya. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu
Bakar Muhammad ibnu Al Sariy. Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum
meneruskan perjalanan ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhimat di istana Saif Al-Daulah
dengan gaji 4Dirham sehari. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang
sederhana, tidak memandang harta dan cinta akan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk
mencari ilmu daripada kekayaan duniawi. Walaupun Al-Farabi seorang yang zuhud tetapi beliau bukan
seorang ahli Sufi. Al-Farabi telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 950M (339H).
Al-Farabi merupakan seorang ilmuan yang terkenal kerana hasil kerja dan penulisannya. Beliau
berkemampuan menguasai pelbagai bahasa dan cabang ilmu pengetahuan. Beliau terkemuka dalam
bidang falsafah, logik, dan sosiologi. Beliau turut memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam
bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah. Beliau juga seorang pemuzik yang handal. Beliau
telah mencipta peralatan muzik seperti gambus, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik.
Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku
seperti buku Al-musiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Al-madina al Fadila (bidang sosiologi), Fusus al-
Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai bidang termasuk etika, metafizik, dan perubatan.
EPISTEMOLOGI AL-FARABI
Al-Farabi sebagai pemikir falsafah islam banyak dipengaruhi oleh tulisan ahli falsafah Yunani
seperti Plato dan Aristotle. Sebagai ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai `Neoplanonist` yang juga
menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle. Kehebatan dalam falsafah menyebabkan
beliau digelar Aristotle kedua. Beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai
fizik, meteorologi, logic dan sebagainya. Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori
Socrates, Plato dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep kebahagiaan.
Beliau juga menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Beliau telah
memudahkan logik melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (takhayyul) dan bukti
(thubut).
Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungan menghasilkan beberapa kajian dalam perubatan.
Beliau mengatakan bahawa betapa jantung lebih penting berbanding otak dalam kehidupan
manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya
menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan. Saya menyokong pendapat
Al-Farabi ini. Sememangnya jantung menjadi nadi kepada jasad manusia. Jantung memberikan nyawa
kepada manusia. Sebaliknya, otak hanya berfungsi jika jantung masih lagi berdengup dan berfungsi.
Jika jantung terhenti maka terhentilah juga otak manusia.
FALSAFAH AL-FARABI
Al-Farabi mendefinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala
yang ada ini. Pendapatnya ini sebagaimana pendapat Plato yang menegaskan Falsafah meneliti
hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya, iaitu apa sebenarnya
menjadi asas dan intipati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu, apa asasnya, apa esensi, apa
zatnya .
Al-Farabi sependapat dengan pemikiran Plato bahawa alam ini baru, yang terjadi dari tidak ada. Idea
Plato tentang alam pula mirip kepada suatu pengertian alam akhirat dalam dunia islam. Al-
Farabi berjaya meletakkan dasar-dasar falsafah ke dalam ajaran islam. Beliau juga berpendapat
bahawa tidak ada pertentangan antara falsafah Plato dan Aristotle yang berlainan pemikirannya
tetapi hakikatnya mereka bersatu dalam tujuannya.
Pendapat Al-Farabi tentang falsafah ini disokong, yakni sebagaimana takrifan falsafah dalam bidang
kajiannya. Ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui kewujudan ini membawa manusia kepada
kebijaksanaan dan kebenaran. Ini berupaya untuk manusia mengawal setiap tindak tanduk
perlakuannya. Setiap tindak tanduk yang baik memberikan maanfaat kepada manusia. Maanfaat yang
dihasilkan mampu menjaga hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan
penciptanya, dan manusia dan alam semesta.
FALSAFAH POLITIK AL-FARABI
Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai-bagai bentuk tindakan,
cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat diteliti mengenai tujuannya, dan
apa yang membuat manusia dapat melakukan seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara
tindakan dengan cara yang baik dapat diteliti. Kebahagian manusia diperoleh kerana perbuatan atau
tindakan dan cara hidup yang dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian adalah dicapai melalui
pandangan akal dan perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam hubungan akal.
Al-Farabi berpendapat bahawa kebahagian hakiki (sebenar) tidak mungkin dapat diperoleh sekarang
(di dunia ini), tetapi sesudah kehidupan sekarang iaitu akhirat. Namun sekarang ini juga ada
kebahagian yang nisbi seperti kehormatan, kekayaan, dan kesenangan yang dapat dilihat dan
dijadikan pendoman hidup. Kebahagiaan sejati sentiasa dengan suatu tindakan yang mulia, kebajikan
dan keutamaan. Maka, untuk menuju ke arah itu melalui kepimpinan yang tegak dan benar.
Kepimpinan tumbuh dari keahlian dan pembawaan manusia. Hal ini dapat mengarahkan manusia
dalam menegakkan nilai-nilai utama dan tindakan bakal memelihara sebagai kemantapan keahlian
yang disebut pemerintahan dan raja.
Al-Farabi menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
1. Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan tindakan yang sedar, cara hidup.
Dasar ini dapat dijadikan upaya untuk memperolehi kebahagiaan. Pemerintahan atas dasar
ini disebut pemerintahan utama, dimana sebagai ciri kota-kota dan bangsa- bangsanya
tunduk terhadap pemerintahan.
2. Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan dan watak-watak dan
rangka mencapai sesuatu yang dianggap mendapat suatu kebahagian. Maka, muncul
beraneka ragam bentuk pemerintah. Apabila yang dikejar adalah kejayaan semata dapat
dianggap sebagai pemerintah yang rendah. Jika mengejar kehormataan, pemerintahan akan
bergantung kepada apa yang menjadi tujuannya.
