Вы находитесь на странице: 1из 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Bilangan Jurnal

: 1

Minggu Praktikum

: Pertama

Tarikh Peristiwa /Kejadian : 21 Januari 25 Januari 2013


Tajuk Jurnal

: Minggu Pertama di SK ST.Bernadettes Convent.

Pada hari pertama, saya bersama pasangan Praktikum melaporkan diri kepada Puan Suryati Binti
Othman selaku Penolong Kanan Kokurikulum di Sk St Bernadettes Convent, Batu Gajah, Perak. Kami
memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Seterusnya, kami
berjumpa dengan Penyelia Petang iaitu Puan Zaiton Binti Ramly. Beliau memberikan taklimat kepada
kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah:
Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah.
Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru
disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf
sokongan.
Latar belakang murid dan masyarakat setempat.
Tugas dan tanggungjawab murid di sekolah.
Pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
Selepas itu,kami dibawa berjalan sekeliling kawasan sekolah dan diperkenalkan dengan guruguru Penolong Kanan, guru- guru dan staf sokongan. Seterusnya, kami dibawa ke Perpustakaan untuk
berjumpa dengan Guru Pembimbing Praktikum kami iaitu Puan Nor Asiah Binti Kamaruddin selaku Guru
Kelas Pemulihan Khas dan Puan Rozilawati Binti Nordin selaku Guru Pembimbing Minor( Matematik).
Puan Nor Asiah Binti Kamaruddin memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual
waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester.
Oleh kerana, semua murid sekolah ini terdiri daripada murid perempuan maka tiada unit
uniform Pengakap ditubuhkan. Kami diberikan unit uniform Tunas Puteri sebagai ganti. Bagi sukan dan
permainan pula, saya diberikan permainan bola baling bersama dengan pasangan saya iaitu Suhaili. Oleh

kerana, kami mengajar di sesi petang, kami tidak dapat menyertai sesi latihan di waktu petang. Hanya
pada hari Kokurikulum yang dijalankan pada hari sabtu kami dapat turut serta dalam sesi latihan.
Pada hari ketiga, saya menjalankan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu bagi Tahun 3 Mawar yang
mempunyai murid pemulihan seramai 6 orang. 2 orang murid india dan 4 orang murid melayu. Ujian
Diagnostik dijalankan selama 1 jam iaitu pada pukul 1.15 hingga 2.15 petang. Seterusnya, saya
mengambil peluang untuk beramah mesra dengan guru-guru. Pelbagai petua telah diberikan kepada
saya bagi melancarkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pada hari keempat iaitu hari khamis, sesi pengajaran dan pembelajaran tidak berlangsung
kerana sekolah bercuti sempena cuti Hari Thaipusam.
Pada hari kelima, saya telah melaksanakan Ujian Diagnostik Matematik bagi Tahun 2 pada
waktu kedua dan ketiga selama sejam iaitu pukul 1.15 petang hingga 2.15 petang. Murid pemulihan
Matematik Tahun 2 Mawar mempunyai seramai 8 orang murid. Seterusnya, saya membantu guru PK
Kokurikulum mendengar taklimat prosedur mengisi tiket penerbangan ke Padang, Indonesia untuk
lawatan pihak pentadbir sekolah sekitar daerah Kinta Selatan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

----------------------------------------

------------------------------------------

Tandatangan

Tandatangan

Nama :

Nama :

Tarikh :

Tarikh :

Вам также может понравиться