Dipandang dari kemampuan suatu pemerintahan ilmu politik terbahagi menjadi dua:
1. Kemampuan dalam melahirkan peraturan-peraturan yang bersifat universal
2. Kemampuan yang disebabkan oleh adanya ketekunan dalam aktiviti politik, dengan harapan
boleh menjadi kebijaksanaan Sebagai ringkasan pemerintahan dapat menjadi baik, jika ada
teoritis dan praktis bagi pengelolaannya. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau
berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu.
Al-Farabi menjelaskan bahawa roh dan amalan saja tidak akan mampu untuk mensucikan seseorang
dan mengangkatnya ke arah kesempurnaan tetapi juga memerlukan fikiran dan amalan renungan.
Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan elemen-elemen ini akan melahirkan
sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu
dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sesebuah negara yang kuat, stabil dan makmur.
Meskipun pemikiran falsafah Al-Farabi banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau
menetang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.
Menurutnya, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik.
Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.
Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk
kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah tidak akan merasai perbezaan diantaranya
dengan pemerintah yang tertinggi kerana kedua-duanya merupakan komponen yang saling
melengkapi. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-segalanya dan para ilmuan harus diletakkan pada kedudukan
dalam pemerintahan sesebuah negara.
Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius
yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial
sesebuah negara. Pemikiran, idea dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung
dalam karyanya yang berjudul Madinah al-Fadhilah. Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman
Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuh dalam karya Ihsa al-Ulum dan kitab al-Jam.
KESIMPULAN
Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang sangat ulung dan ilmuwan yang
hebat. Banyak pemikirannya masih relevan dengan perkembangan kehidupan manusia hari ini.
Pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji sebagai panduan dalam pentadbiran dan
pemerintahan. Selain itu hasil kerja dan penulisannya masih lagi digunakan dan menjadi rujukan di
pusat-pusat pembelajaran dan institusi pendidikan. Sumbangan Al-Farabi memberikan pengaruh
besar dalam bidang sains, falsafah, dan ilmu pengetahuan berkurun lamanya.
Siapa sebenarnya AL-FARABI? Apa sumbangannya terhadap tamadun islam dan dunia? teruskan
membaca
AL-FARABI atau nama penuhnya Abu Nasr Mohammad Ibn Al Farakh al-Farabi dilahirkan di sebuah
kampung kecil yang dinamakan Wasij berdekatan Farab di Turkistan pada tahun 870. Beliau
merupakan seorang lagi saintis terkemuka Islam dan termashyur kerana hasil kerja dan penulisannya
terutamanya dalam bidang falsafah, logik dan sosiologi.
Ilmu pengetahuan yang dimilikinya tidak terhad kepada tiga bidang itu sahaja kerana beliau juga
banyak memberikan sumbangan dalam bidang-bidang lain meliputi sains, perubatan, matematik dan
muzik.
Sebagai seorang ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai `Neoplanonist yang cuba menggabungkan
falsafah pemikiran Plato dan Aristotle.Selain buku-buku tulisan sendiri, beliau banyak menulis
komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logik dan
sebagainya.Kehebatannya dalam bidang falsafah menyebabkan beliau digelar guru kedua (al-
Mouallim al-Thani) iaitu selepas guru pertama dalam bidang falasafah iaitu Aristotle.
Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara, tetapi selepas itu dia berhijrah
ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Di sinilah beliau belajar dan bekerja iaitu dari
tahun 901 hingga 942. Sepanjang tempoh ini beliau berjaya menguasai beberapa jenis bahasa dan
juga pelbagai cabang ilmu pengetahuan dan teknologi. Sebagai seorang ahli falsafah dan saintis,
beliau menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan.
Beliau juga terkenal kerana kemampuannya menguasai pelbagai jenis bahasa.Beliau banyak
mengembara dan membuat kajian terutamanya di Damsyik dan Mesir. Salah satu daripada
sumbangan utama Farabi ialah membuat kajian mengenai logik dengan memudahkannya melalui cara
membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (Takhayyul) dan bukti (Thubut).
Dalam bidang sosiologi, beliau menulis buku bertajuk Ara Ahl al-Madina al-Fadila yang merupakan
sebuah buku yang terkenal. Beliau juga menulis buku mengenai muzik yang dikenali sebagai Kita al-
Musiqa.Tumpuan Al-Farabi bukan sahaja dalam bidang falsafah dan sosiologi semata-
mata.Sebaliknya, beliau merupakan pakar dalam kesenian dan sains muzik. Sangat menakjubkan
apabila Al-Farabi juga telah merekacipta beberapa peralatan muzik, selain menyumbang kepada ilmu
notamuzik.Dalam bidang fizik pula, beliau menunjukkan kewujudan konsep kekosongan.


Kitab Fusus Al-Hikam - Karangan Al-Farabi
Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjayanya dalam bentuk
buku.Sayangnya, banyak buku-buku tersebut telah hilang. Hanya 117 buah buku hasil tulisan Al-
Farabi yang dapat dikenal pasti. Daripada jumlah itu, 43 buah adalah buku mengenai logik, 11 buah
(metafizik), tujuh buah (etika), tujuh buah (sains politik), 17 buah (muzik, perubatan dan sosiologi)
manakala 11 buah lagi adalah dalam bentuk komentar.
Beberapa buah bukunya termasuk Fusus al-Hikam telah menjadi buku teks falsafah selama berkurun
lamanya di pusat-pusat pembelajaran dan sehingga kini masih digunakan di beberapa buah isntitusi di
Timur. Sumbangan Farabi memberikan pengaruh besar dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan
selama berkurun lamanya.
http://irfanirsyad.wordpress.com/2011/01/11/al-farabi-tokoh-falsafah-serba-boleh/
2011, irfanisyad Al-farabi tokoh falsafah serba boleh

Вам также может понравиться